Monday, April 29, 2013

My Lovely Weekend

How was your weekend people? Mine was great, minus incident with the maid. Alahai.Dah rezeki macam gitu. Redha saje.

Hari Sabtu, merewang-rewang @ KLCC dengan kids. Lalu depan TGV mula la si Afiq dok mengenen nak tengok ironman 3. Bukan Mommy tak nak bawak Afiq, Mommy takut nak bawak. sebab Mommy takut ada scene yang mengarut, puas la aku nak explain kang. So sapa readers kat sini dah tengok? Pass ke Lembaga Penapisan Keluarga nak bagi budak kecik tengok? 

Hari Ahad, lepak rumah saje. Masak simple-simple. Tiba-tiba husband ajak berjalan. Rasa pelik, sebab selama ni dia yang suka duduk rumah, aku yang merengek-rengek nak berjalan. Tak pegi jauh pun. Pergi KL Festival City saje, pegi minum caramel macchiato kat Dr Cafe. Nyumss. Nyaman di tekak. 

This is what I cooked for Sunday's dinner. Low in sodium. Express meal gitu. Crispy prawn, makan dengan tartar sauce + chilli sauce. Kalau nak sedap lagi, perah lemon sket. Makan nih ngan mushroom soup, homemade jugak. Tapi takde gambar la mushroom soup. Tak sempat nak amek, Marissa nangis kuat dah by the time siap.


Recipe refer kat sini yea --> shazaharin.

Kay readers, sapa dah nengok ironman 3, sila review sket!

Friday, April 26, 2013

Sheikh Salah Al Budair - Imam Masjid Nabawi di Masjid Negara

Kaum Muslimat yang bersolat di Masjid Negara pada hari ini berpeluang mendengar khutbah dan solat berimamkan Sheikh Salah Al Budair, imam Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah.

Got to know this semasa dengar dalam radio last week, and terus bagitau OH sebab offfice dia dekat ngan Masjid Negara. Tadi dia baru jek upload gambar kat facebook.


Mesti melayang-layang jiwa masa solat. Terkenang indahnya perasaan semasa berada di tanah haram Madinah.

Semoga anak-anakku juga dikurnia hati yang terang, lidah yang lembut dan suara yang merdu untuk membacakan kalam suci Allah SWT.

#DoaMommy

Whole Body Massage

It's Friday! Yeayy. Looking forward for weekend. Tapi mood spoilt sangat semalam sebab OH bagitau next week kena pergi offshore lagi time labour day plak tuh. I is MENYAMPAH. Penat seminggu lepas tak habis lagi. baru je janji ngan afiq & adib nak pergi titiwangsa. alamatnya, kena cancel la. Apa la asyik kena kerja time cuti? Boring tau tak?

Sorry la readers. Tumpang lepas geram kat sini. Aku tak kisah OH kena keja ouststation, tapi aku cukup pantang kalau langgar weekend/public holiday. Memang la boleh dapat cuti ganti, tapi kalau nak cuti sesama, aku pulak la kan kena amek cuti? *Emoji sekejap.

Weekend nih takde plan apa-apa. Aku ingat nak stay rumah, main masak-masak. Orang lain lama dah buat RVC, aku tak buat-buat lagi, padahal Adib suka sangat makan red velvet cake nih. Resepi dah salin dah. Nak kata renyah, tak la. sama je macam kek lain, cuma bahan dia ada sikit mahal. Harap-harap sedap la.

Semalam petang, lepas merempan sekejap OH kena gi offshore, terus dapat treatment hantar gi spa, buat whole body massage. Aku kalau buat whole body massage, suka amek yang traditional, sebab dia main urat. Dulu aku selalu panggil ada akak ni, datang rumah urut. Tapi sejak pregnant hari tu dah tak panggil dah. Sekarang nih aku pergi kedai jek kalau nak berurut. Aku suka pergi kat Arowana Spa, Taman Melawati. Semalam ada offer package, Buy 5 free 1, Normal price urut traditional is RM68, so, yang nih jadi RM56. Okay la kan? Pastu kalau urut, aku suka pakai ginger oil, kasi panas sket badan.

