Friday, December 30, 2011

Bagaimana Kamu Mahu Dikenang Sebagai Ibu

I came across my cousin's writing on her memory on her late father. Baca sini yea BINGKISAN AYU KHALID

Being her cousin, I could relate what she wrote pretty well. Saya tahu betapa sayangnya Ayu dekat arwah paklong. Apatah lagi kedudukan sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. And yes, I still remember the night i picked her up from UPM to go back to Paroi, on the night arwah pak long passed away.

Her writings made me think. How will my kids remember when I'm gone? Will they remember me as a sloppy mommy? Or will they remember me as a perfect mom?

I don't cook as much as I should. I'm guilty as charged feeding my kids with fast food when I just simply couldn't dish up in the kitchen. I switch on the 613 channel to allow me to have some me-time. I pinched them, I yelled at them when I just can't control my temper. Aduhai, jauh benar diri ini dari milestone Ibu Mithali!

Talked to my OH on this matter, and he said, "Of course we want to give the kids the best, perfect. But then, when time is limited, you have to make the best out of it." Entahlah, I don't agree with this.

So, azam tahun baru saya - to carve the best memories my children could have. Spend quality time with them with less yelling and pinching. In short, be a better mom.

Doakan saya..

ps - I have one more day to yell la kan? hehehehehe

Thursday, December 29, 2011

Update Siti Norwahizan

Lunch tadi, keluar awal sikit, pergi lawat Siti Norwahizan dekat ICU, GH. Sal amek kat opis, and terus gerak ke GH. masa dalam perjalanan, boleh gelak-gelak, boleh buat lawak bodoh.

sampai hospital, selepas bertanya 2 pak guard, sampai la kitorang kat ICU. tunggu turn nak masuk jumpa siti. ramai betul lawat siti, alhamdulillah, bertuah siti.

bila sampai turn kitorang masuk, aku yang cam gelabah. aku dah lamaaaaa tak jumpa siti. last aku jumpa siti 3 tahun lepas. masa birthday aisy kat rumah sal. masa sampai kat katil siti, aku tatau nak cakap apa. aku sedih sangat tengok siti. memang dia tak larat langsung. tak boleh cakap. dia tulis something kat tangan dia tapi aku tak faham. aku tak dapat tangkap apa yang siti cuba cakap. sal kat sebelah dah lari sebab air mata dia dah meleleh-leleh.

tak dapat aku gambarkan cemana sakitnya siti. aku doa semoga Allah berikan siti setinggi-tinggi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini. semoga Allah mengembalikan kesihatan siti. kasihan anaknya yang masih kecil, yang belum puas menikmati kasih sayang mamanya.

kepada kawan-kawan se-UTM yang nak melawat siti, siti is in ICU, Blok Utama, Tingkat 3, Katil 6, Hospital Besar Kuala Lumpur. Doakanlah ye kawan-kawan untuk kawan aku yang sorang nih.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk mengharungi semua ini.
kau kembalikanlah kesihatannya,
Kau ampunilah dosanya.

kau titipkanlah kekuatan kepada keluarganya ya Allah dalam masa-masa sukar ini.

Amin, Ya Rabb.

Siti Norwahizan Misman

To all my colleagues of UTM Batch 1998,

Doakanlah Siti Norwahizan Misman supaya dia cepat sembuh. Sekarang Siti dekat ICU HKL. She developed breathing difficulty early this morning.

According to Siti's husband, she was diagnosed with myasthenia gravis (lemah otot yang serius), stage 3, 1.5 years ago. Jam 3am semalam, receptor di otot pernafasan lumpuh yg menyebabkan beliau sesak nafas yg teruk dan tak dpt nak bernafas. Other word, otot salur penafasan tak mampu nak sedut oksigen.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesembuhna kepada ibu muda ini. Juga kekuatan kepada keluarga di sekelilingnya. AMIN!

ps - nak menitik air mata dengar cerita Salhana pasal Siti.

Wednesday, December 28, 2011

5 Azam Tahun Baru

azam tahun baru saya:-

no. 1
mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.

no. 2
perlu mula memikir strategi dan pelaksanaan pendidikan alquran untuk anak-anak.

no. 3
meningkatkan kemahiran domestik. ini termasuklah meningkatkan kualiti multi tasking, memasak, mengemas rumah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

no. 4
meningkatkan ekonomi keluarga dengan menjana pendapatan sampingan. saya memerlukan bantuan anda dalam hal ini. sila shopping di COTTON 24-7

no. 5
menambah bilangan ahli keluarga, i mean anak. bukan madu.

sekian.

Monday, December 26, 2011

10 minus 1 tips to Universal Studio Singapore

Trip to USS the other day was so-so. Sebab planning kurang baik, and lotsa time wasted.

So hari nih, saya buat post mortem trip to USS so kalian dapat maximize time di sana. :D

Tips No. 1
Sila pastikan tuan-tuan dan puan-puan juga saudara dan saudari bertolak awal ke Singapore. Kalau bertolak dari Johor, sila pastikan tuan/puan/saudara/saudari diberi arrival form (kad warna putih) untuk diisi dan diserahkan kepada imigresen singapore. Kalau boleh biar sampai pagar USS tu just nice untuk opening time theme park

Tips No. 2

Kalau drive sendiri, sila dapatkan map atau GPS. Jangan buat assumption attraction super scale ada signboard atas highway. Ini penting untuk mengelakkan masa terbuang dan unnecessary fight in the car. :P

Tips No. 3
Sila beli mineral water di Johor. :) Sebab mineral water di dalam theme park adalah berstatus elit. get what i mean?

Tips No. 4
Sila pakai pakaian yang selesa, bukannya untuk bergaya. :P Super panas okay! Kalau bawak budak-budak kecik, pakaikan tshirt and comfy pants. tak payah nak bergown bagai or berkemeja tali leher. :P

Tips No. 5

Surau tak de dalam USS. (this is something they should learn from themeparks in Gold Coast that provide super comfortable musolla for Muslims to pray!!) so sila jadualkan trip anda sebaiknya bagi memastikan keperluan fardhu tidak terabai.

Tips No. 6
Bagi yang datang dengan niat nak naik rides, sila beli express tiket. Kalau tidak merasalah beratur 2 jam nak naik rides. :)

Tips No. 7
Know your kids' height. Gosh. Some of the rides tak letak pembaris ukur tinggi sebelum queue. Dah nak dekat sampai rides baru ada. I dah terkena. Dah duduk dalam ride pastu kena keluar balik sebab ukur din din sekali tak lepas sebab aidin 'barely' make it. Udahlerr beratur berlingkar-lingkar. Sesungguhnya masa tu sangat panas hati. tapi lepas tu sejuk sikit sebab dia kasi swap pass.

Tips No. 8
Bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping. Miahahaha. Souvenier dia bolehhhhh tahan harga!

Tips No. 9
Kalau hangpa takde anak kecik, avoidlah pergi masa cuti sekolah Msia & Singapore. Tiket mahal. Orang ramai.
Tu jek la. Good luck for your trip!

Thursday, December 22, 2011

Trip to Universal Studio Singapore

Saya bukanlah seorang yang suka 'adrenaline-pumping rides' atau yang suka jerit-jerit kerana keterujaan. Saya juga benci rides yang turun-naik-tonggang-terbalik-laju tak boleh nak brake-paranoid takut safety belt terbukak.

Nevertheless, saya tetap suka pergi theme park. :)

Sebab saya rasa theme park tu cantik. Keadaannya bersih. Orang yang kat dalam theme park semua cam happy, walaupun sebelum sampai ke dalam theme park tengah gaduh laki bini sebab sesat nak gi theme park. :P

Guess, that's the reason why we made our way to Universal Studio Singapore. nak ke US sangatlah tidak mampu. Mahai bebeno tiket flightnya.

We made our way to USS via second link, after putting up a night in Senai, Johor. Sampai dekat Tuas, get our clearance at immigration department and head to USS.

OH said, he checked the route. "SENANG JEK." Straighttttttt jek dari TUAS, sampai la ke USS. Alih-alih dah sejam tak tak sampai-sampai gak. Sebabnya, tak ada satu signboard pun along the highway yang menunjukkan arah Universal Studio. aiyooo. Syukur ada GPS yang telah diupload jugak map Singapore. Sampai la jugak dekat USS setelah puas 'beramah mesra' suami isteri di dalam kereta. The only signboard yang kami jumpa tulis Universal Studio was in the parking lot. Boleyyyy???

Sampai USS pun dah tengahari, mood pun agak ke laut. Sampai-sampai USS, haruslah bergambar sakan dulu dekat depan. Dalam marah-marah dan geram, masih mampu tersenyum. (heyloo, i tak nak la gambar moncoooong!)



Masuk je USS, as usual, grab a map. Study mana nak pergi. Attraction pun banyak dah on. Terjah Sci-Fic dulu, sebab nak hypekan the kids with transformers. Kena pulak "Bumble Bee" is making his presence. Suka la depa.


Gambar yang diambil masa on the way balik. Suka benar tengok robots, tapi bila tengok cerita dragon sembur-sembur api, sorang tutup mata, sorang peluk tangan mommy sebab takut.

Rides dalam nih banyak yang sesuai untuk teenagers. Untuk kids, ada sikit jek. The park is pretty small, you can finish it in a day, PROVIDED you buy the express ticket if you want to do all ride. I think I'll skip the tips to USS in a different entry la.

We did our lunch dekat one of the halal restaurant dalam park. Anak-anak saya majority tekak melayu, so cari nasi la senang. heh. Beli sepinggan nasi goreng dengan 3 cucuk satay with sambal belacan as side dish for SGD 11.50. Amek! Mana nak dapat theme park juai sambal belacan??


Ha, amek sambal belacan.

Spend the time there sampai lebih kurang dalam kul 5.30 petang. Panas betul kat sini. Lencun dengan peluh.By the time 5.30 tuh, anak-anak dah mula meragam. Siap ada scene hilang Afiq dalam kedai, sebab dia nak merayap tengok transformers. Kering darah mak!!!!!

The souveniers are pretty expensive here, berbanding dengan my previous experience to Gold Coast (in my opinion la kan). Tapi mahal cemana pun, fridge magnet tetap kena rembat satu sebab dah jadi tradition pegi mana-mana beli fridge magnet.

All in all, it was still a nice trip. Tapi tak puas, sebab tak dapat menghayati theme park tu betul-betul. Sudah membodek suami untuk datang ke sini lagi (buat day trip ---> sungguh kerja gila) only the two of us. :P

Dah la. Tak larat nak merapu pepanjang. Kang ada lagi kes bangun lambat pastu speed macam orang gila gi office sebab lupa dah start kerja. :P

Kay people. Next time, Insya Allah I'll update on tips to USS. Daaa!

Wednesday, December 21, 2011

Perihal Adib

Adib semakin hari semakin bijak menyusun kata. Subhanallah. Sudah besar anak saya.Rasa masih terlalu jauh dari 'milestone' telah mendidik.

Mommy : Adib, could you please help mommy to bring the orange bag?
Adib : Mommy, I only got two hands. One for Francesco (Cars 2) and one for milk.

dang!

Yes, he's one who can really absorb and immitate my way of talking. My goodness.

He's turning 5 next year, and I'm starting to feel I haven't educate him enough.

Ya Allah, forgive me!! Please guide me Ya Rabb to educate my kids, to become a good caliph!

Tuesday, December 13, 2011

Entry Khusus untuk Azimah Azmi

suddenly, i miss the old moments with old colleague - azimah azmi. awakkk, meh balik kl balik! sudah enggak ada kawan dong mahu merayap² dan minum² dan makan² sambil berborak pasal macam²!

Three Years Old Memory

3 years ago, this date, i felt so down. rasa macam terawang-awang, kaki tak pijak lantai. itulah hakikatnya. tidak pernah terbayang, tidak pernah menjangka akan kehilangan permata hati dalam keadaan penuh tidak sedia.

yes, masa tu hati asyik menangis. rasa sedih. padahal, itu semua pinjaman Allah semata-mata. tiada hak di dalam diri saya mempersoalkan kembalinya amin kepada PenciptaNya. bertuahlah puteraku yang ketiga, saat diri masih suci dari dosa dan noda telah dipanggil untuk kembali ke PenciptaNya dan terus menghuni syurga, insya Allah.

tahun lalu, tarikh ini berlalu dengan tenang. alhamdulillah tahun ini pun serupa. tidak lagi menitik airmata. syukur kepadaMu ya Allah atas kekuatan ini. dalam hati masih ada rindu. semoga rindu itu terubat jua di alam lain.

pemergian amin banyak menyedarkan saya. kematian itu pasti cuma masanya entah bila. life is too short to be wasted.

tenanglah kamu Abdullah Amin Fahmi bersama bidadari syurga. Jadilah kamu pemberat amalan mommy & daddy agar kita sekeluarga bersatu di Jannah nanti.

he would turn 3 yesterday if he made it. he looks like afiq a lot and pretty much, he's one tall boy. takkan mommy lupa details mu amin, tho it was a brief 30 minutes with you in the labour room, before daddy bawak amin balik ke rumah untuk melangsaikan tanggungjawabnya yang pertama dan akhir untuk amin.

alfatihah for my dearest boy, amin fahmi. named after husband's 2 office colleague yang dia dok selalu cerita masa kerja untuk projek turkmen dulu - saffuan amin & anwar fahmi.


Sunday, December 11, 2011

:: Cuti ke Selatan Tanahair ::

next week, i'll be on leave. three days break. force break actually, since my mom will be away, and no one is around to care for the kids.

alang-alang kena cuti, baik bawak anak-anak pegi cuti-cuti malaysia, since sekarang pun musim cuti sekolah. hajat hati hendak ke selatan tanah air, langsung ke temasik. cheewah. :P

kawan-kawan, readers, jemput-jemput tengok kain dekat ---> cotton 24-7. am selling good grades cotton in vibrant design. :) alhamdulillah, sales are good and encouraging. materials cantik utk kurung (sebab saya fan baju kurung.. not kebaya. :) and dresses for little kids.

kay la people. sepatutnya sekarang saya membaca report utk meeting lusa (yeah, doing it at homeee!!!!) tapi, apakan daya, masa mencemburui kita. hakhak. esok jek lerr gua baca. take care, bye!


Thursday, December 8, 2011

Twin - Two person, Two Personalitya

Having twins, there's one particular thing that i'm really afraid of. if the twin does not perform at par compared to each other.

i cukup takut kalau sorang outdo the other badly. though i know, i have to treat them individually, but it's practically impossible not think about this kan?

hari nih amek report card afiq & adib kat skolah. and sudah mula tumbuh rasa-rasa risau itu, though i know both of them have their own strength and weaknesses.

any twins mom reading this entry? how do you deal with this kind of anxiety?

Wednesday, December 7, 2011

you too kan mommy?

petang semalam, pergi pasar malam. cari makanan sedap-sedap. hehe. bawak afiq sorang saje sebab adib & aidin tido. balik dari pasar malam, i urged afiq to take his shower. tapi punya la liat.......

mommy : afiq, go and take your shower! you are so smelly.
afiq : sengih-sengih
mommy : smelly like pasar malam.
afiq : you too kan mommy?

siput betul budak nih. mommy pulak sengih.

Sunday, November 27, 2011

tak pe la. jimat duit.

sudah lewat malam. ikutkan hati, mata mahu sahaja berlabuh. badan letih, stressed mind, heart ada broken sikit. adeh. 1 bulan dah plan nak cuti bulan 12. dah susun siap jadual kerja. siap stay up plan merangka plan holiday, skali....... cancel.

tak pe la. jimat duit. hujung tahun pun banyak nak pakai duit. nak bayar skolah anak 2 orang. nak renew insurance ngan road tax kereta. nak kena repair atap rumah bocor.

lagipun kerja tu penting. cuti sekolah bukannya takde lagi. tahun depan bulan 6 ada lagi. boleh plan lagi skali.

to make up holiday yang kena cancel nih, kena la cari plan alternatif. yang kids friendly with only a mother and maid to handle. rezeki maid, dapat holiday free.

ada sesapa mau join?

sekian.

Thursday, November 24, 2011

Fatimah, roomate di UTM

i'm a bit settle down this week, after submitting the tender docs for printing. alhamdulillah. despite having another 16 tender docs to prepare within the next 6 months, i just want to take deep breath and tackle it one at a time. buat keja rushing-rushing nih selalunya akan ada banyak silly mistakes yang menyusahkan later on.

hari nih, i just want to share a piece of my mind, that has been lingering in my head all day long.

how shall i begin?

communication is a basic skill that we master since birth, and it progresses along the way as we grow older and mature. the quality of communication, in logic, should improve along the way, as the old saying says, practice makes perfect.

but, dalam hidup hari nih, manusia kadang-kadang memilih untuk berkomunikasi dengan memilih perkataan yang kurang enak, kononnya, pemilihan perkataan yang vulgar, statement-statement yang sinis mampu menyentapkan akal manusia.

i used to be someone who's very vocal in life. and i regret it. alangkah lebih baik jika saya berfikir sebelum berkata-kata. biarlah kata-kata yang keluar dari mulut ini sedap didengar dan mencapai tujuan tanpa melukakan hati sesiapa.

dilahirkan sebagai Muslimah, sewajarnya saya mendalami akhlak Rasulullah yang cukup mulia pekertinya. saya harus sedar bahawa setiap tingkah laku dan akhlak yang baik itu juga merupakan satu dakwah.

masyarakat bukan Islam hari ini tidak suka dengan Islam bukan kerana agamanya, tetapi kerana kita sendiri orang Islam yang tidak mencerminkan keindahan agama itu sendiri. teringat kata-kata seorang pendakwah - Hamidah Ng Mei Kee yang menyimpulkan, jangan lihat orang Islam, tetapi lihatlah Islam itu sendiri kerana Islam itu cukup indah, tetapi akhlak orang Islam telah mencemar identiti Islam itu sendiri.

adakah tujuan menghalalkan cara? adakah perjuangan poltik membenarkan segalanya?

adakalanya yang lelaki bersongkok, berkopiah bagai, tapi yang keluar dari mulut adalah cerca nista.

adakalanya yang wanita aurat sempurna terpelihara, tapi yang keluar dari mulut sungguh berbisa.

tidak bolehkah kita berbicara dengan hemah? bukankah itu lebih mulia?

wallahualam.

ps - teringat kat roomate masa first year di UTM. fatimah namanya. Budak SPI. (Sarjana Pendidikan Islam) sangat cantik. bukan cantik, but GORGEOUS! saya kagum dengan dia. dia tidak pernah menegur, tetapi setiap satu perbuatannya cukup untuk menimbulkan rasa malu, yang akhirnya membuatkan minda mampu berfikir kesilapan diri dan keperluan untuk memperbaiki. itulah contoh kekuatan akhlak yang baik dalam menganjak paradigma manusia. semoga saya jadi macam imah jugak.

Wednesday, November 23, 2011

SAHM for a day.

MC hari ni. selepas 2 minggu kerja yang sangat busy. badan pun surrender mintak rest sekejap. semalam dekat office, after lunch, dah mula rasa sejuk-sejuk badan. balik kerja pun tido saje dalam kereta, OH drive. malam semalam, surrender myself dekat klinik. telan ubat terus zzzzzz.

hari nih rasa ok sket. kena kuatkan badan biar keluar peluh. tapi dari pagi dok mengadap pc ngan aidin. layan budak aidin tgk youtube lagu barney.

since on leave hari nih, masak lunch yang simple saje. anak-anak pun baru nak kebah demam, mommy pun separa sihat, so masak macaroni soup saje. biar terbukak sikit selera nak makan. lagi pun dah lama tak buat.

cream cheese dalam peti ais tuh pun menghampiri 'ajal'. so, sebelum terkorban tanpa berbakti, maybe petang nih nak buat cheesecake. dengan syarat utama, kalau rajin. :P

kay la people. nak bersiap amek anak kat school n off to giant to buy some diapers.

ps - i wish to be a WAHM.

Tuesday, November 22, 2011

penalti post

sakit jantung rasa tengok bola sekarang nih. tinggal 5 minit jek lagi masa tambahan nak habis. ngan anak-anak semua dapat terlepas dari tido. :p si adib muka masam jek sebab tak dapat tengok channel 613. sorry darlings, malam nih tv daddy yang punya.

haha. penalti dah pun.

aidin is not well at the moment. demam on and off. rasa nak cuti but work does not permit me. sabar jek la.

seeing my kids growing up, rasa macam cepat naaaa masa berlalu. time passed can't be claimed, so i have to ensure that i raise them up right. there's no undo button in life.

kay la people. penalti nak start dah. GO GO GO HARIMAU MUDA!

Sunday, November 20, 2011

school hols begin (but not for my kids, yet)

aku taip 2-3 para, aku delete. idea nak mengarang sungguh ke laut. 2-3 minggu ni super busy. work wise is hectic. documents on table piling up nak kena review. belum sempat habis review dapat lagi 2-3 dateline baru. 2-3 yek, bukan 1. (terkenang idea mengurangkan jumlah penjawat awam kepada separuh, mungkin institusi keluarga juga akan turut tinggal separuh. adeh)

penat sangat mental. tapi jiwa kena kental. kalau ikut rasa amarah, habis anak-anak tak terlayan. that's why saya perlu maid, walaupun di surat khabar ramai yang mengatakan rakyat malaysia ini sangat manja, basuh baju pun perlukan helper. kata orang, dobi kan ada.

kesian anak-anak. both daddy and mommy are very occupied with work at the moment. i've promised myself that i'll take 2 days off next month to spend the time with kids during school hols. (my kids start cuti skolah disember). dah ada 2-3 idea mana nak bawak ke mana. rasa macam nak buat cousins' day out. hangkut these kids with their cousins pegi jalan-jalan.

so people, what's your plan for school hols? jom share.

Wednesday, November 16, 2011

New fabrics at Cotton 24-7

Syukur, Alhamdulillah, the responses to Cotton 24-7 is great. Thank you so much for supporting us.

petang tadi sempat beli stock baru untuk sales dekat Cotton 24-7. so dear readers, hope korang sudi-sudikanlah menjenguk dan mengorder kain yang ada. kain yang dioofer adalah kain cotton grade A. ramai dah tanya awat mahai sikit. so tu la jawapan saya, good cotton, insya Allah.

kita peekaboo sikit la.. ala trailer gitu






skang kita tengok pulak what you've missed at cotton 24-7..









have fun browsing.. wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

Assessment

my eldest son, Afiq (eldest sebab keluar dari perut mommy dulu, followed by Adib 4 mins later), asked me a question last sunday.

Afiq : Mommy, tomorrow is what day? (pardon him, he's trying very hard to converse in English)

Mommy : Monday.

Afiq : Ooo. I've got assessment.

perghhhhhh. ASSESSMENT UOLS! ASSESSMENT!!!!!

Cuteness

hari nih rasa cute walau hati dan otak dilanda tsunami.

cute kan banner saya? haha.

thanks to emila yusof yang sudi melayan karenah saya.

owh, i feel cute..

Friday, November 11, 2011

Pencarian Hidayah.. Part 2

sambungan dari entry lepas.

another analogy given by hamidah ng..

story:-
ada satu maid, dibayar gaji untuk membuat 5 pekerjaan yang khusus iaitu membasuh baju, menggosok baju, melipat baju, mencuci toilet dan mengemas rumah. pada suatu hari, majikannya menyuruhnya menjaga anak kecilnya kerana majikan nak keluar. budak kecil itu dibiarkan sahaja bermain berhampiran kolam ikan, dan dia dibuk melangsaikan kerja-kerja yang telah digajikan. dia terdengar bunyi anak kecil itu terjatuh ke dalam kolam. tapi dia kata, biarlah, aku tak digajikan untuk jaga dia, aku kena buat kerja-kerja cuci nih.

bila majikan balik, majikan tanya, "mana anak saya?"

maid jawab,"ada dekat kolam ikan kot."

majikan pun cari anak dia, and mendapati anak dah meninggal dunia.

majikan datang tanya maid,"kenapa u biarkan anak i jatuh? kenapa u tak jaga dia?"

maid jawab,"itu bukan kerja saya. kerja saya cuma yang 5 itu."

imagine how the majikan feel??

relation.....

dalam kehidupan kita seharian, kita diwajibkan melaksanakan rukun Islam. tetapi dalam masa yang sama kita turut ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk menegur, membimbing dan membetulkan sebarang kepincangan yang ada tanpa rasa culas. selemah-lemah iman, adalah dengan tidak meredhakan di dalam hati perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah, sekiranya tidak mampu menegur atau bertindak secara fizikal. adakah kita bersedia untuk menghadap Allah dengan jawapan,"tanggungjawab saya hanyalah rukun Islam sahaja?"

Astaghfirullahhhhh.

moga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan sebagai hambaNya. insya Allah

Pencarian Hidayah

Ilmu yang baik wajar dikongsikan..

yesterday evening, on my way back from office, i (well, me n husband) was listening to radio IKIm.fm. slot petang khamis, yang menemubual para muallaf yang menceritakan pengalaman masing-masing.

yang ditemubual, baru berusia 28 tahun. sebelum ini sangat membenci Islam, kerana mempunyai pandangan negatif tersendiri dan kini merupakan salah seorang pendakwah. Subhanallah. i don't want to dwell long on her journey in arriving to Islam, but what i really want to share is her 'wrap up' when concluding her interview yesterday.

she said, imagine this:-
ada seorang kawan kita nih ada sebatang pen. pen tu dia guna sampai dah nak habis. bila ink dah nak habis, baru dia bagi dekat kita sebagai hadiah. how do you feel?

she relates this with pencarian hidayah. adakah kita hendak menunggu penghujung usia barulah kita hendak hidup di jalan yang benar? apakah Allah suka dengan cara yang sebegini?

simple. short. precise.

fikir-fikirkan.

ps - ada banyak lagi analogi yang dikongsi semalam. insya Allah, akan saya usahakan entry lain.


Live from Kuching, Sarawak

Life has been very hectic lately that I find it hard to update my blog. Work is piling high, yet at the moment, I'm here in Kuching for a function, leaving the kids behind under the care of my husband.

i find the city of Kuching, nice and calming. macam ada rasa tenang di sini, maybe sebab hari ni tak payah nak mengadap tender dokumen kot?? :P

tadi baru je selesai settlekan hal-hal booth pameran, which in my team's case, konsep minimalist. haha. dah habis tuh cemana?? travel dari kl, takkan nak mengangkut macam-macam barang. so, we keep it very simple. selesai jek settle hal pameran, terus amek bot cross the river pergi kampung boyan.

sampai kampung boyan, rambang mata betul tengok kek lapis! semua sedap-sedap! beli 4 biji kek lapis kat dayang salhah, and another 2 dekat mira cakehouse. yang dekat mira cakehouse tuh sedap la kek dia. beli gak terubuk masin, tapi beli sikit jek, sebab abah kan BP, so tak boleh makan masin-masin sangat. ikan terubuk nih pulak bukak selera, kesian kat abah kalau beli banyak.

lama tak kongsi cerita pasal aidin. dah 1 tahunhttp://www.blogger.com/img/blank.gif 7 bulan dah anak mommy yang bongsu (at the moment) nih. he's one cheerful boy. sangat manja dengan mommy, kuat jeles, but at the same time, charming in his own way. skang dah boleh kata fully on formula milk. sedih jugak la at first tak dapat complete kan 2 years of breadtfeeding, but i must believe that Allah has a better plan for me and him. insya Allah.

owh, as mentioned before, i sekarang tengah buat mini scale business, selling cotton fabric at Cotton 24-7 . alhamdulillah, selling adalah memberansangkan. syukur atas rezeki ni. harapnya, yang membeli puas hati, sebab puas jugakla i membelek kain dekat kedai supaya kain nampak exclusive.

kay la readers. penat sangat rasa badan nih. nak berlabuh kejap. nak ring anak-anak kejap. harap-harap en suami dah balik rumah sebab nak cakap ngan afiq, adib & aidin. owh, i miss them dearly!



Tuesday, November 1, 2011

English at home

Ayat 1
Adib : Afiq, you don't come here when I have.

Translation
Adib : Afiq, jangan datang sini kalau Adib ada

Ayat 2
Mommy : We are going to send daddy.
Afiq : At where?

Translation
Mommy : Kita nak pergi hantar daddy.
Afiq : Kat mana?


Ayat 3
Adib : Mommy, Afiq fall down the food.

Translation : Mommy, Afiq jatuhkan makanan

caca marba english anak aku. :)

Owh, latest word..

Afiq : Mommy, you have to energise!

Thursday, October 27, 2011

Aidin Prefer Bottles Nowadays

today is my first day at work, after 2 weeks break.

masuk-masuk je kerja, takde time nak adjust-adjust, terus masuk gear 3 buat kerja. tak kisah pun, dah memang tugas. buat jek.

anyway, sales at Cotton 24-7. alhamdulillah. terima kasih sangat pada family members dan kawan-kawan yang support this mini business of us. mencabar jugak yek buat business online. nampak jek senang, banyak rupanya kerja. harapnya customer puas hati.

breastfeeding aidin seems has come to it's end. guess, after the two weeks 'MC' from bf him, he finally rejected directfeeding, much to my dissapointment. he insisted on bottle. maybe i can still bfeed him via bottle la kot, by keep on pumping. tengokla macamana.

okay la people. mata ngantuk dah nih. adjusting my sleeping pattern selepas 2 minggu enjoy late morning.

take care people, da!

Monday, October 24, 2011

Promotion @ Cotton 24-7

Tumpang promo sekejap..

Introductory Offer to All Cotton 24-7 Fan!
Purchase:-
2 pieces, RM 5 off the bill
3 pieces, RM 10 off the bill
4 pieces, RM 15 off the bill

Offer ends 30 October 2011 @ 11.59pm.

Don't miss this opportunity!!!!!!!!

Bonding Time with Kids

i'm recovering from the operation slowly. engorgement have settled, after a very good consultation with the gynae (yes not the surgeon!) and the lactation expert. alhamdulillah.

aidin however seems to reject direct feeding nowadays, unlike the first few days after the operation when he was really frustrated tak dapat direct feeding.

my medical leave ended last friday actually, but i feel i have to get extra rest, so i decided to take extra leaves so that i can really ensure that i'm if not 100% well, is almost well and fit to be at work.

work is tremendous at the moment (well everybody is gonna say the same thing too). nama pun dah kena bayar, memang sahih la ada kerja kan. partner in crime dah bagi insight how heavy the workload is. no point of grumbling about it, it's more important to deal with it. so, let it be. (ayat positif hari ini)

hari nih pun dah rasa confident utk drive around. so, lepas afiq and adib school hour, i drove them (and aidin of course) to JJ AEON sebab nak diorang steam off their energy. it was aidin's first experience on 'play gym' and he really love it.

since esok afiq and adib tak sekolah, i plan to send them to kizsport. let them enjoy themselves. and i really need this quality time with the kids, as i've been neglecting them for quite sometime, due to health issues and work commitment.

okay people. sampai sini dulu. have a great week!



Launching of Cotton 24-7

selama ni hanya contemplate, dan contemplate dan contemplate.

finally, on my very birthday, with impulsive decision, terus borong kain cotton and jual online.

so, my dear readers, u are cordially invited to my online shopping blog ----> Cotton 24-7



jemput-jemput cuci mata, and enjoy online shopping with me at Cotton 24-7, selective cotton materials with vibrant design, that insya Allah is comfortable for you to wear.

One can never have too much cotton in closet!

ps - i'm still working and hope that this could be my very mini-mini step to achieve my dream job of Working At Home Mommy.

Sunday, October 23, 2011

alhamdulillah!

alhamdulillah. my praises to Allah, the Almighty.

syukur sangat-sangat, debaran satu minggu tunggu result biopsy berakhir dengan keputusan yang baik. Alhamdulillah, the lump is benign. SYUKURRRRR!

abah pun dah selamat surgery (laser surgery). he was diagnosed with benign prostatic hyperplasia yang common di kalangan lelaki apabila usia semakin meningkat. he's now recuperating at home. syukur!

with these two good news, it is definitely a very good start to a new age (ehem) of 31 years old lady on 21 oct. hikhik. started the 'birth'day with rounds of medical appointments yang diselang selikan dengan birthday lunch and shopping spree. yeay! thank you my OH.

last year, i celebrated my birthday in Raudhah. satu kenangan yang cukup manis masa musim haji.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah!


ps - i woke up on birthday morning to the song of happy birthday sang by the twin by the bedside. SWEET!



Wednesday, October 19, 2011

hari ni, esok

hari ni, mendidik hati untuk bersabar menunggu esok. sebab esok akan bukak stitches & plasters. dan esok jugak akan tahu result biopsy. mendoakan semuanya baik-baik sahaja. buat masa ini tuan rumah tidak mahu fikir kemungkinan-kemungkinan yang dr akan bagitau esok.

hari ni, badan kurang sihat. rasa macam nak demam. hidung tersumbat. anak-anak pun not so well. abah dekat hospital. petang nih operation. dugaan.

rasa seperti mahu pergi shopping. untuk melarikan minda seketika, tapi tak terdaya pulak nak bawak kereta. tadi pun memaksa diri drive jarak dekat pergi hantar and amek anak dari sekolah. bukan takde family yang boleh membantu, cuma sekadar tidak mahu menyusahkan sesiapa.

lately, kesabaran agak tipis. hormon imbalance mungkin. anak-anak memang selalu jadi mangsa leter. guilty as charged, i am. apatah lagi perasaan mahu lari sebentar dari aidin sebab tahu tidak mampu memenuhi keperluan dia menyusu badan. kasihan si anak kecil itu.

tapi, aku harus tahu and accept semua ni. sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah, cukupkanlah hanya Engkau untuk diriku.



Tuesday, October 18, 2011

Abah

Dugaan demi dugaan.

Abah pulak masuk wad. the first diagnose doesn't look that good.

Ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada abah

Monday, October 17, 2011

Post Op Update

am recuperating at home currently. on 8 days medical leave. thank you so much to my family and especially OH yang amek off to look after me at home. perlu dinyatakan dengan jelas juga appreciation kepada rakan setugas (ecceh, ayat!) aka ultraman taro yang tolong cover job yang tuan rumah betul2 terlupa nak buat. terima kasih bro, walaupun aku tau terima kasih tak kenyang. :P

anyway, sekarang tengah menunggu result biopsy (sekali lagi) this thursday, sekali dengan bukan stitches (ouch!). harapnya semua adalah baik-baik saje.

it is hard for both me and aidin in weaning him off (abruptly) for this temporary 2 weeks period. he is so confused perhaps kenapa mommy can't feed him, and we're separated at nights. he co sleep with me all this while, but since op, he is with my mom during nights. siann anak mommy.

post op - tidak la semudah op yang lepas-lepas. kalau first op remove lump at right B was a breeze, this time suffer sikit after op. harus sedar diri that the previous op was 5 years ago! kalau dulu 3 hours after op dah balik rumah, this time round, i was among the last patient yang tinggalkan day care unit. nausea lasted for almost 2 days, stomach bloated till date. kulit melecet-lecet sebab tak tahan dengan plaster. redha dengan ujianNya, yang mungkin sebahagian cara dari menyucikan diri dari dosa silam.

so kay la readers. nothing else to update. doakan saya berita yang gembira sempena ulangtahun minggu hadapan (tetap nak promo)

bye!


Thursday, October 13, 2011

Scheduled Entry ~

Dear Readers,

Doakan keselamatan dan kesihatan saya ye readers.

Insya Allah, today, i'll undergo a minor operation to remove the lump.

Mohon didoakan result biopsy following the operation is benign.

Terima kasih

ps - mohon ampun salah dan silap, forgive me for my all wrongdoings.

Wednesday, October 12, 2011

Anak Bertanya, Ibu Bapa Menjawab

pernah tak korang terpikir apa tujuan kita hidup?

kalaulah matlamat hidup tu cukup jelas, pasti dan pasti, kita akan sedaya upaya mengawal tingkah laku, zahir dan batin, agar tidak melewati barang sesaat perasaan atau naluri yang tidak diredhai-Nya. terjagalah mulut dari mengumpat, terpeliharalah aurat dari terdedah,

bila dah menjadi ibu bapa, tertanggung di bahu tanggungjawab mendidik anak-anak. anak-anak, especially in their curious years, can and will ask you questions. pernah tak korang trap in a situation when the question is somehow rather beyond answerable?

i came a across a blog that blogged (apa da tatabahasaku) about "Pertanyaan Anak Tentang Tuhan yang Patut Anda Jawab dengan Benar Sebagai Orang Tua". Link entry asal boleh klik sini -----> Khalid Abdullah

so, kat sini, i try to translate apa yang i faham dari article tuh okay?


Q1 : Tuhan tu apa?

the right answer : Tuhan itu Pencipta kita, Pencipta langit, bumi, laut, air, binatang, daddy, mommy, atuk, wan, etc

Q2 : Tuhan tu rupa macamana?

the wrong answer : Tuhan tu macam nih, macam tuh, etc

the right answer : Sayang anak mommy, adik tahukan rupa bentuk sungai, batu, kucing, kambing,..semuanya.. nah, bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa pun yang pernah adik lihat. Sebut saja bentuk apa pun, bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa yang akan adik sebutkan.

Ucapkan dengan menatap mata anak sambil tersenyum manis

[Dia] Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan [pula], dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Q.S. Asy-Syura:11)


Q3 : Tuhan tu dekat mana?


the wrong answer : Nak, Tuhan itu ada di atas..di langit..atau di surga atau di Arsy or Nak, Tuhan itu ada di mana-mana

Jawapan seperti ini menyesatkan logika anak kerana di luar angkasa tidak ada arah mata angin atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang. Lalu jika Tuhan ada di langit, apakah di bumi Tuhan tidak ada? Jika dikatakan di syurga, bererti syurga lebih besar daripada Tuhan. dikhuatiri anak merasakan prinsip Allahu Akbar itu bohong?

kalau dikatakan Tuhan berada di mana-mana, takut anak akan automatik fikir Tuhan itu banyak dan terbahagi-bahagi, seperti para freemason atau politeis Yunani Kuno.

the right answer : Nak, Tuhan itu dekat dengan kita. Tuhan itu selalu ada di hati setiap orang yang soleh, termasuk di hati kamu, sayang. Jadi, Tuhan selalu ada bersamamu di mana pun kamu berada

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Q.S. Al-Baqarah (2) : 186)


Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.
(Q.S. Al-Hadiid: 4)


Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah.
(Q.S. Al-Baqarah (2) : 115)



Q4 : Kenapa kita kena sembah Allah?


the wrong answer : Kerana kalau adik tidak menyembah Allah, adik akan dimasukkan ke neraka. Kalau adik menyembah Allah, adik akan dimasukkan ke syurga

Jawapan seperti ini akan membentuk paradigma (pola pikir) pamrih (i couldn't translate this is Malay) dalam beribadah kepada Tuhan, bahkan menjadi benih syirik halus (khafi). Hal ini juga yang menyebabkan banyak orang menjadi ateis karena menurut akal mereka:

“Masak sama Tuhan kayak dagang aja! Yang namanya Tuhan itu berarti butuh penyembahan! Tuhan kayak anak kecil aja, kalau diturutin maunya, surga; kalau gak diturutin, neraka!!“ (i couldn't translate this either, but this is to explain how it could lead to syirik)

Orang yang menyembah syurga, ia mendambakan kenikmatannya, bukan mengharap Penciptanya. Orang yang menyembah neraka, ia takut kepada neraka, bukan takut kepada Penciptanya.
(Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)

the right answer : Nak, kita menyembah Allah sebagai wujud bersyukur kerana Allah telah memberikan banyak kebaikan dan kemudahan buat kita. Contohnya, adik sekarang boleh bernafas menghirup udara bebas, FREE OF CHARGE! Di sungai banyak ikan yang bisa kita pancing untuk makan, atau untuk dijadikan ikan hias di akuarium.

Semua untuk kesenangan kita.

Kalau adik tidak menyembah Allah, adik yang rugi, bukan Allah. Misalnya, kalau adik tak dengar cakap teacher dekat sekolah, adik sendiri yang rugi, adik yang tak pandai. Teachers won't lose anything, they'll still be teachers, though you don't want to follow.

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya [tidak memerlukan sesuatu] dari semesta alam.
Q.S. Al-Ankabut: 6)



Dalam usaha mendidik anak-anak, katakanlah kepada mereka:-

"Adik mulai sekarang harus belajar cintakan Allah, lebih daripada cintakan mommy and daddy, ok?!"

"Why Mommy?"

"Sebab, one day, mommy and daddy akan mati. but Allah don't! Kalau adik cintakan Allah lebih daripada mommy and daddy, bila mommy and daddy dah mati, adik tak sunyi sebab Allah sentiasa ada dengan adik"

"Nanti, Allah juga akan mendatangkan orang-orang baik yang sayang dengan Adik just like how we love you. They can be your uncles, aunties, friends, teachers"

"And from now on, adik pun kena rajin belajar mengaji AlQuran, biar pandai. Mengaji Quran tu bermakna kita bercakap dengan Allah"

* Kesalahan ibu bapa muslim masa kini adalah lebih menitikberatkan pencapaian English, Math or even music classes. Mereka bangga kalau si anak sudah menguasai English or very good in Math. Tetapi, tidak prihatin atau tidak sedih kalau anak-anaknya belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah..huruf-huruf yang menghantarkan anak-anak juga orang tuanya pada keredhaan dan kasih sayang Tuhan di dunia dan di akhirat.

I'm not a good mom (yet), but i surely want the best for my kids di dunia dan akhirat. This should be a good start!

sumber : www.khalidabdullah.com

Aurat Wanita

some may notice, i dah jarang cerita pasal the kids. not that i love them any lesser, it's just i just blog out what ever that is in my mind or something that i came across from someone's blog, which i believe should be shared with my readers.

came across blog Inaachik, dan terjumpa article pasal aurat.

tak nak ulas panjang-panjang, tak nak cakap panjang-panjang.

kalau yang membacanya isteri, sama-sama la kita jaga aurat kita supaya suami tak terjerumus ke dalam neraka. kalau yang membacanya suami, jagalah aurat isteri kita supaya tidak ditarik ke dalam neraka. kalau yang membacanya anak lelaki, nasihatkanlah ibu kita supaya tidak tertarik ke dalam neraka. kalau yang membacanya anak perempuan, jagalah aurat kita supaya bapa dan saudara lelaki kita tidak diseksa kerana kita.

semoga kita semua sama-sama dapat hidayah from this.





jazakallah.