Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri

Dari tuan rumah yang tak berapa nak update blog sepanjang puasa ni..


Salam Aidilfitri untuk semua..
Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap..
Semoga Allah menerima semua amalan kita, amin.

ps-stongan dan stokin jangan dilupa.

Tuesday, August 6, 2013

Ragam Anak Berpuasa (Part 2)

We (My husband and I) decided to start training Afiq and Adib to fast after 2nd week of Ramadhan. First week, diorang tak sihat, so tak pa.. Kasik chance..

We actually nak suruh diorang taste the hunger.. How does it feel when you're hungry, gitu. Didn't expect them to fast through out the day though, Dengan makan sahurnya teramatlah sikit, I can imagine how 'hungry' they could be..

Boy I was wrong. Ada satu hari tu, I purposely didn't wake them up for sahur, sebab they had late nights and have fasted for two days (though Adib surrender one of the days). I was expecting to see them munching and eating when I came home from work, but to my amaze Afiq was still fasting at 5.00 pm, and he truly enjoy fasting. Subhanallah. Anak kecik umur 6 tahun, badan kurus keding pun tahan puasa, apalah alasan yang muda belia, tough 6 packs bagai kantoi puasa di kedai makan kan?

So far, Afiq dah puasa 9 hari, while Adib dah puasa 5 hari. Good thing is, both didn't succumb to cries upon seeing Aidin munching down the food, or gulping down the drinks. The most they'll say is.. "I want to have THAT (whatever that they see Aidin was eating) for buka puasa". Alhamdulillah.

TAPIIIII.. bila dah nak dekat waktu buka puasa, memang Mommy & Daddy dia kena gear up tahan telinga diorang berzikir nak bukak puasa.

"How long more Mommy?"

"Mommy, I want to buka puasa now.. It's too long to wait" (when the waiting time is actually 10 minutes away)

Tu belum masuk keluar alasan.. "If Adib puasa, Adib tak makan, Adib tak minum, nanti Adib kurus.."

Boleh jugak time ni keluar fatwa baru.. "Mommy, I bukak puasa now, then I continue puasa again.."

tu cerita bukak puasa..

Sahur pulak, makan sambil tido. Duduk elok atas kerusi, pegang makanan, tapi mata pejam. Dalam pejam-pejam mata tu la dia makan. Tapi once dah hilang ngantuk, elok jek pun makan sahur macam makan dinner.

Sekarang both dah stop mintak duit everytime lepas bukak puasa.. tak tau la kalau-kalau hari ni ke esok teringat balik.. standby je la duit singgit dalam wallet.

Monday, August 5, 2013

Ramadhan is ending

Ramadhan is ending. 

Dulu-dulu zaman muda belia, memang seronok jek rasa nak dekat raya. Tapi bila dah tua bangka masuk 3 series ni, terasa sayu pulak Ramadhan dah nak habis. Apatah lagi mengenangkan bertemukah kita dengan Ramadhan akan datang. 

Ramadhan tahun nih, banyak memberi impact pada aku, khususnya pada 10 hari terakhir. Masakan tidak, bila boleh kata selang 2 hari aku terima berita kematian orang-orang yang aku kenal. Kebanyakan yang pergi tu sekitar usia aku. Kawan sekolah, kawan opis, husband member. Dan berita-berita inilah yang membuka mata dan minda saya betapa kita patut bersyukur kerana Allah telah berikan kita peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk mencari bekal di akhirat nanti. Insya Allah.

Doa aku, moga Allah memberi keampunan kepada diriku, keluarga dan muslimin muslimat. Berharap dan berdoa agar Ramadhan ini tidak berlalu tanpa keampunan dari Yang Maha Esa.

Sama-sama kita usahakan untuk istiqamah dalam ibadah, dan terus mencari malam Qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amin..




Thursday, August 1, 2013

Ragam Anak Berpuasa

Bulan puasa ni busy sket. Takde masa sangat.

So kita update pun pendek-pendek saje..

Seronok tengok ragam anak-anak puasa. Afiq Adib mula belajar puasa. So far Afiq dah puasa penuh 5 hari (kira penuh la) and Adib baru 2 hari.

Bangun sahur punya la liat.. Sambil makan sambil tido..

Masuk minit-minit terakhir nak bukak posa.. sibuk tanya, "How many minutes more Mommy???"

Masuk jek time berbuka, baca doa, macam-macam dia nak makan. Kelakar tengok.

Habis bukak posa, (ni Afiq) kena kasik singgit per day.

Semalam, saya call anak-anak dari opis, just to check dia puasa progress. Found out, Afiq puasa, adib dah surrender.

So I talked to Afiq..

Mommy : so Afiq nak makan apa bukak posa?
Afiq : (After a long pause) Afiq nak makan mee
Mommy : Mee masak apa?
Afiq : Emmmmmm Mee Goreng!
Mommy : Kalau Mommy beli mee goreng kat kedai, biasanya pedas.
Afiq : You cook aaaaaaa

Mommy dia tak masak pun. Semalam rushing pergi beli susu formula Arfa Marissa. Sob.. Sob.. Stok EBM merudum gila2, sampai tahap nazak. kena standby susu tin jugak. Kena redha.. rezeki Arfa dengan rezeki Aidin tak sama. Juga pengajaran untuk saya yang banyak berdoa untuk memudahkan penyusuan aidin (sebab masa tu nak pergi haji) tapi time Arfa terus alpa.

Maid pulak cerita kat saya masa balik kerja semalam. Si Adib pagi-pagi lagi dah nak bukak puasa, sebab tergoda dengan cupcake gambar Angry Bird.

Maid : Isyh, pagi lagi ni. Takkan nak bukak puasa.
Adib : Kakak, if adib puasa, adib tak makan, adib tak minum, nanti adib kurus. Kan Afiq?
Afiq : It's okay..

Haha. afiq memang enjoy puasa sebab dia suka tak de orang pester dia suruh makan nasi, etc. Pastu semangat membara-bara sebab memanjang dapat singgit. (Tapi semalam dia demand ngan Mommy nak RM5 sebab dah posa 5 hari.. Jangan hari nih dia mintak RM6 sudah! Salah konsep dah ni)

Rasa bersyukur tengok keazaman anak-anak kecil nak berpuasa. Malulah orang-orang tua yang tak nak posa tanpa sebab yang dibenarkan syara'.