Sebelum perjalanan dimulakan, banyak kali dipanjatkan doa kepada Allah, agar perjalanan ini dipermudahkan, beban rindu dihilangkan. alhamdulillah, dimakbul semua oleh Allah SWT.
Masih teringat lagi reaksi anak-anak yang terkejut melihat daddy 'bertowel' (memakai kain ihram) sahaja untuk ke airport. penerbangan kami dijadualkan turun di jeddah, maknanya kena ready dengan pakaian ihram dan memulakan ihram dalam flight,.
Flight
Kami bertolak ke Jeddah menaiki Saudi Airlines. banyak perbezaan antara commercial flight dengan chartered flight (musim haji). food was soooo good. kena dengan tekak saya yang selalunya tak boleh terima food dalam flight. arrived in jeddah just as maghrib was about to start. memang sudah diniat mahu solat di mekah, so, jamak takhir la untuk waktu maghrib dan isya'.
jemaah umrah diarah untuk pergi ke terminal haji, diasingkan dari penumpang yang lain. urusan imigresen pun cepat, berbanding masa haji, yang mengambil masa sehingga 4 jam.
selesai urusan imigresen, terus berkumpul untuk bertolak ke mekah menaiki bas, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari jeddah.
Masuk Mekah
Excited! bas menyusur perlahan di kota mekah. mata memandang liar ke kiri dan ke kanan. kurang pasti laluan yang diambil oleh bas. sampai di hotel, terus check in, selesaikan solat fardhu n ready to selesaikan umrah malam tuh.
Sepanjang Umrah : Kisah Gadis Holland
salah satu waktu solat, saya ditakdirkan solat di sebelah seorang wanita muda dari Holland. sempat berbual bicara, since she can converse in english. best dengar cerita dia. baru berusia 25 tahun. kata dia, dia bru je kawen, seminggu or 2 minggu sebelum tu dengan seorang lelaki yang dikenalinya semasa berkunjung ke tanah suci setahun yang lalu. kata dia, both of them decide utk datang umrah bagi melengkapkan kisah perkahwinan mereka. auwwwwww. so sweet!
Sepanjang Umrah : Kisah gadis Morocco, Salwa
dia yang menegur saya. bertanya samada saya dari Malaysia. i said yes, and she asked for some help. katanya dia ada sahabat dari malaysia, yang bukan beragama Islam. dia mahu berdakwah kepada sahabatnya ini agar memeluk Islam, dan meminta saya membantunya menjawab beberapa perosalan yang boleh membantunya menjelaskan kepada sahabatnya ini. saya terus terfikir, selama 32 thn saya hidup di mukabumi ini, tidak pernah sekali pun saya melaksanakan tugas ini. agak terkial-kial juga mahu menjawab, maklumla, ilmu tak cukup di dada. harapnya, terbukalah pintu hati sahabatnya memeluk Islam
Sepanjang Umrah : tawaf dan Saie at 41 degrees
Subhanallah. tawaf was okay, tapi masa saie, saya sudah mengheret kaki. saat itu terfikir, usiaku masih muda, tapi sudah tidak mampu bersaie. 3 kali berhenti berehat baru dapat selesaikan umrah. terus tumbang waktu zohor. panas 41 degrees pun sudah tidak tertanggung, di akhirat bagaimana pula?
Tawaf Wada'
Hati saya sayu. dari saat menjejak kaki melihat kaabah, mata sudah basah. takut ziarah ini ziarah yang terakhir. berkali-kali mendoakan diberi peluang ke sini lagi. namun andai ini ziarah yang terakhir, berikanlah syurga sebagai ganti,nanti saya kongsikan doa dalam entry akan datang. insya Allah.
Madinah
Usai 8 hari di Mekah, kami bertolak ke Madinah. suasana di madinah lebih relaks. menjengah raudhah memerlukan kesabaran, khususnya perempuan. perlu beratur hampir 2 jam setengah untuk mencari ruang dan peluang bersolat dan berdoa di raudhah. mak mertua berbicara kepada saya, beginilah gambaran menunggu waktu dihisab kelak. gerun dibuatnya. 2 jam pun tak sabar, di padang mahsyar?
di sini juga kami dibawa menziarahi bukit uhud, di mana tersemadinya jasad saidina hamzah dan para syuhada. pernah berlaku banjir di kawasan ini pada 80+H, yang telah membongkah perkuburan para syuhada'. Subhanallah, masih mengalir darah para syuhada' walau telah berpuluh tahun disemadikan. bukit uhud bergegar enggan membenarkan pemindahan perkuburan para syuhada'.
Syukur Allah atas jemputan ini. Moga ini bukan ziarah terakhir!
3 comments:
Terima kasih atas perkongsian...
entah kenapa, jiwa saya rasa tersentuh! berpeluangkah saya menjejak tanah suci itu...
dan bila membaca tentang kepayahan yg dilalui, saya tertanya... mampukah kita nak hadapi Akhirat kelak? semoga kita jadi insan2 asing yg terpilih untuk ke syurga...
Seronoknya baca.. tak dpt digambarkan mesti perasaan yang sgt gembira dpt menjejakkan kaki ke tanah suci dan melaksanakan ibadah sebanyak2 nya.. Alhamdulillah
Ya Allah, semoga suatu hari nanti saya juga dpt ke sana melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.. Insya Allah
seronoknya aishah,
semoga ada rezeki untuk aku pegi lagi...
insyaallah!
Post a Comment