Tuesday, October 30, 2012

Afiq and His Curiosity


Afiq : Mommy, baby buat apa?
Mommy : She's playing ball
Afiq : Mommy, kalau Mommy makan, baby makan?
Mommy : Yeah
Afiq : Mommy, so dalam tummy Mommy ada baby and food?
Mommy : (dah start giggling) Yeah
Afiq : Mommy, dalam tummy Afiq ada food saje kan?
Mommy : Yes. Only girls can have babies in their tummy
Afiq : Why Mommy?
Mommy : Because, Allah asked boys to do other things.

Sambung lagi tanya pasal baby the next day..

Afiq : Mommy, dalam perut Mommy ada goal (he means goal post) tak?
Mommy : (Can't help to laugh!) No Afiq. She only plays ball.

Agak-agak korang, esok apa lagi dia tanya?


Monday, October 29, 2012

Back from Ward

(Batuk.. batuk.. Accchooo.. Bersin.. Sambil lap blog)

Orang lain sibuk lap rumah sambut raya, kau sibuk lap blog. :)

Sorry la readers, sungguh lama bersunyi-sunyian. I was down with flu for like 3-4 days, dan marathon jaga aidin kat ward lepas tuh almost a week, sebab kena pneumonia. baru je discharge last Saturday, makna kata, aku beraya kat sepital ngan didin 2 orang. laki mak sibuk mengemas rumah sebab kitorang kena move out, tenant nak masuk 1/11, so kelam kabut la kemasssss. pergh, mencabar.

Aidin is getting better, though masa discharge dr cakap he's not 100% recovered. wheezing dia was bad. dr kata, his condition masa admitted was very bad. dok sepital + iv antibiotik + 4 hourly nebulizer pun still demam sampai 2-3 hari. mujur dia nak makan + minum, so no need to drip. kalau tak, lagi haru.

and, as expected, hero kecik tuh meraung sakan la pagi nih kena tinggal kat rumah sebab mommy start keja. kalau ikutkan hati, memang aku nak cuti hari nih sebab penat teramat-amat. lagipun, hari ni last day antibiotik course dia. so, aku tak la risau sangat takut maid lupa bagi ubat ke hapa. tapi one thing yang aku perasan, baik jek demam nih, banyak betul didin cakap! seronok! sebab that has been an issue with him sejak dia masuk 2 tahun.

petang nih, aku ada A&C for week 30. so far, dr scan, baby's size mesti lebih besar by a week. tak sabarnye nak tunggu bulan 12........ kesian baby dalam perut, satu hapa pun mommy belum prepare lagi. harus mula prepare dah nih, sebab mommy dah tak larat nak jalan. kena bukak balik boxes lama, cari mana barut baby, bengkung mommy, etc. jamu pun belum survey. last time beli NR, tapi tak makan pun sebab baby jaundice teruk. so rasanya, kali nih malas nak beli jamu. tengok bb camana dulu baru beli.

kay la people. take good care. Assalam!

Tuesday, October 16, 2012

The Special Spot in My Heart

Terasa dah grown up sangat afiq and adib.

Masa mula-mula tulis blog dulu, kecik lagi. caakp pun pelat-pelat. do update kat blog their milestone. kisah diorang hari-hari. Tapi dek kesibukan masa (ayat tak boleh blah), banyak yang simpan dalam otak jek, tak tershare kat sini.

Sekarang nih, the boys tengah attend kindergarten, dekat jek dengan rumah. Alhamdulillah, they like the school, and even protest kalau ugut nak tukarkan sekolah. Progress pun okay, cuma masih malu-malu kucing dengan orang. (Memang menurun bapaknya laa. Mujur tak ikut perangai mommy)

Sekarang nih, dah kena bersedia untuk jawab soalan yang macam-macam. The elder two mula bukak topik aqidah. Yes, you heard me right. AQIDAH.

It started with Afiq, who asked me the question, in the car..

Afiq : Mommy, who create the sun?
Mommy : (Belum sempat jawab)
Afiq : Allah kan Mommy?

and the topic drags on sampai last two nights, masa tengah lepak-lepak kat bilik before they doze off.

Afiq : Mommy, Allah created the sen and the moon right mommy?
Mommy : Yes. He creates everything!
Them : Why Allah can know everything Mommy?
Mommy : Because He create us.
Adib : Mommy, is Allah a boy or a girl?
Mommy : We don't know Adib.
Adib : I think Allah is a boy.
Mommy : We can't say that Adib. (and at this moment, I knew, I have to find a better answer next time)

Sebelum nih, pernah jugak diorang dok tanya pasal hidup dan mati. They know, they have a little brother named Amin, who has left us early.

Them : Amin dekat mana Mommy?
Mommy : Amin dekat syurga.
Them : Macamana Amin pergi syurga Mommy? Allah amek Amin naik kereta ke?
Mommy : (pening nak jawab)

And paling suka borak dengan twin pasal balasan syurga dan neraka. Aku lagi suka bagi pemahaman yang mudah untuk anak-anak. Beri gambaran, bahawa syurga itu penuh dengan nikmat, while neraka is the opposite. And saya memang suka cerita pasal syurga instead of neraka, sebab suka tengok the glow in their face.

Selalunya, aku bagi gambaran, kat syurga tuh ada banyak toy. Semua toy ada. Semua boleh amek. And you can get any toys you want. Selalu jugak cakap dekat syurga ada banyak candy, and you can eat all candies, tapi gigi tak rosak pun. Masa nih muka masing-masing berseri-seri. Tapi selalunya, diorang will end up tanya, "Mommy ada sekali tak?" (sebab 2-2 masih too attach to Mommy bila keluar dari rumah. Agaknya dok bayang macam gi shopping, Both ada experience hilang in public, soooooo ada rasa trauma di situ).

Dan sekarang jugak, sudah pandai auta mengelak dari mengaji. Dah namanya pun budak kan? Asal suruh mengaji, time tu la dia haus. Time tuh la dia nak makan roti. Time tuh la dia mengantuk. Time tuh la nak kencing. Macam-macam!

Apa pun, Afiq and Adib memang ada special spot dalam hati Mommy. Anak yang hadir setelah berhempas pulas melalui segala fertility treatment. Mereka anugerah Allah yang tidak ternilai. Aidin pulak datang, selepas kembalinya Amin ke rahmatullah. dan baby yang ada dalam perut nih hadir, selepas Mommy berdoa ketika tawaf semasa umrah.

terlalu banyak nikmat dan anugerah yang Allah dah beri pada aku melalui anak-anak nih. Cuma aku, yang masih terlalu sedikit ingat pada nikmatNya. Allahu Rabb!

ps - Aku sebenarnya rasa rindu sangat kat anak, padahal tak gi outstation mana pun. Rasa macam tak spend quality time with them, sebab sibuk ngan urusan tertentu. (and apda masa yang sama rasa teringin nak cuti, sebab penatttt sangat rasa!)



Monday, October 15, 2012

Progress Mak Buyung

preganancy dah nak masuk minggu 29. maknanya dah masuk 3rd trimester. so far, preppy untuk baby satu apa tak buat lagi. paling-paling, baru usha buku cari calon-calon nama. baju etc semua tak carik lagi. toiletries etc, share ngan abg2 saje. cuma kena ngat balik, mana la aku simpan barut² baby ngan bengkung aku dulu.
so far, tak de la masalah besar-besar aku face. cuma awal² hari tu jek mabuk agak teruk. weight gain pun ok, (except lepas raya nih, dlam masa 2 bulan naik 6 kg, aku pun seriau tgk scale). cuma, bila dah masuk 29 weeks, sakit lama masa ngandungkan aidin datang balik. aku pun tatau nak describe cemana, yang aku tau kalau gerak, sampai berbunyi² tulang tuh bergesel. last time sampai kena refer fisio. this time, so far, aku boleh tahan lagi.
kids pun are doing well. aidin dah mula menunjukkan ciri² jeles tahap yaaaa ampunnnnsss! malam² tido kena mengadap dia. kena peluk dia. kalau tersedar, and tgk mommy dok tido belakangkan kan dia, boleh dia bangun panggil mommy! suruh mengadap dia balik. perut mommy udah lerr besooo din, payah betul nak pusing.
afiq and adib pun banyak kisah dia. nanti kena up satu entry cite diorang saje. dah mula belajar pasal aqidah. dah mula bertanya soal aqidah. sudah mula belajar iqra'. sudah mula pandai baca. dah pandai tulis. tapi yang tak bestnya, bila mata diorang pun dah menunjukkan ciri-ciri rabun. alahaiiii. nak kata aku bagi tgk tv sgt, tak jugak. naka kata main ipad, aku ipad pun takde. main game handphone only on weekends. maybe faktor genetik kot yang main peranan. so kengkawan yang ada anak-anak kecik, jangan la bagi anak kita hadap sangat gadget canggih manggih nih. skali skala, sebagai alat membantu tak pe (e.g. makan kat luar, or kenduri kendara ok la), jangan jadi alat yang ganti kita sudah.
kay la people.mak buyung nak start tulis report nih. tangan dah warm up menaip. :)

take care all.

ps - doakan saya selamat semuanya dengan baby dalam kandungan sepanjang mengandung dan bersalin.. amin!


Wednesday, October 3, 2012

Kamu belum 100% ikhlas

Bila kita rasa kita dah usaha sehabis baik, tapi sedih, bila ada dengar orang cakap something pasal usaha kita, itu tandanya, kita tak 100% ikhlas dengan kerja yang kita buat.
#peringatan utk diri sendiri

Tuesday, October 2, 2012

Afiq and his mind

Bila disuruh mengaji.....
Daddy : Afiq mengaji cepat!
Afiq : Daddy, kalau Afiq mengaji, nanti Afiq tido lambat. Kalau Afiq tido lambat, tomorrow when I wake up in the morning for school, I'll cry.

Trying to read his mind....
Mommy : Afiq, what if Mommy bagi nama baby, A******?
Afiq : Eh, cannot! That's a name of a children! (pardon his grammar)
Mommy : Afiq, when you're a baby, your name is Afiq. When you're a children (tiru jugak!), your name is Afiq, and when you grow up, your name is still Afiq! You cannot change your name!
Afiq : Oooh! It's the same name ye mommy?

(He thought the name changes as you grow up. haha!)