Tuesday, October 16, 2012

The Special Spot in My Heart

Terasa dah grown up sangat afiq and adib.

Masa mula-mula tulis blog dulu, kecik lagi. caakp pun pelat-pelat. do update kat blog their milestone. kisah diorang hari-hari. Tapi dek kesibukan masa (ayat tak boleh blah), banyak yang simpan dalam otak jek, tak tershare kat sini.

Sekarang nih, the boys tengah attend kindergarten, dekat jek dengan rumah. Alhamdulillah, they like the school, and even protest kalau ugut nak tukarkan sekolah. Progress pun okay, cuma masih malu-malu kucing dengan orang. (Memang menurun bapaknya laa. Mujur tak ikut perangai mommy)

Sekarang nih, dah kena bersedia untuk jawab soalan yang macam-macam. The elder two mula bukak topik aqidah. Yes, you heard me right. AQIDAH.

It started with Afiq, who asked me the question, in the car..

Afiq : Mommy, who create the sun?
Mommy : (Belum sempat jawab)
Afiq : Allah kan Mommy?

and the topic drags on sampai last two nights, masa tengah lepak-lepak kat bilik before they doze off.

Afiq : Mommy, Allah created the sen and the moon right mommy?
Mommy : Yes. He creates everything!
Them : Why Allah can know everything Mommy?
Mommy : Because He create us.
Adib : Mommy, is Allah a boy or a girl?
Mommy : We don't know Adib.
Adib : I think Allah is a boy.
Mommy : We can't say that Adib. (and at this moment, I knew, I have to find a better answer next time)

Sebelum nih, pernah jugak diorang dok tanya pasal hidup dan mati. They know, they have a little brother named Amin, who has left us early.

Them : Amin dekat mana Mommy?
Mommy : Amin dekat syurga.
Them : Macamana Amin pergi syurga Mommy? Allah amek Amin naik kereta ke?
Mommy : (pening nak jawab)

And paling suka borak dengan twin pasal balasan syurga dan neraka. Aku lagi suka bagi pemahaman yang mudah untuk anak-anak. Beri gambaran, bahawa syurga itu penuh dengan nikmat, while neraka is the opposite. And saya memang suka cerita pasal syurga instead of neraka, sebab suka tengok the glow in their face.

Selalunya, aku bagi gambaran, kat syurga tuh ada banyak toy. Semua toy ada. Semua boleh amek. And you can get any toys you want. Selalu jugak cakap dekat syurga ada banyak candy, and you can eat all candies, tapi gigi tak rosak pun. Masa nih muka masing-masing berseri-seri. Tapi selalunya, diorang will end up tanya, "Mommy ada sekali tak?" (sebab 2-2 masih too attach to Mommy bila keluar dari rumah. Agaknya dok bayang macam gi shopping, Both ada experience hilang in public, soooooo ada rasa trauma di situ).

Dan sekarang jugak, sudah pandai auta mengelak dari mengaji. Dah namanya pun budak kan? Asal suruh mengaji, time tu la dia haus. Time tuh la dia nak makan roti. Time tuh la dia mengantuk. Time tuh la nak kencing. Macam-macam!

Apa pun, Afiq and Adib memang ada special spot dalam hati Mommy. Anak yang hadir setelah berhempas pulas melalui segala fertility treatment. Mereka anugerah Allah yang tidak ternilai. Aidin pulak datang, selepas kembalinya Amin ke rahmatullah. dan baby yang ada dalam perut nih hadir, selepas Mommy berdoa ketika tawaf semasa umrah.

terlalu banyak nikmat dan anugerah yang Allah dah beri pada aku melalui anak-anak nih. Cuma aku, yang masih terlalu sedikit ingat pada nikmatNya. Allahu Rabb!

ps - Aku sebenarnya rasa rindu sangat kat anak, padahal tak gi outstation mana pun. Rasa macam tak spend quality time with them, sebab sibuk ngan urusan tertentu. (and apda masa yang sama rasa teringin nak cuti, sebab penatttt sangat rasa!)



No comments: