Lama betul tak pegi Midvalley. Sejak kena pindah office kat Ampang nih, memang jimat belanja aku sebab aku malas nak keluar jenjalan time lunch panjang hari Jumaat. Kalau masa kerja kat KL dulu, itu la hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk makan sedap dan mahal serta hari untuk ibu-ibu muda dan juga member-member yang masih single menguruskan poket masing-masing.
Memandangkan OH dah balik dari Japan Jumaat lepas, maka sebagai upah aku dah jaga anak selama 10 hari, kitorang pun dibawa pergi MV. Tujuan gi sana nak shopping-shopping sket plus nak gi makan makanan jepun. Me and Japanese food never jive one. Tapi hati tu nak gak cuba.
So, bagi nak melayan anak tekak nih, OH pun bawak la aku pegi makan sushi king. sepanjang 32 tahun hidup nih, aku baru makan sushi king sekali. itupun sebab kena belanja adik aku makan sebelum dia fly ke UK or was it before dia masuk MCKK. gitu la. Makna kata, ini kali kedua aku masuk sushi king. Sian OH yang suka makan makanan jepun kan?
Aku order food yang aku yakin aku boleh telan jek. well, lepas try makan, i think, it's not bad after all. tapi tidak boleh terpedaya tengok saiz yang kecik, konon tak kenyang makan. But still, I can't bring myself makan yang raw-raw bagai. masih belum mampu tekak aku nak telan. Dan OH pun sengjaa bawak makan gi sushi king saje sebab harga dia affordable. maknanya, kalau aku tak termakan pun, tak lah terasa benar ruginya kan? :P
Lepas makan, kitorang gi shopping sket. akhirnya yang shopping sket tu semua hasil tangkapan untuk arfa marissa. amek kau. 4 helai baju dia sorang. Orang lain tengok saje. Beli murah jek kat brands outlet MV. Baju tido baru rm15 sepasang, dress dalam 33 hengget.
Weh.. ngantuk benar mata nih, macam nak terlelap sudahh. Ok la people.. Bye!
1 comment:
farihah, sorry terdelete comment!
Post a Comment