Monday, August 5, 2013

Ramadhan is ending

Ramadhan is ending. 

Dulu-dulu zaman muda belia, memang seronok jek rasa nak dekat raya. Tapi bila dah tua bangka masuk 3 series ni, terasa sayu pulak Ramadhan dah nak habis. Apatah lagi mengenangkan bertemukah kita dengan Ramadhan akan datang. 

Ramadhan tahun nih, banyak memberi impact pada aku, khususnya pada 10 hari terakhir. Masakan tidak, bila boleh kata selang 2 hari aku terima berita kematian orang-orang yang aku kenal. Kebanyakan yang pergi tu sekitar usia aku. Kawan sekolah, kawan opis, husband member. Dan berita-berita inilah yang membuka mata dan minda saya betapa kita patut bersyukur kerana Allah telah berikan kita peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk mencari bekal di akhirat nanti. Insya Allah.

Doa aku, moga Allah memberi keampunan kepada diriku, keluarga dan muslimin muslimat. Berharap dan berdoa agar Ramadhan ini tidak berlalu tanpa keampunan dari Yang Maha Esa.

Sama-sama kita usahakan untuk istiqamah dalam ibadah, dan terus mencari malam Qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amin..




No comments: