Wednesday, May 29, 2013

Taman Metropolitan

Sambung cerita hari Ahad

Seawal Subuh aku dah bangun, and tak tido balik. Lepas jek solat Subuh, prepare breakfast. Gila awal. Sebab nak bawak anak-anak pergi main kat Titiwangsa sambil picnic la konon. Last time aku pegi titiwangsa aku tak bawak bekal. Konon-konon sampai sana beli roti krim udah. Skali takde jual roti. Lepas melayan bebudak main, kena pergi McDonald kat Setapak for breakfast. Tau la bebudak, kalau dah minum air, memang payah nak makan. So, kali ni, lesson learned, bawak bekal siap-siap. Bukan masak nasi lemak bagai pun, aku just bawak roti yang dah siap-siap sapu butter & rebus sausage (aku lagi suka rebus sausage, sebab sausage tak kecut. #tiada unsur 18SX di sini). Sempoi.

Memula memang nak pergi Titiwangsa. Tapi masa on the way tu, aku cakap ngan husband ada lagi satu park yang tak pernah kitorang pergi, which is Taman Metropolitan, on the way to FRIM. Dekat sket ngan rumah. Kat situ, kalau petang-petang, ramai orang main layang-layang. Tapi kitorang pergi pagi, so takde la. Drai nak gi Titiwangsa, melencong la pergi Taman Metropolitan.

Not bad though. Aku suka sebab tak yah jalan jauh. Parking dekat ngan playground. Pastu sesuai sangat kalau anak-anak bawak basikal main kat situ. Nak main bola sepak pun boleh sebab banyak green area. I like.  Playground pun tak besar sangat. Saiz yang pada aku cukup cantik untuk jaga 3 anak bujang. (Anak dara kecik lagi, dok diam-diam dalam stroller). 

My 3 musketeers at park!

My Not So Liittle Aidin

Dalam sejam kat situ, OH ajak gerak pergi Damansara. Nak gi tengok kolam ikan. Kat rumah aku ada kolam ikan, tapi high maintenance nye la hai. High maintenance in terms of time. Dasar pemalas kan, tak kuasa la nak basuh tetiap 2 minggu. Laki aku kalau dah mengadap kolam ikan tuh, alamatnya lama la. Aku dah siap masak pun, dia tak siap lagi belek kolam ikan. So aku suggest husband aku to look into solutions e.g. usage of microbe untuk simulate natural stream. Kononnya, usage of microbe untuk makan semua kumbahan ikan, so kolam ko tak kotor. 

Dalam Majalah Laman ada la iklankan satu company kat Damansara. pergi la menyinggah. Lepas dia datang rumah and quote, huk alohhhhh. Mahai betul! Baik buat benda lain! So aku rasa solution dia lepas nih is.. KAMBUS jek la kolam. hikhik. (takkan dibuat punya, sebab kids love it!)

Tengahari tu lunch di luar saje. Makan kat Ikano Power Centre. Petang tu, aku dah letih. Malas nak masak lama-lama kat dapur. Bawak keluar kambing, marinade kejap. Suruh maid rebus kentang. Akhirnya.. taraaaaaa. Lamb chop + mashed potato siap. Tak la penat sangat. 
*FYI - i cook our own food. maid just help to prep.

Itulah cerita Ahad aku. Most importantly, well spent with kids, walaupun seperti biasa ada scene budak kena marah dan cubit. Next weekend, gerak ke Utara pulak, attend kenduri kawen + amek peluang jenjalan ngan kids sempena cuti sekolah. Sekali skala layan anak, apa salahnya. 

Okay people. Bye!

No comments: