Thursday, May 15, 2014

Jatuh Tersembam. Ouch!

It was a silent week for me last week.

Reason No. 1 : En suami balik dari Jepun seminggu. So, masa untuk keluarga.

Reason No. Super 1 : Huhu.. Jatuh dekat site sampai luka-luka macam orang jatuh motor. Merasa la tak boleh bawak kereta, duduk rumah senyap-senyap.

Alkisahnya, aku ada kursus kat opis. So salah satu slot kursus tu, nak pegi tengok site. Construction works dah siap dah pun, just nak pegi tengok output.
So tidaklah aku beria-ia untuk pakai safety boot bagai. Aku pakai flat shoes, and appropriate clothing utk pergi site.

Sampai kat site, jalan lenggang lenggok, and aku tetiba gedebum!

Rasanya, I stepped on gravels, lost balance and walla, tersembam atas jalan tar.

Sakitnya masya Allah. Tahan air mata je, sebab malu kat orang.

Seluar kat lutut rabak. Tapak tangan hancur tersagat. Walaupun yang teruk adalah tangan kanan, tapi tetap bersyukur, sebab muka tak tersagat.

Alhamdulillah, site dekat sangat dengan rumah. Mintak tolong orang office hantar balik, sementara tunggu husband hantar gi klinik buat dressing and cucuk anti tetanus.

Tapak tangan pada hari kejadian. Nak tunjuk luka lutut tak bleh. Lutut cantik kaler purple. 


Tapak tangan day 9. Banyak dah kurang. Sakit hilang ngam-ngam masa husband return back to Japan. 

Syukurlah, kejadian ni took place masa suami tengah cuti. Kalau tak, mungkin mak akan kelam kabut. Mana nak handle anak-anak, mana nak tolong aku yang nak duduk pun tak boleh bengkok kaki.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adalah tu salah silap aku kat mana-mana, Kifarah dosa. Mungkin sebab marah anak-anak syurga yang tidak bersalah. Mungkin itu, mungkin ini. Sabar sahaja.

Alhamdulillah, dah makin ok. MC 3 hari. Dah back to work dah pun. Harapnya tak buruk la parut. Lama benar tak jatuh-jatuh gini, sakitnya pergh.. Nikmat. 

Kay la korang. Pesanan penaja : Jalan elok-elok. Jangan jatuh gedebam macam saya. :D

No comments: