Tuesday, May 28, 2013

A Visit to Zoo Negara and Harvey Norman

Sambung cerita long weekend.

Cerita Hari Sabtu:-
Dah lama tak bawak anak-anak pergi zoo. Since hari Sabtu lepas, Afiq & Adib cuti kelas mengaji (they have their iqra' class at home every weekend, for 1 hour), maka bergeraklah kami anak beranak ke Zoo Negara yang cuma 5 minit drive sahaja dari rumah. Tapi oleh kerana semua anakanda tercinta bangun lambat, matahari dah naik tinggi baru sampai kat pintu zoo. 

Sampai dekat Zoo dalam pukul 10.30 pagi. Panas boleh tahan. Sampai-sampai tu, tengok, animal show pukul 11.00 pagi. Terus pergi kat animal show. Tapi bila sampai kat tempat animal show, dah almost penuh. Cuti sekolah kan, dengan rombongan sekolahnya. Dapatlah satu spot duduk. si Arfa dah bantai tido nyenyak dalam stroller. 

Tengok animal show pun halfway saje. Sebab serius tak tahan panas. Yang aku heran, Arfa boleh tido nyenyak, dengan tak bawak fan, siap lencun dengan peluh lagi kat stroller. Lepas lari dari animal show, terus pergi naik tram. Bayar RM 12 untuk 2 adults and 3 kids. Aku dah tak larat nak jalan. Bawak naik tram senang, kita tawaf satu Zoo. 

Zoo tengah undergo improvement works sekarang. Tak lama lagi ada panda. Interesting!

Lepas tawaf Zoo, seperti biasa, kena pow kat kedai sebelum keluar. Bukan beli apa pun, beli bubble jek. 

Tamat acara Zoo Negara, haruslah cari kedai untuk isi perut. Terjah KFC saje kat Ampang Point dengan niat lepas tuh nak menziarah Harvey Norman grand opening sale. :P Member husband dok cakap "murah gila, murah gila". Dasar cheapskate, kami memang harus pergi, since rumah masih perlu diisi dengan basic needs. Pada aku harga boleh tahan la, sebab say beli katil super single with pull out mattress (sekali ngan mattress) range dalam 1400 - 2000. Some items, ada buy 1 free 1, yang free tuh boleh amek samada same item or different item within bedding sections of equal or lower value. Tapi tak beli apapun, sebab biasa la, bawak hulubalang, mana boleh shopping dengan tenang. :)

Jalan-jalan jugak, balik tetap kena masak. Nak buek cemano? Nama pun OMAK. Mula-mula nak masak nasi ayam, sebab rasa senang jek,. Tak yah goreng ayam, bakar jek dalam oven. Tapi malas nak buat sup segala. Alih-alih masak nasik minyak, ngan Ayam Sweet Sour. Pastu menyesal sebab kena goreng ayam banyak kali. Dah le goreng ayam lama. Lagi senang buat sup. 

Terover rajin pulak hari Sabtu tu, lepas dinner, sempat lagi godek choc moist cake. Tapi menengokkan ingredients yang aku letak. aku sendiri takut nak makan. Tapi makan gak sikit-sikit. Tu pun aku korbankan niat buat chocolate ganache sebab tak mampu rasanya otak meng'compute' calories. Gila menggemukkan! Aku buat kek nih bukan apa, kan minggu ni cuti sekolah. Tau la anak bujang. Rajin mengulang ke dapur. Tu pun dah request suruh buat choc chip biscuits. Tengok la nak, kalau Mommy dapat cuti, Mommy buat. (Aku cookies ni malas sket sebab nak bakar banyak kali)

Itu la cerita Sabtu saya. Nanti kita sambung cerita Ahad.


No comments: