Wednesday, January 30, 2013

Menjelang 40 hari..

Semalam, sempena nak menjelang hari ke 40 berpantang, berkata Afiq kepada Mommy..

"Mommy, Afiq rasa Afiq nak baby satu lagi."

Terkedu Mommy..

Tuesday, January 22, 2013

Lost in Translation

Masuk dapur, ternampak Afiq tengah panjat meja. Tangan laju jek, terus cubit b*nt*t dia.

Mommy : Kenapa Afiq panjat?
Afiq : Afiq nak amek teh strawberry
Mommy : Kenapa tak mintak tolong nenek (maid) amek? Kan nenek ada kat sebelah
Afiq : Nenek don't understand English, and I don't know what strawberry is in Malay.
Mommy : (Tepuk dahi!)

Monday, January 14, 2013

Hidup Bermadu

Mommy : I read an article dalam paper, cakap pasal tonsilitis operation. Dia kata removing tonsil won't affect your ability to screen bad things to enter your body.

Daddy : Ooo ye ker?

Mommy : They said, tonsil tu works only masa first year of life. So I guess, boleh la kot buat op tu kat Afiq.

Daddy : Talking about that, I bought some honey today. Get him to eat daily, and see whether boleh improve tak condition. Btw, awak tahu tak camana nak tau madu tu asli?

Mommy : Ntah, I don't know.

Daddy : Orang cakap, kalau nak tau madu tu asli, bawak balik rumah pastu bini marah, asli la madu tuh.

Mommy : Sabar jek (sambil gelak)

Daddy : Tu UAI la cakap..

CIS!

ps : Tajuk mencari publisiti dan kontroversi!

Sunday, January 13, 2013

Perlu ke Mendera Perasaanku?

I hate people posting food pics on social networks. Arghhhhhhh!!

#18harilagipantang

Saturday, January 12, 2013

Aku dan Pembantu Rumah

Tajuk tak boleh blah. Ni luahan perasaan sebenarnya. Nak merempan pun tak guna. Aku dan suami anggap, kami masih belum ada rezeki berjumpa dengan pembantu rumah yang dalam ertikata benar-benar membantu urusan rumah tangga.

Perjalanan aku mengambil pembantu rumah bermula bila aku dah nak start kerja, lepas amek cuti tanpa gaji 2 bulan extra, jaga Afiq & Adib yang lahir tak cukup bulan. Masa tu keadaan ekonomi walaupun cukup-cukup makan, aku & suami tak kisah sebab masa tuh tak ada komitmen dengan bank. Alhamdulillah, masa tu aku dok rumah pemberian mak abah aku, and kereta pun sama. So, kami cuma perlu cut budget yang mengarut-ngarut saje.

Maid no. 1 aku keja ngan aku dalam 6 bulan lebih kurang. Masa maid no. 1 ni, ada la 2-3 peristiwa yang jadi. Memula Afiq patah tulang bahu sebab jatuh. Maid kata jatuh tilam, tapi aku tak rasa jatuh tilam, takkan jatuh tilam boleh patah tulang? Aku suspek jatuh katil. Tapi aku takde bukti. So, aku senyapkan saje. Lepas tu tetiba satu hari, maid aku tak bangun pagi. Matahari dah tinggi, tapi tak bangun. Dia cakap dia sakit. Memang sungguh sakit. Aku hantar klinik, dr suggest aku hantar pakar sakit puan. Rupanya dia datang period terlalu banyak sampai dah tak ada darah dalam badan. Kena tahan wad 2-3 malam jugak, masuk darah. Dr kata dia ada fibroid. Dr nasihatkan aku hanto balik. So, hantar la balik. Bila dah hantar balik, baru la neighbour aku cakap, dia suspek maid aku merokok, sebab selalu ada puntung rokok kat area belakang rumah neighbour aku. (kes campak sebelah rumah)

Maid no. 2 aku amek dalam 2-3 bulan lepas aku hantar maid no. 1 balik. Masa tuh aku dah sarat mengandungkan arwah Amin. Yang ni bertahan la ngan aku dalam 2 tahun. Keja ok la, tapi tak reti baca. stok buat susu anak main agak-agak air berapa banyak. Tak pernah bagi anak aku makan ubat, sebab dia tak reti. So masa tuh aku bergantung harap kat maid mak aku kalau anak aku sakit. Sudah agak tua dan agak pelupa. Tapi bolehla, walaupun kekadang agak mencabar kesabaran di dada. Dia nak sambung keja ngan aku, tapi memandangkan maid mak aku dah balik, n takde sapa yang boleh diharap utk monitor kalau anak-anak aku sakit, aku tak boleh sambung kontrak dia.

Lepas dia balik, lama aku tak de maid. Adalah dalam nak kat setahun kot. Ntah aku pun tak ingat. Maid no. 3 aku alhamdulillah ok. Anak-anak aku suka sangat ngan maid no. 3. Dengan maid no. 3 baru aku percaya untuk tinggalkan anak-anak aku kat rumah. TAPIIIIIIIII.. OK nyer sekejap aje. Buat hal pulak dengan pekerja kontrak bapak aku, yang merupakan suami orang. sampai dengan senang hatinya, visa kerja boleh berubah nama dari nama husband aku ke nama orang lain, yang bukannya kitorang tak kenal. Puncanya, aku cakap, kalau nak kawen, aku kena hantar balik. Sebab dia mintak nak keja part time. aku memang tak boleh maid keja part time sebab masa aku kat rumah hanyalah weekend, and weekend tu la nak kemas rumah. Sampai dia nak bunuh diri kat rumah sebab dia sendiri tak tau balak dia tukarkan nama majikan. So, out you go. Kang mati kat rumah aku kang, susah kepala otak aku.

maid no. 4 aku dapat dalam sebulan lepas aku hantor maid no. 3 balik. yang nih aku amek through proper agent kat kl. nak kat 10k habis. tapi tahan 5 hari jek kat rumah. kenapa 5 hari? hahahaha. semua orang cuak sebab ada time dia cakap sorang-sorang and gelak sorang-sorang. ko tak takut?? aku takuttttt! pandai cakap english ok.

maid no. 5 is a replacement maid. tapi maid nih memang dari awal tak nak keja. dia kata dia nak balik indon. dtg msia sbb nak lupakan kesedihan perceraian ngan husband kot. dtg msia pun tak bgtau family. dah sampai msia tak boleh keja pulak. nak balik. katanya dia sebenarnya mintak keja kat kedai. bukan jadi pembantu rumah. tapi dia jenis solat. dia cakap ngan aku dia nak lari. agent bagi kat aku pun temporary sebab nak tunggu dapat lain. aku nasihatkan dia jangan lari. lepas raya aku hantar dia balik kat agen. (sebab aku takut dia lari dari rumah aku) aku dgr cerita, mmg dia ada attempt lari dari agensi, naik cab pegi kedutaan. sekali nak pegi kedutaan jam gila, driver taxi patah balik, hantar gi kat ofis agen. habis semua gaji kena rampas.

dapatla pulak maid no. 6. adoiiiiii. first week ok. dah lama sikit mula naik lemak. 3 bulan dah ngan aku, anak aku satu pun tak boleh masuk ngan dia. since aku dalam pantang nih, mak aku suggest swap dia sekejap dengan maid nenek aku, sebab anak-anak aku semua suka. so swap la kejap. tak sampai seminggu ye puan-puan, dah buat hal sampai nenek aku tanak tido kat rumah dia, gi rumah adik dia. swap nih pun atas persetujuan. nenek aku sihat walafiat. scope kerja dia cuma teman saje, and buat light housework. yang buat aku menyirap, bila suruh sapu laman, mintak sarung tangan bagai sebab nyamuk banyak. humangaihhhhh! maid no. 6 masih kat rumah aku, aku dah tambah tolak darab bahagi nak give up maid nih, and lost 10k payment sebab dah lebih 3 bulan kan, mana boleh dapat replacement. masalah besar aku sekarang, lepas cuti bersalin, aku belum boleh amek cuti tanpa gaji sebab takut affect akunyer confirmation, sebab baru promoted. kalau aku give up dia, aku tatau bila aku boleh dapat maid baru.

So sekarang nih, berdoa sangat pada Allah, agar aku ditemukan dengan pembantu rumah yang baik, yang ikhlas kerja, yang tidak timbulkan masalah dalam rumahtangga aku.

Aku fikir, setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah tidak kabulkan lagi doaku sebab mahu aku tidak hilang touch dengan anak-anak. ye la kalau ada maid yang sgt boleh diharap, mungkin aku akan jadi lepas tangan.

So, skang nih, aku n husband anggap, kami masih belum ada rezeki untuk dapat maid yang baik macam aunty2 aku yang dapat maid keja sampai nak kat 10 tahun.

Aku rasa kerajaan dah patut kenakan retention money pada pekerja asing to protect majikan tempatan. Aku idok lerr garang mana, tapi aku TERpaksa jadi super garang to make sure the maid buat keja to an acceptable standard.

#HR mode

Friday, January 11, 2013

Macam-macam Adib Hazim

Masa mandikan baby, tetiba jek Adib cakap..

Adib : Marissa sakinahhh.. (kunun2 agah baby)
Mommy : (gelak) eyy, tu bukan nama marissa la
Adib : Marissa Arfa..

Suka hati dia jek nak tukar nama baby.

Thursday, January 10, 2013

Takziah Asyura Rosli

I was affected pretty badly yesterday, after receiving a call informing me that a friend of my childhood just lost her son, aged 7 months old.

I remember bumping into her past few months at prince court. she was with her late son, emir. masa tuh, dah tahu cerita her son was unwell, ada heart problem. dr said kena makan ubat through out his life, and it happened to be that his life is 7 months short.

langsung terkenang peristiwa sendiri kehilangan anak. tapi rasanya, perit lagi apa yang kawan aku lalu nih. sudah ditatang dan dibelai selama 7 bulan, dan kelmarin, diambil semula oleh Penciptanya.

I hope kawan aku tuh tabah setabah-tabahnya. Redha dengan ketentuan Allah, dan kuat untuk meneruskan hidup. Semoga Kak Ngah aka Asyura Rosli dan suami dikurniakan ganti yang lebih baik. Semoga anak yang telah kembali itu menjadi pemberat amalan di hari timbangan dan menjadi pembantu di hari hisab kelak. AMIN.

Takziah Kak Ngah & family. Sudilah kiranya para readers untuk sedeqah alfatihah kepada baby Muhammad Emir, 7 bulan.

Terima kasih.

Monday, January 7, 2013

Mencari Ruang untuk Diri

bergelut jugak dengan masa mencari ruang untuk diri sendiri.

rutin harian sekarang

7.00 am - 8.00am : breastfeed marissa, express breast milk + light breakfast
8.00 am - 10.30am : kak bidan datang utk berurut, bertungku, bersauna, berbengkung. she will bathe the baby too.
10.30 am : 2nd round of light breakfast
12.30 : light lunch

and jadual hidup untuk petang pretty much depends on the boys and baby. in between time curi2 tido. ntah bilanya la nak mula projek PE aku. tadi dapat pulak email dari board suruh review semula CV sebabnya lebih ke arah water resources. pening. malas nak pikir.

sedang mencari-cari date untuk buat kenduri aqiqah marissa. mungkin awal bulan 2.

masih dalam mode mengadjust timing untuk bagi equal attention kepada 4 anak. aidin will throw his perangai once in a while, especially when he's seeking for attention. masih bersisa jealous dalam hati si abang didin. :)

anyway, yakin dan pasti Allah akan membantu dalam segala urusan. pokok pangkalnya, mohon pada Dia. semoga dipermudahkan segala urusan.

kay people, bye!

Thursday, January 3, 2013

Cerita Arfa Marissa

sejarah betul la kali ni bila nak namakan anak.

Dah hampir seminggu bersalin, nama still tak muncul-muncul lagi. last-last genap seminggu,lepas solat jumaat baru la husband finalizekan nama baby, tu pun after counter check ngan member dari Sudan yang pandai bahasa arab.

initially, nama baby - Aishah Marissa. tapi bila fikir punya fikir, she needs a name that is different from her mommy. tu yang last-last tukau jadi Arfa Marissa.

Maybe sebab tak penah dapat anak pompuan, screening nama tu agak lama. what more, this most prolly will be my final addition to the family.

Harapnya baby akan membesar mcm nama yg diberi.

Wednesday, January 2, 2013

Wordless Wednesday 1/2013



Official Release : Arfa Marissa (Yang berpengetahuan, Yang bersopan santun)