Showing posts with label the inner me. Show all posts
Showing posts with label the inner me. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

sabarlah hatiii

rasa sangat hopeless sekarang.

banyak benda yang dulu boleh buat sendiri, sekarang kena harap orang buatkan. mujurlah kencing ngan berak boleh buat sendiri lagi.

sabarlahhhhh hati. besar ganjaran Allah pada ibu mengandung. solat 2 rakaatnya lebih baik. menanggung sakit ada ganjaran. kena sabar!

doakanlah semuanya selamat dan dipermudahkan. doakan juga aidin dapat accept the fact that he's going to be a big brother. :)

less than a month to scheduled EL LSCS

Thursday, August 30, 2012

Dalam Kemeriahan Syawal..

Hari nih dah masuk 11 Syawal. Sana-sini meriah dengan open houses & jamuan raya. Alhamdulillah, ambil ini sebagai kesempatan untuk mengeratkan kembali silaturrahim antara sahabat. Insya Allah.

Dalam kemeriahan sambut hari raya, ada jugak antara sahabat kita yang sedang bersiap sedia untuk menjadi tetamuNya. Bila Syawal berakhir, maknanya akan bermulalah penerbangan KT01 untuk para jemaah haji berangkat ke tanah suci. Yang pergi awal nih, kemungkinan besar akan melaksanakan haji tamattu'. Yang flight hujung-hujung mungkin buat haji ifrad. Apapun kaedah, semoga para jemaah akan diberi kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi apa jua cabaran di tanah suci.

Saya berhajat untuk kongsikan ips-tips dan publish list of things to bring untuk para jemaah, khususnya untuk para Muslimat. Harapnya perkongsian saya nanti dapat beri sedikit manfaat. Saya tidak cukup ilmu untuk berkongsi soal jawab agama, jadi saya rasa lebih baik saya kongsikan panduan-panduan praktikal based on pengalaman lalu.

So, para bakal jemaah haji, ambillah peluang Aidilfitri ini untuk bermaaf-maafan sesama insan. Biarlah keberangkatan ke tanah suci dimulakan dengan hati dan diri yang bersih dari dosa. Perbanyakkan solat taubat dan hajat, mohonlah kepadaNya agar dipermudahkan urusan dan dikurnia haji yang mabrur.

Rindunya saya untuk ke tanah suci lagi. Besarlah harapan andai ada bakal jemaah yang membaca, selitkanlah sebait doa untuk saya agar dikurnia kebaikan dunia akhirat & dijemput lagi menjadi tetamuNya.

Wassalam.


Tuesday, February 7, 2012

Pesan Abah

I seldom talk about this old chap of mine, publicly.

Being the only daughter, he definitely hold a special place in my heart.

He's my hero. my superhero. he's there when you needed him the most. he's there giving you the loudest advice that snaps you and makes you look to real life, realistically.

there is one of his advice that i always remember...
"Kalau nak berjaya, jangan sekali-kali kau buang mak dari hidup."

itu prinsip abah.

sepanjang arwah wan hidup, memang aku tak pernah dengar abah tinggi suara dengan arwah wan. kalau pun ada yang abah tak berkenan, abah senyapkan saja. abah memang anak yang baik. mungkin dengan berkat itu, abah ada pada kedudukan dia sekarang.

perjalanan hidup abah penuh kesukaran. abah student yang bright. lepas LCE, abah dapat offer pergi MCKK. bayangkan anak kampung dapat masuk MCKK? tapi abah tolak. abah amek offer RMC. abah kata, sebab masuk RMC dapat elaun. masuk MCKK tak dapat. mana abah nak mampu.

pergi RMC pun sorang-sorang. abah kata, masa masuk tuh, abah rasa inferior. sebab abah sorang jek anak penoreh getah. orang lain semua anak orang kaya-kaya.

tapi, abah cakap, bila abah emerge as one of the top student kat RMC, all the inferior faded away. he's there because he deserve it.

but he messed up with his economy paper masa HSC, terus abah tak apply pegi overseas. he ended up in UTM, buat degree.

he worked really hard to provide a better living for us. he quits JKR, risking his career, buat business sendiri. alhamdulillah, rezeki was his. alhamdulillah, aku & adik-adik dapat hidup dalam keadaan cukup selesa. syukur.

bila aku reflect balik, aku tak rasa aku ada pada tahap abah. jauh benar rasa.

and worst is, i never thank him dengan seikhlas-ikhlasnya for what he has done for me.

Wednesday, January 18, 2012

24hours a day

I just feel that I didn't use the 24 hours a day given by Allah to me beneficially.

Forgive me Allah.


Friday, December 30, 2011

Bagaimana Kamu Mahu Dikenang Sebagai Ibu

I came across my cousin's writing on her memory on her late father. Baca sini yea BINGKISAN AYU KHALID

Being her cousin, I could relate what she wrote pretty well. Saya tahu betapa sayangnya Ayu dekat arwah paklong. Apatah lagi kedudukan sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. And yes, I still remember the night i picked her up from UPM to go back to Paroi, on the night arwah pak long passed away.

Her writings made me think. How will my kids remember when I'm gone? Will they remember me as a sloppy mommy? Or will they remember me as a perfect mom?

I don't cook as much as I should. I'm guilty as charged feeding my kids with fast food when I just simply couldn't dish up in the kitchen. I switch on the 613 channel to allow me to have some me-time. I pinched them, I yelled at them when I just can't control my temper. Aduhai, jauh benar diri ini dari milestone Ibu Mithali!

Talked to my OH on this matter, and he said, "Of course we want to give the kids the best, perfect. But then, when time is limited, you have to make the best out of it." Entahlah, I don't agree with this.

So, azam tahun baru saya - to carve the best memories my children could have. Spend quality time with them with less yelling and pinching. In short, be a better mom.

Doakan saya..

ps - I have one more day to yell la kan? hehehehehe

Thursday, November 24, 2011

Fatimah, roomate di UTM

i'm a bit settle down this week, after submitting the tender docs for printing. alhamdulillah. despite having another 16 tender docs to prepare within the next 6 months, i just want to take deep breath and tackle it one at a time. buat keja rushing-rushing nih selalunya akan ada banyak silly mistakes yang menyusahkan later on.

hari nih, i just want to share a piece of my mind, that has been lingering in my head all day long.

how shall i begin?

communication is a basic skill that we master since birth, and it progresses along the way as we grow older and mature. the quality of communication, in logic, should improve along the way, as the old saying says, practice makes perfect.

but, dalam hidup hari nih, manusia kadang-kadang memilih untuk berkomunikasi dengan memilih perkataan yang kurang enak, kononnya, pemilihan perkataan yang vulgar, statement-statement yang sinis mampu menyentapkan akal manusia.

i used to be someone who's very vocal in life. and i regret it. alangkah lebih baik jika saya berfikir sebelum berkata-kata. biarlah kata-kata yang keluar dari mulut ini sedap didengar dan mencapai tujuan tanpa melukakan hati sesiapa.

dilahirkan sebagai Muslimah, sewajarnya saya mendalami akhlak Rasulullah yang cukup mulia pekertinya. saya harus sedar bahawa setiap tingkah laku dan akhlak yang baik itu juga merupakan satu dakwah.

masyarakat bukan Islam hari ini tidak suka dengan Islam bukan kerana agamanya, tetapi kerana kita sendiri orang Islam yang tidak mencerminkan keindahan agama itu sendiri. teringat kata-kata seorang pendakwah - Hamidah Ng Mei Kee yang menyimpulkan, jangan lihat orang Islam, tetapi lihatlah Islam itu sendiri kerana Islam itu cukup indah, tetapi akhlak orang Islam telah mencemar identiti Islam itu sendiri.

adakah tujuan menghalalkan cara? adakah perjuangan poltik membenarkan segalanya?

adakalanya yang lelaki bersongkok, berkopiah bagai, tapi yang keluar dari mulut adalah cerca nista.

adakalanya yang wanita aurat sempurna terpelihara, tapi yang keluar dari mulut sungguh berbisa.

tidak bolehkah kita berbicara dengan hemah? bukankah itu lebih mulia?

wallahualam.

ps - teringat kat roomate masa first year di UTM. fatimah namanya. Budak SPI. (Sarjana Pendidikan Islam) sangat cantik. bukan cantik, but GORGEOUS! saya kagum dengan dia. dia tidak pernah menegur, tetapi setiap satu perbuatannya cukup untuk menimbulkan rasa malu, yang akhirnya membuatkan minda mampu berfikir kesilapan diri dan keperluan untuk memperbaiki. itulah contoh kekuatan akhlak yang baik dalam menganjak paradigma manusia. semoga saya jadi macam imah jugak.

Sunday, October 23, 2011

alhamdulillah!

alhamdulillah. my praises to Allah, the Almighty.

syukur sangat-sangat, debaran satu minggu tunggu result biopsy berakhir dengan keputusan yang baik. Alhamdulillah, the lump is benign. SYUKURRRRR!

abah pun dah selamat surgery (laser surgery). he was diagnosed with benign prostatic hyperplasia yang common di kalangan lelaki apabila usia semakin meningkat. he's now recuperating at home. syukur!

with these two good news, it is definitely a very good start to a new age (ehem) of 31 years old lady on 21 oct. hikhik. started the 'birth'day with rounds of medical appointments yang diselang selikan dengan birthday lunch and shopping spree. yeay! thank you my OH.

last year, i celebrated my birthday in Raudhah. satu kenangan yang cukup manis masa musim haji.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah!


ps - i woke up on birthday morning to the song of happy birthday sang by the twin by the bedside. SWEET!



Wednesday, October 19, 2011

hari ni, esok

hari ni, mendidik hati untuk bersabar menunggu esok. sebab esok akan bukak stitches & plasters. dan esok jugak akan tahu result biopsy. mendoakan semuanya baik-baik sahaja. buat masa ini tuan rumah tidak mahu fikir kemungkinan-kemungkinan yang dr akan bagitau esok.

hari ni, badan kurang sihat. rasa macam nak demam. hidung tersumbat. anak-anak pun not so well. abah dekat hospital. petang nih operation. dugaan.

rasa seperti mahu pergi shopping. untuk melarikan minda seketika, tapi tak terdaya pulak nak bawak kereta. tadi pun memaksa diri drive jarak dekat pergi hantar and amek anak dari sekolah. bukan takde family yang boleh membantu, cuma sekadar tidak mahu menyusahkan sesiapa.

lately, kesabaran agak tipis. hormon imbalance mungkin. anak-anak memang selalu jadi mangsa leter. guilty as charged, i am. apatah lagi perasaan mahu lari sebentar dari aidin sebab tahu tidak mampu memenuhi keperluan dia menyusu badan. kasihan si anak kecil itu.

tapi, aku harus tahu and accept semua ni. sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah, cukupkanlah hanya Engkau untuk diriku.



Tuesday, October 18, 2011

Abah

Dugaan demi dugaan.

Abah pulak masuk wad. the first diagnose doesn't look that good.

Ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada abah

Monday, October 10, 2011

Breast Biopsy

hati tengah dup dap dup dap. bukan sebab nak kena pinang. (ehh tetiba. anak dah 4, tak sedar diri??) tapi berdebar tunggu biopsy result yang dijangka siap lewat petang. Ya Allah, jauhkanlah aku dari penyakit bahaya.

alkisahnya, aku memang dah every year since 2004 dah buat yearly breast checkup, following an incident di mana aku dapat detect a small lump. sangat takut masa tu sebab family jauh di KL, aku kat sydney. so, balik mesia and check, and since then, aku dimonitor oleh Dr Suseela Nair, pakar breast kat Gleneagles, ampang. she's a very good doctor, menyebabkan aku stay jugak check up dengan dia walaupun every time jumpa dia untuk yearly check up, aku akan habis masa lebih dari setengah hari utk scan dan consultation.

i've got one lump removed in the year 2005-2006. alhamdulillah, bila buat biopsy, benign.

this year, after many-many years of follow up, the lump yang ada tuh increase in size. so dr kasi aku 2-3 option.

1. monitor for the next 6 months
2. biopsy
3. remove the lump and do biopsy

since aku nih proaktif, aku pun amek la option no. 2. sabtu lepas, aku menyerah diri kat imaging department buat biopsy. sempat tanya nurse, sakit ke tak. hiks. dia cakap ngan aku, kalau nak kata tak sakit tu, tipu la.

so, bersediala kan.

huwahuwahuwa. boleh tahannnnnnn sakitttt. tapi tak la sesakit cam nak check opening masa beranak. tapi cukup la untuk sampai deria sakit.

adehhh. sampai skang (nak kat kul 5pm) result tak dapat lagi. nurse cakap, kalau tak dapat today, mostly, this time tomorrow baru dapat.

mak rasa nak nangissssss sekarang. diorang tak tau ke aku dah berapa hari tido tak lena, makan tak kenyang!!!!!!!!!

ps - i personally tak suka (kurang satisfy) dengan layanan kat gleneagles. rasa cam kurang mesra gitu. sib baik dr tuh sangat bagus, kalau tidak, udah lama gua ca.but



Friday, May 20, 2011

:: talam bermuka² ::

jiwa sungguhla tiada di sini. like, seriously. mood kerja pun sudah hilang beterbangan bersama angin bayu. chewwaaahhh. ayat tak boleh blah. takpe, yang penting aku jujur. *erk, tetiba.

jujur nih subjective kan? dah 30 eh, nak masuk 31 tahun hidup, macam2 perangai manusia dah aku jumpa. ada yang serius baik gila, dia tak cakap pun, aku jadi segan (and i'm referring to my ex roomate masa kat utm first year. she was so nice, that even what she did cukup untuk buat you rasa you are faaaarrrrrrr from even good, not to mention perfect), ada yang perangai lebih kurang jek macam aku, ada yang hipokrit (owh, nih sungguh gua menyampah), ada yang suka over². macam² peel. tapi yang penting, takde orang yang nak mengaku dia jahat dan tak betul depan orang. betul tak?

kenapa yek, manusia suka talam dua muka? depan kita baik gila (tak la baik, tapi cukup baik untuk bawak bercakap the least), tapi belakang cakap macam²? kenapa manusia bila berdepan ngan boss, cakap baik saja, tapi belakang perghhhhh sebatu komplen boleh dengar? kenapa kita tak mampu untuk cakap saja apa yang benar, dan apa yang salah? kenapa takut nak cakap jek apa yang ada dalam hati dari ko buat dosa kat belakang? *emo kan ai tetiba?

can't we just all be jujur to ourselves?

sekian, tazkirah hari jumaat.


Thursday, May 12, 2011

:: Beautiful Mother's Day Celebration with Kids at School ::

Do you know my mommy dear,
My mommy dear, my mommy dear,
Do you know my mommy dear,
Who lives nearby my heart…..

The song sang by the kids at school, on mother’s day celebration, that enchanted my heart. It was a beautiful event at school, where all mommies of the kids gathered for a healthy breakfast in conjunction with mother’s day. The kids got to perform, read a story and present their mommy with a flower. It almost made me shed my tears. Simple gestures from the kids that melted the mommy’s heart away. It is indeed a beautiful morning spent with my boys. Wish I could have more time to capture the moments on camera, but I don’t.

The ceremony starts as early as 7.30 in the morning. We arrived 10 mins late for I have to send OH to station and aidin to my mom’s. Our arrival at school was greeted by a choir of kids singing that song. Afiq and adib managed to be in the choir minutes before it ended, hence explained the minimal amount of pics that I got to take during the event.

After choir, the kids got to read a line of story lead by the 6 y.old kids on “I love my mommy”. Then, each kid was called up to present a beautiful flower to mom while saying I love you mommy, thank you. Gosh it reminds me, how little I express my gratitude to my own mom. Being sensitive and all, this event triggers my tears to the edge. I finally know somehow, these little hearts appreciate me as their mom when I haven’t been the best for them afterall.

The moms and children were then treated to a healthy breakfast. I got the chance to spend quality time with kids. Before pushing off to work, the teacher had my hand painted, and I have my hand printed together with my kids’ on a big piece of banner. The principal later told us that they will get the paintings to be cut out and embroidered, so that we could frame it up as a memoir.

It was 8.30am by then, and I have to make my move. I had a great start for the day despite being sick for the past days. I have never had a proper mother’s day celebration for the past four years, and this really made my day. Not that I want recognition for what I’ve done, it’s just the thought that counts. The kids are definitely the rainbow of my heart. I love you sons.


Monday, August 30, 2010

:: mak bapak ::

baju setinggi gunung everest kat umah dah settle aku gosok just in time before saturday. haha. maka haruslah sabtu dan ahad digunakan untuk berhu.ha dengan anak² kat luar. :D

anyway, hari nih i don't intend to update on life, just nak share my point of view on few things, especially family.

almaklum la, bila kita dah berkahwin nih, keluarga makin berkembang. penglihatan kita makin luas, dan perkenalan dengan tabiat manusia juga semakin mendalam. bila dah kahwin nih, harus kita ingat, family sendiri dan family mertua tiada bezanya. (ingatan untuk diri sendiri juga). apatah lagi, bila kita yang anak perempuan ni. selalunya kita sebolehnya akan mendahulukan ibu kita, baru mertua, sedangkan dalam Islam, ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya. hormatnya kita pada ibu mertua adalah sama levelnya dengan ibu sendiri. sebenci mana pun kita pada ibu mertua, kena la pandai handle perasaan benci tuh sebaik mungkin (nauzubillah).

tapi hakikat hidup hari ini, ramai anak menantu makin lupa daratan. ibu mertua datang ke rumah, layan pun tidak. nak solat ke apa ke, semua pepandai sendiri la carik tempat. di mata mungkin perkara nampak kecil, tapi jauh di sudut hati ibu mertua yang melahirkan suami kita, apa agaknya rasa di hati kan??

aku ingat lagi, ada satu akak kat opis aku. dia selalu ingatkan kitorang, sebelum buat apa², cuba pikir.. kalau dah tua esok ada menantu, nak ke menantu kita buat kita macam gitu? kata² akak tuh betul² terpahat kat kepala aku (apatah lagi anak aku semuanya lelaki..)

bila fikir balik, sedih menengokkan institusi keluarga yang makin hilang nilai, adab dan budaya melayu dalam kehidupan. di mana agaknya silapnya?

satu nasihat mak yang aku ingat sampai sekarang, "apa along beli kat mak, itu jugak la yang along beli kat mama." dalam erti kata lain, mak tak nak aku membezakan antara mertua dan dirinya sendiri. aku harap menantu² mak pun akan buat yang sama, akan layan mak sebaik mungkin sebab tanpa mak, takkan ada adik² aku kat dunia nih. amin.

ps - bila dah jadi a mother nih, aku lebih appreciate mak. betapa dalamnya kasih mak pada anak² walaupun dia tak tunjuk. cuma aku jek kena belajar control temper, almaklumla, mak bukan makin muda. adakalanya ada gak time yang mencabar kesabaran. semoga aku jadi anak yang makin baik, dan menantu yang menyejukkan hati

nota kaki - sekadar berkongsi buah fikiran.. bukan saje apply pada menantu perempuan, tetapi menantu lelaki juga....

Saturday, March 6, 2010

:: pengemis ::

aku tidak pernah meminta darimu,
segunung intan dan emas,
untuk melingkari tubuh.

aku tidak pernah meminta darimu,
seribu satu kemewahan,
untuk selesa dengan hidup.

aku tidak pernah meminta darimu,
walau seurat sutera,
untuk memperindah lenggang dan lenggokku.

aku hanya mengemis sedikit kasih,
aku hanya menganyam harapan bahagia,
aku hanya memohon secebis senyum,
aku hanya mengimpikan seindah waktu.

tapi mungkin,
yang diimpi tak tergapai dek tangan,
tak tercapai dek hidup.

mungkin benar kata teman,
pelangi akan terbit,
jika kita gembira dengan gerimis,
tanpa mengharap hujan yang menderu.

sedarlah wahai diri,
kita hanyalah seorang pengemis,
di pesisir hidup ini.

Wednesday, October 21, 2009

:: my birthday wishlist ::

.my birthday wishlist.



1. a piece of time from him for me.
2. a piece of happiness from him for me.
3. a piece of respect from him to me.
4. a piece of appreciation from him to me.

i don't ask much.

i can't get the above from stores.

that's all i want.

but what i want is too expensive to get.

that he can't afford to give me one.

sigh.

Saturday, October 17, 2009

:: a note from the broken heart ::

i hardly ask for things. in any form. be it as a daughter, a daughter in law, a wife, a sister.

simple reason, i prefer to do things on my own. so that i won't be a burden to anyone.

but at times, deep in my heart, i do have wishes. at times, i voice it out, but most of the time, i keep it to myself. especially when i think, my wish is far beyond reach.

but once i voiced it out, that means, i really want it.

it breaks my heart truly, when simple wishes are being taken for granted. when 'can't fulfill' statement need to be swallowed with no question asked.

i never asked for a RM4,000 ferragamo handbag. i never asked to cover my feet with jimmy choo's creation. i never asked for a sturdy solitaire ring diamond. i never asked for a complicated dslr to fulfill my interest. i never asked for an up to date mobile model to ring up friends. i never asked for a handsome murrano to cruise around the city. i didn't asked for a sparkling tag heur to show me the time.

i'm comfortable with my season handbag. i'm comfortable walking around in my maternity shoes. i'm comfortable with wearing my simple yet meaningful wedding ring. i'm comfortable with our 2 year old ixus. i'm comfortable with my nokia 3300 classic model. i'm comfortable with the 2nd hand family car that we bought to move around with my children. i'm happy with my ciplak cartier.

the only thing that i asked for is the cherry of the cake : a piece of happiness.

but i guess it's too expensive to get, that i should live with whatever it is.

i know, i am a nobody.

i know, in this world my simple wish is nothing important.

and i think, i have to start accepting, that despite being a very, extremely low maintenance person, it's still damn hard too fulfill a wish that was promised.

-heart broken-

Friday, October 16, 2009

:: teringin ::

smalam, before going home, i clicked both air asia n MAS webbie. biasa la kan, nak hujung tahun, rasa cam something missing. :) teringin nak gie holiday. teringin.

tapi with the blooming me, and 2 active boys, i don't think we can afford a holiday.

dan tapi yang kedua, mak aihhhh.. mahalnya tiket! baik la duit tuh aku simpan buat gi haji.

hm. nampaknya, it's gonna be a quiet year end. tak pe la.

mana tau tahun depan ada rezeki kan?

kasik elaborate sket, 'my dream vacation'

- only with the nucleous family at a far, far away land. normally kalau we all pegi holiday abroad, normally akan ada yang tagged along, as u know, having twin, kalau ada satu extra hand memang helpful. but sometimes, bila pegi holiday macam tuh, akan ada conflict of interest. ye la, yang tagged along pun ada agenda jugak, so we ended up bagi orang lain sampai hajat, and if ada extra time - then only we tried to fulfill our wishes. -

simple kan?

(tgh console diri sendiri. ditambah pulak teringat next week birthday aku yang bakal disambut seorang diri untuk kali kedua berturut². bosan!)

Tuesday, October 6, 2009

:: jauh dalam hati.. ::

jauh dalam hati,
berbenih pertanyaan,
kenapa hati rasa begini.

benih pertanyaan itu,
sudah lama berbuah,
hanya tidak dipetik,
kerana lidah sudah tahu,
rasa buah itu.

jauh dalam hati,
turut sedar,
turut tahu,
kenapa dan mengapa,
benih soal itu cukup subur,
semua kerna,
akar kecewa,
akar ingat,
akar dendam,
terlalu jauh,
terpasak di bumi.

mungkinkah semua itu salah sendiri?

Sunday, September 6, 2009

:: self updates ::

it has been 2 days since i was discharged. the bleeding has so far nowhere to be seen, but the nausea is getting worst, that kinda reminds me during my days carrying afiq and adib in my 'small' tummy. it's a bit lesser compared to my first experience but definitely worst than the time when i carried late Amin.

this is not my first experience going through threaten abortion. second to be exact. but during my first time, i was pampered like a princess. i was on complete bed rest, with food being sent to me. that was then.

now? complete bed rest is too good to be true. i have two kids to look after, while OH declined my request to be back a week earlier to assist me out. mom and dad is busy at office, tho they still helped me a lot. bro got a business to look after and in laws are no where to be seen. kids are getting more mischievous. belum masuk cerita menangis minta dukung, which i definitely can't do! and i am totally hurt by OH decision for not coming back, just because he didn't want to return to russia a week earlier as planned. but still, u've got AL to take, but guess it's never an option. no point bargaining when he has made up his mind. guess ALLAH dah tunjuk, which path shall i take. i don't think following him to russia is a good decision.

i still cook, but pretty lightly. hari ni, tak masak. suruh maid aje masak. supply is running low. and perhaps kalau kering sangat nanti, kena jugakla drive pegi cari grocery. the dr will definitely jegil mata if she knew about this. but what am i supposed to do?

pretty much, i feel very alone in managing myself. i need support not arguements. i need help both physical and spiritually. not just calls. nampak macam demanding kan? tapi rasanya, apalah sangat with the dugaan that pregnant wife goes through kan?

dahla readers. i dseriously don't have the mood to write. i write this pun because i know he'll read it. i have no other means. talking and discussing seems impossible, but i have to let the steam out kan>

by the way, after going through this, i firmly believe SAHM will not materialize in this near future.

Sunday, August 9, 2009

:: 8 days to 2 y.o. ::

finally, i've got time to blog.

OH is on board already, flying off to russia. nasib baik kejap jek this time. a week only. kalau tak tension gila nak kena mengadap maid aku yang terlalu boleh diharap itu. *sigh.

i'm so mmmaaaaddddd with my maid. that i couldn't think off how to say it out. tolonglah kerajaan malaysia, khabarkan realiti kualiti pekerja-pekerja indonesia di malaysia sebelum demand yang bukan2 dari majikan kat kl nih. just becuase nak protect the 10% yang kena abuse, what about the percentage of majikan yang 'tertipu'????

anyway, buat sakiot kepala hotak buat apa kan?

baik cerita yang indah2 saje...

afiq and adib is turning two in more or less one week time. besau dah anak2 mommy nih.

was planning to organize a birthday party, but due to health reason, we change sour plan. sekadar buat makan2 kecik with immediate family members. insya Allah, buat next weekend, the day after OH balik kl. nothing fancy, just simple food, a cake and the family.

hope it'll turn out right.

anyway, next week is gonna be a hectic week. adoi.....

okay la all. tocheh!

ps - syukur.. dapat apc last friday..