Monday, March 24, 2014

Kasut Hilang

Baru 3 bulan sekolah dah kena beli kasut sekolah baru..

bukan sebab sempit.
bukan sebab koyak.

tapi sebab hilang.

ada tapi lagi.

bukan sebab adib hilangkan kasut dia.

atau..

ada orang curi.

tapiiiiiiii MONYET belakang bukit umah rembat!

hai la monyet. dulu cawan arfa kau rembat..

sekarang kasut sekolah anak aku pulak kau rembat.

siap kau monyet!!


Friday, March 21, 2014

Aidin.. Approaching 4 years old

In less than 2 weeks, Aidin is turning four years old. Cliche macam mak-mak lain.. Time flies so fast!

Aidin masih anak manja mommy. Tido masih nak gosok siku mommy. Masih nak hug mommy and say I love at nights. Nakal dia boleh tahan, apalagi bila jumpa gang sepupu sepapat.

Ntah ada ntah tidak birthday party Aidin tahun ni kat rumah. Suami masih belum tahu lagi bila lagi nak balik. Dah nak masuk 4 minggu aka sebulan kerja kat Jepun.

So, amek langkah order saje kek, and biar Aidin celebrate birthday kat sekolah. Dia request nak kek gambar hero factory, colour blue. Macam-macam la hai anak. :)

Mommy sayang Didin banyak-banyak.


Design kek yang Mommy buat.. tempah kat member sekolah saje..

Hope you will love it. :)

Thursday, March 13, 2014

Nasib Badan

Ditinggalnya aku dengan anak yang sakit.

Katanya 3 minggu.

Tadi dikhabarkan pula, tukar tiket ke open tiket bila sepatutnya esok kembali setelah 3 minggu berkelana.

Sudah kujangka.. Memang beginilah nasib kalau ditinggalkan.

Sabarlah hati.

#PJJ


Ada manusia tidak tahu rasa hormat and to be sensitive at the right time.

Enough said.

Thursday, March 6, 2014

Kisah Anakanda Baginda..

Ruqayyah, anak Rasulullah meninggalkan Baginda kerana mengikut suaminya, Uthman..

Zainab, anak Rasulullah tidak turut serta dalam penghijrahan ke Madinah, tinggal di Makkah bersama suaminya. 

Semoga ini menjadi penguat semangat. Moga ini keputusan yang betul dan terbaik untuk semua, dunia akhirat. Amin.

Thank you to a friend of mine, you know who you are.


Wednesday, March 5, 2014