Sunday, July 28, 2013

Afiq first success in fasting. Yeay!

It's day 19th of Ramadhan, I hope all of us semakin banyak ibadah kita kepada Allah. Orang pompuan ni biasalah, lagi nak raya, lagi banyak amalan untuk beraya yang dibuatnya. Harapnya kita semua makin berubah. Sepatutnya makin dekat nak raya, makin banyak amalan kita buat untuk meninggalkan Ramadhan. Nak masuk 'bonus' round la katakan. 

2-3 hari nih, banyak betul berita pasal kematian yang saya terima. Sedih dan sayu mengenangkan mereka yang menghadapi kehilangan di bulan penuh barakah ini. Dalam masa yang masa, it's a good reminder to me, tentang mati. Mati itu tidak kenal usia. When it's time, it's time. 

Semasa menghadiri upacara pengkebumian suami seorang sahabat, walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi, dapat dirasakan bahawa arwah ini pada zaman hidupnya sangat baik. Ramai betul yang solatkan jenazah. Masya Allah. Semoga suatu hari nanti, apabila saya dipanggil kembali kepadaNya, rezeki saya untuk disolatkan oleh ramai orang juga melimpah ruah. Sahabat saya itu ditinggalkan dengan tiga anak yang masih kecil, paling kecil berusia sebulan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya doakan sahabat saya itu dikurnia seribu satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan membesarkan amanah yang ditinggalkan. amin!

On other note, yesterday was afiq and adib's second day BANGUN SAHUR, literally. (dah subuh pun still makan lagi.. tak pe la, practise). I was expecting them to surrender around lunch time. Seperti yang dijangka, Adib surrender, but to my amaze, Afiq bertahan sampai bukak puasa. So, untuk meraikan kejayaan dia puasa penuh semalam, saya turutkan la kehendak dia berbuka puasa. his wish was simple, just nasi goreng and air sirap. amekkkk.. Bergelen-gelen air dia minum semalam. Berbakul-bakul puji Afiq puasa penuh sampai Adib tak larat nak dengar, that he asked me,"Why you keep on saying the same thing?" Hahaha. Kasik bakar sket.

Pagi ni, 2-2 bangun sahur lagi. Afiq as usual mengongoi bangun sahur. Sekali masuk gear makan, boleh tahan banyak. Kita tengok hari nih sampai kul berapa tahan. 

Okay la people, cik Arfa dah merengek nak tido balik. Dia pun bangun sahur gak pagi tadi. Daa!

Thursday, July 25, 2013

Innalillah.. Takziah sahabat-sahabatku

Lama tak bersiaran. biasanya bila lama tak update, update baru mesti ceria.

But not today.

Mula late night yesterday. Dapat khabar, anak member yang dah almost 2 bulan comma passed away. Meninggal di bulan mulia, pada usia yang sangat muda.. Member saya ni kawen awal, so anak dia dah besar, dah 15 tahun dah. 

Dan this morning, dalam kekalutan sampai office lewat, handphone pegi letak kat silent mode, baru saya terperasan ada terima call dari sahabat lama. Call dari dia buat saya susah hati. Bukan 1 missed call, tapi 3! Terus call balik, and hampir terjurai air mata saya mendengar rintihan hati sahabat. Suaminya telah pergi bertemu Ilahi setelah berjuang melawan kanser. Dan runtunnya hati saya, kerana sahabat ini baru sahaja melahirkan anak ketiga sebulan yang lalu. Allahu Rabbi, beratnya dugaan yang ditanggung! Saya doakan agar Allah permudahkan urusan Mungkar Nakir suaminya, dan sahabat saya Rozie diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan, membesarkan bukti-bukti kasih dan cinta mereka. Amin!

#emosi amat terganggu.



Tuesday, July 9, 2013

Easy Peasy DIY skirt for baby

In previous entry, aku dok cakap, aku tengah semangat nak menjahit kan? kan? kan? 

Ha, semangat la sangat, sampai tiap-tiap hari dok fikir, barang nak menjahit tak cukup lagi nih (padahal dalam amsa yang sama, mak dok tolong bagi barang menjahit bits by bits). So bila dah lengkap apparatus nak menjahit, aku pun TRY la menjahit.. 

so, what was my first DIY? sudah tentulah bukan aku mangsanya.. hihi.. made an easy peasy skirt, follow tutorial dari blog yang aku mention dalam previous entry. Got a sleeveless shirt yang confirm tak berpakai, so i sacrifice it to arfa's skirt.

Mari kita tengok hasilnya.....



TARRRAAAA!

gila bangga ok, padahal getah pun ntah getah mana aku rembat.. sah-sah bukan getah skirt sebab lain macam je dia punya rupa. lantak lerr, janji dia elastic sudahhh. :) punya la excited nak menjahit, skali tersilap potong, padahal dah tulis siap-siap berapa panjang nak potong termasuk seam. sekali masa gunting aku lupa nak masukkan seam punya measurement. jadikla super mini skirt kat arfa. Tihihihi..

Banyak pengajaran aku dapat dari cubaan menjahit nih.

First, ko kena sistematik.. gather your things, semua kena at one place

Second, kena pandai memahami instruction. aku amek masa nak kat setengah jam nak pahamkan cemana nak buat skirt nih.

Third, Ko kena pandai mengukur.

Fourth, ko kena pandai melukis.

Fifth.... ko kena extra careful.. kalau tak jadi macam nih...


ni kerja anak bertuah - si Aidin Nasri.. aku baru jek on iron nak iron seam, sekali dengar bunyi gunting. toleh belakang..... selamat aku nyer measuring tape. terus kena marah masuk tido.

From this experience, aku kena practice banyak lagi to get the hand coordination right. susah rupanya nak jahit straight line. :P tak pe tak pe.. usaha tangga kejayaan. akan ku cuba lagi, insya Allah..

Arfa girl, just be prepared to be drape with... skirts. :)