Friday, November 15, 2013

Legoland : entry bergambar

Cam dalam entry lepas, aku share cerita aku pergi Legoland. untuk kali kedua. Sebab anak-anak aku memang peminat tegar Lego.

Tahniah Legoland kerana iklan anda di Astro berjaya membuat anak-anak saya berulangkali cakap pasal Legoland dan membuatkan saya dan suami yang berhati tisu kembali ke sana dengan anak-anak. (NO JPO THIS TIME. ONLY LEGOLAND)

Kitorang duduk dekat Nusajaya jek, cari hotel yang dekat dengan Legoland. Dok Kat Hotel Nusa City, jumpa dalam Agoda. Rate semalam dalam 200++ untuk suite. Suite tak agak-agak. 1 king bed + 2 supersingle beds. Ok la tuh. Tapi breakfast tarak. Breakfast carik la kat area-area tu, tapau bawak balik bilik makan.

Aku masuk Legoland guna offer susu dutchlady. Buy 1 adult 1 day combo ticket, free 1 ticket for kid. Banyak penjimatan dekat situ. Gamble jek pergi hujung tahun walaupun tau sekarang musim hujan.

Nak dijadikan rezeki, hari yang kitorang pergi tu terang benderang sampai ke petang. Memang panas tahap kaw-kaw punya. Cik Arfa sampai macam udang kena bakar kulit dia. Aku? ephyra kan ada. hiks!

Enterprem jap..


Cumanya hari yang aku pergi tu ada banyak rombongan sekolah. So boleh tahan la beratur lama untuk setiap rides. Aku satu ride pun tak naik. Kerja aku tungggu anak habis naik ride dengan daddy dia, sambil bagi arfa makan sambil macam-macam.. tengah panas.. 

Meh layan gambau..

Ni masa memula sampai. Amek dulu gambar. Sebab tau kejap lagi dah malas la nak click sana sini. Dengan panasnya, dengan badan tak berapa sihatnya..

Lamanya la tunggu Afiq n Adib punya turn dekat sini. Kat sini 6 years and above jek aku rasa boleh masuk. Aidin kena drive kat satu lagi section..

My over confident boy. Suka hati dia jek nak bawak macamana pun.

One of the kids' favourite ride. Anak-anak aku semua penakut turun aku bapak dia. Takkan adanya nak naik roller coaster bagai..

3 bujangku yang dah besar panjang. Tahun depan 3-3 orang sekolah.

*lap ayaq mata sat

Ni muka peneman Mommy yang setia. Anak dara....... siap kaki angkat letak atas stroller. Senangnya hati awak kan?

Beside rides, anak aku nak sangat gi Miniland tuh. Sebab dah ada Starwars. Thanks to husband yang menurunkan pengaruh tu. Aku tak minat langsung! (tapi kartun lego star wars best. sebab kelakar)

Ni mat smart ni. Pakai spek hitam saje.. Panas kata dia..

Kemudahan kat Legoland ni superb. Baby care centre dia best. Kalau tak best, cemana cik Arfa boleh tido nyenyak?

Ada breastfeeding room, toilet, microwave, baby chair, cot, etc kat sini. Since Arfa dah tido, aku cepat-cepat angkut dia gi surau yang kat sebelah baby care untuk solat jamak zohor + asar. Satu jek yang ralat, awat la surau tak leh kasik pasang aircond. and kebersihan surau ada sikit kureng. Berhabuk + tempat aku solat tuh ada bangkai lipas. Please Legoland. Go and bring your administration team to Seaworld Australia, and see their surau. Sangat bersih. Elok jek aku habis solat. Arfa pun bangun. Syabas betteh..


Kitorang round park sampai dalam pukul 4.00 lebih. Lepas tuh, cepat-cepat heret anak masuk water park. Water park legoland kan baru bukak 21 oktober hari tuh. Itu sebenarnya yang buat anak aku nak gi sana sangat. 1.5 hour ok la tuh. 

Aku bab-bab waterpark nih memang malas. Cukup la aku malas nak masuk changing room bagai nak tukar. So awal-awal lagi aku dah cakap ngan husband, I'm not going to swim. Aku pun duduk la kat celah-celah yang boleh duduk dengan si Arfa. Memula, aku malas nak bagi Arfa mandi, sebab dia macam batuk. Tak nak melarat. Tapi dia dok.. huh. hah. huh. hah. tengok abang dia mandi. Last-last aku tukarkan jugak si Arfa, pass pada husband, kasik la dia berendam dalam 20 minit. Jadik la..

Gambar kat waterpark tak banyak aku amek. Sebab sibuk kasik Arfa dinner. 

Kids memang suka sangat kat waterpark. Life guard pun ramai. Bagus. Standard yang patut dikekalkan. 

Yang baju biru tu Aidin. Yang gambar sayup-sayup tuh husband and Arfa. Afiq and Adib tak tau kat mana. Nampak kan lifeguard kat slide tuh. Every slide entry point ada lifeguard. Bagus.

All in all, it's a worth trip to Legoland, seeing my kids beaming from ear to ear. 

Bila dah balik KL, tanya lagi......

"Can we go to Legoland again?"

Apa kau ingat Mommy Daddy cop duit????


No comments: