Friday, May 2, 2014

Cerita Jumaat : Arfaku sayang..

Hari tu cerita pasal Aidin.. Hari ni kita cerita pasal Arfa..

Arfa akhirnya dah berjalan. Lambat gak dia jalan.

Tapi mulut dia, ya ampunnnnnnn. Macam bertih!

Cukup kuat jeles dengan Aidin. Asal Aidin tengah baca buku dengan Mommy, dia mengendeng. Kalau tak dilayan, menangis. Asal Aidin baring sebelah Mommy, dia datang selit masuk tengah-tengah. Kalau tak dapat menangis.

Sekarang ni, hobi dia layan buku yang ada banyak gambar. Keluarlah macam-macam perkataan German dari mulut dia.

tat - cat
mene-mene - banana
dog - dog
duck - duck

Kalau tanya..

Mommy : Daddy mana?
Arfa : Aaaaaa-pish! (Office)

Mommy : Arfa anak sapa?
Arfa : Di-ddy!

Mommy : Sapa nama Arfa angkat tangan?!
Arfa : (Angkat tangan letak kat kepala)

Asal pakai baju lawa sikit, pastu kena puji cantik.. dia pun cakap :Ta-Tik!

Hai la Arfa. Cepat sangat awak besar. Makin besar, makin risau la Mommy nak jaga awak. Nasib atas ada 3 bodyguard. Susah la hang nak bercinta. :D

 Dah masuk fasa makan semua nak sendiri. Bila tak bagi, dia punya protes tu.. Adoiyai.

Selalunya memang bagi pakai seluar ngan t shirt kalau tido malam. Sebab senang. Minah ni lasak, kuat berlari and memanjat. Sekali-sekala pakai macam ni, perasan chanteksss la. Aku tengok dah rupa macam baby dalam cerita kartun Peter Pan. :)


1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

alahai ta tik la dia.. klon mummy dia nih..