Wednesday, May 9, 2012

Bersih di Mekah dan Madinah : Pandangan Saya

Alhamdulillah, sudah selamat tiba di tanahair Jumaat lepas. Masih dalam mode, mengadjustkan badan dan diri and body clock to local time. Syukur sepanjang di sana, sihat walafiat. bila dah balik nih jek yang dok achooo! achoo!

Tak terkata indahnya trip kali ini. 2 minggu rasa begitu sekejap. tidak sedetik rasa rindu pada ketiga-tiga hero. masa yang ada alhamdulillah dapat dimanfaat dengan baik. pengalaman melaksanakan umrah semasa suhu mencatat 41 darjah celcius sukar dilupakan. terfikir sejenak, panas sebegitu tidak tertanggung, bayangkan panas di padang di padang mahsyar?? semoga saya tergolong dalam 7 golongan yang mendapat naungan arasy-Mu ya Allah.

agak terkejut dengan berita mengenai Bersih 3.0 di kota suci. masa kejadian saya dan keluarga melaksanakan umrah sunat dengan bermiqat di Tanaim. hanya mengetahui berkenaan hal ini setelah tiba di Kuala Lumpur. yang saya ingat, pada penghujung minggu itu (selepas berlakunya bersih) kawalan keselamatan untuk masuk ke masjid menjadi ketat, tidak seperti biasa di Mekah. Samada kebetulan atau tidak, saya tidak pasti. Beg diperiksa sebelum masuk ke masjid. Agak kecewa sebenarnya dengan kejadian ini. Tempat ini tempat suci. Bukan tempat untuk berdemonstrasi. tempat yang depa pi demo tuh pun is actually tempat makan, yang menjadi tumpuan kebanyakan rakyat malaysia. elok-elok dapat pahala 100,000 kali ganda, mungkinkah tak pasal-pasal kita mendapat 100,000 kali dosa kerana menimbulkan kesukaran kepada jemaah lain yang datang dari serata pelusuk dunia.

kebanyakan yang pro pembangkang mengatakan, kenyataan ini diputar belit media. ada yang menyatakan saudi mempunyai banyak lagi isu lain yang hendak difikirkan.

wahai umat, yang hadir ke tanah suci itu bukan jemaah malaysia saja. ada yang dari India, Turki, China, Holland, UK, Pakistan, Indonesia, Brunei, senang cakap seluruh dunia. Certainly, Saudi concern mengenai keselamatan jemaah semua umat Islam ke sana, lantas menjadi sensitif terhadap sebarang demonstrasi atau tunjuk perasaan di tanah suci ini. Saya tidak terkejut andaikata restriction dikenakan kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan haji dan umrah, sebab memang ada dalam lipatan sejarah warga Iran tidak dibenarkan menunaikan haji kerana tunjuk perasaan di hadapan masjid. andai ini berlaku, banyaklah yang terkena tempiasnya. termasuklah kita-kita nih yang menyimpan dalam tabung haji, sebab one of their mainstream business is pakej umrah dan haji!

setiap permasalahan ada penyelesaiannya. dan ini bukanlah satu penyelesaian terhadap masalah yang ada. ini lagi menambah masalah.

harapnya perkara ini dapat dilihat dengan mata akal, bukan dengan mata hati. kasihan warga-warga emas yang sudah berpuluh tahun menyimpan wang hendak ke mekah, hanya kerana keghairahan berdemo oleh pihak tertentu, hajat itu tidak tercapai.

to me, berdemo macam nih, bukanlah berhajat menuju penyelesaian, tapi lebih kepada mendapatkan attention media antarabangsa, dengan memperjudikan nasib umat Islam Malaysia.

terlalu banyak yang ingin saya coretkan. tak kiralah anda pro kerajaan atau pro pembangkang, ada perkara tidak wajar dilaksanakan.

Satu persoalan yang saya nak bagi, bila kita boleh label pilihanraya itu bersih? adakah selepas BN digulingkan baru bersih?

terlalu banyak yang ingin saya coretkan di sini. namun tak mampu ditulis sebab terlalu panjang.

Mode : apa nak jadi dengan malaysia nih...

6 comments:

nash said...

salam kak, saya setuju dengan pandangan kakak, saya ni bukan pro mana2 pihak tetapi kalau dah buat demo sampai kat Mekah tu dah lain ceritanya! kita pegi sana nak buat amal ibadat, ini menambahkan dosa pulak..

ladybird said...

Setuju dengan artikel ni. Ramai orang yang susah denagn demo tu. Bukan setakat peniaga tapi orang ramai juga. Dah diberi peluang berdemo di tempat yang lebih tertutup nak juga buat dijalanan.

Nur Hareza said...

sedih.. nak diluahkan dikatakan tak faham masalah politik negara.. BN, PAS sama saja.. orang benci BN sebab rasuah, pentadbiran negara tak suci, tak telus tapi PAS juga tak tunjukkan contoh yang baik.. PKR? semakin tak pasti hala tuju perjuangan.. jangan tak tahu, dibelakang kita DAP, MCA dan MIC sedang bertepuk tampar gembira.. sedih!!!

nurleeta said...

Salam...setuju dengan semua pandangan di atas... Ada masa kita perlu bersederhana ..tak leh extreme sgt.. ada yang cakap BN yang mengadu kpd pihak Arab Saudi, tapi ada juga khabar yang mengatakan perkara ni terbongkar bila CCTV di Masjid Nabawi dapat rekod aktiviti. Rasanya mereka tak berdemo betul2 seperti kat Malaysia, tapi berkumpul macamtu siap dgn banner tanpa kebenaran,pun melanggar peraturan Arab Saudi. Apa2 pun kita doakan masalah ini tidak berpanjangan.

Ibu Adam said...

:-) glad you are still writing sha. Mine dah ke laut...hehehehhe..

Kak Nieta said...

Nak share boleh...?
:)