Friday, June 28, 2013

Semangat nak Menjahit

Kita postpone jap la cerita Penang. Sebabnya, aku tak ingat mana gambar kat penang aku letak. Most probably dalam phone husband. :P

So, kita cerita bab lain. 

Sebelum nih anak aku semua lelaki. 4 boys, termasuk arwah. So, aku dah biasa shopping baju boys. Teramat senang. Jeans, shirt and few tshirts.. siap. Jeans ada 2-3 helai, tukar tops sahaja. Aku rasa ramai jek kot buat macam gini. Nak memudahkan lagi, aku pilih satu design yang ada size untuk 3 orang sekali. Tak pening kepala aku. Packing kalau travel pun senang. 

Alhamdulillah, tahun lepas, Allah makbulkan doa aku untuk merasa dapat anak perempuan. Masa memula tau dapat anak perempuan, sampai kena tegur ngan husband, sebab aku tak berhenti senyum. :) Seronok! (Selingan kejap)

Sekarang, dah dapat anak perempuan, fahamlah aku perasaan kawan-kawan yang ada anak perempuan. Ya Allah... nafsu shoppig untuk si kenit nih membuak-buak ok. Dengan skirtnya. Dengan dressnya. Dengan seluarnya. Pendek kata top to toe. I is so geram. 

Tapi..... harga baju budak pompuan yang cantik-cantik nih, masya Allah... MAHAL bebenooooo. itulah yang mengekang nafsu shopping aku. Kalau tak dikenang hutang rumah ngan kereta, mau je rembat pejam mata! 

Borak-borak ngan my mom, terus terfikir, I should give my hand a try on sewing. Agagagagagga. Aku memang penakut operate machine. walaupun machine itu adalah sewing machine. Tapi mengenangkan dulu ikan kering pun tak reti goreng, takkan la machine ni aku tak boleh conquer kan?

So sekarang ni tengah bersemangat gilosh nak jahit attire Arfa. Nak kat setengah jam aku study cemana nak jahit EASY PEASY SKIRT. hehe. Member aku cakap, kalau ko boleh jahit manik, tak la keras mana benar tangan kau tuh. So let's give it a try. Kalau dah siap nanti aku show off. MUAHAHAHAHA. berlagak. lempang kang baru tau. (kain pun tak beli lagi, bising nak buat skirt).

Tak sabo nak gunting kain nih. Hihi. Eh, tapi kena gi kedai dulu beli gunting, getah, measuring tape, kain... lalalalalala..

Aku refer kat sini as a beginner --> punkinpattern . sangat cute uols. 

Anybody nak tempah? Dan dan gituu


Wednesday, June 19, 2013

Penang Day 1

We are 10 this year, and hope Allah will grant us more years together.

Entry agak basi, sebab dah 3 minggu tertunggak. 3 minggu yang menduga perasaan dan stamina. (I think mommies will make a better coach for any sports team, mommies got endless energy and stamina, and very strong mind too. they aren't easily fiddled by opponents. So, MUFC, consider hiring a women as your new manager)

Kami nikah 31/5/2003, when I was 23 years young. 10 tahun dah berlalu, Allah bless us with 5 kids, 4 surviving ones. Memandangkan angkanya adalah 10, so tahun nih, OH bawak kami anak beranak ke Penang.. Menyelam sambil minum air. Cuti dulu di Penang sebelum travel ke Jitra attend wedding husband's cousin.

Hotel booking semua husband uruskan. We stayed at The Gurney Hotel & Resort. Booking through Agoda. I requested OH to get a spacious room, so that boleh bentang spread and the kids (Afiq & Adib) can golek-golek saje tidur atas lantai. Aidin & Arfa tu adalah my permanent handbag. Kat mana mommy dia tido, kat situla diorang menyelit.

Started the journey pretty late. salahkan OH yang masih buat kerja office time nak gerak. Packing semua I dah buat awal-awal. Ye la, I have to pack for all 4 kids and myself. OH, since kawen, memang dia akan pack sendiri, because he git his own mind when packing. :P Packed some pasta for lunch, grapes and packed raisins as well as crackers for snacks, (trying to be healthy) in the car.

Journey was smooth. Arfa slept on and off. so did aidin.

before we head to Island, we singgah sekejap dekat Bukit Mertajam, Cheruk To'Kun to be exact. Ni kampung arwah maktok husband. Yang ada was husband's uncle. Tak singgah rumah pun, just jumpa kat laman masjid. He advise us jangan tido situ, sebab denggi is on the rise. Lepas tu terus make way to island. Tak sempat nak tapau Mee Kuah. #lap air liur jap.

sampai je hotel, check in and rest sekejap. Lepas tu terus buru budak-budak mandi & siap for dinner. By the time sampai dah lewat dah for pool etc. The hotel was nice. OH requested a newly furbished room. aircond adalah split unit, which I like. sebab senang nak control temperature. Bathroom ada jacuzzi, sukalah budak-budak.

We made a move to ntah apa nama mall tu dekat dengan G hotel. Takkan nak celebrate anniversary makan nasi kandar kan? hehe. So Oh suggest gi makan Chili's. ke Chili's la kami. Pung pang pung pang makan, terus singgah grocery and balik hotel. Semua dah lunyai kepenatan travel from south to north.

#To be continued.......




Tuesday, June 18, 2013

arfa at ward

Lama tak update. Malas, mood ke laut, penat. Semua campur-campur macam nasi kandar. *eh!

2 minggu lepas, cik kenit arfa masuk wad. 3 malam jugak la kat wad. 3 hari jugak la bertemankan lauk pauk hospital. *Thanks Prince Court kerana provide food untuk lodger. Kalau tak kopak tuan tanah hari-hari makan kat kafe yang harga dia bertaraf lima bintang!

Banyak nak cerita. Kita mula cerita arfa la. Kitorang pergi penang end of last month. amek peluang masa attend wedding husband's cousin di Jitra.Before pergi tu, Arfa dah demam. Tapi bagi makan ubat segala, she is ok. So proceed la pergi penang. She was not 100% ok, but she was doing fine la. (Nanti up cerita penang.. ntah kurun bila nak up pun aku tak tau)

Balik KL. Malam sampai KL tu, I was so tired. Badan dah sore, tekak dah sakit-sakit. Malam sampai KL tu arfa dah start macam wheezing. Tido pun tak nyenyak. I was supposed to work the other day, tapi dengan badan sakit-sakit & arfa wheezing, pagi2 lagi terus pergi klinik to get myself n arfa checked up. Arfa had her very first neb in her life, and I got a day off. she had to go through 2 sessions of neb. That very night, her wheezing became worst. Terus la mommy dia decide, it's hospital time.

But she is one happy baby. Bila check kat A&E, (paed was full) Dr advise supaya admit sebab she needs regular neb to help her. admit her in. Sebab prinsip aku, baik aku risau kat hospital, dari aku risau kat rumah. Aku bukan dokter, mahupun misi. buat bangunan aku tau, tapi nak diagnose & treat anak aku accordingly, aku rasa biar lah aku belajar dari yang pakar.

 Arfa @ A&E

Arfa, in the morning. Lebauuuuu senyum! Tu pasal Dr kata happy wheezer

After 3 days kat wad pun, Arfa still tak recover 100%. Dr kata, it may prolong for about a month. Terpaksa discharge Arfa sebab OH nak kena gi over the seas. Senyum sorang-sorang bila baca discharge note dari Dr.. "happy wheezer". yes, arfa is a happy baby. geram dibuatnya!

 One of the nights yang dia bangkit tengah malam nak main. Rabak mata! She's very alert of her surrounding, and soft toy dalam gambar tu is a squirrel - her favourite!

Lepas discharge, balik rumah, just to find the elder twin demam panas. Adoi laa...... Nak nangis mak! At the end of the day, OH postpone trip to one day later, sebab tuan tanah sendiri demam dah nak menjaga anak-anak lain yang demam. Arfa still continue neb 8hourly kat rumah.

Itu la cerita bila anak-anak sakit. plan annual leave 2 hari jek, terus jadi 5 hari.

I seriously need a spa session. #FAKTA BUKAN AUTA