Showing posts with label bla bla bla. Show all posts
Showing posts with label bla bla bla. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Baju Raya

Kisah beli baju raya.

Seperti biasa, kuasa veto memilih tema warna jatuh pada isteri. :D Tahun ni i excited lebih sebab last year berbaju maternity. Since en husband takde, i pun panjang langkah amek kesempatan gi cari kain baju sebab kalau husband ada kat rumah, mesti ada macam-macam plan, and maklumlah anak saya 3 laki, memang tak suka pegi beli kain.

So, petang Ahad gerak ngan mak pegi kedai kain kat wangsa maju (wangsa maju jek pun!). Malas nak ke Ampang, apatah lagi Jalan TAR sebab mak kurang sihat plus saya nak beat the time nak susukan cik arfa marissa.

Sebelum pergi kedai tu, beriya cakap ngan mak, "Along nak beli batik jek mak, nak ganti baju kerja.." Pastu sampai kedai tukarrrrrr fikiran.. bila salesgirl tanya nak kaler apa, terus cakap, "mint green." konon-konon nak nampak sweet pastel, pastu boleh pair up ngan beads colour light pink.

Pastel la sangat kan??

Alh-alih, aku amek kaler nih..

V

V

V

V

V

V

Sorry la korang.. salahkan blogger. aku tak leh upload gambar..

aku amek kaler emerald green. very the very deep green ye. haha. terkejut en husband bila skype ngan dia malam tu. knowing moi, selalunya aku amek kaler yang pastel jek.. takut menyerlah sangat gitu. mak perli-perli aku. hehe. biasa la mak, masuk kedai kain, semua boleh tukar. nasib la baju nikah aku abah yang pilihkan kain. aku tak ikut. see? very the baik i u know.

Plan aku, nak jahit baju kurung biasa jek. Tidak la berpeplum bagai, almaklum, dengan breastfeed, dengan ada baby, dengan ada 3 anak jantan yang aktif belake (tetiba cakap tranung terus.. kena prektis sket). pastu kalau rajin, jahit manik sendiri, kalau malas tempah kat kawan. rasanya macam yang no. 2. :)

Aku beli 2 pasang. cukup la dua pasang. buat ganti baju kerja. lagi sehelai tu beli kain biasa jek. chiffon with lining rm88. upgrade sket lining jadi rm95. ok ler.

tapi tak beli lagi kain untuk mak ngan mertua. biasanya aku bagi la something untuk raya. tahun lepas bagi kain. rasanya tahun nih beli tudung kot. skali skala belanja mak ngan mertua. nak bg selalu, aku masih belum mampu. takat apa yang aku mampu jek la.

tu la kisah baju raya. syaaban belum masuk lagi, dah beli kain baju raya. memang tebiat aku ngan husband akan prepare awal sebab bulan puasa memang tak suka nak terjah-terjah mall carik keperluan raya. senang.

korang cemana? dah prepare baju raya ke?


Tuesday, April 9, 2013

Tetamu dari Port Elizabeth, South Africa

Last weekend, my nucleus family menerima kunjungan tetamu istimewa daripada my in laws. Datang jauh dari South Africa, holiday kat Malaysia. Memandangkan kami baru masuk rumah baru, FIL cadang buat dinner kat rumah kitorang.

I panik. mau tak panik kau. Sepanjang nak masuk 10 tahun kawen nih, aku jarang gila masak untuk in laws. sebab aku tau skill memasak aku tahap ngam ngam pass saje. Setakat masak portion kecik-kecik nih, ok la. berani la aku masak. kalau pun aku masak untuk large scale, biasanya aku memang pilih menu selamat i.e. menu yang aku tau by heart. ecceh.

Nasib baik la pak mertua bagitau awal. hehe. boleh la aku trial run menu aku nak masak tu bagi husband makan for his approval. kang malu kang, cemana?

Setelah 2 weekend, difinalized kan, menu untuk aku masak - nasi hujan panas, ayam percik & salad. Thanks kak hanieliza sebab buku dia sangat membantu hokay. Gila berpeluh & cuak masak nasi 10 pot takut mentah. sah la aku tak leh jadik caterer.

Tapi apapun syukur alhamdulillah, everything went well, dan suamiku tidak menanggung malu. :D

Gambar makanan i tak sempat nak snap sebab tak sempat. (apa punya alasan) yang ada cuma gambar ayam percik yang husband tgh bakar sebelum diorang datang. dasar engineer bakar ayam, kita gunakan segala teknologi yang ada, i.e. guna kipas letrik ganti kipas tangan. nanti kalau tetamu aku tu upload kat facebook, boleh la aku cilok. (they're almost 70's in terms of age, tapi sangat IT savvy & avid photographer!) kagum hokay!

# terus berazam untuk jadi nenek yang vouge.

kerja ada sedikit perubahan. sudah mula bersemangat. (ye.. betul) harus terus bersemangat. gila lama lagi aku nak pencen. (statement i masih muda)

maafkan saya kalau post ini agak mengarut. jiwa agak kacau kerana husband jauh dari mata selama 10 hari. dan pada ketika inilah, kesemua anak-anak saya dan diri saya jatuh sakit. takpe. kifarah dosa. semoga Allah kurniakan syifa' kepada kami sekeluarga.

love uols. tanpa anda siapalah saya. #mode ABPBH

Friday, April 5, 2013

Kerja

dah 2 minggu masuk kerja, tapi masih tidak ada kekuatan untuk bekerja. semangat ntah ke mana. dah mula doa semoga diberi semangat dan kerajinan untuk bekerja. motivasi kerja turun naik. nih semua pasal sahabat-sahabat baik tak buat kunjungan motivasi lagi. (u.p siti hawa adilah) :P

bagus jugakla 2-3 hari nih aku dok dengar ikim. ustazah tu tanya, sebelum gerak pergi kerja pagi-pagi, kita baca bismillah je ke? pastu ustazah tu cakap lagi, ruginya kita sebab patutnya extend kan lagi, mohon doa agar rezeki yang kita peroleh tu halal dan berkat. so, jom sama-sama amal. sebab rezeki yang halal atau tak halal nih kesan dia panjang. bukansetakat kita, tapi sampai ke anak-anak, pasangan yang makan hasil dari rezeki yang kita bawak balik tu.

so, marilah kita sama-sama memotivasikan diri untuk kerja, niatkan kerja kerana Allah Taala. supaya tak le balik kerja kita dapat penat jek.

hidup kena pandai multi tasking. *tetiba.

mode : mencari semangat yang hilang dan menghilangkan mengantuk yang setia di mata.

Tuesday, March 26, 2013

Back to work

Officially, my honeymoon is over. Am back to work, dragging my feet or literally the whole body.

Nanti la ai carik mood blogging. Banyak lagipun cerita-cerita tertunggak nak share. kay evelibody.. bye

Tuesday, March 5, 2013

No Title

2 weeks time, kembalilah saya ke alam realiti, no more lazing around while cuddling marissa in the morning.. instead, in the car, beating the traffic to meet the punch card clock. arghhhh! serious rasa malas!

so the remaining leave ni, seupayanya, melayan anak-anak sebaik mungkin. ntah ada atau tidak peluang nak bercuti 3 bulan bergaji lagi, since delivery (bersalin) this time pretty nasty.

banyak benda yang konon-konon diplan nak buat masa cuti nih tak jalan. procrastinate, hook up with marissa, juggling the elder three, last-last penat.. tak buat..

nak update entry aqiqah marissa, official photo tak dapat lagi.. nak update entry short hols di legoland.. gambar tak transfer lagi..

okayla gang. nanti kalau rajin, update lagi. bye!

Sunday, January 13, 2013

Perlu ke Mendera Perasaanku?

I hate people posting food pics on social networks. Arghhhhhhh!!

#18harilagipantang

Saturday, January 12, 2013

Aku dan Pembantu Rumah

Tajuk tak boleh blah. Ni luahan perasaan sebenarnya. Nak merempan pun tak guna. Aku dan suami anggap, kami masih belum ada rezeki berjumpa dengan pembantu rumah yang dalam ertikata benar-benar membantu urusan rumah tangga.

Perjalanan aku mengambil pembantu rumah bermula bila aku dah nak start kerja, lepas amek cuti tanpa gaji 2 bulan extra, jaga Afiq & Adib yang lahir tak cukup bulan. Masa tu keadaan ekonomi walaupun cukup-cukup makan, aku & suami tak kisah sebab masa tuh tak ada komitmen dengan bank. Alhamdulillah, masa tu aku dok rumah pemberian mak abah aku, and kereta pun sama. So, kami cuma perlu cut budget yang mengarut-ngarut saje.

Maid no. 1 aku keja ngan aku dalam 6 bulan lebih kurang. Masa maid no. 1 ni, ada la 2-3 peristiwa yang jadi. Memula Afiq patah tulang bahu sebab jatuh. Maid kata jatuh tilam, tapi aku tak rasa jatuh tilam, takkan jatuh tilam boleh patah tulang? Aku suspek jatuh katil. Tapi aku takde bukti. So, aku senyapkan saje. Lepas tu tetiba satu hari, maid aku tak bangun pagi. Matahari dah tinggi, tapi tak bangun. Dia cakap dia sakit. Memang sungguh sakit. Aku hantar klinik, dr suggest aku hantar pakar sakit puan. Rupanya dia datang period terlalu banyak sampai dah tak ada darah dalam badan. Kena tahan wad 2-3 malam jugak, masuk darah. Dr kata dia ada fibroid. Dr nasihatkan aku hanto balik. So, hantar la balik. Bila dah hantar balik, baru la neighbour aku cakap, dia suspek maid aku merokok, sebab selalu ada puntung rokok kat area belakang rumah neighbour aku. (kes campak sebelah rumah)

Maid no. 2 aku amek dalam 2-3 bulan lepas aku hantar maid no. 1 balik. Masa tuh aku dah sarat mengandungkan arwah Amin. Yang ni bertahan la ngan aku dalam 2 tahun. Keja ok la, tapi tak reti baca. stok buat susu anak main agak-agak air berapa banyak. Tak pernah bagi anak aku makan ubat, sebab dia tak reti. So masa tuh aku bergantung harap kat maid mak aku kalau anak aku sakit. Sudah agak tua dan agak pelupa. Tapi bolehla, walaupun kekadang agak mencabar kesabaran di dada. Dia nak sambung keja ngan aku, tapi memandangkan maid mak aku dah balik, n takde sapa yang boleh diharap utk monitor kalau anak-anak aku sakit, aku tak boleh sambung kontrak dia.

Lepas dia balik, lama aku tak de maid. Adalah dalam nak kat setahun kot. Ntah aku pun tak ingat. Maid no. 3 aku alhamdulillah ok. Anak-anak aku suka sangat ngan maid no. 3. Dengan maid no. 3 baru aku percaya untuk tinggalkan anak-anak aku kat rumah. TAPIIIIIIIII.. OK nyer sekejap aje. Buat hal pulak dengan pekerja kontrak bapak aku, yang merupakan suami orang. sampai dengan senang hatinya, visa kerja boleh berubah nama dari nama husband aku ke nama orang lain, yang bukannya kitorang tak kenal. Puncanya, aku cakap, kalau nak kawen, aku kena hantar balik. Sebab dia mintak nak keja part time. aku memang tak boleh maid keja part time sebab masa aku kat rumah hanyalah weekend, and weekend tu la nak kemas rumah. Sampai dia nak bunuh diri kat rumah sebab dia sendiri tak tau balak dia tukarkan nama majikan. So, out you go. Kang mati kat rumah aku kang, susah kepala otak aku.

maid no. 4 aku dapat dalam sebulan lepas aku hantor maid no. 3 balik. yang nih aku amek through proper agent kat kl. nak kat 10k habis. tapi tahan 5 hari jek kat rumah. kenapa 5 hari? hahahaha. semua orang cuak sebab ada time dia cakap sorang-sorang and gelak sorang-sorang. ko tak takut?? aku takuttttt! pandai cakap english ok.

maid no. 5 is a replacement maid. tapi maid nih memang dari awal tak nak keja. dia kata dia nak balik indon. dtg msia sbb nak lupakan kesedihan perceraian ngan husband kot. dtg msia pun tak bgtau family. dah sampai msia tak boleh keja pulak. nak balik. katanya dia sebenarnya mintak keja kat kedai. bukan jadi pembantu rumah. tapi dia jenis solat. dia cakap ngan aku dia nak lari. agent bagi kat aku pun temporary sebab nak tunggu dapat lain. aku nasihatkan dia jangan lari. lepas raya aku hantar dia balik kat agen. (sebab aku takut dia lari dari rumah aku) aku dgr cerita, mmg dia ada attempt lari dari agensi, naik cab pegi kedutaan. sekali nak pegi kedutaan jam gila, driver taxi patah balik, hantar gi kat ofis agen. habis semua gaji kena rampas.

dapatla pulak maid no. 6. adoiiiiii. first week ok. dah lama sikit mula naik lemak. 3 bulan dah ngan aku, anak aku satu pun tak boleh masuk ngan dia. since aku dalam pantang nih, mak aku suggest swap dia sekejap dengan maid nenek aku, sebab anak-anak aku semua suka. so swap la kejap. tak sampai seminggu ye puan-puan, dah buat hal sampai nenek aku tanak tido kat rumah dia, gi rumah adik dia. swap nih pun atas persetujuan. nenek aku sihat walafiat. scope kerja dia cuma teman saje, and buat light housework. yang buat aku menyirap, bila suruh sapu laman, mintak sarung tangan bagai sebab nyamuk banyak. humangaihhhhh! maid no. 6 masih kat rumah aku, aku dah tambah tolak darab bahagi nak give up maid nih, and lost 10k payment sebab dah lebih 3 bulan kan, mana boleh dapat replacement. masalah besar aku sekarang, lepas cuti bersalin, aku belum boleh amek cuti tanpa gaji sebab takut affect akunyer confirmation, sebab baru promoted. kalau aku give up dia, aku tatau bila aku boleh dapat maid baru.

So sekarang nih, berdoa sangat pada Allah, agar aku ditemukan dengan pembantu rumah yang baik, yang ikhlas kerja, yang tidak timbulkan masalah dalam rumahtangga aku.

Aku fikir, setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah tidak kabulkan lagi doaku sebab mahu aku tidak hilang touch dengan anak-anak. ye la kalau ada maid yang sgt boleh diharap, mungkin aku akan jadi lepas tangan.

So, skang nih, aku n husband anggap, kami masih belum ada rezeki untuk dapat maid yang baik macam aunty2 aku yang dapat maid keja sampai nak kat 10 tahun.

Aku rasa kerajaan dah patut kenakan retention money pada pekerja asing to protect majikan tempatan. Aku idok lerr garang mana, tapi aku TERpaksa jadi super garang to make sure the maid buat keja to an acceptable standard.

#HR mode

Monday, December 17, 2012

Pitam di Jusco

hai uols!

i dah on medical leave, menunggu saat admit for csect schedule end of the week. mmg plan nak off this week, tapi last week lagi dah off, sebabnya, collapse kat jusco sbb very low bp.

bukan suka-suka tau gi jusco. i went there with mom, maid and kids. pergi nak settlekan kids' school stuff before i deliver. memula pegi potong rambut didin. pastu gi beli bag skolah kat pusat hari-hari. #perbelanjaanberhemahhhhh.

dah settle beli beg skolah (doploh dua hinggit saje sorang. based on last year's, tahan setahun. so tak yah nak mengengada beli yg mahal2. lepas dah settle, gerak gi jusco belikan food container & water bottle. kejappp jek aku pegi serius. masa dah settle baya, aku dah rasa lain macam jek napas aku.. mmg niat nak terus balik. skali sampai depan mph, adib mintak beli buku. singgah la kejap. tak sampai 15 minit aku dalam nih, tgh2 menunggu maid bayarkan my kids stuff, tetiba aku gelap mata.

since i've been dealing with this low bp issue for quite sometime, i know what i should do is stay calm, and try to remain until my vision is clear. so, bila rasa-rasa dah clear tuh, aku pun start la jalan kuar dari mph, dengan niat nak stop kat SR yg betul2 depan mph tuh sebab i know i need to sit down n take something sweet. skali tetiba, eh, aku dah kat bawah? maid ngan ada one concern lady tolong angkat aku. mak sendiri tak perasan aku jatuh. mujurlah maid sempat tangkap lengan aku.

malam tuh buat ctg. baby's FHR a bit fast. glucose level normal (sebab aku tak bagitau dr yang aku bleasah durian 3 ulas sebelum buat ctg tuh.. kalau tak maunya low jugak!) the next day jumpa gynae, and terus di offkan kerja sampai hari admission.

ada gak la tanya dr, kot la boleh potong awai sket. he said, be patient, buy some time. it's better, it's just you have to be extra careful. so continue on 2 hari skali ctg sampai beranak. solat pun masa sujud duduk saje, sebab takut tumbang.

hope everything will go well. doakan ye readers!


Wednesday, December 12, 2012

Berkat Dengar Cakap Suami

hari nih aku tak keja. tatau la jatuh kategori MC ke EL sebabnya laki aku tak kasik gi keja. semalam meeting satu hari. tightening satu hari. malam buat ctg, fetal heart rate laju semacam jek. nurse cakap, maybe aku penat. memang aku penat pun, banyak betul aktiviti aku dari sabtu sampai semalam.

sudahnya, pagi tadi, en suami kata, tak yah la keja. nanti jumpa dr cakap. baik en suami. saya isteri mithali. :)

9 hari lagi aku csect. so skarang nih, masuk la gear nak makan macam-macam yang tak boleh dimakan masa pantang. :D

aku rasa aku nak makan:-
1. udang besar-besar sebab memang la udang aku tak makan masa dalam pantang. kena plak masak kari yang cair-cair or just simply grill. or masak ngan mee kari yang macam kat seksyen 7 shah alam (walaupun aku tak penah makan!)
2. ketam sebab ketam buat aku gatal2 walaupun dah habis pantang
3. cendol (ok dah makan semalam. nyums! beli kat restoran wahab cendol, area wangsa maju)
4. A&W float (dah minum tapi nak lagiiiiii)
5. segala jenis dessert yang ada telur.. :P
6. ice cream

so far, aku agak berpantang jugak la masa pantang. sebabnya, aku takut gemuk. idola aku ada satu kakak kat opis tapi skang dah pencen. baru nih anak dia kawen. serius aku cakap pengantin ngan mak pengantin macam adik beradik, bukan cam mak mertua ngan menantu. kelas ok. so kena cekal semangat berbarut, bertungku walaupun aku csect sepanjang tempoh pantang. biasanya start berbarut & bertungku lepas 2 minggu operate. kalau ikut mak bidan, sebaik saje boleh mengiring kiri kanan, boleh aa berbarut. mak bidan aku (lebih pada kakak sebenarnya) dah jaga aku dari pregnancy no. 1 lagi. memang terbaik.

pastu sebelum operate nih, ingat nak layan anak-anak jalan-jalan. sian diorang nantikan, 40 hari dok umah tak kuar-kuar.

okay la all. bestnya la rasa hari nih tak keja. hmm.. berkat dengar cakap suami. :)

Thursday, December 6, 2012

Start buat CTG 2 hari sekali

Semalam, first time aku start 2 days CTG monitoring dekat hospital. Sebabnya aku dah start rasa contraction lately. with arwah amin's intra uterine death history (contraction, no show) dr instruct aku datang hospital every 2 days untuk monitor fetal heart rate.

So, semalam, lepas kerja, husband hantar gi prince court. procedure amek masa 30 minit. aduhhh, sesak napas mak buyong! sebabnya, aku memang dah tak selesa baring terlentang walaupun katil diorang tinggikan tang kepala. sabar jek la kan.

so, within 30 mins CTG tuh, aku contract 2 kali. bila rasa sakit pinggag lain macam tuh, aku intai CTG machine. bila rasa sakit pinggang jek, reading kat label 'toco' pun tinggi sikit. lasted for about few mins.

bila nurse masuk, check reading, dia tanya, tadi ada rasa tightening yek? aku pun angguk. konsisten la ngan reading.

next week masuk 36 weeks. boleh tarik nafas lega kalau baby nak keluar masa tuh sebab dah full term. kalau this week, still border preemie lagi. apapun, aku berserah n tawakkal saje.

cumanya, next CTG kena re plan balik. samada pegi masa lunch time, or sesudah subuh sebelum masuk opis. tak nak gi time petang. dengan jam nya, sampai rumah lambat. kesian kat anak-anak kat rumah.

kay la korang. have a nice lunch! bye!


Tuesday, December 4, 2012

35 minggu - 100g gained

Semalam A&C ceck up untuk week 35. gained 100g over two weeks. :) gelak jek dr.

braxton hicks contraction dah makin kerap. one week time, cukup 36 weeks, and i'm more or less dah lega sebab dah full term. am ready to deliver the baby any time, in shaa Allah.

Dr dah set date utk c-sect baby. instead of 21 dec, dr cakap buat 22nd. semoga Allah kurnia yang terbaik untuk kami.

dah makin letih sekarang. kerja pun dah makin malas. tido is a gem! susah nak dapat solid sleep nowadays. masuk opis asyik menguapppp saje.

start this week, kena pegi hospital every alternate days untuk buat ctg, sampai la bersalin. reason being, masa deliver arwah amin dulu, aku contraction n dah bukak 2cm tapi tak de show langsung. so dr kata, for a peace of mind, better buat ctg every alternate days, sbb ia akan represent baby's condition for 2 days. (tapi arwah amin dulu, ctg buat petang, amin passed away malam). so, saya kena selalu ingat, kun fayakun! kita hanya merancang, Allah yang tentukan. kalau Allah kata jadi, maka jadilah. ini hanya sebahagian usaha sahaja.

selera makan pun dah merudum. dok craving nak makan buah saje.

sekarang dalam usaha nak educate aidin yang dia akan jadi big brother. sebut jek didin nak jadi abang, terus buat dek. haha. comelicious!

okay la people. layan jek la karut marut mak buyung nih. ngantuk tahap gaban, keja banyak tapi tak mampu dah nak buat. take care all. bye


Tuesday, November 27, 2012

MC

semalam MC. demam sikit jek, tapi badan lembik teramat-amat. Mana taknya, as early as 10.00am aku dah masuk toilet, muntah-muntah. memang tak berani nak makan sangat. mana taknya, makan roti sekeping ngan air masak pun keluar balik. alih-alih makan bubur nasi, buah sket ngan air kosong jek. malam teguk milo panas 2 gelas.

pagi tadi rasa macam dah ok. husband dah suruh cuti jek hari ni, rest to recover. tapi keja menimbun kat opis. mmg berhajat nak siapkan keja opis sebelum start cuti panjang. kesian kat member-member nanti kalau kena take over separuh jalan.

tapi baru lunch time, macam dah menunjukkan tanda-tanda nak demam semula nih. badan sejuk2, hidung rasa perit. harapnya, siap la keja aku yang datelinenya diawalkan 3 hari.

rasanya, macam perlu cuti awal untuk preppy bersalin. scheduled EL LSCS -21/12/12. maybe 14/12/12 nak start off to rest.

kay la people. sambung keja balik. da!!

Friday, November 2, 2012

30 Weeks Pregnancy Update

Minggu dah masuk 30 weeks pregnancy. Alhamdulillah, last A&C, berjaya mengawal berat badan yang naik mendadak². total 6 kg dalam masa 2 bulan, tumbesaran yang menakjubkan. :P Dr sound suruh control sket carbo. Tukar sikit regime (ecceh) pemakanan, alhamdulillah, it works! (tips : control cravings e.g. cakes, reduce peanut butter (i'm a fan) and tukar roti to whole meal)

So far, preppy satu apa tak buat lagi. Satu benda tak cari lagi. Harus mula cari masa untuk selesaikan persiapan baby, sebab aku dah tak larat nak jalan. Masa mengandungkan Aidin pun macam nih. Dr kata, bone tu tak kembali ke tempat asal, due to pregnancy yang rapat & huge. Agak menguji kesabaran especially bila terbangun tengah malam nak pegi toilet + bangun pagi nak pergi keja. Berjalan sampai level kena berpaut pada segala yang ada sebab takut jatuh. Rasanya macam dah kena pakai pregnancy support belt. Kena sabar banyak². Ye la, pahala ibu mengandung nih besar, takkan nak pahala banyak tapi dugaan takde kan?

So far, Dr kata, kalau ikut scan, it's going to be a pink baby. Hati memang mengharap nak baby girl, selepas dah ada 4 boys. Masa Dr cakap tuh, terus senyum munge-munge, sampai husband tegur cakap apsal senyum lain macam. Apapun, aku doa, baik yang akan keluar nih boy or girl, aku harap semua sihat, selamat dan sempurna. AMIN! this pregnancy was confirmed, sebaik saje aku balik umrah in April. Memang masa tawaf antara rukun yamani dan hajarul aswad, aku ada doa pada Allah mohon dikurniakan anak perempuan seandainya dia baik untuk kami sekeluarga, dunia and akhirat. Moga-moga Allah kabulkan doaku.

Dr kata kali nih kena c-sect jugak. sebab aku dah ada 2 scar sebelum nih. so Dr dah suruh tengok-tengok tarikh, bila nak buat. Dr recommend week before christmas. Rasa-rasa cam nak amek 21/12 sebab lepas tuh ada public hols, so tak yah la husband amek cuti banyak sgt, since company dia cuma bagi 1 day paternity leave. (ada ka 1 day saje?? kalau yang beranak csect, day 2 tu la yang paling banyak perlukan bantuan untuk bergerak) Set jamu lepas beranak pun tak beli lagi. Malas nak beli awal sebab last time tak makan pun, sebab Aidin jaundice throughout pantang period. nak beli pilis & param jek dulu. Bengkung aku ntah ke mana.. :P Gamaknya kena order skali lagi kat mak bidan. Nama baby pun dah mula cari. Tapi biasalah, sampai dah kuar pun belum finalize nama baby. Boleh suggest any names readers? Dua perkataan, starts with A. :) (Both nama boy and girl)

Sesungguhnya, setelah melalui fasa infertility (ketidaksuburan) selama hampir 4 tahun akibat endometriosis stage 4, few miscarriages, fresh stillbirth at 38 weeks... aku amat bersyukur kerana rahmat dan kasih sayang Allah tidak pernah putus dengan terus menerus menghadirkan ganti di dalam hidup.  dr pun cakap, it's rare to find cases like mine, but aku tahu, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Kay yea readers. Log off dulu. Take care all. Bye!




Monday, October 15, 2012

Progress Mak Buyung

preganancy dah nak masuk minggu 29. maknanya dah masuk 3rd trimester. so far, preppy untuk baby satu apa tak buat lagi. paling-paling, baru usha buku cari calon-calon nama. baju etc semua tak carik lagi. toiletries etc, share ngan abg2 saje. cuma kena ngat balik, mana la aku simpan barut² baby ngan bengkung aku dulu.
so far, tak de la masalah besar-besar aku face. cuma awal² hari tu jek mabuk agak teruk. weight gain pun ok, (except lepas raya nih, dlam masa 2 bulan naik 6 kg, aku pun seriau tgk scale). cuma, bila dah masuk 29 weeks, sakit lama masa ngandungkan aidin datang balik. aku pun tatau nak describe cemana, yang aku tau kalau gerak, sampai berbunyi² tulang tuh bergesel. last time sampai kena refer fisio. this time, so far, aku boleh tahan lagi.
kids pun are doing well. aidin dah mula menunjukkan ciri² jeles tahap yaaaa ampunnnnsss! malam² tido kena mengadap dia. kena peluk dia. kalau tersedar, and tgk mommy dok tido belakangkan kan dia, boleh dia bangun panggil mommy! suruh mengadap dia balik. perut mommy udah lerr besooo din, payah betul nak pusing.
afiq and adib pun banyak kisah dia. nanti kena up satu entry cite diorang saje. dah mula belajar pasal aqidah. dah mula bertanya soal aqidah. sudah mula belajar iqra'. sudah mula pandai baca. dah pandai tulis. tapi yang tak bestnya, bila mata diorang pun dah menunjukkan ciri-ciri rabun. alahaiiii. nak kata aku bagi tgk tv sgt, tak jugak. naka kata main ipad, aku ipad pun takde. main game handphone only on weekends. maybe faktor genetik kot yang main peranan. so kengkawan yang ada anak-anak kecik, jangan la bagi anak kita hadap sangat gadget canggih manggih nih. skali skala, sebagai alat membantu tak pe (e.g. makan kat luar, or kenduri kendara ok la), jangan jadi alat yang ganti kita sudah.
kay la people.mak buyung nak start tulis report nih. tangan dah warm up menaip. :)

take care all.

ps - doakan saya selamat semuanya dengan baby dalam kandungan sepanjang mengandung dan bersalin.. amin!


Saturday, September 29, 2012

Entry Pengubat RIndu. Chewah!

Lama tak up entry. Sejak pindah office baru, Subhanallah, super busy nye yang teramat.

Busy bukan sebab banyak kerja, busy sebab, mengambil masa yang lebih lama untuk siapkan satu-satu kerja. Maklumla, I lemah bidang baru nih, masa zaman belajar dulu, siap tulis nota kat lecturer mintak kesian. :P skarang, amekkkk. sila buat kerja ini! kalaulah pilihan di tanganku, nak jek aku mintak duduk rumah saje. eh!

sejak beranak pinak nih, jarang benar I bawak balik keja opis balik rumah. sebab memang takde masa nak menengok keja umah. tapi hari nih, break the rules, terpaksa. sambil run simulation sambil up blog. anak-anak tolong daddy basuh kereta. :D

expecting start bulan oktober nih, super hectic la keja. sebabnya, musim tengkujuh. my seksyen kena on operasi banjir. shift 24-7. yes, ini realiti keja gomen. kesian kami-kami yang keja cenggini kena label mengular. yang mengular tuh, mungkin la, tahap servis tak kritikal. kalau doktor kerajaan lagi la.... makan sambil tido yek, sebab ada yang kena keja 48 hours straight. so, spare the bad comments. tak pasal jek, ada yang dapat dosa kering sebab tuduh silap orang.

okay la readers. tak boleh nak celoteh panjang nih. keja banyak menunggu.

ps : alhamdulillah dapat bonus. lega sikit sebab expenses hujung tahun nih melambung tinggi. school fees, insurance kereta, road tax, nak pindah umah, baby baru. moga-moga rezeki berkat, yang sedikit itu cukup, yang banyak itu membahagiakan. amin!


Thursday, September 13, 2012

Long weekend ahead. Yihaa!

Can't wait for this weekend, sebab cuti super panjang. hahahahaha. Tapi tak nak pegi week satu lagi sebab husband kata maybe out station for a week. Biasalah, bini tengah buyung, mengada lain macam sket.

Program weekend nih bersusun-susun. Hari Sabtu jek, ada 5 open house invitations. Semangat nih nak pegi 5-5. Kalau ada yang nak buat open house pagi pun dialu-alukan, terus settle one-day meal hari tu. :)

Ahad pulak, in laws buat kenduri doa selamat. Insya Allah, adik ipar tuan rumah akan sambung belajaq kat UK. Alhamdulillah, dapat MARA. Sepanjang seminggu dua nih, memang adik ipar asyik dapat ceramah & warning free dari kakak & abang dia la. Nasib badan jadi anak bongsu kan? :)

Sekarang nih, dah mula keja kat tempat baru. Harapnya ok la keja. Dah 4 hari register baru dapat first job sebab boss baru masuk hari nih. First task, hmm boleh tahan. Sekarang, merasalah jadi macam engineer baru. :P Duduk lama satu bahagian, ko rasa ko otai, ha skang, cam budak tadika. tak pe, demi ilmu dan profesion, (ewahhhh!) kita tak leh malu belajar, biarpun dari supporting staff.

Wokeh people, back to work, sebab data yang ditunggu-tunggu dah tiba. Nak kena start buat molek-molek.

Take care, Assalam!!!


Monday, September 10, 2012

Comfort Zone vs Advancement

hafta go out from the comfort zone, that i used to have for advancement in career.

Rabbi Yassir, wala Tu'assir...

Permudahkanlah segalaNya ya Allah, walau hatiku ini penuh gundah gulana. Amin!

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Uols!

Dear Readers,

Salam Aidilfitri. Puan blog memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan zahir dan batin.

Berhati-hati di jalanraya.

Berhati-hati juga menghadap juadah raya. (penimbang adalah musuh ketat lepas syawal)

Peace!

Tuesday, August 14, 2012

Tragedi Masa Sahur

Semalam, mak titeww masak gulai ayam cili api. tuh favourite titeww ngan anak-anak. Tapi semalam, perancangannya, berbuka puasa di rumah mertua. So, tak dapatlah titeww makan ayam tuh masa buka puasa. So, kita tapau la bawak balik rumah untuk sahur.

Panaskan lauk dalam microwave saje. Nasi titeww dah masak awal-awal. Tinggal goreng sayur je. So, pagi tadi nak goreng brokoli dengan carrot. Pasang api gas semua, tumis la bawang. Sekali, eh eh, api padam? Godek-godek, alahai.. Gas habis.

Masin mulut titeww minggu lepas. Dah pesan ngan enche' Suami suruh beli extra gas kat rumah. So, selamatlah titeww steam kat saje sayur tuh dalam microwave.

ps : Gigih menaip perkataan titeww. Aku pulak yang geli menaip gini. Sekali skala perasan muda. ngehngeh.

Monday, August 13, 2012

Penghujung Ramadhan.. Janganlah ini yang terakhir!

dah nak habis dah Ramadhan. sekejap betul rasa kan?

kali nih, well, actually tahun nih, persiapan hari raya, memang berhemah. perlu belajar lebih berjimat cermat dan tidak tunduk pada hawa nafsu. *baru la husband lagi sayang, jangan nak gatai tambah cawangan sudah!!!

keperluan anak-anak hampir settle. baru perasan songkok + sampin perlu ganti baru sebab dah tak muat. songkok nak beli kat giant/carrefour saje, sebab setakat nak pakai 3o minit the most. lain la mommy yang nak kena pakai tudung all day long, kena la selesa. ecceh! sampin, kirim kat husband saje, beli kat masjid jamek masa dia otw dari opis. so, selamat mommy tak payah nak redah masjid india time bulan posa nih.

kuih raya order kat yaya saje. pun minimal jugak. kerepek beli 2 bungkus cukup. nih silap-silap tak jamu kat orang, buat jajan dalam kereta masa beraya nanti. :)

apapun, dalam kemeriahan nak sambut syawal sebab mahu berkumpul sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu, jangan pulak semangat ramadhan kita merudum. sama-sama la kita doa, amal kita yang tak seberapa ni diterima Allah. moga umur kita dipanjangkan dalam keberkatan untuk bertemu Ramadhan akan datang, namun andai takdir menentukan ini yang terakhir, mohon Allah berikan syurga sebagai ganti.

ada one important task yang nak dibuat sebelum raya --> hendak melawat pusara anakanda ketiga Abdullah Amin Fahmi yang sudah begitu lama tidak diziarah. tetiba teringat dalam minggu lepas rasanya, ada terbau wangi bunga melor, but i can't remember the occassion, where and when. bau tu singgah sekejap saje & terus hilang. Gembiralah kamu anakku Amin, kamu kini dalam jagaan yang lebih baik dari Mommy & Daddy!

okay readers, sampai sini dulu. da!