Wednesday, November 27, 2013

Bila Jumpa Jejaka Hot - Ustaz Don Daniyal

I always admire this young daie, for his ability to touch the hearts. Dan hari ini aku dapat opportunity untuk hadir dalam ceramah sempena hari Inovasi kat Jabatan. Makan lunch laju-laju, Zohor and head to auditorium, siap duduk depan daie muda ini. 

He hit me hard on my face. Kenapa? Nantikan entry saya yang hendak saya karang dengan sebaiknya. Insya Allah.

Semoga semua anak-anak saya punya minda yang terang untuk mengkaji dan mengamal ilmu Quran sebaiknya. Amin.

#Doa ibu itu mustajab!

Monday, November 25, 2013

Kufi Kaligrafi

Alhamdulillah! Yeay! I fall in love with KUFI ON KANVAS's calligraphy design. So, ada satu hari tu, in conjunction with 15,000 likes, aku pun join la contest. Saja-saja try luck. Sekali, eh, eh.. I menang you. Timely winning in fact, sebabnya nak memborong dekat IKEA untuk bilik kids. Tahun depan dah mula sekolah, so dah kena set up bilik sendiri + tempat buat homework. 

Rasanya Sabtu lepas postage sampai rumah.. Senyum sampai telinga!



By the way, owner Kufi on Kanvas ni is a friend of mine. An architect by profession. His artwork is simple (to my eyes) and the price is affordable too. Go like their page (ni promo free saje).

Tu jek nak share. Bye!

Thursday, November 21, 2013

Sila check passport anda

Perasaan resah tinggalkan anak untuk outstation adalah sama setiap kali kena outstation. (Padahal last outstation ada la 2 tahun lepas kot?!) Oleh kerana dah lama tak outstation tinggalkan anak, I feel a little bit anxious to leave them behind, what more arfa tak pernah tak tido sama mommy tiap-tiap malam. Will it be arfa or will it be me yang akan susah nak tido every night? Seminggu jek pun kena pergi, tapi susah hatinya.. alahai.. dengan stok ebm cukup-cukup makan.. Tawakkalillah!

Moga Allah permudahkan.

Anyway, the trip this time requires passport. Dah berapa kali tanya husband passport hidup ke tak.. Dia dengan konfiden cakap, hidup. Sekali semalam insist jugak check. Amek! Mati bulan 7. Mujur tau smalam. Ada la seminggu buffer nak pergi renew passport. Kalau kena masa nak check in baru perasan, naya je!

Preparation gitu-gitu jek. Rasa risau and anxious melebihi segala. Dengan risau nak tinggal arfanya.. dengan risau nak present nya. Agagagagagaggga. Malas nak pikir. Go with the flow saja!

Wednesday, November 20, 2013

Ephyra ra ra


Aku dah quite sometime dok mencarik produk collagen to consume. almaklum.. dah 3 series.. it's so timely to get one!

tapi aku and ubat yang kena bancuh dan minum susah nak get along. aku macam dah set kepala otak, yang supplement macam nih tak sedap. :P until la satu hari aku dok bergossip sakan dengan member lama kat utm. dia cakap dia amek ephyra. siap hanto gambar.

dapat gambar iols is teruja. (dan jeles?) dan terus jadikan kawan iols nih idola. tagline - muka makin suci murni lepas minum ephyra. :P

so i bought a box of ephyra dari kawan aku nih.

first comment aku bila rasa ephyra - weh sedap! rasa cam oren. ntah. tapi boleh masuk anak tekak. nak-nak kalau bancuh ngan air sejuk. nyamansssss

first few days consumption. aku cam light headed sket. tapi managable. member kata normal.

TAPI yang paling nyata is - aku susah tido sebab energy level tinggi nak mamps. kul 10 pm macam tak penat. ini bahaya. mau tahun depan keluar anak lagi satu. (ini tidak kelakar.. :P)

after almost a box finish, aku tengok kulit kering kat kaki dah makin kurang. cuma muka masih belum nampak suci murni lagi macam kawan iols. :P bench mark ok.. bench mark.

nak pergi toilet pun senang. yang ni aku tak sure was it because of ephyra or the 1000mg vit c that i took.

cara minum senang jek. drink masa empty stomach, best 2 hours before meal. so aku minum time subuh alam. so by the time sampai office just nice boleh breakfast.

content segala mala boleh google saje.

Since next week gaji, apa kata pakat ramai-ramai beli sorang satu kotak. boleh contact:-

Zarina Nazir (aku panggil dia nard)
no. tepon dia - 0165668082 - please whatsapp/text her
email dia - nzrina80@yahoo.com

please quote,"saya blog reader aishah zaharin" for special price.

Jom transform muka jadi suci murni dengan ephyra. :) ngeee

Monday, November 18, 2013

Back to School Bill.. Boleh fengsan..

Pengsan jap tengok bil barang sekolah anak.

Bil untuk 2 orang anak lelaki nak start sekolah rendah. Betul-betul beli 3 pasang baju sekolah kebangsaan, 3 pasang baju sekolah agama, 2 set sampin, 2 pasang kasut, 3 helai singlet & 6 helai spender untuk each anak laki. 

Korang dah beli baju sekolah anak? Aku beli awal sebab... excited! haha. pastu takut size takde. Satu lagi sebab, aku malas nak berasak-asak dengan orang bila dah nak dekat bukak sekolah esok.

Perghhhhh. lap peluh kejap!

#First time mother..

Friday, November 15, 2013

Legoland : entry bergambar

Cam dalam entry lepas, aku share cerita aku pergi Legoland. untuk kali kedua. Sebab anak-anak aku memang peminat tegar Lego.

Tahniah Legoland kerana iklan anda di Astro berjaya membuat anak-anak saya berulangkali cakap pasal Legoland dan membuatkan saya dan suami yang berhati tisu kembali ke sana dengan anak-anak. (NO JPO THIS TIME. ONLY LEGOLAND)

Kitorang duduk dekat Nusajaya jek, cari hotel yang dekat dengan Legoland. Dok Kat Hotel Nusa City, jumpa dalam Agoda. Rate semalam dalam 200++ untuk suite. Suite tak agak-agak. 1 king bed + 2 supersingle beds. Ok la tuh. Tapi breakfast tarak. Breakfast carik la kat area-area tu, tapau bawak balik bilik makan.

Aku masuk Legoland guna offer susu dutchlady. Buy 1 adult 1 day combo ticket, free 1 ticket for kid. Banyak penjimatan dekat situ. Gamble jek pergi hujung tahun walaupun tau sekarang musim hujan.

Nak dijadikan rezeki, hari yang kitorang pergi tu terang benderang sampai ke petang. Memang panas tahap kaw-kaw punya. Cik Arfa sampai macam udang kena bakar kulit dia. Aku? ephyra kan ada. hiks!

Enterprem jap..


Cumanya hari yang aku pergi tu ada banyak rombongan sekolah. So boleh tahan la beratur lama untuk setiap rides. Aku satu ride pun tak naik. Kerja aku tungggu anak habis naik ride dengan daddy dia, sambil bagi arfa makan sambil macam-macam.. tengah panas.. 

Meh layan gambau..

Ni masa memula sampai. Amek dulu gambar. Sebab tau kejap lagi dah malas la nak click sana sini. Dengan panasnya, dengan badan tak berapa sihatnya..

Lamanya la tunggu Afiq n Adib punya turn dekat sini. Kat sini 6 years and above jek aku rasa boleh masuk. Aidin kena drive kat satu lagi section..

My over confident boy. Suka hati dia jek nak bawak macamana pun.

One of the kids' favourite ride. Anak-anak aku semua penakut turun aku bapak dia. Takkan adanya nak naik roller coaster bagai..

3 bujangku yang dah besar panjang. Tahun depan 3-3 orang sekolah.

*lap ayaq mata sat

Ni muka peneman Mommy yang setia. Anak dara....... siap kaki angkat letak atas stroller. Senangnya hati awak kan?

Beside rides, anak aku nak sangat gi Miniland tuh. Sebab dah ada Starwars. Thanks to husband yang menurunkan pengaruh tu. Aku tak minat langsung! (tapi kartun lego star wars best. sebab kelakar)

Ni mat smart ni. Pakai spek hitam saje.. Panas kata dia..