Lepas kena urut semalam, memang terus cari katil la bila balik. Letih gila. Isyak pun awal pagi. Terlelap punya pasal. Memang la kan. umur dah cenggini, tetiap bulan badan kena service. sebulan sekali mesti nak urut, kalau tak rasa sakit-sakit badan.

nih aku tengah risau. Sebab aku dah sakit tekak tiga minggu berturut-turut. Antibiotik dah tak tertelan dah. Kena pulak baca press release dari Kementerian Kesihatan pasal Legionellosis . Baca sini --> Press Release dari KKM. Aku ni kekadang paranoid sket. Tapi paranoid aku tu aku rasa berasas sebab dah 2 kali anak aku kena h1n1. tu la pasal guqa risau. Petang nih, lepas opis, rasanya nak singgah klinik and check balik. Mungkin jugak tonsil aku bengkak. huhu. Tape, sakit itu kifarah dosa. tapi kita juga kena usaha mencari penawar. Semoga Allah mengurniakan shifa'.

Okayla kengkawan. Hari ni entry tak bergambar. Aku rasa semalam dah cukup banyak gambar aku letak. Da!

Thursday, April 25, 2013

Entry Tertunggak Part 2 : Entry Aqiqah Bergambar

Hari ni kita update cerita aqiqah Marissa secara bergambar. Ok?

Ini gambar baby yang diraikan.. ARFA MARISSA BINTI AHMAD RIZAL (kena jugak tempias nama pemain bola.. BEN ARFA)


Memula, gambar hiasan katil aqiqah atau nama mudahnya cot cantik. haha. cot tuh dah berusia enam tahun, turun temurun dari anak yang sulung. aku beli bunga kat kedai perhiasan pengantin, recycle anak buah aku punya kain aqiqah & guna pakai aku punya teddy bear yang dah berusia belasan tahun. Ini namanya plagiarism berhemah perbelanjaan berhemah.


Meh intai arfa dalam cot..


Ini teddy bear aku masa zaman belasan tahun.dulu-dulu murah jek beli teddy bear. sekarang???????

Sebelum majlis mula, sempatla amek gambar family. Tapi sayang masa nih, family mertua belum sampai lagi. dan sampai kesudah kitorang tak sempat bergambar one big happy family.

Gambar family nukleus.


Gambar dengan atok & nenek Afiq, Adib, Aidin &Arfa.


Gambar dengan moyang Afiq, Adib, Aidin & Arfa. Inilah nenek aku yang pergi haji sama ngan aku dulu. Nampak muda kan? But she's 85 kot this year (tak sure). Alhamdulillah, masih sihat walafiat, and sometimes, masih mampu panjat pokok langsat. Cukup sayang dengan kucing, sampai kat padang arafah pun kucing datang kat dia. :)

Gambar nih aku tak puas hati. Apsal photographer lupa nak edit double chin haku? Susah sangat pakai jek apps Perfect 365. *tetiba emo!

Ok.. Marhaban pun mula. Part yang selalu buat aku sebak sayu gitu.

Ni. adik aku and adik ipar aku.

Lepas marhabban, distribute door gift. Dalam tu ada towel mandi ngan bunga telur isi coklat.

MAKAN TIME!
kambing bakar. buat dua ekor walaupun anak pompuan. Dilebihkan portion sebab menjemput Non Muslims sekali. Dah rujuk dengan ustaz. That's the way.

Kitorang order nasi putih & lauk kampung jek. Based on experience, set-set nasi beriani nih kurang laku sket, sebab kebanyakan jemputan dah berumur. order daging salai masak lemak cili api, sambal ikan, sayur campur & ayam goreng berempah. ada add on char kuey teow masak on the spot, pavlova makcikku buat plus kuih serimuka & lompang.

Ni gambar dengan sedara side husband. Yang pakai baju kurung hijau sebelah aku tu anak buah paling tua. 14 tahun sama tinggi ngan aku. Apakan daya, aku gen bonsai.

Ni gambar dengan side aku. Yang hujung sekali tu sebelah kiri, sepupu yang sebaya dengan aku. Dulu masa kecik-kecik, aku memang look forward nak balik raya sebab nak main keliling kampung. Masa zaman remaja plak, tak sabar nak jumpa sebab nak bergossip bagai. Dah beranak pinak dah masing-masing. Aku suka tudung dia pakai. tudung Pearl Haya. *tetiba.

Ni kita up gambar of the day.
SMILE!

penat aku mengedit entry nih. Nard masak kuih tepung pelita, neeja ko terus tambah 2 cheesecake strawberry untuk aku.

Entry Tertunggak : Aqiqah Arfa Marissa (Feb 2, 2013)

Ini serius kes entry tertunggak stok lebih kurang 2 bulan. Dari sehari ke sehari aku nak update cerita nih, tapi nan hadooo!

Kenduri aqiqah Arfa Marissa kitorang buat after aku habis pantang 40 hari. Nak buat cepat sebab tak nak bertindih dengan CNY. Tau la CNY, ramai amek peluang cuti panjang. Aqiqah ni kitorang combine sekali dengan kenduri kesyukuran masuk rumah baru. And kitorang masuk rumah tu betul-betul sehari sebelum kenduri. Gila penat mengemas.

Apsal boleh jadi cenggini? Aku salahkan kontraktor. Bukan kitorang tak monitor progress, memang monitor closely, sampai keluar la ayat.. "Tolong janji macam orang Islam dan kerja macam orang Islam."  Ye, masa tu aku dah bengang sangat-sangat triple sangatttt.

Eh.. aku nak cerita pasal aqiqah kan? Hikhik. Lari tajuk pulak.

Since kenduri ni 2 in 1, aku pun baru la ada perasaan nak hias-hias sikit katil anak aku. Kalau ikut anak-anak yang dulu, memang sempoi jek. Memang aku letak katil dengan alas tilam tengah rumah, that's it. Ada door gift sikit-sikit and makan lunch.

Tapi, aku sedar diri, aku keras tangan walaupun aku dapat A2 pendidikan seni masa SPM (dengan bantuan mak sedara aku yang buatkan projek seni). Aku cuma beli bunga sket-sket, cari harta teddy bear aku yang dah berusia belasan tahun. Kebetulan, maid mak aku ada simpan perkakas-perkakas hiasan aqiqah anak adik aku 2 tahun dulu, aku recycle saje. Aku memang tak buat apa, maid mak aku ngan adik ipar aku saje yang mengerjakan cot marissa. Hasilnya, yeay! cantik di mata aku. :D

Door gift, aku serah jek kat mak. Mak pegi GM plaza and borong towel sama teddy bear kecik-kecik. towel tu aku bagi kat orang yang Marhabban kat rumah + sedara mara yang datang. teddy bear tuh aku gi sangkut kat lollipop ngan bunga telur (yang aku isik ngan coklat).

Makan, kitorang cater saje. Tempah kambing 2 ekor (dilebihkan portion kerana jemputan dipanjangkan kepada Non Muslims as well). Kambing tu OH decide untuk bakar saje. Pastu order lauk-lauk kampung i.e. daging salai masak lemak cili api, sambal ikan goreng, sayur campur & ayam goreng rempah. Makcik aku bawak pavlova, kejap jek lesap ngan kakak ipar bawak kuih serimuka dengan lompang. Alhamdulillah, lauk ngam-ngam, ada balance pun sikit saje untuk distribute pada yang dekat.

Photographer aku amek photographer yang sama masa aqiqah anak-anak yang lain. korang boleh tengok Arunamaya. Aku guna servis dia untuk semua aqiqah anak aku. price dia dalam 500++ bergantung kepada apa korang nak.

Aku cuma beli baju baru untuk Marissa jek masa aqiqah. Tidak mahu membazir. Untuk diri sendiri, husband and anak-anak yang lain, recycle saje baju yang sediada. Sebab masuk rumah baru, wang mengalir macam air sungai! Pergh. Boleh gugur air mata tengok akaun susut. Tak de major renovation pun rumah. Buat benda basic macam repaint wall, plaster ceiling ngan electrical works. Yang major aku buat cuma dapur, sebab dapur tuan rumah yang dulu sangat old school, plus hood & hob yang ada tuh dah berkarat, kena ganti baru.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Aku kan, tiap kali masa marhaban, bila husband dukung anak pusing keliling, mesti rasa sayu. Ni baru aqiqah weh, esok-esok, kalau panjang umur, ada jodoh, anak aku nikah, cemana la air mata aku bercucuran? Panjangkanlah umur suamiku ya Allah, untuk dia menikahkan sendiri Marissa nanti.

Selesai kenduri aqiqah, the next day, Abah & Mak aku datang rumah. tolong botakkan kepala Marissa. Anak-anak aku memang semua abah yang botakkan, except Aidin, sebab dia ada hal. Aidin, aku ngan husband yang botakkan dua orang lepas kenduri. Abah aku memang jenis camtu, sayang cucu.

All in all, seronok sangat rasa kenduri. Aku dapat kumpul sedara mara yang dah lama tak jumpa kat rumah. Kira jadi short reunion la untuk semua orang, baik pihak aku, mahupun pihak husband.

