Friday, July 20, 2012

Ramadhan Esok

Esok 1 Ramadhan. Panjangkanlah umurku Ya Allah, izinkan aku bertemu dan beribadah setulusnya di bulan penuh barakah ini.

Semoga Ramadhan kali ini, ibadah kita semua akan menjadi lebih baik. Bacaan Quran menjadi lebih lancar, bibir lebih basah dengan zikir, solat menjadi lebih panjang dan khusyuk, ibadah wajib diseri dengan ibadah sunat.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menjalani ibadah puasa. Dipanjangkan juga doa ini buat ibu-ibu mengandung yang lain. amin!

To all readers, Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak!

Monday, July 16, 2012

Penaakulan Mantik

Last saturday, sambil suap anak-anak makan mee sup for lunch, adib tanya i..

Adib : Mommy, kenapa Mr Smee tu fat?

* Mr Smee - character dalam Jake and the Neverland Pirate

Mommy : (jawapan spontan) sebab dia suka baring.
Adib : How about Daddy?

Teehee..

Mommy tak cakap apa-apa. Anak yang cakap daddy suka baring.

Jangan makan dalam ye Daddy.

Kids are honest. :P

Friday, July 13, 2012

Sabarlah hati. Ingat ALLAH!

Reminding myself..

Tatkala kita terasa terlalu sunyi menghadapi dugaan dan cabaran sendirian, ingatlah, Allah menguji kerana rindukan rintihan kita.

Tatkala hati hampa kerana rasa tidak dihargai, ingatlah, kita hidup di dunia bukan kerana mendambakan penghargaan manusia. tapi hidup kerana mencari keredhaanNya agar bahagia di alam abadi.

Tatkala rasa diri terlalu penat mengurus hal dunia, ingatlah, Allah tidak menjadikan kita manusia di bumi untuk berehat sepanjang masa.

pokok pangkal, ingat Allah.

ingat Allah.

ingat Allah.

nota kaki :
besar pahala wanita mengandung ni sha.......
sabarlah.

Thursday, July 12, 2012

tak sihat

sementara menunggu simulation saya complete, kita update blog dulu..

minggu nih, badan kurang sihat. sikit jek nikmat Allah tarik, dah terasa sesaknya hidup. bayangkan kalau nikmat iman yang ditarik. nauzubillah.

hidung dok sok sek sok sek. kena pulak badan mengandung, memang kebiasaannya lambat sikit la baik. harapnya cergas semula sebelum ramadhan bermula.

esok ada appointment ngan dr, a&c kali kedua. rasanya mau dr jegil mata sebab macam banyakkk jek berat naik. selera betul makan! :P

tak lama jek lagi afiq & adib will turn 5. kejap benooo rasa anak dah besar. dah nak lima tahun ni pandai mintak dah. nak buat besday 3 kali. adeh. saba jek la.

kay la. mental block la nak menaip banyak-banyak. macam idung aku gak. da!

Friday, July 6, 2012

Adib dan Puasa


Mommy : Adib, nanti bila Adib 7 years old, Adib kena puasa.
Adib : Puasa tu apa Mommy?
Mommy : Puasa tuh, Adib tak boleh makan ngan minum dari pagi sampai maghrib.
Adib : Abis tuh, cemana adib nak grow bigger?

Tengok?? Tengok?? dia twist ayat mommy dia to favour him?????

Adib & Baby

Adib : Mommy, baby dalam perut mommy tu girl ke boy?
Mommy : Tatau la dib. nanti dah keluar baru tau.

Mommy : Adib rasa, adib nak bagi nama apa?
ADib : Adib rasa, Adib nak bagi nama Ahmad Kassim.

Semalam sambung lagi cerita Ahmad Kassim..

Mommy : How did you know that the name Ahmad Kassim is for boys?
Adib : Because I think with my brain mommy..

nota kaki : Ahmad Kassim - nama yang terkeluar dari mulut Boboi Boy

Wednesday, July 4, 2012

Syaaban

2 minggu lagi mula puasa. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan diberi kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan mulia. Amin!

alhamdulillah, first trimester dah over. energy level pun dah agak stabil, fenin-fenin lalat pun dah jauh kurang. harapnya, fetus yang ada dalam rahim ini dipelihara Allah, selamat, sihat dan sempurna sehingga dilahirkan nanti, insya Allah. Amin.

normally, kalau dah masuk bulan Syaaban nih, saya dan suami dah start buat preppy raya especially untuk anak-anak. sebabnya, memang tersangatlah malasnya nak meredah shopping
complex time-time posa. preppy raya anak-anak ngan bapak boleh kata dah settle. cuma.. cuma.. cuma.. uhukhukkkk baju raya mommy belum ada. apa yang hendak kusarung di pagi raya? daku juga mahu bergaya seperti mereka. eccehhhh. tadi sempat google sementara kerja tak boleh nak buat lagi nih mana nak cari baju raya. tengok kat mumsdream bangi tuh ada collection baju raya untuk preggers. cam cantikkk jek. nak pegiiiii!

skang nih selera makan membuak-buak. last weekend, dek kerana mengidam lobster (hamekkk!) suami layankan jugak makan kat VS ampang. VS ampang ni simpan banyak nostalgia utk saya. kat sini la family celebrate all good news, kat sini la saya ehem dipropose untuk kawen (hiks). makanan dia jarang mengecewakan.

TAPIIIIIIIIIII.. pegi kali nih rasa spoil habis. food was mediocre, and veryyy pricey. rasa mcm double the price. rasanya kalau tak pasal mengidam, memang la tak ku datang lagi ke sini. sad!

kay la people.

sorry la makin lama makin malap blog nih. tuan rumah busy amat!