Kemudahan kat Legoland ni superb. Baby care centre dia best. Kalau tak best, cemana cik Arfa boleh tido nyenyak?

Ada breastfeeding room, toilet, microwave, baby chair, cot, etc kat sini. Since Arfa dah tido, aku cepat-cepat angkut dia gi surau yang kat sebelah baby care untuk solat jamak zohor + asar. Satu jek yang ralat, awat la surau tak leh kasik pasang aircond. and kebersihan surau ada sikit kureng. Berhabuk + tempat aku solat tuh ada bangkai lipas. Please Legoland. Go and bring your administration team to Seaworld Australia, and see their surau. Sangat bersih. Elok jek aku habis solat. Arfa pun bangun. Syabas betteh..


Kitorang round park sampai dalam pukul 4.00 lebih. Lepas tuh, cepat-cepat heret anak masuk water park. Water park legoland kan baru bukak 21 oktober hari tuh. Itu sebenarnya yang buat anak aku nak gi sana sangat. 1.5 hour ok la tuh. 

Aku bab-bab waterpark nih memang malas. Cukup la aku malas nak masuk changing room bagai nak tukar. So awal-awal lagi aku dah cakap ngan husband, I'm not going to swim. Aku pun duduk la kat celah-celah yang boleh duduk dengan si Arfa. Memula, aku malas nak bagi Arfa mandi, sebab dia macam batuk. Tak nak melarat. Tapi dia dok.. huh. hah. huh. hah. tengok abang dia mandi. Last-last aku tukarkan jugak si Arfa, pass pada husband, kasik la dia berendam dalam 20 minit. Jadik la..

Gambar kat waterpark tak banyak aku amek. Sebab sibuk kasik Arfa dinner. 

Kids memang suka sangat kat waterpark. Life guard pun ramai. Bagus. Standard yang patut dikekalkan. 

Yang baju biru tu Aidin. Yang gambar sayup-sayup tuh husband and Arfa. Afiq and Adib tak tau kat mana. Nampak kan lifeguard kat slide tuh. Every slide entry point ada lifeguard. Bagus.

All in all, it's a worth trip to Legoland, seeing my kids beaming from ear to ear. 

Bila dah balik KL, tanya lagi......

"Can we go to Legoland again?"

Apa kau ingat Mommy Daddy cop duit????


Thursday, November 14, 2013

Food poisoning, Allergy and Legoland..

It has been a while since I last hit the keyboard. Ntah kenapa. Blogging dah tak macam dulu. Kalau dulu tuh, semua benda nak cerita.. sekarang, macam malas. 

Anyway, I was down with bad food poisoning for past one week. In fact, the aftermath is still there. tummy discomfort masih wujud, visit to toilets still there. sabar.. sabar..

Minggu lepas, masa combo cuti deepavali + awal muharram, my kids cuti seminggu. Memandangkan tahun ini plan untuk bawak jalan-jalan telah dibatalkan, maka, my husband and I bawak la budak-budak pergi Legoland kat Johor.

Kiranya, ni visit kali kedua la. First time pergi masa aku baru habis pantang. Nak pulak sekarang lego dah keluar siri star wars.. Lego + starwars = combination terbaik untuk boys kot? (padahal mak dia satu watak pun susah nak hafal sebab tak minat langsung..) Suka sangat la anak-anak dapat pergi sana.

Plan ni dibuat sebelum aku sakit. Since dah janji ngan anak-anak, kutahankan jua sakit dan layan janji dengan diorang. Alhamdulillah, Allah 'tangguhkan' sakit aku tu sampaila aku balik KL. Balik KL, merasa... 3 hari extra aku MC sebab sakit perut + cherry berry + food allergy. tu pun mujur tak kena tahan wad kan?Merasa aku pepagi senin gi hospital kena amek dara.. eh.. darah..


Nurse terus standby line, kot-kot la nak masuk ubat ke. Udah ler I tak feel makan breakfast sebelah tangan. kena anje-anje ngan hubster. pui!

Gambar tak banyak pun amek masa kat legoland. paham-paham lerr. dengan Arfa yang dah tak baby, dengan melayan sakit perut. Nantilah kak long transfer kan dari phone. (pakai phone saje! malas bawak kamera!)

kay people.. bye!