Lama tak bersiaran. biasanya bila lama tak update, update baru mesti ceria.
But not today.
Mula late night yesterday. Dapat khabar, anak member yang dah almost 2 bulan comma passed away. Meninggal di bulan mulia, pada usia yang sangat muda.. Member saya ni kawen awal, so anak dia dah besar, dah 15 tahun dah.
Dan this morning, dalam kekalutan sampai office lewat, handphone pegi letak kat silent mode, baru saya terperasan ada terima call dari sahabat lama. Call dari dia buat saya susah hati. Bukan 1 missed call, tapi 3! Terus call balik, and hampir terjurai air mata saya mendengar rintihan hati sahabat. Suaminya telah pergi bertemu Ilahi setelah berjuang melawan kanser. Dan runtunnya hati saya, kerana sahabat ini baru sahaja melahirkan anak ketiga sebulan yang lalu. Allahu Rabbi, beratnya dugaan yang ditanggung! Saya doakan agar Allah permudahkan urusan Mungkar Nakir suaminya, dan sahabat saya Rozie diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan, membesarkan bukti-bukti kasih dan cinta mereka. Amin!
#emosi amat terganggu.
No comments:
Post a Comment