Minggu ni minggu terakhir bekerja.
Yes you read it right.
Saya akan gantung coat as a government servant for a good one year. Unpaid for sure.
It was (and still) a hard decision. Harapnya dalam keterpaksaan, akan ada pelangi-pelangi cantik dalam hidup aku. Ecceh. Tiada lagi istilah "in-promptu" shopping. Lap peluh.
Semua ini untuk keluarga kecik aku. En suami kena kerja di perantauan selama setahun setengah. Sekarang ni dah start dah pun PJJ. Anak-anak laki tak heran pun bapak diorang takde.. tapi si anak dara.. Allahuakbar. Kesian tengok.
Asal tepon bunyi.. "Daddy"
Asal pegang tepon.. "Daddy"
Kadang-kadang bangun pagi, first word.. "Daddy"
Belum masuk cerita dia cari Daddy keliling rumah.
Dengan term 4 bulan sekali baru balik, I think this PJJ will do more harm than good, walaupun gaji kepuk-kepuk masuk.
Tapi decision yang dibuat untuk duduk sekali dengan dia also come with a big financial matter. Sekolah anak-anak semua kena tanggung sendiri, walaupun ikut policy akan ditanggung oleh syarikat. "Business Decision" kata orang dalam.
So, paham-paham le. hanto anak sekolah kat International School, bukan satu, bukan dua.. TAPI 3 ORANG.. moga Allah permudahkan rezeki kami. Kiranya macam kami ni orang teraniaya jugak la kan?
Nak servis dari staff, tapi kebajikan tak jaga.
Tak pe.. ada hikmahnya..
So, doakan la aku ye.