Friday, June 28, 2013

Semangat nak Menjahit

Kita postpone jap la cerita Penang. Sebabnya, aku tak ingat mana gambar kat penang aku letak. Most probably dalam phone husband. :P

So, kita cerita bab lain. 

Sebelum nih anak aku semua lelaki. 4 boys, termasuk arwah. So, aku dah biasa shopping baju boys. Teramat senang. Jeans, shirt and few tshirts.. siap. Jeans ada 2-3 helai, tukar tops sahaja. Aku rasa ramai jek kot buat macam gini. Nak memudahkan lagi, aku pilih satu design yang ada size untuk 3 orang sekali. Tak pening kepala aku. Packing kalau travel pun senang. 

Alhamdulillah, tahun lepas, Allah makbulkan doa aku untuk merasa dapat anak perempuan. Masa memula tau dapat anak perempuan, sampai kena tegur ngan husband, sebab aku tak berhenti senyum. :) Seronok! (Selingan kejap)

Sekarang, dah dapat anak perempuan, fahamlah aku perasaan kawan-kawan yang ada anak perempuan. Ya Allah... nafsu shoppig untuk si kenit nih membuak-buak ok. Dengan skirtnya. Dengan dressnya. Dengan seluarnya. Pendek kata top to toe. I is so geram. 

Tapi..... harga baju budak pompuan yang cantik-cantik nih, masya Allah... MAHAL bebenooooo. itulah yang mengekang nafsu shopping aku. Kalau tak dikenang hutang rumah ngan kereta, mau je rembat pejam mata! 

Borak-borak ngan my mom, terus terfikir, I should give my hand a try on sewing. Agagagagagga. Aku memang penakut operate machine. walaupun machine itu adalah sewing machine. Tapi mengenangkan dulu ikan kering pun tak reti goreng, takkan la machine ni aku tak boleh conquer kan?

So sekarang ni tengah bersemangat gilosh nak jahit attire Arfa. Nak kat setengah jam aku study cemana nak jahit EASY PEASY SKIRT. hehe. Member aku cakap, kalau ko boleh jahit manik, tak la keras mana benar tangan kau tuh. So let's give it a try. Kalau dah siap nanti aku show off. MUAHAHAHAHA. berlagak. lempang kang baru tau. (kain pun tak beli lagi, bising nak buat skirt).

Tak sabo nak gunting kain nih. Hihi. Eh, tapi kena gi kedai dulu beli gunting, getah, measuring tape, kain... lalalalalala..

Aku refer kat sini as a beginner --> punkinpattern . sangat cute uols. 

Anybody nak tempah? Dan dan gituu


No comments: