Tuesday, January 31, 2012

Afiq Hazman

Afiq and Adib.

Membesar dengan sangat cepat. rasa macam baru semalammmmm jek muka mereka macam baby-baby. Sekarang sudah masuk kategori pre-school. *owh mommy sudah tua.

Semakin pantas berfikir mematikan hujah lawan.

Ikuti kisah Afiq Hazman.....

scene : Surau di taman perumahan.

Dalam perjalanan ke surau yang hanya mengambil masa 2-3 minit berjalan kaki, Daddy banyak kali dan berulang kali mengingatkan afiq dan adib adab-adab dalam surau, dalam bahasa kanak-kanak yang mudah difahami.

Daddy : Nanti dekat surau, kena behave. jangan cakap. jangan buat bising. jangan main-main.

Mungkin nasihat itu sudah terpahat dalam hati Afiq. Tapi Adib macam bad mood.

Tiba di surau, melihatkan keadaan Adib yang berpotensi untuk terlupa nasihat daddy, Daddy mengulang kembali skrip nasihatnya.

Daddy : Adib, Adib kena behave. jangan cakap. jangan buat bising. jangan main-main.

Tiba-tiba....

Afiq : Daddy, Daddy! (sambil tepuk peha Daddy)
Daddy : (Pusing pandang Afiq)
Afiq : Don't talk!

Scene : Tengah gaduh dengan mak sedara aka SIL (Husband's elder sister)

Adib : I can fight with you!
Cik La : No you can't! How can you fight me? I'm taller. You're short!
Afiq : Yes, I can!
Cik La : How?
Afiq : You sit first!

hahahahhaha. duduk sama rendah, diri tak sama tinggi punya konsep!

Monday, January 30, 2012

luahan hati yang ringkas dan padat

been a way for a while. been so caught up with works & family.

aidin was warded over the weekend due to diarhea, high fever and prolonged coughing. syukur alhamdulillah, he's now all well and was discharged yesterday.

hari ni terus masuk office. menimbun kerja. ikhlas.. kena ikhlas..

tapi pagi tadi tersentap dengan some news, tapi cuba pujuk hati berfikiran positif.

apapun, FAMILY COMES FIRST.

sekian.


Sunday, January 22, 2012

long weekend

had a brief day out today with the kids. jenguk mph midvalley yang buat relocation sale. beli nak dekat 20 biji buku at only RM160.00. Bliss!

esok, planningnya nak membawa anak-anak bujang mengeluarkan peluh dekat park, early in the morning. plan nak bangun awal-awal and masakkan mihun goreng as bekal. kiranya riadah sambil picnic la nih. lama betul tak buat aktiviti cenggini.

makin hari makin seronok pulak buat aktiviti-aktiviti yang keluarkan peluh nih. semangat meluap-luap nak exercise sebab jarum penimbang makin ke kanan saje..

kay la people. take care. enjoy the long weekend. manfaatkan masa sebaiknya.

Wednesday, January 18, 2012

24hours a day

I just feel that I didn't use the 24 hours a day given by Allah to me beneficially.

Forgive me Allah.


rizal update

Bersiaran langsung dari prince court medical centre. sedang menunggu husband sedar dari sedation. nampak he's in a very deep sleep.

he actually dok batuk-batuk for the past one month. after medication, ada la improve sikit, tapi tak recover 100%. masa xray last 3 weeks, there're white patches in his lung, which dr suspected bronchitis. so dr decided to check his lung, and take samples for lab test. harapnya everything is A okay.

ok. he's now awake. alhamdulillah!



rizal - short update

My OH warded. sebab esok kena go through minor procedure check lung. he has been coughing for almost a month. after amek medication adalah kurang, tapi tak baik full. (pardon me for my bahasa)

hope everything is all right. amin

Monday, January 16, 2012

saya stress

lately ni stress sangat!!

bukan stress dengan kerja. kerja still manageable.

bukan stress dengan anak. anak itu anugerah dan amanah.

bukan stress dengan suami. suami itu cinta. ecceh!

bukan stress dengan family. family itu harta.

bukan stress dengan maid. maid kali ini macam PA.

tapi..

tapi..

tapi..

tapi..

tapi..

tapi..

stress dengan PENIMBANGGGGGG!

adoiii. makan tak banyak mana pun. tapi naiknya, ya Allah, murah betul 'rezeki' lemak badan!

kenaikan kamu harus disekat!

so halfway bulan Januari 2012, baru berjaya jalan-jalan keliling kawasan rumah jogging 1.25 kali. first time dapat 3-4 round = 30 mins walking. kali kedua tuh cuma dapat 1 round saje, thanks to en suami yang bersolek lama dan lepas tu hujan.

harus kembali ke rutin makan yang lama. makan benda-benda kukus dan kurang minyak. say no to CAKES AND DOUGHNUTS (padahal baru jek melantak muffin mighty white perisa vanilla yang direheat dalam microwave ~ bliss. owh tak lupa semalam makan doughnut homemade by maid, sprinkle with cinnamon sugar, setelah penat mencuci kereta in and out).

so, the routine start now. sila jangan ajak saya dinner kat tempat yang sedap-sedap. sebab saya dah delete perkataan dinner dari menu makan saya ..... buat sementara waktu

ps - saya rasa ini adalah penangan berhenti pam susu. dulu exercise secara tak sedar i.e. menyusukan anak.

Wednesday, January 4, 2012

afiq, adib, aidin - 2044

I'm on leave today, just to make sure that everything will go smooth & easy on first day of school, after a loooong break. alhamdulillah,struggle sikit saja, and the kids tak meragam pergi sekolah.

lepas hantar the elder two pegi sekolah, send my OH to LRT station and i went back to pick aidin up. terus gerak pergi maju junction, untuk selesaikan satu urusan yang dah terrrlalu lama tangguh.

ada rezeki lebih sikit tahun lepas, so i pun bukak buku akaun TH untuk afiq, adib dan aidin. memang dah lama pasang niat ni. lepas bukak buku akaun, terus daftarkan the three untuk haji. (i don't have any intention to brag, but i just hope this could inspire you all yang ada anak-anak kecik untuk buat benda yang sama, insya Allah) dari duit terbuang sana sini tak tentu hala, baiklah kita benamkan kat something yang sangat bermakna.

alhamdulillah, rezeki saya dapat pergi haji pada usia yang muda. sedikit sebanyak berterima kasih kepada ibu mertua yang 'bising'kan suami saya untuk pergi daftar haji masa mula-mula graduate dulu. so, bila husband dapat panggilan last 2 years, saya pun buat rayuan, dan alhamdulillah, dijemput ke sana. kalau ikut slip, anak-anak saya dapat pergi tahun 2044. 32 yearssss beraturrrr!

Semoga Allah makbulkan doa saya, untuk melihat anak-anak saya menunaikan haji pada usia yang muda. doa dan usaha perlu seiring, and this insya Allah shall be the very first step.

ps:-
untuk daftar haji, u need to have roughly RM1,300 dalam akaun. just for info, queue untuk haji sekarang lebih kurang 32 tahun. nampak banyak, tapi janganlah jadikan ini sebagai penghalang untuk daftar haji. esok kalau duit banyak, tapi tak pegi haji, tetiba mati, apa kita nak jawab dalam kubur?? usahakan. doa. insya Allah..

i heard sekarang boleh withdraw EPF untuk gi haji. why not daftar cepat?

sekadar ingatan.. jangan amek hati ye..


Tuesday, January 3, 2012

Ombak Rindu

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah. Tajuk tak boleh kalah. :P

Berminggu-minggu aku canangkan pada suamiku tentang keinginan menonton cerita ini kat pawagam. Tapi senyapppppppp jek takde reaksi. boleh kuagak, jangan harap lakiku nak layan cerita nih.

last-last ada kat astro first. ngehngehngeh. aku pun pujuk la nak beli, and sepantas kilat gua dapat. yiha! tengok midnight lagi. (yang tak best sebab tak de pop corn)

Hype dekat facebook and blogs buat aku nak tengooooooooookkk sangat. Tho aku doubt maya karin berlakon.

To me, (aku jek yek) I don't find this movie mampu buat aku meleleh-leleh air mata. samada faktor movie itu memang tak cukup sedih untuk aku or konsentrasi gua terganggu dek bermacam-macam soalan dari sang suami masa tengok movie. Cuma yang pasti, aaron aziz sangat hensem. auwwww!

cuma, movie nih berjaya buat aku pikir something. bagaimanakah malam pertama kita di kubur kalau amalan kita terlalu jauh dari jalan yang betul. cemana aku boleh terpikir ke situ pun aku tak tau. tapi itu yang aku terpikir. pastu terpikir, kesian kat pompuan-pompuan yang kena tipu pastu kena jual jadi pelacur.

all in all, ok la this movie. good enough to make my husband stay awake throughout the show time. kalau tak best, confirm dia dah zzzzzz.

Monday, January 2, 2012

Johor Premium Outlet Review

Hari tu cerita pasal Universal Studio. Hari ni nak cerita pasal Johor Premium Outlet. Kitorang singgah situ, the day after balik dari Universal Studio.

First and foremost, I didn't put high hope on this outlet knowing it's new of its kind in Asia. So sekadar mahu ke sana, untuk cuci mata & site reconnaisance. :P

We made our way to JPO after a hearty breakfast at hotel. Sampai JPO few minutes after 10, dan kereta sudah mula bersusun making it's way to JPO's parking space. Parking space sangat luas, tapi all are filled up pretty fast.



Sampai-sampai JPO, aku masuk Padini dulu. Sebab tuh shop pertama yang aku nampak. haha. Masuk-masuk jek, dah rembat seluar jeans anak sorang sehelai.

Lepas tuh mula la merayap-rayap. Masuk Pedro. mujur aku nih bukan spesis pakai wedges or sandals yang tumit runcit-runcing. kalau tak, confirm aku rembat 10 pasang. Mana taknya, harga RM49 sepasang.

entah mana-mana kedai aku masuk lepas tuh. Ingatan aku lupus seketika. Maklumla urat banyak putus selepas bersalin.

Yang aku ingat, aku tetiba join line beratur nak masuk coach. Masa beratur, aku dok pikir, apa kejadah aku beratur nak masuk coach, padahal belum tentu aku beli. Dan mulalah aku dok pikir, penat jek beratur kalau tak beli. :P Sampai jek turn aku masuk Coach, aku terus terlupa nasihat Zura suruh masuk kedai guna kaki kiri, sambil baca Auzubillah...

Iye, aku tergoda. Ntah berapa kali aku tawaf kedai tuh nak finalize kan aku punya choice. Almaklumla, aku bukan jenis beli handbag. Semua handbag aku samada mak bagi atau laki aku beli. Aku suka ke tak suka ke pattern dia, aku belasah jek pakai. Since aku agak kedekut, aku amek yang discount banyak jek. (bukan kedekut sebenarnya, tapi budget tak mengizinkan. :P) Menurut kata salesman tuh, discount dia berubah-ubah. So aku keluar dari coach tuh i'm a couple of less than a thousand poorer.

Lepas tuh, terjah Michael Korrs. Tapi sebab aku dah terbeli kat Coach, aku terus terkunci nafsu nak beli. Alhamdulillah.

Habis round ground floor, we made our way to 1st floor. among my LONGEST stop masa kat first floor was La Senza. haha. time to stock up apa yang patut dan aku jadi cam orang tak percaya bila tengok harga pant**s kat la senza dah lebih kurang sama taraf ngan SKIVA. hehe. sendiri mau ingat la apa jadi kat aku dalam tuh. Dek kerana afiq tagged ngan aku jek aku tak gi beli b*a.

Kalau tanya apa pendapat aku pasal JPO, i would say it's good enough for a start. Aku ada baca komen la kat fb, cakap better kumpul duit and pergi over the sea to shop such stuff. Tapi kalau dah harga tiket kapal terbang makan RM5K ke US or RM2.5K ke UK, baikla aku spend duit minyak RM300 kan pegi Johor? Lain la kalau ko nak borong satu lori/satu kargo, THEN worthwhile shop kat over the sea. tapi, kalau yang dari KL semata-mata nak pergi Johor and beli satu barang saja, then forget it la. campur tolak minyak plus penat, sama harga la ko beli kat KL.

Er, lupa pulak cerita pasal food. Food selection are pretty limited. Nama pun Outlet, bukan tempat makan kan? Yang ada seingat aku:-
1. Coffee Bean
2. George's Cafe (serving western food)
3. Kampachi (ye, kampachi di Kulai uols)
4. Starbucks
5. Baskin Robin
6. Absolute Thai
7. Crepes
8. Chinese Restaurant

Among brand outlet yang ada:-
1. Padini
2. Vinci
3. Samsonite
4. Ferragamo
5. Burberry
6. Coach
7. Michael Korrs
8. Braun Buffel (Opening Soon)
9. Zegna
10. Adidas
11. Nike
12. Guess
13. Gap
14. La Senza
15. Cotton On
16. Fossil
17. DKNY
18. Oroton
19. Canalli
20. Armani
21. Levi's


1st Floor. ada fountain and small playground to keep your kids entertained while parent buat serious shopping.


Senyap seketika nafsu shopping saya setelah kembali dari JPO kerana poket sudah kempis. Takpela.. sekali sekala reward diri sendiri. :) (senyum paksa. Redha. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. *tetiba)

Kay yea! Bye readers!