Tuesday, April 8, 2014

Pelajaran dari Anak Kecil : Komunikasi Berkesan

Cuba tengok tajuk. Kelas kan? :) Yes, memang high class punya tajuk, setinggi pengajaran yang saya dapat dari tajuk tu. 

Cerita dia macam ni..

Aidin turns 4 years old, officially. 

And meneruskan tradisi macam Afiq and Adib, we slowly kenalkan dia dengan basic AlQuran, which is Muqaddam. 

Sementara husband masih di KL, Afiq dengan Adib mengaji ngan daddy dia, while I take Aidin.

Knowing myself, aku ni memang kurang sabar. Mengajar anak-anak, kalau ikut sejarah Afiq & Adib dulu memang meleleh-leleh air mata budak berdua tu. Memang takde rasa kesian.

So, Aidin ni, dah 2-3 round dah mengaji ngan aku. As stated above, dia pun sama la macam abang-abang dia. Kena tempias marah.

Last Sunday, aku panggil dia..

Mommy : Didin, amek Muqaddam. Kita mengaji.

dan-dan dia reply

Aidin : Mommy jangan marah baca alif, ba, ta.

And kesan daripada apa dia cakap tu, aku memang control temper aku mengajar dia. Start baca Muqaddam dengan cerita kenapa kena pandai baca Muqaddam. 

Aku cakap kat dia, kalau pandai baca Muqaddam, nanti masuk syurga. Dekat syurga ada banyak toy. Ada Hero Factory, ada Ninjago, ada macam-macam. Semua Didin boleh amek. 

Pergh. Penangan Aidin ni boleh tahan. Makin pandai reason out.

Kita tengok Arfa esok macamana.

#pasrah

Pengajaran aku dapat hari ni : cakap dengan jelas apa kau nak. Itu namanya KOMUNIKASI BERKESAN

Monday, March 24, 2014

Kasut Hilang

Baru 3 bulan sekolah dah kena beli kasut sekolah baru..

bukan sebab sempit.
bukan sebab koyak.

tapi sebab hilang.

ada tapi lagi.

bukan sebab adib hilangkan kasut dia.

atau..

ada orang curi.

tapiiiiiiii MONYET belakang bukit umah rembat!

hai la monyet. dulu cawan arfa kau rembat..

sekarang kasut sekolah anak aku pulak kau rembat.

siap kau monyet!!


Friday, March 21, 2014

Aidin.. Approaching 4 years old

In less than 2 weeks, Aidin is turning four years old. Cliche macam mak-mak lain.. Time flies so fast!

Aidin masih anak manja mommy. Tido masih nak gosok siku mommy. Masih nak hug mommy and say I love at nights. Nakal dia boleh tahan, apalagi bila jumpa gang sepupu sepapat.

Ntah ada ntah tidak birthday party Aidin tahun ni kat rumah. Suami masih belum tahu lagi bila lagi nak balik. Dah nak masuk 4 minggu aka sebulan kerja kat Jepun.

So, amek langkah order saje kek, and biar Aidin celebrate birthday kat sekolah. Dia request nak kek gambar hero factory, colour blue. Macam-macam la hai anak. :)

Mommy sayang Didin banyak-banyak.


Design kek yang Mommy buat.. tempah kat member sekolah saje..

Hope you will love it. :)

Thursday, March 13, 2014

Nasib Badan

Ditinggalnya aku dengan anak yang sakit.

Katanya 3 minggu.

Tadi dikhabarkan pula, tukar tiket ke open tiket bila sepatutnya esok kembali setelah 3 minggu berkelana.

Sudah kujangka.. Memang beginilah nasib kalau ditinggalkan.

Sabarlah hati.

#PJJ


Ada manusia tidak tahu rasa hormat and to be sensitive at the right time.

Enough said.

Thursday, March 6, 2014

Kisah Anakanda Baginda..

Ruqayyah, anak Rasulullah meninggalkan Baginda kerana mengikut suaminya, Uthman..

Zainab, anak Rasulullah tidak turut serta dalam penghijrahan ke Madinah, tinggal di Makkah bersama suaminya. 

Semoga ini menjadi penguat semangat. Moga ini keputusan yang betul dan terbaik untuk semua, dunia akhirat. Amin.

Thank you to a friend of mine, you know who you are.


Wednesday, March 5, 2014