Showing posts with label aidin. Show all posts
Showing posts with label aidin. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Hujung Minggu yang Sunyi

Hujung minggu saya yang sunyi. Ecceh. (Kau ingat laki kau sorang jek outstation??)

Jadi, sekadar menghabiskan masa dengan anak-anak saje. Juga keluarga. Mujur jugak adik saya buat birthday party anak buah on saturday. so kinda kill the time. anak-anak pun high on sugar. jumpa mak-mak sedara yang semua memang tak boleh ngam bila bab nak bekerjasama menjaga diet. sorang bawak pavlova.. siap dengan passion fruit sauce. sorang bawak cinnamon rolls, fresh from home oven. I? I bawak perut ngan anak-anak jek sebab air takde. Tell me, cemana nak ilang saki baki kilo nih?????

Sabtu malam ahad tu, aidin masa maghrib lagi dah terbongkang tido.. penangan kepenatan.. TAPI pukul 4 pagi dia ngan marissa dah cerah mata.. ajak borak.. huwaaaa. ngantuk makkkkk!

since husband takde kat rumah nih, memang kami anak beranak lepak umah mak jek la. (I kan penakut nak dok umah sorang-sorang). kang jadi apa-apa susah. so ahad tuh, ajak la mak gi cari kain baju raya. gila advance kan? ye aa.. kang tailor tak nak amek. harus tahun ni excited sket nak pakai baju raya sebab tahun lepas i berbaju maternity dress. :)

apa kain i beli? nanti kita share next entry. kalau rajin. (sebab entry aqiqah, entry legoland, entry harbour park semua tak buat lagi)

okay people. enjoy your day!

Tuesday, April 2, 2013

Happy Birthday Aidin, I love you!

My third born is 3 today. Alhamdulillah!

Hadirnya dia sebagai ganti yang pergi. Istimewa. Itulah Aidin Nasri.

Makin keletah, makin lasak, tapi masih manja dengan mommy, sampai kena comment dengan wan (nenek) dia, "Aidin ni, melekat sungguh dengan mommy dia." Alhamdulillah, mungkin berkat penyusuan badan. Bila tido, nak gsosok2 siku mommy sampai lelap. macam plastik la badan Mommy. sambil menyusukan marissa, sambil bagi dia tangan nak gosok. tapi itulah bahagia menjadi ibu.

Cuma Aidin masih pelat bila bercakap, tapi sangat independent.

Sabtu lepas buat small celebration untuk Aidin. ajak parents dan adik beradik makan kat rumah. perap kambing & sotong, buat barbeque saje. dengan ada baby sorang lagi, i memang tak sempat nak masak yang fancy-fancy.

Aidin happy tak ingat. malu-malu bila orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. terselit rasa sayu sebab masa orang nyanyi lagu birthday tu, dia pusing belakang carik mommy dia. Allahu Rabbi. dia mahu saya. rasa dekatnya i di hati anak. small gestures macam gini cukup buat kita bahagia sebagai ibu. Mungkinkah ini juga yang mak kita rasa? Wallahualam.

So, dengan birthday ke 3 nih, bermulalah misi untuk diaperless. Good luck mommy. Dah kena kick start sebab next year dah nak sekolah, and based on previous experience, agak lama gak nak train budak laki diaperless. sangat respect pada ada satu member nih anak dia diaperless 24 hours at the age of 2. jimat budget ooooo! :)

Semoga Aidin membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Dikurnia kejayaan hidup dunia dan akhirat. Menjadi mukmin yang profesional. Ditemukan dengan jodoh yang solehah (panjang pikir bila dah jadi mak nihh weh), dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang murah, halal dan berkat. Amin.

"Happy birthday Aidin. I love you!"

Sunday, March 3, 2013

Long Hiatus


Lama betul tak update blog. Banyakkkkkk sangat cerita nak share ngan readers. At the moment, I'm enjoying my 3 months confinement leave. Btw, bila la this stubborn 3kg nak hilang?! Or penimbang tu yang tak berapa nak betul?

Cik Arfa Marissa pun growing up well. Alhamdulillah. Dah pandai senyum2 bila kena agah. Cukup suka lagu Que Sera Sera. Aidin pun dah more receptive towards his little sister. Afiq is wonderful with Arfa and Adib too. Syukur ya Allah.

Mommy have not started her shopping spree on her first daughter yet. The brain still have control over impulsive shopping. Macam tak cayoooooo jek. Hehe..

Okay la.. nanti ada time panjang, I'll put up an entry on Arfa's aqiqah, our short hols to legoland, and my daily activities throughout this confinement leave, etc. Tak puas la menaip guna phone. Gigih benooo la taipkan.

Take care everyone! Assalam!

Monday, January 7, 2013

Mencari Ruang untuk Diri

bergelut jugak dengan masa mencari ruang untuk diri sendiri.

rutin harian sekarang

7.00 am - 8.00am : breastfeed marissa, express breast milk + light breakfast
8.00 am - 10.30am : kak bidan datang utk berurut, bertungku, bersauna, berbengkung. she will bathe the baby too.
10.30 am : 2nd round of light breakfast
12.30 : light lunch

and jadual hidup untuk petang pretty much depends on the boys and baby. in between time curi2 tido. ntah bilanya la nak mula projek PE aku. tadi dapat pulak email dari board suruh review semula CV sebabnya lebih ke arah water resources. pening. malas nak pikir.

sedang mencari-cari date untuk buat kenduri aqiqah marissa. mungkin awal bulan 2.

masih dalam mode mengadjust timing untuk bagi equal attention kepada 4 anak. aidin will throw his perangai once in a while, especially when he's seeking for attention. masih bersisa jealous dalam hati si abang didin. :)

anyway, yakin dan pasti Allah akan membantu dalam segala urusan. pokok pangkalnya, mohon pada Dia. semoga dipermudahkan segala urusan.

kay people, bye!

Monday, October 29, 2012

Back from Ward

(Batuk.. batuk.. Accchooo.. Bersin.. Sambil lap blog)

Orang lain sibuk lap rumah sambut raya, kau sibuk lap blog. :)

Sorry la readers, sungguh lama bersunyi-sunyian. I was down with flu for like 3-4 days, dan marathon jaga aidin kat ward lepas tuh almost a week, sebab kena pneumonia. baru je discharge last Saturday, makna kata, aku beraya kat sepital ngan didin 2 orang. laki mak sibuk mengemas rumah sebab kitorang kena move out, tenant nak masuk 1/11, so kelam kabut la kemasssss. pergh, mencabar.

Aidin is getting better, though masa discharge dr cakap he's not 100% recovered. wheezing dia was bad. dr kata, his condition masa admitted was very bad. dok sepital + iv antibiotik + 4 hourly nebulizer pun still demam sampai 2-3 hari. mujur dia nak makan + minum, so no need to drip. kalau tak, lagi haru.

and, as expected, hero kecik tuh meraung sakan la pagi nih kena tinggal kat rumah sebab mommy start keja. kalau ikutkan hati, memang aku nak cuti hari nih sebab penat teramat-amat. lagipun, hari ni last day antibiotik course dia. so, aku tak la risau sangat takut maid lupa bagi ubat ke hapa. tapi one thing yang aku perasan, baik jek demam nih, banyak betul didin cakap! seronok! sebab that has been an issue with him sejak dia masuk 2 tahun.

petang nih, aku ada A&C for week 30. so far, dr scan, baby's size mesti lebih besar by a week. tak sabarnye nak tunggu bulan 12........ kesian baby dalam perut, satu hapa pun mommy belum prepare lagi. harus mula prepare dah nih, sebab mommy dah tak larat nak jalan. kena bukak balik boxes lama, cari mana barut baby, bengkung mommy, etc. jamu pun belum survey. last time beli NR, tapi tak makan pun sebab baby jaundice teruk. so rasanya, kali nih malas nak beli jamu. tengok bb camana dulu baru beli.

kay la people. take good care. Assalam!

Tuesday, October 16, 2012

The Special Spot in My Heart

Terasa dah grown up sangat afiq and adib.

Masa mula-mula tulis blog dulu, kecik lagi. caakp pun pelat-pelat. do update kat blog their milestone. kisah diorang hari-hari. Tapi dek kesibukan masa (ayat tak boleh blah), banyak yang simpan dalam otak jek, tak tershare kat sini.

Sekarang nih, the boys tengah attend kindergarten, dekat jek dengan rumah. Alhamdulillah, they like the school, and even protest kalau ugut nak tukarkan sekolah. Progress pun okay, cuma masih malu-malu kucing dengan orang. (Memang menurun bapaknya laa. Mujur tak ikut perangai mommy)

Sekarang nih, dah kena bersedia untuk jawab soalan yang macam-macam. The elder two mula bukak topik aqidah. Yes, you heard me right. AQIDAH.

It started with Afiq, who asked me the question, in the car..

Afiq : Mommy, who create the sun?
Mommy : (Belum sempat jawab)
Afiq : Allah kan Mommy?

and the topic drags on sampai last two nights, masa tengah lepak-lepak kat bilik before they doze off.

Afiq : Mommy, Allah created the sen and the moon right mommy?
Mommy : Yes. He creates everything!
Them : Why Allah can know everything Mommy?
Mommy : Because He create us.
Adib : Mommy, is Allah a boy or a girl?
Mommy : We don't know Adib.
Adib : I think Allah is a boy.
Mommy : We can't say that Adib. (and at this moment, I knew, I have to find a better answer next time)

Sebelum nih, pernah jugak diorang dok tanya pasal hidup dan mati. They know, they have a little brother named Amin, who has left us early.

Them : Amin dekat mana Mommy?
Mommy : Amin dekat syurga.
Them : Macamana Amin pergi syurga Mommy? Allah amek Amin naik kereta ke?
Mommy : (pening nak jawab)

And paling suka borak dengan twin pasal balasan syurga dan neraka. Aku lagi suka bagi pemahaman yang mudah untuk anak-anak. Beri gambaran, bahawa syurga itu penuh dengan nikmat, while neraka is the opposite. And saya memang suka cerita pasal syurga instead of neraka, sebab suka tengok the glow in their face.

Selalunya, aku bagi gambaran, kat syurga tuh ada banyak toy. Semua toy ada. Semua boleh amek. And you can get any toys you want. Selalu jugak cakap dekat syurga ada banyak candy, and you can eat all candies, tapi gigi tak rosak pun. Masa nih muka masing-masing berseri-seri. Tapi selalunya, diorang will end up tanya, "Mommy ada sekali tak?" (sebab 2-2 masih too attach to Mommy bila keluar dari rumah. Agaknya dok bayang macam gi shopping, Both ada experience hilang in public, soooooo ada rasa trauma di situ).

Dan sekarang jugak, sudah pandai auta mengelak dari mengaji. Dah namanya pun budak kan? Asal suruh mengaji, time tu la dia haus. Time tuh la dia nak makan roti. Time tuh la dia mengantuk. Time tuh la nak kencing. Macam-macam!

Apa pun, Afiq and Adib memang ada special spot dalam hati Mommy. Anak yang hadir setelah berhempas pulas melalui segala fertility treatment. Mereka anugerah Allah yang tidak ternilai. Aidin pulak datang, selepas kembalinya Amin ke rahmatullah. dan baby yang ada dalam perut nih hadir, selepas Mommy berdoa ketika tawaf semasa umrah.

terlalu banyak nikmat dan anugerah yang Allah dah beri pada aku melalui anak-anak nih. Cuma aku, yang masih terlalu sedikit ingat pada nikmatNya. Allahu Rabb!

ps - Aku sebenarnya rasa rindu sangat kat anak, padahal tak gi outstation mana pun. Rasa macam tak spend quality time with them, sebab sibuk ngan urusan tertentu. (and apda masa yang sama rasa teringin nak cuti, sebab penatttt sangat rasa!)



Monday, August 27, 2012

Raya Yang Serba Sederhana

Welcome back people!

Amacam raya? Sana sini, semua blog cerita pasal raya kan?

Raya saya dan keluarga biasa-biasa saje. Balik kampung, jumpa nenda tercinta. Spend lebih kurang 3-4 hari sebelum pulang ke kota. Tak berjalan mana pun, pergi satu rumah jek beraya.

Raya kali ni bersederhana saje. Kena pulak cukup seminggu syawal, anak yang kecik kena masuk wad lepas demam 3 hari tak kebah-kebah. Sepatutnya, hari nih dah mula kerja. Tapi cuti extended, dan sedang bersiaran dari sepitallllll! Alhamdulillah, hari nih dah boleh discharge after 2 nights in ward.

Sebenarnya, tengah layan feeling-feeling blues gitu kat wad nih. Macam-macam benda dok fikir dalam otak, tapi tak mampu nak diluah dengan kata-kata. (lebihnya, taktau pun nak cerita kat sapa). Mungkin hormon ibu mengandung terlebih sensitif kali ni.

Lepas raya nih, bersusun benda nak buat. Tapi mana satu nak mula dulu ntah. Makin lama, makin tak larat jek rasa. Gosok baju 2-3 helai pun dah mengah. Jangan cakap nak gosok 23 helai (rasanya lebih kurang tuh la dalam bakul dobi kat rumah. Takkan nak punya laki aku hantar ke dobi untuk gosok baju)

Rindu benar rasa ngan Afiq & Adib. Baru 2 malam tak tido rumah. Biasalah kan, feeling mak-mak. Kalau ikut feeling bapak-bapak, biasa jek kot. Macam-macam sebenarnya plan dalam kepala nak entertain anak-anak sepanjang seminggu raya, tapi ye lah, kita rancang, Allah yang tentukan. Pasti ada hikmahnya. Next time la gamaknya.

Okay la people. Am killing my time sementara tunggu discharge nih. Bye!!!

Okay la korang


Thursday, August 9, 2012

Aidin aka Didin

Kisah pada suatu malam..

Daddy : Tido cepat! Daddy kira sampai 3. Siapa tak tido, siap! Satu! Dua! Tiga!

Tiba-tiba, ada suara kecik..

Aidin : Pat.. Ma.. Nam.. (Empat.. Lima.. Enam..)

Terus tak jadi lakonan marah. haha!

Good job Didin!

Friday, April 6, 2012

Cerita Birthday Aidin

haven't got the chance to update on Aidin's celebration. Alhamdulillah, all went well. most importantly, the kids enjoyed it loads! :) Syukur.

Initial plan
mula-mula plan nak buat birthday bash on Sunday at our crib. but due to some reasons, we changed the plan totally. buat hari Sabtu @ my parent's place. one of the reason is to make sure all siblings boleh attend majlis, sebab my younger brother kerja on sunday. masa tuh, kek dah order. berharap sangat baker boleh accommodate, tapi dah takde rezeki aidin nak makan rainbow cake gambar chuggington. (tapi, Allah dengan yang lebih baik dengan melembutkan hati suami beli kek aiskrim kat BR. alhamdulillah!)

The Menu
bab masak-masak untuk BIG volume, i memang lemau. so, kriteria pemilihan menu banyak based on "30 mins and under". hewhewhewhewhew. first time ever jugak, i beranikan diri buat cupcakes untuk letak lilin (sebab beli ice cream cake, so susah nak cucuk lilin).

so, menu of the day:-
1. spaghetti sardine (sangat fusionnn!! thanks to kawan i, nama dia hawa yang ajar cemana nak masak nih. simple, sempoi tapi cukup untuk bukakkan selera)
2. mushroom soup (fresh punyaaaa untuk younger kids)
3. garlic bread
4. baked pasta
5. triple chocolate cupcake
(and guess what, ye, saya masak semua yang di atas. phew!)

and menu of the day dimeriahkan lagi dengan sumbangan ayahanda, bonda dan ibu saudara tercinta.
6. mee sup (mak masak)
7. karipap & sandwiches (dari husband's aunty)
8. apple crumble + vanilla ice cream (aunty tuan rumah)
9. sate (from samuri sponsored by abah)

alhamdulillah, makanan licin. tu penting untuk tuan rumah, sebab kalau tak habis, adoiiii jenuh la menyusun dalam peti ais.

The Cake
mujur masih rasional masa beli ice cream cake. kalau ikutkan anak tekak i, memang confirmla kanak-kanak pun aku suapkan jamoca punya flavour. hiks! tapi disebabkan oleh kanak-kanak punya party, so i pilih chocolate cookie dough (vanilla based). it's a tad sweet to me. cake memang lesap laju gila. si afiq n adib siap duduk sebelah meja lagi. senang nak tambah. lepas tuh masig-masing sugar rush.

The Pics
tak banyak sangat gambar yang ada. betul-betul harap adik capture moments. gambar aidin pun sikit saje. both parents busy teramat layan tetamu. aidin chill himself dengan atok. sampai la dia dapat belon, baru dia berani nak join the crowd.

tu la cerita serba sikit pasal birthday celebration aidin. dah 2 tahun dah anak mommy. hope he'll grow up as a good muslim, caliph and attain victory now and in life hereafter. amin!

ps - gambar nanti-nanti mommy upload. tgh malas.

Monday, April 2, 2012

Happy 2nd birthday Aidin Nasri!

I was wheeled in to the operation theatre at Prince Court Medical Centre last two years, around this time.

Happy 2nd birthday Aidin Nasri!




Monday, March 12, 2012

approaching aidin's second birthday

aidin is turning 2 in more or less, 2 weeks time. gosh, he's so grown up, though you're still my little baby darling. he's such a darling boy, not a picky eater, but his taste bud is governed by malay foods, in particular, hot and spicy food. perhaps, kesan suka makan tom yam masa mengandung aidin.

i haven't finalize his center piece cake yet. i've been contemplating of having ice cream cake, but takut cair. email supplier mintak quotation, tapi tak bereply. so, mommy tak decide lagi.

menu untuk tetamu pun belum decide lagi. rasanya, haruslah datang dari menu yang mommy dah trial run sebelum nih. i don't think i dare to risk cooking food that i'm not familiar with.

bunyi macam gah saje.. padahal nak ajak family & kawan-kawan jek. gebang macam nak buat kenduri kahwin.

ye la. birthday anak kan? haruslah mengimbau kembali jerih payah saat beranak. patutnya bila birthday anak, kena buat celebration untuk mommy juga. hihi. mommy pun patut dapat presents. (ooh, sudah dijamakkan perkataan present!)

kay la people. it's over midnight already.

daaa!!

Tuesday, February 7, 2012

Sunday at the Zoo

since minggu nih cuti panjang, macam-macam la plan dirangka untuk menghiburkan hati anak-anak bujang.

ahad lepas, bawak anak-anak pergi Zoo. dah lama plan nak bawak, tapi tak sampai-sampai. so, ahad lepas, for the first time ever, sampai la aidin ke zoo.

aidin, anak yang bongsu (buat masa ini. haha. statement..) suka sangat kucing. so, we assume that aidin is an animal lover. memang he enjoyed the trip.

we managed to catch the animal show at 11.00am. but i think the zoo management has to review the animal show la. it is an area to improve. bukan sebab show tu boring, tapi sebab some of the animal yang buat concert tuh kecik-kecik belaka, so 30mins show tuh boleh buat kids bosan sebab diorang tak berapa nampak. and the animal show punya stage tu perlukan facelift, so it will looks better. perhaps, instead of making the emcee cakap2 sahaja, it would be nicer if the animal show is turned into short drama. lagi best.

all in all, i think the zoo has improved a lot. memang tak sampai la taraf zoo overseas, but hey, look at the entrance fee! though mahal untuk poket rakyat malaysia, but it is waayyyyyyyyy farrrrr cheaper than zoos abroad.

made our way out at noon. baru masuk kereta, si afiq dah mintak nak pegi lagi. aidin pulak bila tanya best ke tak, dok jawab best. insya Allah, ada rezeki pergi lagi.

btw, anybody dah pegi petting zoo kat sunway? is it good?



Wednesday, January 4, 2012

afiq, adib, aidin - 2044

I'm on leave today, just to make sure that everything will go smooth & easy on first day of school, after a loooong break. alhamdulillah,struggle sikit saja, and the kids tak meragam pergi sekolah.

lepas hantar the elder two pegi sekolah, send my OH to LRT station and i went back to pick aidin up. terus gerak pergi maju junction, untuk selesaikan satu urusan yang dah terrrlalu lama tangguh.

ada rezeki lebih sikit tahun lepas, so i pun bukak buku akaun TH untuk afiq, adib dan aidin. memang dah lama pasang niat ni. lepas bukak buku akaun, terus daftarkan the three untuk haji. (i don't have any intention to brag, but i just hope this could inspire you all yang ada anak-anak kecik untuk buat benda yang sama, insya Allah) dari duit terbuang sana sini tak tentu hala, baiklah kita benamkan kat something yang sangat bermakna.

alhamdulillah, rezeki saya dapat pergi haji pada usia yang muda. sedikit sebanyak berterima kasih kepada ibu mertua yang 'bising'kan suami saya untuk pergi daftar haji masa mula-mula graduate dulu. so, bila husband dapat panggilan last 2 years, saya pun buat rayuan, dan alhamdulillah, dijemput ke sana. kalau ikut slip, anak-anak saya dapat pergi tahun 2044. 32 yearssss beraturrrr!

Semoga Allah makbulkan doa saya, untuk melihat anak-anak saya menunaikan haji pada usia yang muda. doa dan usaha perlu seiring, and this insya Allah shall be the very first step.

ps:-
untuk daftar haji, u need to have roughly RM1,300 dalam akaun. just for info, queue untuk haji sekarang lebih kurang 32 tahun. nampak banyak, tapi janganlah jadikan ini sebagai penghalang untuk daftar haji. esok kalau duit banyak, tapi tak pegi haji, tetiba mati, apa kita nak jawab dalam kubur?? usahakan. doa. insya Allah..

i heard sekarang boleh withdraw EPF untuk gi haji. why not daftar cepat?

sekadar ingatan.. jangan amek hati ye..


Thursday, October 27, 2011

Aidin Prefer Bottles Nowadays

today is my first day at work, after 2 weeks break.

masuk-masuk je kerja, takde time nak adjust-adjust, terus masuk gear 3 buat kerja. tak kisah pun, dah memang tugas. buat jek.

anyway, sales at Cotton 24-7. alhamdulillah. terima kasih sangat pada family members dan kawan-kawan yang support this mini business of us. mencabar jugak yek buat business online. nampak jek senang, banyak rupanya kerja. harapnya customer puas hati.

breastfeeding aidin seems has come to it's end. guess, after the two weeks 'MC' from bf him, he finally rejected directfeeding, much to my dissapointment. he insisted on bottle. maybe i can still bfeed him via bottle la kot, by keep on pumping. tengokla macamana.

okay la people. mata ngantuk dah nih. adjusting my sleeping pattern selepas 2 minggu enjoy late morning.

take care people, da!

Monday, June 6, 2011

:: latest progress of the trio ::

i'll skip the post on FOOD and MY WAY OF TRAVELLING WITH KIDS later. sebab nak tulis entry tu memerlukan 'konsentrasi' yang tinggi. :D

just wanna share the latest progress of my kids.

:: Afiq ::
lately, he has develop interest in coloring so much, that he is so focus bila dapat colors and coloring books. (make it easier in flight, definitely!) he loves writing, and mula tunjuk minat yang sangat tinggi in high speed cars (walaupun agak penakut). boleh diharap untuk tengok²kan & entertain aidin when mommy is busy. sudah hafal al-Fatihah (walaupun sebutan masih tak betul sangat) dan dah dapat sikit² zikir munajat. alhamdulillah.

:: Adib ::
sangat fond dengan english. he has a very good english accent, walaupun cakap english masih caca marba. (dengan mommy² jadi caca marba). sama macam afiq, adib dah boleh recite al-Fatihah & sikir munajat. jugak boleh diharap untuk look after aidin. recently, he started to call me MOM instead of MOMMY. he also dah makin lo.yar bu.ruk.

scene 1 : in the car, OH was coaching him reading his magic english book by grolier on the way back to KL from Kedah, when my brother was driving.

OH : this is duck.
adib : no daddy. this is DONALD.

miahahaha.

scene 2 : dekat surau, mengiring rombongan pengantin lelaki untuk akad nikah.

adib : mommy, kenapa kita pergi surau?
mommy : sebab uncle faizal nak kawen.
adib : adib nak kawen jugak!

:D

:: Aidin ::
aidin is a baby yang tak reti duduk diam. he could walk and walk and walk without stopping. gigi sudah sangat banyak, and lately agak susah nak makan. sob sob. pipi yang tembun masa balik gold coast hari tuh dah susut! huwaaa! he loves tepuk amai² song and dah pandai immitate solat. (sejuk perut mommy sayang!) he's truly family's koala bear.

i just heart them so much, and i feel so satisfied sebab cuti sekolah nih dapat spend quality time with them.

my goal : to spend more quality time with them, to educate them well, both dalam ilmu dunia & akhirat. but first and foremost, i have to improve myself, so that i'll be a walking example to my kids!


Thursday, May 19, 2011

:: idea kering ::

last saturday, OH & i decided to give in to the kids' request nak naik lrt. i memang reluctant nak bawak anak2 naik lrt. bukan sebab tak suka public transport, tapi sebab mengenangkan aidin yang masih full bf, and takut dia buat scene mengamuk nak susu dalam lrt.

we went to klcc, together with my mom and maids. ingatkan nak merewang dekat isetan, sekalinya mak ajak bawak anak2 masuk petrosains. 3 hours ok duduk dalam petrosains. afiq and adib enjoyed it definitely. sempat jugak la si afiq buat scene mengamuk dalam petrosains sebab dia tak dapat naik slide yang tinggi tuh due to height restriction. :P

3 hours dalam petrosains, we got off, and naik lrt balik umah. and my nightmare came true. aidin mengamuk dalam train mintak susu. habis tudung2 mommy dia angkat mintak susu. masa tuh rasa cam, ya Allah, lamanya la nak sampai stesen putra ni!

sunday, OH bawak pegi makan dekat tony roma's. belated mother's day celebration. punya la lama tak makan kat tony roma's, baru la i perasan, harga dia naik substantially! gamaknya, takde la aku nak makan kat tony roma's lagi. makan kat that little gerai saje la.. kopak poket.

btw, today adib will have his another tooth extracted. agagagaga. hari nih i terpaksa jadi mommy n daddy sebab daddy outstation. last extraction was smooth despite adib nangis KUAT GILA. hopefully he'll be fine today.

on other notes, FIL warded. sebab demam tak kebah2. and dr still tak jumpa punca demam. aiyoo. hopefully everything will turn out ok.

kay la peep. babai


Tuesday, May 3, 2011

:: blog lip lap lip lap, makin malap ::

makin hari makin malap blog nih. kalau blog nih kedai makan, dah lama kena bungkus sebab memanjang tutup. :P

banyak yang nak dicerita tapi tak tercerita sebab kesempitan masa. busy uolsss! baik kat opis, naik kat umah. syukur after 8 months maidless, i dah ada maid. agak boleh bernafas, at least ada yang membantu sedikit sebanyak dengan house chores. so far so good. harapnya ok la, dan tak menimbulkan problem to family.

aidin has finally berjalan (tho masih jalan jatuh). he'll look so PROUD of himself when he starts walking. bersungguh² dia jalan. haha. kelakar. lagi bersungguh kalau mommy buat sound effect nyanyi² sambil dia berjalan. lagi motivated. :)

afiq and adib pulak dah makin enjoy pegi skolah. selalu pretend jadi teacher kat rumah, amek attendance, where mommy n daddy la jadi mangsa kena angkat tangan and cakap 'present'. not to mention makin cheeky and makin pandai menjawab dengan 1001 reasons. :P

anyway, have anyone heard about satu tempat makan nama 'that little gerai'? i want to give it a shot last sunday, but apparently the food starts after maghrib. ala.. my kids semua stock doze off awal, so cam susah jek, unless we call it a date la, which is almost impossible to pass through the check point of our kids when we're at home. heard the food was superbly good and reasonably priced. sampai ada yang cakap it beats chili's!

cuba uols tgk gambar2 nih yang saya google and ada yang i amek dari fb diorang. mau tak terliur??


big ass burger. beef patty - homemade. kalau tak silap rege dia dalam rm9 with cheese. mana mau dapat??


yang nih dori fish with mustard sauce.

hoihhhhhhhhh. teringin, teringin!!

Friday, April 22, 2011

:: My PJJ breastfeeding experience ::

it has been quite sometime since i last update this blog. merely because, i don't have time and i don't have any ideas on what to update. but recent comment from a reader, asking for tips untuk continue breastfeeding prompt me to write this immediately. i'm more than happy to share my PJJ breastfeeding journey. insya Allah.

i left my boy @ 6 months old to embark my journey of faith for 45 days last year. aidin is breastfeeding exclusively, and i'm lying if i say it didn't worry me t leave him behind. much effort has been taken to incerase and boost milk supply to ensure that the supply is enough through out my absence. i managed to store roughly 240oz of EBM that can last for half-a-month. i have no choice, that i have to find means and ways to deliver my EBM from holy land for my dear boy.

throughout my hajj journey, i religiously expressed the milk despite sometimes rasa nak give up sebab penat. but alhamdulillah, Allah dorongkan kekuatan through OH's constant help and supportive words. berdoa dengan sepenuh pengharapan agar masalah penghantaran susu ke KL dapat ditemukan sebab we failed to find any courier service yang boleh hantar EBM. Alhamdulillah, Allah lorongkan kami dengan berjumpa dengan MD pakej haji kami yang akan balik ke KL kerana visa haji setelah bermohon dan bermunajat kepadaNya.

45 days of absence, balik kl, saya try to re-bf aidin. first trial memang dia reject. tapi tak sampai 12 hours, he's latching back naturally and alhamdulillah till now masih lagi bf exclusively. SYUKUR.

berusaha, berdoalah banyak² kepadaNya agar penyusuan bayi dipermudahkan dalam semua aspek. in my case, at nights masa pergi haji tu aidin was on FM sebab malam² dia tak minum sangat pun, just a matter nak manja-manja saje. i sacrifice on that sebab nak memudahkan my mom especially yang ambil alih tugas i as a mom throughout my hajj journey. my EBM frozen, so kalau aidin melalak tengah malam nak susu tak sempat nak panaskan. tapi setin kecik FM tu tak habis pun by the time i return back to KL.

Friday, April 8, 2011

:: Aidin is ONE and a new baby girl in the house ::

sudah lama tidak bersiaran. sangat sibuk dengan hal-hal dunia, baik rumahtangga mahupun kerjaya.

last week was aidin's first birthday bash. i assume i lost plenty of lemak on that day, as i worked non-stop and eat too little. (ayat penyedap hati) it was a simple bash, with home cooked food (almost 100% - walaupun ada yang diimport dari rumah mak dan MIL) and good company. alhamdulillah, everything went well, everyone enjoyed themselves. yeay! thanx to family members who helped a lot. syukur, alhamdulillah.

on the day he turned one, aidin was teething his not 9th but 10th teeth! so sebelum bash, ada sedikit cranky and demam di sana sini. but alhamdulillah, right in time for party, he is ok. aidin at 1 y.o masih belum jalan, he prefer to crawl than walk, as he can crawled super duper fast, sudah pandai memanjat tangga & seangkatan dengannya. leaving him in walker is a big NO NO as he can climb out from the walker. loves to eat and his first word is MAMAM. still address me as ma-mah, as opposed to mommy. sudah mula tunjuk his brothers and address them BANG. loves to bite mommy's shoulder, or whoever carrying him. (so watch out!) loves to play with mommy's baju kurung button. owh, i just love him!

and today, a day short before a week after aidin's birthday, i'm officially a MAKLONG. gosh i feel old! my SIL delivered her first born this morning, and it's a GIRLLLL! seronok gile. can't wait for evening to come, and gomol² my new niece. yeay yeay.

okay people, nanti i update cerita afiq adib pulak. lama tak update pasal the twin.

Thursday, March 31, 2011

:: alahai anak-anak mommy ::

reached home and was greeted by the sight of aidin - unwell. melepek, melekap dekat dalam kain dukung maid. demam, selsema. alahai, anak mommy. kesiannya. rasa bersalah pulak balik lambat hari ni. sampai rumah pun dah almost 6.15pm.

terus kasi aidin ubat, and he seems to get a little bit better. sudah boleh merangkak2 and mula main. instinct kata hantar klinik. OH balik lambat pulak ari nih, ada futsal game. luckily little bro ada kat rumah. mintak tolong dia hantar gie klinik.

ramai la pulak orang kat klinik. tunggu nak dekat 1/2 hour. dr kata tekak dah merah, and i noticed aidin is teething his no. 9th! tapi dr tak nak describe any antibiotik sebab aidin baru jek amek antibiotic according to her records. so, basically, harus monitor 2-3 hari n see. kalau takde improvement, then terpaksa kasi jugak antibiotik.

tadi pulak dok belek2 si adib, nampak ada 2 blister dalam mulut. ah, sudah! jangan la kena hfmd pulak. check kaki n tangan, takde pulak apa2. clear. moga2 anak2 cepat recover from their sakit. kesian tgk.nampak gaya, kalau tak de yang kurang, esok terpaksa EL walaupun kerja kat opis menimbun2.

okayla readers. minda serabut. bye.