Friday, April 19, 2013

Legoland Malaysia Review

Ni request Neeja suruh aku update cerita Legoland. Janji Ditepati. :)

First and foremost, aku yang menggedik lebih nak pergi Legoland. Ikhlas nih cakap. Sebab masa tuh dah habis pantang & sedang bercuti bersalin 3 bulan. Pada aku, kalau nak pergi Legoland nih, elok la avoid hari-hari sekolah. Nak dijadikan cerita, sekolah anak aku kena tutup seminggu sebab ada kes HFMD. Hehehehe. So, tercapai la hajat aku.

Aku bukan apa, kesian kat Afiq & Adib. Beria benar nak pergi Legoland, lepas dengar cerita kawan-kawan. Tapi bila kira budget, macam, *gulp. Boleh tahan mahal..

So kita cerita ikut point form la. Senang. Aku ni memang dari dulu, cara berpikir cenggini. Jawab soklan peksa pun cenggini. (tapi tulis surat cinta tak cenggini la.. :P)

1. Tiket
Aku beli tiket adult 2, normal price. satu ticket rm140. Tiket budak-budak aku redeem guna kotak susu dutchlady. free 1 ticket for every 1 adult ticket purchased. so aku jimat dalam rm220.00. kids above 3 kena bayar.

2. Hotel
Nih husband yang carik. Aku ikut jek. Kitorang duduk kat Le Grandeur, dekat dengan airport senai. aku rasa among hotel yang paling dekat dengan JPO (eh apsal JPO??) ngan Legoland. Memandangkan aku pegi ngan askar batalion yang muda remaja, memang tak dapat nak duduk la hotel yang kat area jb, sebab nanti karang lambat masuk legoland.

3. Makan
Lunch kat dalam Legoland jek. aku tak larat nak mengangkut anak bujang aku keluar gi Mall of Medini tu. Mall of Medini tu apa? Mall of Medini tu ko akan jumpa bila nak masuk Legoland. Aku dok imagine entrance Legoland tuh macam dari one big parking lot, ko jalan gedek-gedek terus sampai.. rupanya ko kena park kat satu area, entrance masuk ke legoland tuh is through Mall of Medini. Kalau korang gagah perkasa, boleh je keluar dari Legoland and makan kat Mall of Medini, sebab definitely la lagi murah kan? tapi sebab aku tak kuasa menapak dalam tengahari buta, (tak masuk cerita Aidin suruh aku 'giddy up' dia kat belakang)kitorang makan jek dalam Legoland tuh. Gi makan pizza. Sebab boleh share. jimat sket.

4. Bekal
Aku bawak sket bekal untuk anak aku makan. Sila la bawak air mineral berbotol-botol sebab teramatlah panasnya. Aku rasa hari tu hari paling aku banyak minum air tapi tak pegi toilet sebab semua kuar ikut peluh. itu pun nak cerita. haha.

5. Surau
Dalam Legoland tuh ada surau. So no worries. Jalan-jalan gak, solat jangan tinggal. kalau yang bawak budak kecik. boleh jek gilir ngan husband/wife untuk jaga anak sebab kat situ ada playland. sementara korang solat, biar partner jaga anak kat playland. kerjasama gitu.

6. Baju
Lupakanlah peplum bagai. Ko pakai la baju yang terselesa yang kau ada. Kalau bawak anak laki, jangan la ko suruh pakai tuzedo masuk legoland. kalau anak pompuan, usah lerr suruh dia pakai party dress bagai. TSHIRT is recommended untuk bebudak. konfem by the time ko balik, lencun tshirt anak ngan peluh (kalau tak ngan hujan)

7. Avoid cuti sekolah
Untuk yang bawak anak-anak yang masih boleh dipontengkan sekolahnya, avoid la cuti skolah, unless la hati kau tabah untuk beratur berlekuk-lekuk kat tiap-tiap rides yang kau nak naik. Macam aku, masa gi hari tuh hari kerja, boleh kata settle la satu legoland tu aku tawaf. except kat satu area tuh yag manyak roller coaster. gi pun tak guna, bukan boleh naik.

8. Baby's room
Kat legoland ada baby's room yang sangat selesa. but only mothers ngan anak bawah 2 tahun boleh masuk. So agak kesian la kalau bapak jek yang jejalan bawak anak. aku rasa main reason is sebab tempat tuh diorang sediakan jugak breastfeeding area. tapi setakat tukau pampers, kat toiet dia pun boleh buat. siap kalau anak kau nak tido kejap dalam nih pun boleh sebab ada crib bagai.

All in all, memang enjoy habis la kitorang gi Legoland nih. Untuk yang bawak anak-anak kecik macam aku, korang start la tawaf korang ikut lawan jam. Kalau bawak yang dah remaja sket, tawaf la ikut jam. Anak-anak aku memang suka gila gi legoland. mintak nak pegi lagi. apa kau ingat mommy cop duit?

Meh aku tepek sket gambar masa gi legoland..


antara rides yang anak aku suka naik. sian en husband berhempas pulas nak menang. aku senyum jek tengok usaah gigih dia sebab tengah tunggu marissa dalam stroller.


lepas berhempas pulas bawak bomba, kau kena padam api dulu.. silalah..


bila ketiak dah lencun ngan peluh, silalah carik big room nih kat Legoland Imagination. aku rasa timing paling baik, ko gi time tengahari terik, tak la kau sunburn. kat sini, anak kau boleh try skill main lego untuk buat kereta, lepas tu test race. sapa yang masa thesis degree dulu buat building performance under seismic impact, boleh test teori memasing kat sini. kat sini sejuk sebab ada aircond. lega sekejap aku. (bila tengok adib punya creation, aku cam terkagum kejap. adib nih memang artistik lebih sikit)


ni park depan surau. boleh la anak kau main kat sini sementara partner kau gi solat. kalau taknak dia lari2, ko sumbat kan jek bebudak tuh naik ada satu train kecik kat situ. pusing banyak-banyak kali sampai partner kau settle solat. (pastu jangan bagitau trick tu kat dia. sian anak kau)



gambar-gambar lain dalam hp en husband. nanti kalau dia baik hati dah whatsapp kat aku boleh aa aku tepek. :D

penat taip nih. neeja, upah cheesecake kat aku!

3 comments:

Neeja Shamiza said...

hahhha..tq..nnt aku taip resepi cheesecake utk ko plak

Ibu Adam said...

Hmpph!! Entry tak menyeluruh. Kalau aku jadi Neeja aku tak kasi upah. *komen berbaur hasutan dan dengki*

aishah zaharin said...

nard : dengki kan?

neeja : aku nak resepi dan kek dah siappppp!