Panjang cerita qadha' aku hari nih. Tu la serba sedikit pasal aqiqah Arfa Marissa. Arfa pun dah 4 bulan dah. Macam-macam nama orang panggil dia. Atok & Wan dia panggil Marissa, so do Afiq & Adib. Aidin still pelat, panggil dia Bi-Sha. Kadang-kadang Bi-Ca. Mommy & Daddy panggil Arfa. Kadang-kadang nak panggil manja, Fafa ShaSha (bukan Fasha Sandha ok). Apapun, all of us love her to bits!






Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Sushi King - not bad afterall

Lama betul tak pegi Midvalley. Sejak kena pindah office kat Ampang nih, memang jimat belanja aku sebab aku malas nak keluar jenjalan time lunch panjang hari Jumaat. Kalau masa kerja kat KL dulu, itu la hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk makan sedap dan mahal serta hari untuk ibu-ibu muda dan juga member-member yang masih single menguruskan poket masing-masing. 

Memandangkan OH dah balik dari Japan Jumaat lepas, maka sebagai upah aku dah jaga anak selama 10 hari, kitorang pun dibawa pergi MV. Tujuan gi sana nak shopping-shopping sket plus nak gi makan makanan jepun. Me and Japanese food never jive one. Tapi hati tu nak gak cuba.

So, bagi nak melayan anak tekak nih, OH pun bawak la aku pegi makan sushi king. sepanjang 32 tahun hidup nih, aku baru makan sushi king sekali. itupun sebab kena belanja adik aku makan sebelum dia fly ke UK or was it before dia masuk MCKK. gitu la. Makna kata, ini kali kedua aku masuk sushi king. Sian OH yang suka makan makanan jepun kan?

Aku order food yang aku yakin aku boleh telan jek. well, lepas try makan, i think, it's not bad after all. tapi tidak boleh terpedaya tengok saiz yang kecik, konon tak kenyang makan. But still, I can't bring myself makan yang raw-raw bagai. masih belum mampu tekak aku nak telan. Dan OH pun sengjaa bawak makan gi sushi king saje sebab harga dia affordable. maknanya, kalau aku tak termakan pun, tak lah terasa benar ruginya kan? :P

Lepas makan, kitorang gi shopping sket. akhirnya yang shopping sket tu semua hasil tangkapan untuk arfa marissa. amek kau. 4 helai baju dia sorang. Orang lain tengok saje. Beli murah jek kat brands outlet MV. Baju tido baru rm15 sepasang, dress dalam 33 hengget. 

Weh.. ngantuk benar mata nih, macam nak terlelap sudahh. Ok la people.. Bye!


Friday, April 19, 2013

Legoland Malaysia Review

Ni request Neeja suruh aku update cerita Legoland. Janji Ditepati. :)

First and foremost, aku yang menggedik lebih nak pergi Legoland. Ikhlas nih cakap. Sebab masa tuh dah habis pantang & sedang bercuti bersalin 3 bulan. Pada aku, kalau nak pergi Legoland nih, elok la avoid hari-hari sekolah. Nak dijadikan cerita, sekolah anak aku kena tutup seminggu sebab ada kes HFMD. Hehehehe. So, tercapai la hajat aku.

Aku bukan apa, kesian kat Afiq & Adib. Beria benar nak pergi Legoland, lepas dengar cerita kawan-kawan. Tapi bila kira budget, macam, *gulp. Boleh tahan mahal..

So kita cerita ikut point form la. Senang. Aku ni memang dari dulu, cara berpikir cenggini. Jawab soklan peksa pun cenggini. (tapi tulis surat cinta tak cenggini la.. :P)

1. Tiket
Aku beli tiket adult 2, normal price. satu ticket rm140. Tiket budak-budak aku redeem guna kotak susu dutchlady. free 1 ticket for every 1 adult ticket purchased. so aku jimat dalam rm220.00. kids above 3 kena bayar.

2. Hotel
Nih husband yang carik. Aku ikut jek. Kitorang duduk kat Le Grandeur, dekat dengan airport senai. aku rasa among hotel yang paling dekat dengan JPO (eh apsal JPO??) ngan Legoland. Memandangkan aku pegi ngan askar batalion yang muda remaja, memang tak dapat nak duduk la hotel yang kat area jb, sebab nanti karang lambat masuk legoland.

3. Makan
Lunch kat dalam Legoland jek. aku tak larat nak mengangkut anak bujang aku keluar gi Mall of Medini tu. Mall of Medini tu apa? Mall of Medini tu ko akan jumpa bila nak masuk Legoland. Aku dok imagine entrance Legoland tuh macam dari one big parking lot, ko jalan gedek-gedek terus sampai.. rupanya ko kena park kat satu area, entrance masuk ke legoland tuh is through Mall of Medini. Kalau korang gagah perkasa, boleh je keluar dari Legoland and makan kat Mall of Medini, sebab definitely la lagi murah kan? tapi sebab aku tak kuasa menapak dalam tengahari buta, (tak masuk cerita Aidin suruh aku 'giddy up' dia kat belakang)kitorang makan jek dalam Legoland tuh. Gi makan pizza. Sebab boleh share. jimat sket.

4. Bekal
Aku bawak sket bekal untuk anak aku makan. Sila la bawak air mineral berbotol-botol sebab teramatlah panasnya. Aku rasa hari tu hari paling aku banyak minum air tapi tak pegi toilet sebab semua kuar ikut peluh. itu pun nak cerita. haha.

5. Surau
Dalam Legoland tuh ada surau. So no worries. Jalan-jalan gak, solat jangan tinggal. kalau yang bawak budak kecik. boleh jek gilir ngan husband/wife untuk jaga anak sebab kat situ ada playland. sementara korang solat, biar partner jaga anak kat playland. kerjasama gitu.

6. Baju
Lupakanlah peplum bagai. Ko pakai la baju yang terselesa yang kau ada. Kalau bawak anak laki, jangan la ko suruh pakai tuzedo masuk legoland. kalau anak pompuan, usah lerr suruh dia pakai party dress bagai. TSHIRT is recommended untuk bebudak. konfem by the time ko balik, lencun tshirt anak ngan peluh (kalau tak ngan hujan)

7. Avoid cuti sekolah
Untuk yang bawak anak-anak yang masih boleh dipontengkan sekolahnya, avoid la cuti skolah, unless la hati kau tabah untuk beratur berlekuk-lekuk kat tiap-tiap rides yang kau nak naik. Macam aku, masa gi hari tuh hari kerja, boleh kata settle la satu legoland tu aku tawaf. except kat satu area tuh yag manyak roller coaster. gi pun tak guna, bukan boleh naik.

8. Baby's room
Kat legoland ada baby's room yang sangat selesa. but only mothers ngan anak bawah 2 tahun boleh masuk. So agak kesian la kalau bapak jek yang jejalan bawak anak. aku rasa main reason is sebab tempat tuh diorang sediakan jugak breastfeeding area. tapi setakat tukau pampers, kat toiet dia pun boleh buat. siap kalau anak kau nak tido kejap dalam nih pun boleh sebab ada crib bagai.

All in all, memang enjoy habis la kitorang gi Legoland nih. Untuk yang bawak anak-anak kecik macam aku, korang start la tawaf korang ikut lawan jam. Kalau bawak yang dah remaja sket, tawaf la ikut jam. Anak-anak aku memang suka gila gi legoland. mintak nak pegi lagi. apa kau ingat mommy cop duit?

Meh aku tepek sket gambar masa gi legoland..


antara rides yang anak aku suka naik. sian en husband berhempas pulas nak menang. aku senyum jek tengok usaah gigih dia sebab tengah tunggu marissa dalam stroller.


lepas berhempas pulas bawak bomba, kau kena padam api dulu.. silalah..


bila ketiak dah lencun ngan peluh, silalah carik big room nih kat Legoland Imagination. aku rasa timing paling baik, ko gi time tengahari terik, tak la kau sunburn. kat sini, anak kau boleh try skill main lego untuk buat kereta, lepas tu test race. sapa yang masa thesis degree dulu buat building performance under seismic impact, boleh test teori memasing kat sini. kat sini sejuk sebab ada aircond. lega sekejap aku. (bila tengok adib punya creation, aku cam terkagum kejap. adib nih memang artistik lebih sikit)


ni park depan surau. boleh la anak kau main kat sini sementara partner kau gi solat. kalau taknak dia lari2, ko sumbat kan jek bebudak tuh naik ada satu train kecik kat situ. pusing banyak-banyak kali sampai partner kau settle solat. (pastu jangan bagitau trick tu kat dia. sian anak kau)



gambar-gambar lain dalam hp en husband. nanti kalau dia baik hati dah whatsapp kat aku boleh aa aku tepek. :D

penat taip nih. neeja, upah cheesecake kat aku!

Tuesday, April 16, 2013

Baju Raya

Kisah beli baju raya.

Seperti biasa, kuasa veto memilih tema warna jatuh pada isteri. :D Tahun ni i excited lebih sebab last year berbaju maternity. Since en husband takde, i pun panjang langkah amek kesempatan gi cari kain baju sebab kalau husband ada kat rumah, mesti ada macam-macam plan, and maklumlah anak saya 3 laki, memang tak suka pegi beli kain.

So, petang Ahad gerak ngan mak pegi kedai kain kat wangsa maju (wangsa maju jek pun!). Malas nak ke Ampang, apatah lagi Jalan TAR sebab mak kurang sihat plus saya nak beat the time nak susukan cik arfa marissa.

Sebelum pergi kedai tu, beriya cakap ngan mak, "Along nak beli batik jek mak, nak ganti baju kerja.." Pastu sampai kedai tukarrrrrr fikiran.. bila salesgirl tanya nak kaler apa, terus cakap, "mint green." konon-konon nak nampak sweet pastel, pastu boleh pair up ngan beads colour light pink.

Pastel la sangat kan??

Alh-alih, aku amek kaler nih..

V

V

V

V

V

V

Sorry la korang.. salahkan blogger. aku tak leh upload gambar..

aku amek kaler emerald green. very the very deep green ye. haha. terkejut en husband bila skype ngan dia malam tu. knowing moi, selalunya aku amek kaler yang pastel jek.. takut menyerlah sangat gitu. mak perli-perli aku. hehe. biasa la mak, masuk kedai kain, semua boleh tukar. nasib la baju nikah aku abah yang pilihkan kain. aku tak ikut. see? very the baik i u know.

Plan aku, nak jahit baju kurung biasa jek. Tidak la berpeplum bagai, almaklum, dengan breastfeed, dengan ada baby, dengan ada 3 anak jantan yang aktif belake (tetiba cakap tranung terus.. kena prektis sket). pastu kalau rajin, jahit manik sendiri, kalau malas tempah kat kawan. rasanya macam yang no. 2. :)

Aku beli 2 pasang. cukup la dua pasang. buat ganti baju kerja. lagi sehelai tu beli kain biasa jek. chiffon with lining rm88. upgrade sket lining jadi rm95. ok ler.

tapi tak beli lagi kain untuk mak ngan mertua. biasanya aku bagi la something untuk raya. tahun lepas bagi kain. rasanya tahun nih beli tudung kot. skali skala belanja mak ngan mertua. nak bg selalu, aku masih belum mampu. takat apa yang aku mampu jek la.

tu la kisah baju raya. syaaban belum masuk lagi, dah beli kain baju raya. memang tebiat aku ngan husband akan prepare awal sebab bulan puasa memang tak suka nak terjah-terjah mall carik keperluan raya. senang.

korang cemana? dah prepare baju raya ke?


Monday, April 15, 2013

Hujung Minggu yang Sunyi

Hujung minggu saya yang sunyi. Ecceh. (Kau ingat laki kau sorang jek outstation??)

Jadi, sekadar menghabiskan masa dengan anak-anak saje. Juga keluarga. Mujur jugak adik saya buat birthday party anak buah on saturday. so kinda kill the time. anak-anak pun high on sugar. jumpa mak-mak sedara yang semua memang tak boleh ngam bila bab nak bekerjasama menjaga diet. sorang bawak pavlova.. siap dengan passion fruit sauce. sorang bawak cinnamon rolls, fresh from home oven. I? I bawak perut ngan anak-anak jek sebab air takde. Tell me, cemana nak ilang saki baki kilo nih?????

Sabtu malam ahad tu, aidin masa maghrib lagi dah terbongkang tido.. penangan kepenatan.. TAPI pukul 4 pagi dia ngan marissa dah cerah mata.. ajak borak.. huwaaaa. ngantuk makkkkk!

since husband takde kat rumah nih, memang kami anak beranak lepak umah mak jek la. (I kan penakut nak dok umah sorang-sorang). kang jadi apa-apa susah. so ahad tuh, ajak la mak gi cari kain baju raya. gila advance kan? ye aa.. kang tailor tak nak amek. harus tahun ni excited sket nak pakai baju raya sebab tahun lepas i berbaju maternity dress. :)

apa kain i beli? nanti kita share next entry. kalau rajin. (sebab entry aqiqah, entry legoland, entry harbour park semua tak buat lagi)

okay people. enjoy your day!

Friday, April 12, 2013

Menjadi Manusia Berinfo, boleh Ber'Google', tapi untuk menjadi Manusia Berilmu, mesti berguru

Alhamdulillah, kids are getting better. Thank you Allah, for my prayers have been answered.

Time is ticking pretty slowly, almaklumla.. perasaan yang biasa dirasa bila husband kena outstation. Lagi seminggu baru balik. Tiap-tiap malam kena jawab soalan Aidin - Daddy mana? Afiq ngan Adib ok jek, sebab diorang dah biasa.

Sekarang ni musim PRU13. Dekat facebook, ramai la para engineers, doctors, finance specialist, etc tiba-tiba jadi expert in politic. Kadang-kadang tu boleh la layan, tapi kadang-kadang tu rasa annoying nya laaaaa. Mau je di'unfriend'kan sebentar kerana sakit mata memandang dan membaca posting-posting yang bersifat kurang beradab, tak kira la hang undi mana. Boleh tak angkat debat politik ni ke peringkat yang ilmiah sikit. Like, how do you actually generate income to finance all the manifesto yang dijanji. Lebih kurang gitu.

Pastu, off late, aku perasan, wujud sekumpulan yang taksub dengan something. taksub dengan minat pada aku 2 benda yang berbeza. wujud kumpulan yang taksub dengan susu ibu. Wujud kumpulan yang taksub dengan bahan-bahan organik. Taksub yang kadang-kadang aku rasa sampai buat golongan ni pandang orang yang tak sealiran tu SALAH dan SILAP dalam mencatur hidup.

cara aku fikir mudah aje. setiap profesion/bidang itu ada wakil muslimnya. tak kira la profesion apa pun (as long as patuh syariah). baik kejuruteraan, fesyen, cullinary, business, supply chain, perubatan dll. jadi golongan ni di bahu diorang tergalas tanggungjawab kifayah untuk melaksanakan tugas selari dengan syarak selagi mana dia mampu.

Risau tengok perkembangan laman sosial (laman sosialllll.. kelas tau i) zaman sekarang. cukup ramai terus cop diri berilmu cukup sekadar ber'search engine' dan ber'buku' tanpa merujuk yang berilmu. nampak gaya profesion guru dan lecturer akan tandus satu hari nanti kalau org semua bersikap begini.

kalau begini mudah la untuk dicop pakar, esok aku submit borang phd.

in short aku nak cakap.. baca buku tak salah.. cari info tak salah.. tu semua bagus.. sebab membaca kan gedung ilmu.. TAPI kena la rujuk che'gu dan che'gi yang mahir dalam bidang tersebut supaya kita nih berilmu secara terpimpin, bukan berilmu dengan cara kita rasa sudah berilmu.

da!


Tuesday, April 9, 2013

Tetamu dari Port Elizabeth, South Africa

Last weekend, my nucleus family menerima kunjungan tetamu istimewa daripada my in laws. Datang jauh dari South Africa, holiday kat Malaysia. Memandangkan kami baru masuk rumah baru, FIL cadang buat dinner kat rumah kitorang.

I panik. mau tak panik kau. Sepanjang nak masuk 10 tahun kawen nih, aku jarang gila masak untuk in laws. sebab aku tau skill memasak aku tahap ngam ngam pass saje. Setakat masak portion kecik-kecik nih, ok la. berani la aku masak. kalau pun aku masak untuk large scale, biasanya aku memang pilih menu selamat i.e. menu yang aku tau by heart. ecceh.

Nasib baik la pak mertua bagitau awal. hehe. boleh la aku trial run menu aku nak masak tu bagi husband makan for his approval. kang malu kang, cemana?

Setelah 2 weekend, difinalized kan, menu untuk aku masak - nasi hujan panas, ayam percik & salad. Thanks kak hanieliza sebab buku dia sangat membantu hokay. Gila berpeluh & cuak masak nasi 10 pot takut mentah. sah la aku tak leh jadik caterer.

Tapi apapun syukur alhamdulillah, everything went well, dan suamiku tidak menanggung malu. :D

Gambar makanan i tak sempat nak snap sebab tak sempat. (apa punya alasan) yang ada cuma gambar ayam percik yang husband tgh bakar sebelum diorang datang. dasar engineer bakar ayam, kita gunakan segala teknologi yang ada, i.e. guna kipas letrik ganti kipas tangan. nanti kalau tetamu aku tu upload kat facebook, boleh la aku cilok. (they're almost 70's in terms of age, tapi sangat IT savvy & avid photographer!) kagum hokay!

# terus berazam untuk jadi nenek yang vouge.

kerja ada sedikit perubahan. sudah mula bersemangat. (ye.. betul) harus terus bersemangat. gila lama lagi aku nak pencen. (statement i masih muda)

maafkan saya kalau post ini agak mengarut. jiwa agak kacau kerana husband jauh dari mata selama 10 hari. dan pada ketika inilah, kesemua anak-anak saya dan diri saya jatuh sakit. takpe. kifarah dosa. semoga Allah kurniakan syifa' kepada kami sekeluarga.

love uols. tanpa anda siapalah saya. #mode ABPBH

Friday, April 5, 2013

Kerja

dah 2 minggu masuk kerja, tapi masih tidak ada kekuatan untuk bekerja. semangat ntah ke mana. dah mula doa semoga diberi semangat dan kerajinan untuk bekerja. motivasi kerja turun naik. nih semua pasal sahabat-sahabat baik tak buat kunjungan motivasi lagi. (u.p siti hawa adilah) :P

bagus jugakla 2-3 hari nih aku dok dengar ikim. ustazah tu tanya, sebelum gerak pergi kerja pagi-pagi, kita baca bismillah je ke? pastu ustazah tu cakap lagi, ruginya kita sebab patutnya extend kan lagi, mohon doa agar rezeki yang kita peroleh tu halal dan berkat. so, jom sama-sama amal. sebab rezeki yang halal atau tak halal nih kesan dia panjang. bukansetakat kita, tapi sampai ke anak-anak, pasangan yang makan hasil dari rezeki yang kita bawak balik tu.

so, marilah kita sama-sama memotivasikan diri untuk kerja, niatkan kerja kerana Allah Taala. supaya tak le balik kerja kita dapat penat jek.

hidup kena pandai multi tasking. *tetiba.

mode : mencari semangat yang hilang dan menghilangkan mengantuk yang setia di mata.

Wednesday, April 3, 2013

Happy birthday husband!

hari ini birthday cinta hati saya yang ke 35. Happy birthday husband!

Tuesday, April 2, 2013

Happy Birthday Aidin, I love you!

My third born is 3 today. Alhamdulillah!

Hadirnya dia sebagai ganti yang pergi. Istimewa. Itulah Aidin Nasri.

Makin keletah, makin lasak, tapi masih manja dengan mommy, sampai kena comment dengan wan (nenek) dia, "Aidin ni, melekat sungguh dengan mommy dia." Alhamdulillah, mungkin berkat penyusuan badan. Bila tido, nak gsosok2 siku mommy sampai lelap. macam plastik la badan Mommy. sambil menyusukan marissa, sambil bagi dia tangan nak gosok. tapi itulah bahagia menjadi ibu.

Cuma Aidin masih pelat bila bercakap, tapi sangat independent.

Sabtu lepas buat small celebration untuk Aidin. ajak parents dan adik beradik makan kat rumah. perap kambing & sotong, buat barbeque saje. dengan ada baby sorang lagi, i memang tak sempat nak masak yang fancy-fancy.

Aidin happy tak ingat. malu-malu bila orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. terselit rasa sayu sebab masa orang nyanyi lagu birthday tu, dia pusing belakang carik mommy dia. Allahu Rabbi. dia mahu saya. rasa dekatnya i di hati anak. small gestures macam gini cukup buat kita bahagia sebagai ibu. Mungkinkah ini juga yang mak kita rasa? Wallahualam.

So, dengan birthday ke 3 nih, bermulalah misi untuk diaperless. Good luck mommy. Dah kena kick start sebab next year dah nak sekolah, and based on previous experience, agak lama gak nak train budak laki diaperless. sangat respect pada ada satu member nih anak dia diaperless 24 hours at the age of 2. jimat budget ooooo! :)

Semoga Aidin membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Dikurnia kejayaan hidup dunia dan akhirat. Menjadi mukmin yang profesional. Ditemukan dengan jodoh yang solehah (panjang pikir bila dah jadi mak nihh weh), dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang murah, halal dan berkat. Amin.

"Happy birthday Aidin. I love you!"