I had a wonderful long weekend with my loved ones, how about you guys?
Cerita Jumaat
Cuti panjang ni, kita mulakan dengan urutan satu badan oleh kak bidan kesayangan. Yeay! Badan dah sakit-sakit, urat dah banyak tergeliat. Rezeki aku dapat urut that week, sebab normally akak bidan nih full sokmo! Lega okay. Lepas rindu pun iye jugak, maklumla ni akak bidan faberet.
Oleh kerana badan dah fresh, maka tengahari tu kita meng'kari' dengan jayanya. Abah bagi ikan senangin fresh (banyak untuk keluarga aku). So aku karikan, and hantar sket kat mak. Buat cair sket. Pergh, kuah yang lebih tu I simpan. Kari kan tahan lama. Nanti boleh goreng roti canai buat kuah cicah. Nyums.
Anak-anak memang tarik muka la bila kena makan nasi, especially si Adib. Petang tuh, masakkan spaghetti bolognese untuk diorang. Terus masak lebih, dan freeze kan kuah. Memang dasar super mommy. Senang, kalau emergency malas masak. My kids kalau makan kat luar tak berapa nak masuk. Unless makan KFC. Lalu ko nak makan KFC memanjang?? idok lerrr teman.
Malam Jumaat tu, gerak pergi Alam Damai attend wedding cousin husband. Kami dan hulubalang semua dah dinner siap-siap, bagi lapik perut. Since aku dah makan, maka kat wedding tu aku makan air liur saje, sebab penimbang kat rumah dah menjerit-jerit sound, "No more additional weight!!" sekali tengok diorang hidang nasi putih ngan gulai daging salai...... Kuat iman aku malam tuh tak dinner. tapi terbabas gak makan puding koktel satu.
Khemah wedding itu sangat cantik. Macam fairytale jek rasa.
#feeling-feeling romantik sempena 10th wedding anniversary.
Cerita Sabtu ngan Ahad nanti aku sambung. Banyak benau!
No comments:
Post a Comment