Friday, April 12, 2013

Menjadi Manusia Berinfo, boleh Ber'Google', tapi untuk menjadi Manusia Berilmu, mesti berguru

Alhamdulillah, kids are getting better. Thank you Allah, for my prayers have been answered.

Time is ticking pretty slowly, almaklumla.. perasaan yang biasa dirasa bila husband kena outstation. Lagi seminggu baru balik. Tiap-tiap malam kena jawab soalan Aidin - Daddy mana? Afiq ngan Adib ok jek, sebab diorang dah biasa.

Sekarang ni musim PRU13. Dekat facebook, ramai la para engineers, doctors, finance specialist, etc tiba-tiba jadi expert in politic. Kadang-kadang tu boleh la layan, tapi kadang-kadang tu rasa annoying nya laaaaa. Mau je di'unfriend'kan sebentar kerana sakit mata memandang dan membaca posting-posting yang bersifat kurang beradab, tak kira la hang undi mana. Boleh tak angkat debat politik ni ke peringkat yang ilmiah sikit. Like, how do you actually generate income to finance all the manifesto yang dijanji. Lebih kurang gitu.

Pastu, off late, aku perasan, wujud sekumpulan yang taksub dengan something. taksub dengan minat pada aku 2 benda yang berbeza. wujud kumpulan yang taksub dengan susu ibu. Wujud kumpulan yang taksub dengan bahan-bahan organik. Taksub yang kadang-kadang aku rasa sampai buat golongan ni pandang orang yang tak sealiran tu SALAH dan SILAP dalam mencatur hidup.

cara aku fikir mudah aje. setiap profesion/bidang itu ada wakil muslimnya. tak kira la profesion apa pun (as long as patuh syariah). baik kejuruteraan, fesyen, cullinary, business, supply chain, perubatan dll. jadi golongan ni di bahu diorang tergalas tanggungjawab kifayah untuk melaksanakan tugas selari dengan syarak selagi mana dia mampu.

Risau tengok perkembangan laman sosial (laman sosialllll.. kelas tau i) zaman sekarang. cukup ramai terus cop diri berilmu cukup sekadar ber'search engine' dan ber'buku' tanpa merujuk yang berilmu. nampak gaya profesion guru dan lecturer akan tandus satu hari nanti kalau org semua bersikap begini.

kalau begini mudah la untuk dicop pakar, esok aku submit borang phd.

in short aku nak cakap.. baca buku tak salah.. cari info tak salah.. tu semua bagus.. sebab membaca kan gedung ilmu.. TAPI kena la rujuk che'gu dan che'gi yang mahir dalam bidang tersebut supaya kita nih berilmu secara terpimpin, bukan berilmu dengan cara kita rasa sudah berilmu.

da!


No comments: