Monday, May 19, 2014

Bincang Serius : Subjek Matematik Darjah Satu hari ini

Minggu lepas dan minggu ni - EXAM WEEK for kids

Since diorang ponteng sekolah nak dekat 3 minggu, terpaksalah si ibu membuka buku teks dan mengajar anak-anak apa yang patut.

Subjek yang memberi tekanan kepada si ibu adalah Matematik. Bukan kerana si ibu tidak mampu mengira 1+1 atau menyusun nombor mengikut turutan menaik atau menurun. Tetapi kerana si ibu sangat terperanjat dengan silibus darjah 1 yang equivalent to silibus darjah 3-4 masa kita sekolah dulu-dulu.

HUWAAAAA!

Buat ibu-ibu yang akan ada anak-anak masuk darjah satu tahun depan, silibus darjah 1 (I'm talking about Math here) covers:-

a. the normal addition
b. the normal subtraction
c. the element of algebra.. 8 + x = 12, where x tu dia ganti dengan kotak kosong
d. multiplication of 2, 5, 10 (ni yang aku perasan la)
e. yang ni aku tatau category apa, tapi err nak kena kenal, mana puluh, mana sa. nak kena tahu apa maksud nilai tempat, nilai digit
f. bina cerita matematik dari gambar

And all the above baru cover topik dalam Jilid 1. Belum masuk Jilid 2.

So ibu-ibu, brace yourself untuk bantu anak-anak belajar. Beef up your vocabulary in Bahasa Malaysia. You'll be surprise to see the level of vocabulary being used in instructions, etc. I seriously respect the teachers yang kena ngajo anak-anak umur 7 tahun all these things. But at the same time, I pity the kids. Sebabnya saya rasa, tidak ada ruang untuk pengukuhan kepada asas-asas matematik, pada pandangan mata kasar saya yang bukan expert di dalam early kids learning.

Bila ditunjuk kepada suami, soalan yang keluar mudah saja. What's the added value for kids to learn this? (masa tu I tunjuk keperluan untuk tahu item e as above).
One of the syllabus

Ini tidaklah teruk sangat untuk anak-anak yang hidup di bandar, yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke pra-sekolah. Tapi bagi anak-anak yang masuk ke alam persekolahan, tanpa mengenal ABC dan 123, kerana tidak berpeluang memasuki pra-sekolah? Aduh. 

I really hope the silibus akan betul-betul membantu anak-anak memiliki high level order of thinking. Jangan sampai dah umur 12 tahun pun nanti, masih tidak boleh selesaikan masalah matematik yang mudah kerana asas dan cerucuk (footing and piling) di dalam matematik tidak kukuh. Nauzubillah. 

Moga Allah kurniakan hati yang terang kepada anak-anakku untuk mempelajari ilmu yang baik-baik ini. Amin.

#concern


1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

semalam pun pening nak terangkan dekat ilham solution untuk 12-x=7.. haiihhh dia tak paham2.. karang ajar cara budak U kang lagi dia pening.. sha hg kalau tgk budak darjah 3 punya bahagi titik perpuluhan bagai lagi la rasa nak nanges nak ngajar.. aku ni dah la bila ngajar kurang sabar, sian Ilham ngan Fatihah..huhuhu