Sunday, July 28, 2013

Afiq first success in fasting. Yeay!

It's day 19th of Ramadhan, I hope all of us semakin banyak ibadah kita kepada Allah. Orang pompuan ni biasalah, lagi nak raya, lagi banyak amalan untuk beraya yang dibuatnya. Harapnya kita semua makin berubah. Sepatutnya makin dekat nak raya, makin banyak amalan kita buat untuk meninggalkan Ramadhan. Nak masuk 'bonus' round la katakan. 

2-3 hari nih, banyak betul berita pasal kematian yang saya terima. Sedih dan sayu mengenangkan mereka yang menghadapi kehilangan di bulan penuh barakah ini. Dalam masa yang masa, it's a good reminder to me, tentang mati. Mati itu tidak kenal usia. When it's time, it's time. 

Semasa menghadiri upacara pengkebumian suami seorang sahabat, walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi, dapat dirasakan bahawa arwah ini pada zaman hidupnya sangat baik. Ramai betul yang solatkan jenazah. Masya Allah. Semoga suatu hari nanti, apabila saya dipanggil kembali kepadaNya, rezeki saya untuk disolatkan oleh ramai orang juga melimpah ruah. Sahabat saya itu ditinggalkan dengan tiga anak yang masih kecil, paling kecil berusia sebulan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya doakan sahabat saya itu dikurnia seribu satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan membesarkan amanah yang ditinggalkan. amin!

On other note, yesterday was afiq and adib's second day BANGUN SAHUR, literally. (dah subuh pun still makan lagi.. tak pe la, practise). I was expecting them to surrender around lunch time. Seperti yang dijangka, Adib surrender, but to my amaze, Afiq bertahan sampai bukak puasa. So, untuk meraikan kejayaan dia puasa penuh semalam, saya turutkan la kehendak dia berbuka puasa. his wish was simple, just nasi goreng and air sirap. amekkkk.. Bergelen-gelen air dia minum semalam. Berbakul-bakul puji Afiq puasa penuh sampai Adib tak larat nak dengar, that he asked me,"Why you keep on saying the same thing?" Hahaha. Kasik bakar sket.

Pagi ni, 2-2 bangun sahur lagi. Afiq as usual mengongoi bangun sahur. Sekali masuk gear makan, boleh tahan banyak. Kita tengok hari nih sampai kul berapa tahan. 

Okay la people, cik Arfa dah merengek nak tido balik. Dia pun bangun sahur gak pagi tadi. Daa!

1 comment:

ezan said...

Congratulations Afiq!!!!
Tahun depan boleh la try puasa penuh sebulan plak insyAllah..
To Adib, well done too sebab effort nak cuba berpuasa...keep it up Adib!!!
Semalam kami jumpe Rozie di majlis tahlil kt masjid.
I think she really needs support from all of us because she is totally alone...