Showing posts with label Hajj. Show all posts
Showing posts with label Hajj. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Keperluan Semasa Musim Haji dan Wukuf

Dah lama saya nak tulis entry ni, tapi tidak berkesempatan. Rasanya macam pernah tulis sebelum nih, tapi tak pasti.

Musim haji dah nak mula. Insya Allah, next 1.5 to 2 weeks akan mula penerbangan ke tanah suci Madinah.

Saya yakin, sebagai bakal jemaah haji, pasti ilmu fiqah telah pun didalami sebaiknya melalui siri-siri kursus haji yang diadakan. Saya dulu, tak sempat nak pergi kursus bersiri, hanya dapat hadir crash course saje - Kursus Haji TH & Kursus Haji Perdana di Putrajaya.

Yang hendak saya kongsikan kali ini, adalah lebih kepada persediaan barang-barang yang diperlukan oleh para jemaah, khususnya kaum Muslimat, untuk membolehkan ibadah haji dilaksanakan seselesa mungkin. Insya Allah. Semoga dengan persiapan yang rapi akan membuahkan minda yang tenang, dan mampu membantu jemaah lebih fokus menunaikan ibadah. amin!

Here goes the list:-

1. Solat
Telekung
Buku doa
Hajj reference book
Note book + stationaries
Prayer mat (thick ones for madinah, nipis for mekah, sebab kat Madinah aircond sejukkk!)
Small tafsir (senang nak baca tho takde wudhu')

2. Clothing
Jubah (mungkin 2 helai cukup, sebab nanti masa kat madinah dan mekah, sure terbeli punyalah sebab cantik2!)
Inner
Pants
Hijab (basic colour is enough, dan pilih dari kain yang selesa dan sempurna penutupan aurat)
Night wear
Towel
Baju sejuk
Socks
Stokin wudhu' (very useful especially masa kat masjid. I advise beli masa kursus hj perdana. Kinda hard nak jumpa)
Sarung tangan
Sandal
Shoes
Uncang kasut (kalau takde, guna plastik kedai mamak pun boleh.. :))
Anak tudung
Face/small towel

3. Toiletries
Sabun
Shampoo
Cleanser
Toothbrush
Toothpaste
Sabun ihram
Moisturizer/sunblock (I advise cari kat Madinah/Mekah. Better SPF protection compared to Msia)
Lip balm
Powder

4. Accessories
Bag telekung (I bought dari Munawwarah. sangat praktikal sebab water proof. tatau ada lagi dak)
Small gunting (untuk tahalul)
Nail clipper
Face mask (untuk digunakan semasa luar ihram. mekah khususnya agak berdebu sebab banyak construction)
Buku kesihatan TH
Gelang TH
Selipar toilet

5. Wukuf
Plastik sampah yang besar (to bungkus your bag just in case it rains masa wukuf. Drainage system kat Mina & Arafah takde, takut banjir. It happened before. During my time, hujan kat Mina. At least baju tak basah)
Plastik kuih (usage : isi 7 + 1 batu untuk setiap jamrah yang hendak dilontar. So u'll have 7 plastic bags 2+2+3. to avoid masalah was-was)
Tikar (masa nak bertolak biasanya dapat dr sponsors)
Bantal kecik (to help you to get the necessary rest masa wukuf, which is important)
Payung
Extension wire (to charge phone)
Torchlight (untuk cari batu di muzdalifah)
Clothing - minimal (tak sempat mandi pun!)
Kain batik (to help you changing cloth dalam khemah)
Spray bottle (to renew wudhu' without going to the loo)
List of all important nos.
Unscented wet tissues (I beli kat Mekah. Mandi cara dryclean. ;))
Makanan kering (serunding, maggi cup, etc) sebab makanan masa wukuf agak mencabar. make sure u eat dalam kuantiti yang ngam-ngam, which means, not too much sebab kalau banyak frequent pulak ke toilet, jangan sikit sangat, kang tak larat nak beribadah, sebab ibadah haji ni ibadah yang banyak menggunakan fizikal

6. Medicines
Ubat demam
Ubat selsema
Ubat batuk (this one, i recommend beli saje di mekah/madinah. cari yang ada ivy leaves extract. biasanya ubat batuk Msia kurang mujarab)
Minyak angin
Vicks
MInyak urut (mungkin banyak digunakan masa hari melontar, sebab jauh berjalan)
Supplements i.e. vitamin C, Calcium, dll

7. etc
spec extra (very important especially kalau rabun teruk macam i)
fork and spoon
pisau buah
tali (to hang your cloth)
hanger
cutleries
mug
berus baju
face mask
kettle kecik (boleh beli kat sana, so senang nak layan perut kalau lapar tgh malam)
coffee/tea, 3 in 1 supplies (seadanya)
maggi (bila timbul keadaan kurang selera makan)

Harapnya list ni dapat membantu la para jemaah, khususnya Jemaah Muslimat untuk menyiapkan diri ke tanah suci. Semoga kalian kembali dengan haji yang mabrur!!

Sunday, October 2, 2011

Rindu Arafah

kelmarin, penerbangan ke Madinah untuk musim haji sudah pun berlepas. malam tuh, i purposely switch the TV on to watch the news, just to catch a glimpse of Tanah Suci Madinah.

Subhanallah. rindunya! dah setahun rupanya balik dari menunaikan rukun Islam yang kelima. nak mengalir air mata rindu. tidak terbutir kata nak menggambarkan betapa tenang kehidupan sepanjang berada di sana.

Berdoa sangat dapat kembali ke sana. Menunaikan Haji dan Umrah. Terlalu ingin menikmati kembali saat hari Arafah, bersama keluarga pulak kali ini. dengan suami, dengan anak-anak, dengan mak abah, dengan mertua, dengan seisi keluarga. Semoga kami semua dipanjangkan umur, diperbanyakkan rezeki, dikurnia kesihatan yang baik untuk menikmati saat ini bersama-sama.

Ya Allah, sesungguhnya aku rindu Tanah Suci Mu.

Sunday, September 25, 2011

Tips Haji 2 : Keperluan Semasa Wukuf

dapat satu request dari successlight yang minta tips keperluan yang perlu dibawa semasa wukuf. so, saya pun menggodek-godek buku nota yang saya bawa masa haji tahun lepas. alhamdulillah, senarai 'to bring' masih ada dalam buku.

kalau nak packing, saya akan buat satu list yang konsep dia macam mind mapping. haha.

meh la saya share..

Clothing
1. Baju 3 hari persalinan (untuk nafar awwal)
2. Jubah (khusus untuk toilet) - 1 pasang (so takde masalah baju kotor untuk solat)
3. disposable panties & pakaian dalaman (macam tak manis pulak nak tulis b*a)
4. telekung - 2 sets (satu pakai, satu spare)
5. tudung - 2 pasang
6. towel - kecik pun cukup
7. kain batik (sangat perlu untuk tukar baju di dalam khemah)
8. socks (satu untuk solat dan satu lagi untuk dipakai semasa pergi melontar)
9. sto-ngan (sarung tangan)
10. selipar untuk pergi toilet
11. comfortable shoes untuk digunakan semasa pergi melontar

Ibadah
1. sejadah nipis
2. buku rujukan
3. tikar
4. bahan bacaan seperti surah yassin, ayat manzil,quran (saya beli quran yang kecik semasa di Mekah. ada satu jemaah yang sama khemah dengan saya bawa tafsir, which i think lebih mudah. cari saiz yang kecik tapi tulisan dia tidaklah terlalu kecik bagi memudahkan pembacaan. semasa di mina, sangat banyak masa terluang. boleh dimanfaatkan dengan membaca alquran)
5. set tahalul (gunting kecik)
6. buku nota & pen (bergantung kepada pakej, macam travel agent saya (Rayhar Travels) ada arrange forum perdana pada hari yang akhir, so boleh jugak diguna untuk ambil nota)
7. PALING PENTING - senarai doa yang hendak kita pohon supaya teratur, tidak tertinggal. hari arafah, bukan senang nak dapat, mungkin seumur hidup sekali. so jangan la kita persiakan.

Toiletries
1. berus gigi
2. ubat gigi
3. sabun mandi
4. wet tissues (cari yang tidak ada perfume, dekat mekah ada jual)
5. cotton balls (untuk menghalang 'cecair' keluar dari faraj dalam usaha memelihara wudhu'. rujuk ustazah untuk penerangan lanjut)

Melontar
1. beg plastik kecik-kecik (1 beg plastik bagi setiap jamrah yang diisi dengan 7 biji batu + 1 extra batu) tujuan buat macam ni adalah untuk memudahkan lontaran dan mengelakkan berlakunya penyakit was-was semasa melontar.
2. botol berisi air (digunakan untuk basuh/rendam batu semasa mengutip bagi mengenalpasti samada itu adalah batu, najis unta atau tanah keras).

Others
1. spec (glasses) spare untuk yang rabun macam saya
2. handphone (untuk memudahkan perhubungan dengan suami/isteri)
3. charger
4. extension wire
5. hanger
6. tali
7. plastik hitam yang besar (untuk bungkus beg sekiranya hujan semasa wukuf/di mina. sebab dekat kawasan khemah, drainage system tak sedalam dekat malaysia, ada kemungkinan banjir. masa saya pergi last year hujan)
8. lencana TH, pakej, maktab
9. sanitary pad
10. air
11. food
12. spray bottle yang diisi dengan air mutlak, bagi memudahkan proses 'renew' wudhu' khususnya muslimat sebab tandas dan paip adalah sangat terhad)

Medicines

1. ubat-ubat common - batuk, demam, selsema
2. ubat-ubat khusus - bagi mereka yanga da personal prescription
3. minyak angin/minyak panas/minyak urut (sebab bagi yang kurang biasa berjalan jauh, ibadah melontar mungkin sedikit sebanyak akan buat kita rasa cramp kaki, sebab perlu berjalan almost 5 km (total) setiap kali melontar)
4. mosquito repellant - beli type spray untuk penggunaan di arafah. beli satu share ramai-ramai. jangan buat silap macam saya pegi beli jenis tampal, bila cabut tak pasal kena dam sebab bulu roma tercabut.
5. bantal kecil (macam bantal baby, in fact saya bawa bantal anak saya jek) - untuk sedikit keselesaan semasa tidur khususnya di Mina.

Kewangan
bawak duit bukan untuk shopping, tapi untuk beribadat. mungkin semasa hari melontar, kita tidak berkemampuan untuk melaksanakannya, so terpaksa upah orang untuk buatkan. roughly, estimate untuk last year;
a. melontar - 100 riyal/sekali
b. upah tolak wheelchair - 150 riyal/sekali

bagi yang tidak mengambil kemudahan pakej semasa hari wukuf & di mina, maybe perlu bawa gelas untuk minum. (sila semak keperluan dengan pakej masing-masing samada kemudahan sedemikian disediakan oleh maktab atau tidak)

* please take note, kebiasaannya kerajaan arab saudi tak benarkan wheel chair dibawa ke kawasan melontar.

untuk kaum Muslimin (lelaki), tak perlulah bawa sikat dan minyak rambut sebab dalam ihram plus mungkin ada yang berhajat nak botak kepala)

harapnya ini dapat membantu.

Thursday, September 22, 2011

Tips Haji

Syawal dah menghampiri penghujung, bermakna, musim haji sudah kian dekat.

Insya Allah, dengar khabar KT 1 akan mula berlepas 29 september ini. Subhanallah, dah setahun dah rupanya saya kembali dari tanah suci. Rasa seolah-olah macam baru semalam saya sampai KLIA dari Jeddah.

Kalaulah ada bakal hujjaj yang membaca blog ini, saya harap tips ini sedikit sebanyak membantu. saya bukanlah seorang Mutawif, tetapi saya ingin sekadar berkongsi pengalaman di ketika menunaikan haji pada tahun lalu. Moga-moga ada yang dapat mendapat manfaat dari entry ini.

Madinah
1. Bagi yang akan mendarat di Madinah pada waktu Subuh (maknanya bertolak dari KL malam), berwudhu'lah sebelum mendarat. Airport di Madinah tak macam Malaysia yang ada surau/tempat khusus untuk solat. solat adalah di mana-mana sahaja yang boleh dibentang tikar dan sejadah. bukan tak boleh ambil wudhu' di airport, tetapi, dekat airport toilet adalah sangat terhad untuk menampung jumlah jemaah. memandangkan waktu Subuh adalah pendek, adalah lebih mudah jika kita dah wudhu' siap-siap dan terus tunaikan solat Subuh apabila mendarat di airport.

2. Bawa sedikit bekalan makanan (roti/biskut) & minuman untuk alas perut, sebab proses imigresen mungkin mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman saya, kami stuck di imigresen kaunter almost 4 hours!so kena banyak istighfar dan bersabar!

3. Pergerakan Muslimah untuk masuk ke dalam masjid Nabawi adalah agak mencabar kerana ruang yang terhad. untuk memastikan kita dapat solat di dalam masjid, datanglah sejam lebih awal dari masuk waktu solat.

4. Di dalam masjid, seringkali ruangan di bahagian saf yang paling hadapan adalah kosong sebab kawasan ini tidak berkarpet. untuk keselesaan, memandangkan kaum muslimat akan menunggu lama di dalam masjid untuk solat jemaah, bawalah sejadah yang sedikit tebal. dikongsikan pengalaman, lantai masjid di bahagian dalam adalah sejuk sebab (i think la) bawah lantai ada aircond ducts. so, kalau pakai sejadah nipis, sejuk dan boleh buat sakit pinggang.

5. Toilets Muslimah ada banyak kat masjid, tapi semuanya dekat luar. so, untuk memudahkan, bawak 1 botol water spray yang berisi air mutlak, bagi memudahkan kita 'renew' wudhu'. pastikan air yang kita spray ke anggota wajib wudhu' tuh mengalir.

6. waktu masuk ke Raudhah bagi kaum Muslimat ada 3. satu lepas Subuh, lepas Zohor dan lepas Isyak. kemasukan Muslimat ke dalam Raudhah biasanya diatur oleh 'polis' Muslimat mengikut region, i.e. Asia, China, etc. ambillah peluang untuk solat sunat hajat & mutlak sementara tunggu turn nak masuk ke dalam Raudhah. Banyakkan berdoa, mohon agar diizinkan Allah mengecapi nikmat Solat di dalam kawasan Raudhah, yang terlalu indah dan sukar digambar dengan perkataan.

7. Apabila sampai turn untuk masuk ke dalam Raudhah, masuklah dengan tenang, dan carilah ruang yang terbaik untuk solat (di saf paling hadapan). tips berdoa di Raudhah - doa dalam keadaan sujud, sebab kalau guards nampak kita doa sambil tadah tangan (which means sudah selesai solat), kita akan diarah keluar dari Raudhah untuk beri laluan kepada orang belakang pula solat di spot kita tadi. so, lepas bagi salam, cepat-cepat sujud semula dan doalah dengan sepenuh hati.

8. Di madinah, ada satu pasar tamar. kebiasaannya, jemaah akan beli tamar di Madinah dan terus poskan ke Malaysia. akan sampai just nice by the time kita balik malaysia. kalau boleh, souveniers yang dibeli di madinah, poslah siap-siap ke KL so that kita tak payah nak pikir cemana nak angkut pulak all souveniers ke Mekah.

9. Bagi yang berhajat untuk mewakafkan AlQuran di Masjid Nabawi, Masjid Nabawi nih ada standard khusus jenis Quran untuk diwakafkan. kalau tak sama piawai, Quran itu akan diambil dan diedarkan ke masjid yang lain. so dapatkan Quran dari kedai-kedai buku/kilang AlQuran. kalau nak sure, tengok dulu Quran di dalam masjid sebelum beli. harga Quran (saiz standard) adalah lebih kurang 45 Riyal (dekat kedai), kat kilang dapat dalam lebih kurang 30 riyal.

10. Jemaah Muslimat adalah dilarang untuk bawa handphone berkamera ke dalam masjid. kalau ada yang bawa, jemaah akan diminta untuk tinggalkan handphone kat guard points and claim bila nak keluar dari masjid.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah

1. bawa sedikit makanan dan minuman buat alas perut. banyakkan berdoa dan solat hajat sebelum bergerak ke Mekah. Berdoa moga perjalanan dipermudahkan dan selamat.

2. Tempat miqat di Bir Ali sangat selesa. berdoalah moga segalanya dipermudahkan dan umrah yang akan ditunaikan sempurna dan diterima.

3. sudah mula kena jaga pantang larang ihram sesudah berniat di bir ali. jangan lupa!!

Mekah
1. Setibanya di Mekah setelah perjalanan yang panjang, ambil sedikit masa untuk berehat sebelum menunaikan umrah wajib.

2. Ambil sedikit masa untuk kenalpasti kawasan sekeliling tempat penginapan sebelum menuju ke masjid, sebab ramai jemaah yang sesat bila nak balik hotel. maklumlah, bila pergi masjid, menara masjid jadi panduan, tak perasan kawasan sekeliling.

3. selesaikan tawaf dengan sempurna. pastikan aurat dan wudhu' terpelihara. bagi kaum muslimat, adalah baik sediakan satu stokin khusus untuk solat/tawaf sebab takut stokin yang dipakai dalam perjalanan pergi balik masjid tercemar dengan najis.

4. dalam keadaan tidak berihram, pakailah face mask. sebab keadaan di sekeliling kota mekah agak berdebu sebab banyka construction.

5. banyakkan minum air masak, sebab cuaca agak kering. cara saya, minum banyak khususnya selepas solat isyak, so kurang sikit masalah kerap kencing nak ke toilet.

6. keadaan di bukit safa agak sesak untuk saie, mungkin sebab itu adalah permulaan tempat saie, so ramai yang ambil sedikit masa untuk niat dan berdoa. saie di tingkat atas adalah lebih lepang berbanding dengan ground floor.

7. take real good care of your health sebelum waktu wukuf. sebab itu adalah kita punya target. perbanyakkan doa kepadaNya agar segalanya dipermudahkan.

8. Kalau ada beli souvenier dari Mekah, post siap-siap ke malaysia sebelum balik, sebab banyak kes badan dah smpai malaysia, luggage belum sampai lagi. so sian sanak sedara dan kaum keluarga yang datang ziarah nak rasa buah tamar.

Minggu Haji - Wukuf, Muzdalifah dan Mina
1. Kesabaran adalah segala-galanya di sini. Toilet dan bilik air adalah 'luxury'. so, don't take too long dekat toilet sebab queue adalah teramat panjang. There's no such thing as mandi bersabun, rambut bersyampu. bila kita ada di dalam toilet, fikir-fikirlah orang di luar yang menunggu. semuanya mahu menggunakan bilik air untuk emnyucikan diri untuk beribadah kepadaNya. unless very necessary like mandi wajib khususnya wanita, lupakanlah seketika keperluan mandi. fokus kita pada masa ini adalah IBADAH.

2. to be frank, jangan tunggu sampai nak rasa nak 'terkucil' baru nak gi toilet, alamatnya melompat-lompat la depan jamban tahan kencing. 1 hour before masuk waktu, geraklah gi toilet untuk sucikan diri dan ambil wudhu' & tunggu masuk waktu solat.

3. makanan semasa berada di Arafah dan Mina diuruskan oleh kerajaan arab saudi, so the food tu mungkin agak sukar diterima oleh tekak kita. kalau ada bekalan lauk-lauk kering i.e. serunding or maggi, bawaklah sikit untuk lapik perut.

4. nasihat ustaz semasa di Mina & Arafah, jangan tak makan, tapi jangan lah makan terlalu banyak. nih semua tips-tips untuk elak kes-kes cirit birit.

5. bawaklah satu bantal kecik (saiz bantal yang macam untuk baby baru lahir tuh) untuk buat lapik kepala masa tidur di Mina khususnya. sedikit sebanyak boleh bantu untuk kita dapat rehat yang berkualiti so that kita dapat banyak melakukan ibadah.

6. ramai orang demam lepas wukuf. ada ustaz kasi tips, dia kata, makanlah antibiotik sebaik saje mula hari wukuf and habiskan course setelah selesai melontar semua jamrah. insya Allah, ok. (tapi saya bukan medical doctor ye... nih sekadar share tips ustaz, sebab saya demam seminggu tak bangun-bangun lepas selsai tawaf dan saie haji sebab minum ais secawan)

7. kalau rasa nak mandi sangat-sangat sebab dah tak tahan berlengas, try cari masa awal pagi, i.e. 2-3 pagi. time tuh toilet 'lega' sikit.

8. kalau boleh dan tidak perlu, elakkanlah kerja-kerja 'mendobi' semasa di Mina. pengalaman saya, ada jugak jemaah siap basuh telekung masa kat Mina. disposable panties will be very handy at this moment.

9. bawaklah barang seadanya ke Arafah dan Mina. janganlah semua benda nak diangkut sebab ruang khemah khususnya di Mina adalah sangat-sangat terhad. bawaklah quran/tafsir kecik so that kita boleh continue mengaji di arafah dan Mina.

10. sebaik masuk waktu asar semasa hari wukuf perbanyakkanlah zikir dan doa, kerana pada waktu itu, Allah akan turun ke lapisan langit paling bawah untuk melihat hambaNya yang berkumpul di padang Arafah. berdoalah dengan bersungguh-sungguh, alirkanlah air mata keinsafan. carilah peluang untuk berdoa dengan pasangan masing-masing. sesungguhnya ketenangan pada masa itu terlalu sukar hendak saya gambarkan. di akhir entry ini ada saya sertakan link untuk doa munajat di arafah yang saya gunakan sebagai panduan.

Souvenier dari Tanah Suci Mekah dan Madinah
Kita pergi tanah suci, memang niat kita untuk beribadat. tapi sedikit sebanyak mesti terbeli gak barang-barang untuk keluarga di malaysia sekiranya mampu.

antara souvenier yang saya rasa betul-betul origin dari Mekah/Madinah:-
1. buah tamar
2. air zamzam (TH biasanya bagi 5liter free kepada jemaah, tapi eloklah beli lebih. harga lebih kurang 110riyal untuk 10 liter and boleh courier ke malaysia)
3. Balm habatussaudahttp://www.blogger.com/img/blank.gif

ini la sedikit sebanyak tips yang dapat saya share hari nih. nanti kalau ada lagi, saya tulis Tips Haji siri 2.

Kepada bakal hujjaj, semoga kembali dengan haji yang mabrur! Labbaikallahummalbayk!

ps - saya pernah share panduan doa di Arafah di sini. sila klik ---->doa munajat di arafah


Monday, June 20, 2011

:: Day 3 : Gambar yang Sangat Bermakna ::


among our first pic di masjidil haram


hari arafah with my grandmom.


bermalam di muzdalifah


bersama husband untuk bergerak ke jamrah melalui terowong moasseim untuk melontar jamrah qubra pada malam 11 zulhijjah


hari-hari terakhir di makkah setelah selesai semua kerja-kerja haji

12 julai 2010, OH called saya, masa saya di office, menyampaikan perkhabaran gembira kerana rayuan saya untuk menunaikan haji pada tahun itu diluluskan. Syukur alhamdulillah. ada air yang bergenang di hujung mata. perasaan yang bercampur baur.

banyak yang saya belajar susulan daripada menunaikan haji. antaranya, queue yang panjang di TH bukanlah penentu bila kita dapat naik haji. jemputan yang sebenar datangnya dari Allah. visa haji yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. seawal mana sekalipun kita dah daftar dengan TH, Allah juga yang memilih siapa yang bakal menjadi tetamuNya. senarai bakal jemaah di TH adalah senarai TH semata-mata, but Allah may have different list of whom He wanted to choose to be in holyland. so, andaikata kita masih belum dipanggil oleh TH walau dah daftar sekian lama.. janganlah mengeluh. janganlah menuduh yang dapat ada connection. itu semua adalah means and ways sahaja, kerana yang memilih adalah Dia. but it doesn't mean we can just sit and wait, haruslah kita terus berusaha dan berdoa, moga-moga kita dapat menjadi tetamuNya.

terlalu banyak yang mahu saya coret. terlalu banyak gambar yang saya nak kongsi. tapi blogger buat hal pulak malam nih.

gambar nih membawa 1001 erti dalam hidup saya.

Sunday, February 13, 2011

:: Doa Munajat di Arafah ::

Sekadar berkongsi doa munajat di Arafah yang ditulis oleh seorang ustaz di dalam buku panduan ibadah yang saya terima masa pergi haji last year.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan maafkanlah kami, zahir dan batin.

Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami dan dosa semua umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah ya Tuhan kami,
kami pohonkan apa yang telah dipohon oleh Rasulullah SAW,
dan kami meminta perlindungan sepertimana yang telah diminta Rasulullah SAW.

Ya Allah,
kami pohon syurga tanpa hisab,
dan berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa ke syurga,
selamatkanlah kami ya Allah,
dari sebab-sebab yang membawa ke neraka.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin,
berilah kekuatan taudik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami ya Allah.
Tambahkan ya Allah kepada kami, ilmu, iman dan amal. hidupkan kami di dalam Islam dan matikan kami di dalam Islam.

Ya Allah, kami pohonkan kepadaMu,
iman yang sempurna,
ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
anak yang soleh,
rumahtangga yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar,
serta keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di dalam hati kami ini,
hidupkan hati ini dan sampaikan hati ini kepadaMu ya Allah.
Sembuhkan segala penyakit yang ada di hati kami,
selamatkan hati kami dari sifat-sifat keji,
dan jauhi kami perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya Allah,
jadikanlah kami ini hambaMu yang hanya mengabdikan diri kepadaMu dengan sebaik-baiknya

Ya Allah,
berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami,
supaya dapat kami lakukan segala apa yang diperintahkan Engkau,
dan meninggalkan segala yang dilarang olehMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti,
dan jadikanlah kami, hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.

Ya Allah ya Tuhan kami,
hidupkan kami dalam iman,
dan matikanlah kami dalam iman,
Selamatkanlah iman kami dari gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti

Ya Allah ya Tuhan kami,
selamatkanlah kami semasa berada di alam kubur.
jadikanlah kubur kami sebagai salah satu dari taman syurgaMu ya Allah.

Ya Allah,
selamatkanlah kami dari segala azab kubur.
janganlah Engkau jadikan kubur kami sebagai salah satu dari lubang nerakaMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar.
selamatkanlah kami ya Allah semasa di padang Mahsyar
dan masukkanlah kami ke dalam 7 golongan orang yang mendapat bayangan naungan ArysMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab,
hisabkanlah kami degan hisab yang sedikit dan berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Muhammad SAW.

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini
dan berjaya menerima suratan amalan daripada tangan kanan

Ya Allah ya Tuhan kami,
berilah kami kesempatan untuk meminum air kolam nabi kami, Al-Kauthar.
selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian SiratalMustaqim,
dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu bersama-sama dengan orang yang mulia di sisiMu, ya Allah.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
apalah kiranya akan Engkau lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina,
yang mengaku berdosa dan bersalah,
yang merayu kepadaMu ya Allah di atas segala kejahatannya,
yang bertaubat kepadaMu kerana kedosaannya,
yang memohon keampunanMu kerana kezalimannya,
yang mengharapkan kemaafanMu ya Allah di atas segala kesilapannya,
yang merayu kepadaMu supaya tercapai segala hajatnya,
yang mengharapkan kelimpahan rahmatMu pada tempat wukuf ini, walaupun dengan dosa yang sebegitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah,
kami sekalian keluar menuju kepadaMu dan berhenti di perkarangan rumahMu,
kepadaMulah kami meletakkan segala harapan kami,
kepadaMulah kami memohon kemurahan rahmat,
kami takut kepada dosa-dosa kami,
oleh itu kepadaMulah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon.

Ya Allah, Tuhan yang tiada Tuhan lain yang wajar ditakuti dan digeruni, wahai Tuhan yang tiada menteri untuk dijumpai, yang tiada pengawal untuk dirasuahkan, wahai Tuhan yang semakin pemurah apabila semakin banyak dipohon.

Ya Allah, Engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekalian adalah tetamu kepadaMu, oleh itu, kurniakanlah syurga sebagai sajianMu kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami,
setiap rombongan dikurniakan hadiah,
setiap pelawat dikurniakan cenderamata,
setiap pemohon dikurnia pemberian,
setiap yang berharap dikurnia habuan,
setiap yang memohon rahmat mendapat rahmatMu,
maka kami sekalian datang berkunjung ke rumahMu yang mulia ini,
dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanMu,
oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah,
perkenankanlah permohonan kami ini,
mustajabkan doa kami ini ya Allah,
dengan berkat nabi Muhammad SAW,
dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu ya Allah.

Amin, ya Rabbal 'Alamin.


Moga ada yang beroleh manfaat dari perkongsian ini.

Mintalah dari Allah. Kerana Allah Tuhan kita.

Mintalah dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan bauk di tepi tangga.

Friday, January 7, 2011

:: Hajj : Makkah Al Mukarramah (Part 2) ::

:: Seminggu Sebelum Wukuf ::

Seminggu sebelum tibanya hari Arafah, kesihatan saya diuji. batuk yang sangat teruk sampai luka tekak, demam. badan sangat tidak larat. OH yang kasihankan saya menyarankan agar saay pergi ke klinik arab for treatment. bukan memperlekehkan klinik tabung haji, tetapi ubat² yang saya bawa dari KL seperti tidak berkesan langsung, and ubat² saya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh TH.

kami mendapatkan pertolongan daripada staf Rayhar yang merupakan anak² Makawi (anak² Melayu yang lahir di Makkah) untuk membawa saya ke klinik. ke poliklinik actually.

di sini, patient perempuan akan bertemu dengan dr perempuan, patient lelaki jumpa dr lelaki. consultation fee murah saja. SR 15. jumpa dr, cakap serba sikit masalah (dr boleh berbahasa Inggeris) and dr pun prescribe ubat & injections. yes u read it right, INJECTIONSSSSSS.

i've got not 1, not 2, not 3 but 4 jabs!!! mak aihhhhh. berkerut jugak la kening menahan sangat though saya sudah sangat terbiasa dengan injections nih. tapi alhamdulillah lepas je kena jab, saya makin sihat (in fact lepas je jab dah terasa makin baik). alhamdulillah, saya sihat in time untuk hari Arafah. syukur.

btw, total cost jumpa dr arab tuh is SR200. perghhh. mahal gila!

tu cerita kesihatan. nak share sikit cerita sekitar Makkah Al Mukarramah seminggu sebelum wukuf.

Subhanallah, Makkah dibanjiri dengan JUTAAN tetamu Allah. based on my friend's story yang bekerja di sana, katanya tahun 2010 lebih ramai jemaah compared to 2009 because masa 2009 ada krisis H1N1.

nak masuk solat Jumaat di masjidil haram adalah satu perjuangan. yes! satu perjuangan. kami kaum muslimat memang tak pergi la masjid. memberi ruang kepada mereka yang wajib untuk menunaikan solat. zohor is around 12.00noon. OH bertolak ke maasjid 2 jam sebelum masuk waktu and pergerakan nak masuk ke dalam masjid sangat mencabar. OH said he was 'floating'. kaki tak jejak lantai sebab berjalan di atas kaki orang lain. he had to perform his prayer di tngkat paling atas, meaning tidak berbumbung, di bawah terik mentari. mencabar!

:: Hari Wukuf ::

akhirnya hari² yang ditunggu hampir tiba. kami telah dibrief mengenai tatacara pergerakan ke padang Arafah. no. bas, no. khemah & no. tilam telah diberi. satu khemah lebih kurang 40 orang. kami dijangka bertolak ke padang Arafah selepas Maghrib.

alhamdulillah, perjalanan kami ke padang Arafah dipermudahkan. hati memang gundah gelana & risau, takut diduga dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.

sampai saja di padang Arafah, terus masuk ke dalam khemah & tunai solat Isyak. malam tu, ustaz dah maklumkan progra Qiyamulail akan dimulakan pada jam 3. jam 1.30 pagi dah bangun untuk menyiapkan diri. kesabaran diuji untuk menunggu giliran masuk ke toilet membersihkan diri. ambil masa lebih kurang 40 min hanya untuk buang air kecil, gosok gigi dan berwudhu'. saya lupakan saja urusan mandi. ustaz dah kata, ibadah haji ini ibadah kusut masai. as long as i bersih, cukup sudah untuk beribadat. saya tidak mahu mengambil masa terlalu lama di toilet sehingga mengganggu jemaah Muslimat lain yang sama² mahu membersihkan diri untuk beribadat.

malam itu juga, kami dikhabarkan dengan berita sayu. salah seorang jemaah haji di dalam pakej kami meninggal dunia dalam keadaan yang tidak disangka². Allah mengambil nyawa arwah semasa arwah sedang berjalan ke khemah sejurus turun dari bas dan tiba di padang Arafah tanpa sebarang sakit yang teruk. jatuh di depan khemah dan terus disahkan dr sudah tiada lagi.

saya terbayang kesedihan isteri arwah. tapi beruntunglah arwah kerana akan dibangkitkan di dalam keadaan berihram dan bertalbiah di hari akhirat kelak. dimaklumkan oleh isteri arwah, semasa hidup, arwah memang jarang bersolat di rumah, tetapi selalu bersolat di surau kerana arwah adalah seorang bilal semasa hidupnya. buat baik dibalas baik. rezeki arwah dijemput dalam keadaan yang cukup mulia, di tempat ibadah yang teragng dan disolatkan di masjidil haram.

sarapan diedar ke khemah². semasa minggu ibadah haji (wukuf - melontar), semua urusan makan minum dan tempat tinggal jemaah seluruh dunia akan dikendalikan oleh sheikh maktab (kerajaan arab saudi). makan minum semasa tempoh 5 hari ini memang agak mencabar. almaklumlah, lain benar cara masakan dengan masakan kita. tapi, cubalah didik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada. harus & tetap kena makan kerana dalam tempoh 5 hari ini, kesihatan perlu tip top kerana banyak ibadah 'badani' yang perlu kita buat. atas pengalaman lalu, pakej yang kami amek tuh dah bekalkan siap² maggi beberapa bungkus untuk setiap jemaah haji. betullah, maggi sangat sedap pada masa itu. hihi.

waktu paling mustajab doa semasa hari qukuf adalah ketika hampir terbenamnya matahari. masuk sahaja waktu asar, kami diajak berzikir bersama-sama dengan diketuai oleh ustaz pembimbing selama lebih kurang 1 jam. waktu asar itu diiringi dengan tiupan angin yang kencang. ustaz mengetuai bacaan doa. saya paling sayu apabila ustaz membacakan bait ini, "Ya Allah, Kau jadikanlah setiap titisan air susu ibuku sebagai perisainya dari api neraka. Ya Allah, kau jadikanlah setiap titisan keringat ayahku sebagai perisainya dari api neraka. ampunilah dosaku ya Allah tatkala aku memarahi anak²ku sedangkan ia tidak mengerti apa²"

apabila hampir tiba waktu terbenam matahari, kami diberi peluang untuk berdoa secara bersendirian. suami isteri digalakkan doa bersama-sama. tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu ini. memang air mata bercucuran tanpa henti, memohon keampunan dari Allah dan memohon yang baik² untuk diri, suami, anak², ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai dan seluruh ahli keluarga. insya Allah, dalam entry akan datang akan saya kongsikan doa yang dibekalkan oleh ustaz sebagai panduan. tenangnya hati pada saat itu tak dapat saya gambarkan. sampai saat ini, bila saya taipkan entri ini, hati saya sayu teringatkan the beautiful moments semasa hari wukuf.

ps - saya kena dam sebab pegi tampal mosquito repellent atas kulit and bila cabut tercabut bula roma sekali. terlalai di situ. so bakal jemaah, kalau beli mosquito repellent yang stok tampal tuh, sila tampal di baju ye.... i don't think mosquito repellent yang jenis roll on tuh ok sebabnya kat sana susah nak mandi and takut tak selesa dengan bau ubat nyamuk tuh. :) banyak nyamuk kat sini.

:: Muzdalifah ::

selesai ibadah wukuf, kami diarahkan segera menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak, kerana perjalanan ke Muzdalifah akan dibuat sebaik sahaja selesai solat. perjalanan ke Muzdalifah hanya mengambil masa 15 minit.

kami bergerak ke Muzdalifah mengikut aturan bas yang telah ditetapkan. bas kami adalah merupakan antara bas yang terakhir meninggalkan Arafah. tiba di Muzdalifah, ada yang mengambil peluang mengutip 7 biji anak batu (sunat). kami menunggu seketika sehingga setengah malam, untuk memenuhi rukun haji. ada yang mengambil peluang tidur setelah semalaman beribadah. ada yang mengambil peluang membaca alquran, berzikir. macam² ragam.

disebabkan kami adalah antara yang terakhir tiba di Muzdalifah, ruang yang disediakan untuk jemaah haji duduk dah penuh (dataran besar yang dipagar). so we have to sit outside along the road. since we were outside, kamilah yang diarahkan dulu meninggalkan Arafah menuju ke Mina, where we'll stay for the next 3 days.

:: Mina ::

tiba di Mina, saya memang terkejut dengan keadaan khemah. 1 khemah rasanya ada lebih kurang 500-600 jemaah. memang sempit. (nasihat kepada jemaah, jangan nak bawak barang banyak². takde tempat nak letak) oleh kerana saya sampai awal, saya ambil kesempatan untuk terus berkejar untuk mandi sebab saya tak mandi dah seharian lebih!

usai mandi, terus merehatkan diri to prepare for tomorrow. esok akan melontar jamrah kubra!

keadaan di mina jauh lebih mencabar dari arafah sebab khemah yang kami duduk tu aircond rosak. panasnya MasyaAllah! masa tuh terfikir, ni baru panas dunia, esok² panas di Mahsyar macamana pulak??

lepas isyak, malam tuh, kami bergerak ramai² melontar. 1600 jemaah lebih kurang, and recorded by astro. waktu melontar ditangguhkan seketika sebab hujan. takut jugak masa tuh, sebab Mina nih kawasan berbukit & drainage system tak berapa nak ada sangat.

pengalaman melontar hari pertama sangat best. kami berjalan lebih kurang 2.5km one way melalui terowong moasseim untuk tiba di jamrah. kami melontar di tingkat 1. alhamdulillah, urusan melontar sangat mudah! nasihat² & tips² yang diberi oleh ustaz semasa kursus haji di KL. selesai melontar, kami tahallul awwal. tinggal 3 jek lagi pantang larang ihram yang perlu dijaga. bagi kaum muslimin, ini mungkin satu kelegaan besar sebab dah tak payah pakai kain ihram. hehe.

esok pagi² husband cari i dekat khemah, nak menunjukkan fashion rambut dia yang baru. yeeeeee. suami saya BOTAK! adoi. though saya tak berapa gemar, tapi relakan saje sebab banyak sebab kena botakkan? :)

kami telah berniat untuk nafar awwal sebab takut keuzuran. so melontar untuk hari 11 & 12 kami himpunkan, dgn dibimbing oleh ustaz. sebelum subuh, kami gerak ke jamrah. selesaikan 3 lontaran di tingkat 1. playing with time, ngam² masuk subuh kami turun ke GF tunai solat subuh & langsaikan lontaran untuk hari ke 12.

:: Tawaf dan Saie ::

balik dari melontar terus get ready untuk return ke makkah. alhamdulillah, kami tiba di Makkah awal (9.00am) dengan menaiki bas yang disewa oleh pakej. balik hotel bukak cctv, tgk² keadaan di Kaabah agak lengang. OH instruct me to get ready and terus bertolak ke masjid untuk selesaikan 2 lagi rukun haji untuk melengkapkan ibadah.

alhamdulillah, tawaf dan saie dapat kami selesaikan dalam tempoh lebih kurang 1 jam 40 minit, satu tempoh yang dikira cukup pendek untuk musim haji. syukur ya Allah, segalanya telah lengkap dan selesai. semoga ibadah haji ini adalah ibadah haji yang mabrur.

selesai saje saie, saya ajak OH pegi 'celebrate'. nak pegi makan sedap sikit. :) kami pun pegi la Makkah Hilton nak makan burger king. kat sini takde ala-carte. kena order set. harga dia pun agak sedap la. nak buat camana? dalam set ada air coke. pandai sangat pegi minum air coke, terus demam seminggu tak bangun².

:: Minggu² Terakhir di Makkah ::

minggu² terakhir di Makkah saya diuji dengan kerinduan yang tidak terhingga kepada anak². sehingga perlu solat hajat untuk membendung rasa rindu pada anak² agar ibadah tidak terganggu. video yang saya record dalam kamera & fon la jadi penawar hati. everyday telefon rumah. syukur hotel ada free wifi (yang tersangat laju) dapatla saya call kl guna skype yang super duper murah. itu barangkali, ujian untuk seorang ibu muda. (tetap claim muda.. :))

:: Balik KL ::

we were informed that the first two flight before us teruk delay masa nak balik kl. satu flight tuh delay 9hrs in departure hall, another one delay dalam berapa belas jam ntah. we are quite worried, sebabnya we're going to bring back frozen EBM. lagi lama delay, we faced the risk of susu rosak.

our journey back home started with tawaf wada'. performed tawaf wada' lebih kurang pukul 2 pagi. sekejap je. sedih & sayu nak tinggalkan Makkah tapi dalam masa sama tak sabar nak jumpa anak² yang dah sebulan lebih kena tinggal.

bertolak ke Madinatul Hujjaj, Jeddah at around 4am, naik bas. journey lebih kurang 1 jam. sampai kat jeddah, i dah pening² lalat. dah mula nak demam. memang demam pun. i slept whole day long. bangun cuma utk lunch and dinner before bangun betul² bangun utk bertolak ke Hajj airport at around 4 am the next day.

OH tumpangkan frozen EBM dekat klinik TH. alhamdulillah, staf klinik TH very supportive. our flight delayed dalam 4 jam. not bad. arrived kl at about 12.00midnight, seeing my kids wide awake at that time.

sampai jek kl, bag semua tak sampai. yang ada dengan we all cuma la beg susu aidin saje. sob sob. tak pe la. nak buat cemana. first thing buat lepas keluar dari departure hall, amek aidin dari abah, salam peluk abah, and terus get adib and afiq. masa first time nampak anak², rasa diorang dah besar sangat². mak masa tuh pergi somewhere. gosh i miss home.

kids are excited. throughout journey balik umah tak berenti cerita. it's good to be home.

cabaran pasca haji pun bermula.....

Tuesday, December 28, 2010

:: Hajj : Makkah Al Mukarramah (Part 1) ::

:: Hajj : The journey to Makkah begins ::

Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lenih kurang 7 jam. Di awal perjalanan, air mata saya tidak henti mengalir. Sedih meninggalkan bumi yang penuh ketenangan, bumi yang di dalamnya tersemadi jasad manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT. Sayu terkenang anak².

“Ya Allah, janganlah kau jadikan ziarah ini ziarah yang terakhir buat diriku ya Allah!!”

Kami berhenti seketika di Bir Ali, tempat bermiqat dari Madinah.

Bir Ali sudah cantik. Teratur dan tersusun. Mengambil kesempatan untuk solat sunat dan terus niat berihram di sini. Saya mahu ibadah haji saya dimulakan dengan penuh sempurna. Itu hajat saya.

Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Tidak sesat, bas pun ok, driver bas pun ok. Halfway, kami stop di “R&R” untuk solat jamak bagi zohor & asar as well as isi perut sikit. R&R di Madinah nih bukan macam R&R di Malaysia. Sempoi jek R&R dia. Macam pekan koboi. :)

Lepas solat etc, we continue our journey to Makkah. Before masuk ke kota Makkah, kami kena stop dulu dekat satu check point for pilgrimage. Di checkpoint ini, semua jemaah diberi ‘hadiah’ oleh kerajaan arab Saudi. Dapatla roti, biskut, air zamzam, susu, air kotak etc. semua tuh buat bekal dalam perjalanan menuju ke kota Makkah.
Almost 7 hours, kami mula menyusur masuk ke kota Makkah. Perasaan yang bercampur baur. Masuk ke kota Makkah, kami diguide untuk membaca doa masuk ke kota Makkah. Head to hotel. Masa sampai hotel dah almost maghrib. Ustaz menyarankan agar kami solat dulu di hotel, rehat sebentar sebab malam tu kami semua akan dibawa ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah wajib kami dan membebaskan diri dari larangan ihram.

:: Hajj : Umrah Wajib ::

Around 10pm, we gathered at hotel lobby. Badan pun dah refresh after 7 hours journey. Ustaz Rosli (Mantan Imam Negara) lead the group to Masjidil Haram. Masa di sini, we were divided into smaller groups bagi memudahkan mutawif membawa kami di dalam masjid.

Alhamdulillah, umrah wajib saya dan suami dipermudahkan. Tawaf dengan tenang, saie pun ok. Cuma keadaan di Bukit Safa agak sesak dan memerlukan sedikit kekuatan fizikal untuk mengharung manusia. Maybe sebab Bukit Safa adalah tempat permulaan saie. Mungkin jemaah yang mengambil masa yang agak panjang di situ menyebabkan kesesakan berlaku.

We settled our umrah at almost 12midnight. Syukur. Balik hotel, we all singgah satu kedai makan just beside the place we stayed to enjoy the Murtabak Sindhi – murtabak yang dibakar dengan inti telur + daun kucai, dimakan dengan cili hijau yang besar² (macam cili hidup/merah). No kuah.

:: The Hotel ::

Sebelum bertolak ke Madinah lagi, Ustaz Harun (Rayhar’s MD) dah brief kepada bakal jemaah kemungkinan² yang akan ditempuh semasa di Madinah, Mekah, Arafah & Mina. Briefing tu banyak membantu we all prepare ourselves di sana. Ustaz kata, once sampai Mekah, the level of comfort akan jatuh merudum compared to Madinah. And yep, pertama kali menjejak kaki masuk ke hotel, saya dan suami memperingatkan diri untuk banyak bersabar. Hotel yang akan kami duduk selama sebulan ini pretty small. Takde wardrobe utk simpan baju, and we’re living out of the suitcase. Tapi Alhamdulillah, as days progressed we get more comfortable and make the best out of the limitation.
For readers info, kerajaan arab Saudi memang ada standard keluasan bilik yang perlu dipenuhi oleh semua company. So, memandangkan musim haji nih adalah musim yang terover super peak, the room size gets smaller compared to umrah.

Our hotel dengan masjid tak jauh. Roughly 250m door to door. Tapi nak sampai dalam masjid tuh adalah 500m jugak jalan. We estimate that dalam satu hari kami jalan lebih kurang 4km. Our hotel dekat area Bukit Marwah, dekat dengan masjid Kucing. I didn’t get any chance to pray kat masjid Kucing, husband adala few times. Dia pergi masjid kucing masa I tengah demam, and dia dah terlambat nak sampai ke Masjidil Haram.

:: Makan & Sahabat Lama ::

Ada masanya, saya dan suami saje nak mencari benda lain untuk dimakan selain yang diprovide oleh caterer, 3 kali sehari. Selalunya, kalau nak makan yang bet sket, kena pergi dekat As-Safwa towers sebab dekat situ jek yang ada kedai makan melayu. Dekat situ la dapat lepas gian makan roti canai (3 riyal) dengan teh tarik.

One night, lepas isyak, OH and me pun menapak la pegi as-safwa tower. I terus book seat, while OH pegi beli food. Sekali ada satu mamat melayu datang sebelah Tanya, whether seat kosong ke tak. Dengan muka poyosssss, I cakap ada. Sekali terus pusing balik kepala, sambil piker, apsal mamat nih muka sikit punya familiar daaa. Amek beberapa second memikir, and skali laaaaa – Azlan Aeis Fadhilah aka alan! He was my unimate la dulu kat UTM. Owh goodness! Sikit punya jauh nak jumpa balik. The last time I met him I believe was in year 2002 or 2003. Gila lama! Sempat la borak², update pasal life. Dia keja kat Mekah dah nak dekat 2 tahun. Rezeki kan dapat keja di tanah suci? Everyday dapat solat kat Masjidil Haram, and every year dapat pergi buat haji. Syukur.

Sempat la dia bawak OH and I pegi makan nasi arab. Layan! As well as men’tapau’kan samosa arab & kebab yang sangat fantastic pada tekak kitorang yang agak ke-malaysia-an nih. :)

:: Aidin & EBM ::


Siapa yang follow blog & facebook saya, pasti akan tahu keluh kesah saya semasa nak pergi haji, especially on Aidin yang masih fully breastfeed. Saya pening kepala memikir cemana nak hantar susu aidin dari tanah suci, as stok yang saya tinggalkan cuma mampu bertahan 0.5 month saje.

Di Madinah & Mekah, saya memang continue pumping as advised by doctor to ensure susu tak kering & mensus tak datang. Agak mencabar la jugak. Bila dah pump susu, OH akan tolong packkan dan simpan dalam fridge yang ada dalam bilik. Sampai at one point, fridge tuh penuh & we terpaksa tumpang bilik org lain untuk simpan susu.

Di Madinah, OH puas usaha nak hantar susu ke KL through courier. Tapi mengecewakan. Satu pun tak boleh deliver EBM. Adeh. Cemana nih. Last² angkut jek susu dari Madinah ke Mekah. Dalam masa yang sama, mula melaksanakan solat hajat dan memanjatkan doa kepada Allah agar penyusuan Aidin dipermudahkanNya.

Di Mekah, masih continue dengan solat hajat. Selang beberapa hari, bila balik dari masjid selesai solat Isyak, ustaz Rosli announced that Hj Harun (MD Rayhar’s Travel) akan balik ke KL the very next day. I pandang OH, OH pandang I. mungkinkah doa kami telah dimakbulkanNya? OH kejar Hj Harun and explained our problems dengan harapan dia boleh bantu kami bawa balik susu Aidin ke KL.

Alhamdulillah, he agreed to help us. Syukur ya Allah kerana mendengar doa kami. Malam tuh, OH rush pergi pharmacy and cari dry iced packs. Kat Mekah tak jumpa dry ice yang macam org jual aiskrim tu pakai, so we have to opt for the ones yang jual dekat pharmacy.

Susu aidin (amounting more or less 300 oz) selamat tiba di KLIA. Aunty tolong picked up dekat airport and bring back to KL. Syukur sangat² penyusuan badan Aidin tidak terganggu and that stock cukup sampai I balik KL after Hajj.
Both of us sangat ‘terkesan’ dengan peristiwa ini. We learned that doa yang sungguh² tuh didengar oleh Allah. Usaha sahaja tak cukup, kalau kita tak memohon dariNya kerana Dialah yang menentukan perjalanan hidup kita.
Subhanallah!

To be continued…


Monday, December 20, 2010

:: Haji : Madinah Al Munawwarah ::

:: The journey ::

Perjalanan ke Madinah Al Munawarrah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Syukur Alhamdulillah, perjalanan sangat smooth, despite air kat toilet habis half way through the journey. Food was okay. I wasn’t being choosy, but I memang hardly habis ‘flight food’.

We arrived in Madinah few minutes before Subuh. A colleague of mine advised me to take wudhu’ before touching down, but then keadaan dalam flight tak mengizinkan. Turun saja dari flight terus rush ke toilet (before it gets crowded) to take wudhu’. Solat subuh secara berjemaah at a corner (they don’t have proper surau like Malaysia).

Our patience was first tested here. A simple immigration procedure took almost 4 hours to clear. Syukur we brought some food as bekal. Terlentok² tertidur sambil duduk dalam queue line kat immigration. Thanks to TM for sponsoring the mat. Ngee! We made use of the mat to the max till the day we depart back to KL.

:: The Hotel ::

After clearing the immigration, we then were transferred to our hotel. On our way to hotel, we were introduced to Jabal Uhud, yang dari jauh dah nampak warnanya kemerah-merahan, bekas simbahan darah para syuhada’. Subhanallah!

Our hotel (Dallah Taibah) dekat dengan Masjid Nabawi, roughly 50m walking. Keluar saja lobi hotel dah boleh nampak dataran masjid, and terus masuk ladies punya area. Alhamdulillah. Dekat jek. First day sampai, we were shown our way to the masjid supaya tak tersesat.

:: Madinah & Masjid Nabawi ::

Masjid Nabawi has developed a lot. The last time I datang, (which is 10 years ago), masjid belum dibesarkan lagi. Masa dulu, antara masjid dengan perkuburan Baqi’ ada jalan. Sekarang antara masjid dengan perkuburan Baqi’ is dataran masjid! Dulu nak masuk Raudhah, pintu Raudhah dekat luar masjid. Sekarang nak masuk Raudhah, it is jauh dalam masjid.

Masjid Nabawi segregates jemaah muslimin dengan muslimat unlike Masjidil Haram. Walaupun masjid dekat, tapi kalau berhajat untuk solat di dalam masjid (untuk Muslimat), u have to make your way to the masjid early (at least an hour before waktu masuk). Masjid Nabawi is carpeted, but not fully. Saf² depan takde carpet, and this Masjid is air conditioned. Saf² depan nih selalu kosong, so take the advantage by bringing your own prayer mat (lebih selesa kalau bawak yang tebal sikit, sebab aircond ducts bawah lantai, sangat sejuk and can cause discomfort to your pinggang).
Untuk jemaah Muslimat, the security untuk masuk ke dalam masjid adalah agak tight. Security guard ada kat setiap pintu untuk check our bags. The guards also jadi macam penunjuk arah, tunjuk kawasan mana yang masih kosong untuk solat. Untuk jemaah Muslimat, phone yang ada camera tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. If you’re caught bringing one, you have to surrender your phone @ counters yang disediakan and claim it when you’re leaving the masjid.

Itu cerita dalam masjid.

Let’s share cerita di sekitar kawasan masjid.

Urusan keluar masuk masjid Nabawi (especially keluar) agak sukar. Sukar in the sense of ‘kepadatan’ manusia. Jalan keluar daripada masjid selalu clogged up dengan Muslimin crowds yang menunggu partner mereka keluar dari kawasan muslimat. Selain tu, the way out selalu constricted dengan peniaga² yang banyak menjual (hampar kain/tolak carts) betul² luar pintu masjid selepas waktu solat. Kalau yang membawa orang tua tuh, kena banyak bersabar and hati².

Sekarang Madinah dah modernized. Pengaruh western in terms of economic sudah mula mempamer wajah. Stall Starbucks dibuka betul² sebelah pintu masuk masjid Nabawi. Not to mention Mothercare, & H&M. On our way to ziarah, (I’m not sure whether the outlets are in Tanah Haram/Halal), I saw McD, Pizza Hut, Subway etc.
Kata ustaz Rosli (mantan imam Negara) yang mengetuai bimbingan agama pakej yang I ambil, tanah Madinah adalah tanah yang termahal di dunia. Saya terfikir, mungkinkah kerana tersemadinya jasad manusia yang paling mulia di sisi Islam di sini? Wallahu’alam.

Ketenangan di bumi Madinah sukar saya gambarkan. Badan saya naik la duduk Madinah. Makan sedap, masjid dekat and hati tenang, formula yang cukup baik untuk menambah berat badan. Boleh kata every lunch and dinner, saya akan melantak desserts yang best². BLISS!

:: Birthday & Raudhah ::

Saya adalah orang yang sangat treasure important dates of my loved ones, especially birthdays. Bila saya macam tuh, saya expect benda yang sama dari my OH. (I know I shouldn’t, but I can’t help it!) Dah 3 tahun saya tak celebrate birthday saya dalam keadaan riang ria. Selalu berduka lara sebab OH commited pada kerja.
Tapi tahun ini, Allah beri saya sesuatu yang cukup istimewa, yang insya Allah, akan saya kenang sampai akhir hayat saya.

21/10/2010 - pakej haji yang saya ambil telah arrangekan satu lawatan ke Raudhah yang akan diketuai oleh Ustazah Hamidah, leader Muslimat pakej kami. Waktu menziarah Raudhah untuk Muslimat telah ditambah, dari sekali sehari ke 3 kali sehari. Ustazah menyusun waktu agar kami cuba menziarah Raudhah pada waktu malam, around 10pm mula berkumpul di lobi hotel.

Berdasarkan pengalaman umrah yang lalu, nak masuk Raudhah bukanlah perkara yang mudah. Dulu saya pergi dengan mak. Mak ibarat sumber kekuatan saya, kali nih saya sendiri ditemani ibu saudara dan nenek yang pastinya aura semangatnya tidak sama dengan ibu sendiri.

Setelah diberi taklimat, kami bergerak ke masjid dengan harapan mahu masuk ke dalam Raudhah dan bersolat serta berdoa kepadaNya. Untuk musim haji, jemaah Muslimat disusun mengikut ‘region’ untuk masuk ke dalam Raudhah. South East Asia, China, Pakistan, India, Arab etc semuanya diasing²kan mengikut region untuk masuk ke dalam Raudhah. Kami diarah queue untuk masuk. Sementara menunggu giliran masuk, Ustazah menyarankan agar kami melaksanakan solat sunat hajat agar segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Setelah menunggu lebih kurang half an hour, our turn masuk ke dalam Raudhah pun sampai. Saya dan nenek mendapat ruang solat yang agak sempit. Dapat menunaikan solat sunat sebanyak 4 rakaat. Usai solat, ustazah memanggil saya & nenek ke hadapan Raudhah untuk kawasan solat yang lebih selesa. Syukur yang tidak terkira, pada malam saya berusia 30 tahun, saya diberi keizinan olehNya untuk bersolat di Raudhah sebanyak 6 rakaat, sesuatu yang tidak pernah saya fikir akan saya dapat sepanjang hidup saya. Terima kasih Ya Rabb! Tears dropped tanda syukur. Cumanya sekarang, dari kawasan Raudhah (Muslimat side) dah tak nampak makam Nabi.

Dan sebagai belated birthday treat, OH brought me to KFC the very next day for dinner. KFC pun KFC la……

:: Ziarah Sekitar Madinah ::

Kami dibawa ziarah di sekitar Madinah to learn more about the history of Islam.
Among the places that we visited was Saqifah Bani Sa’idah, tempat di mana Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Kawasan ni macam satu garden kecik, a green garden in a desert. Ustaz kata, once masuk jek dalam taman nih, u can feel the difference. Rasa sejuk dan nyaman, and subhanallah! It’s so true! Masuk jek dalam garden nih, sejuk jek rasa, though sebelum masuk tadi rasa agak panas.

Kami juga dibawa melawat Jabal Uhud, ziarah makam para syuhada’ yang shahid dan ziarah masjid para sahabat Nabi. Sepanjang ziarah, kami diperkenalkan dengan sejarah kawasan-kawasan yang dilawat yang membuatkan diri rasa terlalu kerdil dari aspek keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Macamana kita nak menghadap Pencipta kita di akhirat nanti dengan keimanan yang terlalu sedikit????? Astaghfirullah..

:: Ziarah Wada’ dan Selamat Tinggal Madinah ::

29/10/2010 - we were scheduled to leave Madinah for Makkah, after Subuh. Selepas solat subuh, me, OH and nenek menziarah makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal. Perasaan sangat² bercampur baur. Rasa sedih, sayu, pilu semua ada. Memang meleleh² air mata, memohon agar ziarah ini bukanlah ziarah yang terakhir untuk diri ini. Moga diberi umur yang panjang, rezeki yang halal, kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk kembali ke bumi yang penuh dengan ketenangan ini dengan keluarga tercinta.

Dan perjalanan ke Makkah Al Mukarramah pun bermula dengan linangan air mata. Labbaikallahummalabayk!


Wednesday, December 15, 2010

:: Hajj - The Day We Left ::

it was a busy 19th october 2010.

spent the day at home, nak finalize packing plus repair rumah plus mengemas rumah, so that balik nanti tak la teruk sangat nak mengemas.

afiq felt uneasy, as he can see there're 2 big bags. dia tau dia akan kena tinggal, and he felt so uneasy.

lunch time, we went out to JJ. (sempat lagi) pegi makan McD melayankan anak bujang 2 orang itu, and sempat di'pow' oleh afiq and adib beli toy. mengenangkan nak tinggal diorang lama (or more importantly, we ran out of time!), layankan saja.

lepas lunch, balik rumah mak. the original plan was to bersiap at my in law's place, but kids changed the plan. (nasib baik in law's house 2-3 mnit drive jek from mom's place). adib felt asleep, and kitorang pun terus la bersiap kat umah mak. lepas mandi segala mala, we pushed off to my in law's place, sbb dah arrange dengan orang surau untuk bertolak dari rumah my in law's.

bila sampai rumah my in law's, it's almost maghrib. grabbed some dinner.

masuk waktu maghrib, solat maghrib & musafir. afiq cried like crazy when we were out of his sight. lepas solat semua, terus get ready untuk bertolak ke kelana jaya.

sementara tunggu orang surau sampai, sempat menyusukan aidin & put him to sleep. tak lama pun.

bila orang surau dah sampai, i was ushered out from the room. ustaz mula bacakan doa musafir, dan airmata sudah mula mengalir. ya Allah, hari itu benar-benar sudah tiba. saya akan meninggalkan anak² saya yang tercinta.

usai berdoa, mula bersalaman dengan saudara mara. paling sayu bila saya bersalaman dengan ibu sendiri, dan belum sempat saya memohon ampun, mak cakap, "mak ampunkan semua dosa along." ya Allah, ya Tuhanku.. rahmatilah ibuku!

lepas salam² semua, kami (me, OH and all my three kids naik kereta my FIL bertolak ke kelana jaya). otw, masih bf aidin. saya mmg gamble tinggalkan aidin without training him with formula milk. berserah dan benar² tawakkal kepada Allah pasal urusan menyusu aidin. i left him with roughly 240oz of milk.

sampai jek kat kelana jaya, orang dah start masuk departure hall. waited for my uncle and aunties yang akan pergi sekali. masa nih belum sayu lagi. tapi i dah start menjauhkan diri dari aidin, afiq and adib. mmg berdoa banyak² agar kami tidak terbeban dengan rasa rindu kepada anak². naluri ibu muda, anak masih kecil, normal la kan?

when the time to depart arrive, again, salam dengan semua org, and i can't help it bila bersalam dengan mak, abah, mama n papa. mmg saya nangis sungguh² masa nak tinggalkan semua orang, especially anak² saya yang masih terlalu kecil. saya patut berterima kasih kepada family dan anak² yang berkorban untuk saya bagi membolehkan saya menjalankan rukun islam yang kelima.

nasihat mak menyentuh hati saya,"along kena tabah.. mak dulu pun tinggalkan anak² kecik lagi masa pegi haji." dan itulah yang saya bawa bersama sebagai bekal semangat ke tanah suci.

kissed my kids, all three & terus pull luggage masuk departure hall. saya tak mahu toleh² mencari bayang wajah anak² lagi pada saat itu, takut hati terganggu lagi. kids helped a lot, as they didn't shed a tear pun masa i pegi, sbb sebelum tuh i dok tunjuk kat afiq the surrounding yang takde budak kecik ikut the parents to haji.

and the 8 hour journey to madinah al munawarrah begins. and husband bisik to me dalam flight, 1 out of 45 days begin.

"Labbaikallahummalabayk!"

Thursday, November 11, 2010

salam from holy city, makkah almukarramah

salam from makkah almukarramah

just a short update from me.

insya Allah, my husband & i will push off for wukuf this sunday.

please forgive us for all our wrongdoings n spare us a little prayer after solat. please make doa for our safety, patience n success in attaining haji mabrur.

wassalam

ps - excited and at the same time nervous waiting for wukuf.

Monday, October 18, 2010

:: it's tomorrow! ::

packing dah almost 95% done. agak mencabar rupanya nak pack for 45 days travel. :)

mind dah ready, soul dah ready. May Allah make this journey of faith a breeze.

sekarang ni dalam proses nak mengemas rumah. nak clearkan fridge, nak transport expressed breast milk (EBM) to rumah mak & MIL's. stock ada dalam 200 oz. most prolly aidin will be on formula at nights, sebab selalunya malam kalau dia terjaga tuh bukannya nak susu sangat pun, lebih pada nak 'manja-manja' dengan mommy.

these few days before push off nih, i spend banyak masa with kids. take them out, lunch here and there. layankan nak tengok toys. hari nih nak bawak pegi main kat kizsport.

food aidin pun dah prepared. buat 6 types, blend and freeze. so tak la susah sangat my mom nanti nak take care of my kids. syukur alhamdulillah, my youngest brother dah balik. ada la uncle yang boleh bawak gi jejalan.

okay la people. i'm not sure whether i akan update tak blog till i come back nanti. please pray for my safety and may husband and i attain haji mabrur.

Labbaykallahummalabaik..

Friday, October 15, 2010

:: Meninggalkan Cinta ::

tarikh bertolak ke madinah sudah semakin hampir.

sebagai ibu, pasti terselit rasa sayu untuk meninggalkan anak² yang masih kecil untuk satu tempoh yang lama. tapi di sebalik rasa sayu itu, aku patut belajar ketabahan siti hajar meninggalkan anaknya sewaktu nabi Ibrahim berkelana meninggalkan dirinya dan Ismail yang masih kecil.

membaca cebisan tulisan Dr Ridzwan Bakar mengiyakan perasaan saya. see here. saya bakal meninggalkan cinta hati saya demi mengejar haji yang mabrur. saya sudah mula dapat membayangkan suasana azan di rumah sebelum bertolak, suasana di kelana jaya, dan mula mengagak penerimaan anak² saya khususnya afiq dan adib yang sudah memahami erti tiada parents di sisi.

banyak peristiwa yang telah terjadi sebelum perjalanan haji ini bermula, dan ia banyak mengajar saya erti BERSERAH KEPADA ALLAH atas segala urusan. cumanya, kita haruslah berusaha dan bersedia untuk memberi yang terbaik dalam segala hal.

saya akui adakalanya air mata saya menitik mengenangkan anak² yang hendak ditinggalkan. tapi saya patut condemn diri saya yang sewajarnya melihat jauh ke hadapan tentang ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hambaNya yang telah terpilih untuk menjadi tetamuNya di tanah suci.

saya sulamkan doa agar diri saya dijauhi dari rasa beban rindu kepada anak² dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik agar kualiti ibadah saya tip top di sana.

amin.

Wednesday, October 13, 2010

:: seminggu lagi ::

seminggu dari sekarang, insya Allah, sudah bertolak ke madinah.

agak kelam kabut sikit skarang sebab masih banyak yang perlu dibuat sebelum pergi. nak bersihkan rumah, nak packing, nak spend time with kids, nak listkan pesanan-pesanan sahabat, macam².

sudah mula rasa sayu untuk tinggalkan anak² because i have never leave them for a long period. the longest would be 3 nights. but OH said, itu semua mainan syaitan. berdoa sangat agar saya dan anak² dijauhkan dari rasa beban rindu, agar dapat beribadah dengan tenang.

persiapan barang² boleh kata almost siap. cuma tinggal a few things jek kena beli.

semoga segalanya dipermudahkan, baik urusan di tanah suci mahupun yang ditinggalkan di bumi Malaysia ini.

anyway, nak share cerita afiq adib la plak..

:: afiq ::
scene : dalam kereta nak pegi kedai beli barang.

afiq : mommy, mommy dah keja?
mommy : dah.
afiq : mommy dah ada duit?
mommy : ada. tapi dah habis sebab mommy beli susu sama pampers.
afiq : ala...... (panjang ala dia) kenapa mommy amek duit banyak sangat?
mommy : (dah mula nak ketawa) kenapa? afiq nak beli apa?
afiq : afiq nak beli toy!!

(memang dah lama pun tak beli toy utk dia)

kesian anak mommy.. sabar yek.. mommy dah beli tapi tak kasi lagi. nak kasi just before mommy pegi haji so that u'll be occupied and won't remember me much.

scene : @ mom's place

mommy : afiq, nanti mommy nak pegi haji. afiq tinggal sama wan ok? mommy pegi lama tau
afiq : mommy pegi 2 saje. (2 hari saja)
mommy : lima (sambil tunjuk 5 fingers to him)
afiq : (bargaining) ok, 3 saje (while tunjuk 3 fingers..)

hope he understand.

:: adib ::
scene : black out dekat rumah. afiq as moving a little bit away from him

adib : apiq, jangan pegi sana. diri kat sini. ada monster. peluk adib.

(walhal dia yang takut sebenarnya!)

scene : tgh nak pakai seluar kat living room

adib : mommy!!!!!! bird adib panjang!!!

mommy : gelak guling². ok exxagerating. gelak saja. ;p

Sunday, October 10, 2010

:: Scheduled Entry ::

dear readers,

it has been a while, i keep this under the drawer.

insya Allah, sekiranya diizinkan olehNya, my husband and i will be pushing off for Hajj this coming 19 october 2010.

with this, we'd like to take this opportunity to apologize for all our wrongdoings, samada sengaja atau tidak sengaja.

should we hutang any of you, please tuntut from us before we push off. (kalau tak nak tuntut, we beg you, mohon halalkan).

please pray for us, semoga perjalanan ini diberkati dan dirahmati selalu. semoga segalanya dipermudahkan dan kami dikurniakan haji yang mabrur. doakanlah jugak kesejahteraan families kami especially my three little heroes sepanjang peninggalan kami ke sana.

frankly speaking, hati saya berbelah bagi. separuh dari hati nih excited sangat nak pergi, and part of me macam kena sayat² bila mengenangkan 3 anak kecik yang kena tinggal, apatah lagi aidin masih full breasfeeding.

tapi saya tahu, saya harus yakinkan hati, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. dan seharusnya saya bergembira kerana Allah mahu beri pahala yang banyak kepada saya!

andai kita tidak bertemu lagi, titipkanlah doa buat kami dalam solat kalian.

kalau panjang umur, kita jumpa lagi.

Kami datang ya Allah, menyahut seruanMu!