Entry semalam baru je share pasal silibus Matematik darjah 1.
Hari ni saya nak share rasa 'puas' kerana melihat hasil didikan pada anak.
Afiq & Adib ponteng sekolah nak dekat 3 minggu, post operation hari tu. So banyak sangatlah yang budak-budak ni tertinggal dekat sekolah. Baru masuk sekolah seminggu, dah kena brace mid year exam.
Husband out of bound. So nak tak nak, Mommy kena la jadi cikgu tuisyen, walaupun tahu anak-anak akan komen, "Mommy is fierce". :)
Mengajar budak-budak ni dalam masa yang sangat singkat. Senang cerita, satu malam satu subjek sahaja. Eh terbalik, satu subjek satu malam je study except Math sebab Selasa minggu lepas cuti wesak. Merasa la bebudak mengadap Math dan Mommy.
Pergh, lap peluh jugak mengajar anak-anak. Vocabulary hari ni agak tinggi, penguasaan Bahasa Melayu anak-anak baru nak develop, silibus jauh lebih susah dari zaman kita dulu belajar. Lap peluh sebab menahan sabar. Memang la Mommy asyik tiaw jek!
Lepas dah ajar anak-anak dan rasa diorang dah faham, aku bagitau Afiq Adib, sebelum exam bacalah doa. Mintak Allah tolong supaya Afiq Adib jawab exam dengan betul.
.....
Balik dari kerja, cikgu kelas bebudak ni Whatsapp cakap kertas Math dia dah pulangkan balik. Mintak tolong tengok ada silap ke kat mana-mana.
So masuk rumah, terus tanya kids, any paper for me today?
Terus dengan semangat, bebudak ni pass kan kertas Math diorang.
Alhamdulillah. Hilang rasa penat mengajar. And terus rasa semangat nak mengajar anak-anak. Yang kelakar tu, soalan cikgu dengan soalan yang aku reka bantai bagi kat bebudak ni lebih kurang sama je. Si Afiq siap gelak-gelak sengih-sengih cakap dia boleh buat.
Ni baru perasaan aku yang mengajar 2 anak. Agaknya cikgu-cikgu yang kat luar sana, yang dah ada beribu anak murid berjaya dalam hidup, macamana rasa dia ek? Mesti best kan? Best sebab tengok hasil didikan 'menjadi'.
Ni baru exam Math darjah 1, dah happy macam ni aku. Kalau graduate sok, cemana agaknya, :D
Tima kasih cikgu-cikgu Afiq Adib kat sekolah.
1 comment:
tahniah to twin.. cepat sungguh dapat result eh... aku debar2 tunggu result ilham, dia memain skit tak fokus lansung.. kakak dia tak risau dah, tak leh target dia dpt mcmne..
Post a Comment