Friday, December 12, 2014

Around Nippon-Maru Memorial Park with Mom

Banyak betul entry tertunggak. I sibuk sangat uols. Ke I tak reti urus masa? Adoi...

Cerita mak datan pun tak habis lai. Ngeeeeee

Ok.. Sambung balik cerita ok?

Other than zoo, Gotemba n Mt Fuji, I bawak bonda ronda-ronda bandar Minatomirai, kiranya the new Yokohama town la, tempat husband kerja. Nak bawak ke Tokyo, I tak lepas sebab panglima-panglima askar ramai.. :)

We walked around the Nippon-Maru Memorial Park.Dekat situ ada small theme park. Jadik ler. Kids have been bugging me to be on the clock tower, so kali ni kasik chance la naik clock tower tu. Mahal ok. One adult 700yen ke 800yen. tak hingat aku. 

Ni rupa clock tower tu..

Benda yang pusing-pusing tu.

So naiklah kami rombongan cik kiah clock tower tu. Satu car boleh masuk 5 orang. so We all kena split naik 2 car.

 Adib yang gayat.. :)


The view from top is nice. Must be very romantic at night. :)


View from top. Nice kan?

Lepas settle seround clock tower ni, anak-anak heret the adults pegi theme park. Kena pow lagi seround naik rides.



In short, di sini, banyak area yang I enjoy bawak anak-anak jalan. The scenery is beautiful, and it is good for your health too.

Nah,enjoy the beautiful scenery around this area..




Last but not least.. a picture of 4 generations in the family. May we still have the chance to take more pictures like this!


Thursday, December 11, 2014

11-12-2014

11-12-2014

Sudah 6 tahun kamu kembali.

Alfatihah untuk anak Mommy. Moga bertemu lagi kita di Jannatul Firdausi.

Thursday, November 27, 2014

A visit to Nogeyama Zoo

After a lovely weekend melihat cantiknya ciptaan Allah - Fuji san, Lake Kawaguchiko, kami pun balik semula ke Yokohama. Husband was due for his Korea trip, hence the very next day tu, jalan around Yokohama saje.

Since kat Yokohama ada zoo yang free, we made our way there. We went to Nogeyama Zoo. It is relatively a small zoo, but good enough for free. You can see tiger and lion from a pretty near distance, zirafah, etc.


 This is how near you can get to the animals.



Yang menariknya zoo ni is, ada petting zoo. Dua jenis binatang yang diorang bagi pegang was hamster and anak ayam. Tapi, aku memang penggeli dan penakut. Afiq & Aidin memang layan la benda-benda ni. 


 Adib menurun perangai Mommy

 Free stuffs that make the kids happy

Chicky Cheeky Aidin

We spent about 1.5 hours here. It's not too big, just nice for a free visit. :)



Wednesday, November 26, 2014

Gotemba Premium Outlet

Payahnya nau nak sambung entry kan?Janji sambung.

Ok. Lepas satu hari spend masa kat Lake Kawaguchiko, esoknya tu kitorang check out dari umah and pergi melawat tapak lain pulak. :D

We brought the family pergi the famous premium outlet - Gotemba Premium Outlet. Masa nak pergi sana, bila nak masuk parkig, husband divert ikut jalan lain (atas nasihat member to avoid traffic) and memang la itu satu keputusan bijak. :) Bagus.. 

Niat datang sini, memang takde nak shopping (ecceh). Memang sikit pun aku shopping. Nak kata murah, tak la murah sangat. Boleh la. 

Stamp passport dulu bukti dah sampai Gotemba

Kat sini, kalau nak makan yang ada pun cafe-cafe coffee saje la. So, as usual, memang bawak la serba sikit bekal especially untuk budak-budak makan. Tapi last-last surrender gak beli McD untuk dinner sebab takut lapar sangat bila balik Yokohama. And yes, it was a good move sebab masa balik Yokohama kitorang sangkut dalam jam super lama. Nasib baik takde yang nak terkucil.

Antarakedai yang ada kat sini - Ferragamo, Furla, Kors, Coach, Disney Store, Sanrio (Hello Kitty), Follies Follies, Swatch, Anna Sui, Body Shop, Adidas, Nike, etc. Memang banyak la outlet kat sini. Kalau tak salah dalam 300+ kedai.

Yang bestnya Gotemba ni is, kau tak yah risau pasal mana nak solat. Sebab kat sini ada disediakan surau. Yes! Tempat wudhu' pun ada. Cuma tempat wudhu tu kongsi untuk muslimin dan muslimat. Cumanya, kena hati-hati jaga aurat sebab bukak pintu jek, terus taraaaaa.. nampak kamu di situ. Location surau dekat ngan kedai Swarovski. Untuk muslimat, sila bawa telekung or best is, pakaila pakaian yang solat ready.

Pintu masuk surau kat Gotemba Premium Outlet

Nak kata aku recommend gi sini..tak kot.. sebab satu, dia jauh.. pastu kalau setakat nak window shopping, cam serius buang masa, unless kau memang niat nak shopping. kata husband, kalau pergi weekdays, macam dia pernah pergi dulu, the offer was far better. So, kalau nak gi, pergi la masa weekdays. Kalau dari Yokohama, ada shuttle bus service dari Yokahama Cat (YCat). Rasanya harga tiket dalam 3,000Y per person (return ticket). 

Kalau yang bawak anak kecik, memang la tak berapa enjoy nak shopping. Budak kan.. lain la kalau gi kedai mainan. Kat sini, ada jugakla playground kecik. So parents boleh take turn utk shopping. :)

This is the best spot to take picture kat Gotemba. Aku rasa sebab belakang tu suppose nampak Fuji San. Tapi hari tu awan mendung berarak kelabu. So, ni jek la yg nampak. :)

Budak-budak tengah kemaruk amek gambar sambil lompat.Tinggi Aidin lompat kan? Thanks to Mommy tolong jadi prop dukung dari belakang.

Kay la korang. Hope boleh jadi panduan pada kaki shopping. I kaki window shopping je. :)

Friday, November 21, 2014

Accomodation in Lake Kawaguchiko, Mount Fuji

It's either I was too busy, or I just didn't manage my time right. Memang tidak ada ruang dan peluang utk bukak laptop. Too many things nak jot down, sebelum terlupa. :) Almaklumla, dah three series ni kan.

Ok, sambung cerita lepas dulu la. On vacation home yang husband sewa masa pergi jalan-jalan dekat Lake Kawaguchiko, near Mountain Fuji. Memula husband google jek. Last-last mintak tolong secretary office husband (she's Japanese) untuk tolong carikan. We ended up staying at Sasuga Vacation Homes. Sangat puas hati.

Rate yang diberi adalah based pada per person. Kalau tak silap, satu adult dia charge 4,500Y per night. Rumah yang kitorang dapat tu rumah banglo, self contained, fully furnished with kitchen. Ada 3 bedroom + 1 japanese room, living room, kitchen, toilet. Puas hati!

 
 Ni la vacation homes yang kitorang dapat. Besar kan? Puas anak-anak dapat berlari dalam rumah. :)


 And we woke up in the morning to this view. :) Subhanallah!

And the surrounding view..

Rezeki kami nak nampak Gunung Fuji. Cantik tak terkata

Ni view lake..

And all the view tu boleh nampak dari balkoni rumah. Ada barbeku facilities siap. :)


And ada garage..

Owner rumah duduk rasanya dekat je ngan vacation home ni. Owner pun boleh cakap English, so not a big problem. The only problem was, jalan nak ke rumah tu sangat sempit. Memang mencabar la kalau bawak kereta yang agak besar macam Estima. 

So, kalau yang ada plan nak gi tengok Mount Fuji, boleh try la duduk sini. Highly recommended. 

Kay la korang.. Nah I belanja satu gambar family.

Note : Arfa masa ni baru je had her hair cut. Dah macam Dora plak aku tengok.



Tuesday, November 11, 2014

Jalan-jalan : Mountain Fuji dari Lake Kawaguchiko

First weekend masa Makdatang tu, husband bawak kami semua pegi jalan-jalan kat Lake Kawaguchiko, dengan harapan besar nak tengok Mountain Fuji. Dengar cerita daripada member yang pernah peri, musim Autumn ni antara musim paling best la kalau nak tgk Mt Fuji, sebab cantik. Tapi kata kawan yang dah pegi dua kali tu, dia kata2 kali pergi, 2 kali tak nampak Mt Fuji. So, pasrah jek la.

We put up a night di Lake Kawaguchiko. Kata member-member husband yang dah pergi banyak kali,lake ni adalah lake yang paling cantik untuk stay. So kita ikut jek la nasihat orang kan. Stay kat Jepun pun bukannya lama, ntah ada ntah tidak peluang nak pegi sini lagi.

Nampak tak ada tip putih tu? Rasanya this is among the first picture masa kitorang memula nampak Mt Fuji. Subhanallah, cantik amat-amat!

Perancangan awalnya, nak pergi Gotemba Premium Outlet dulu, then esoknya baru spend masa tengok puas-puas Mt Fuji. Tapi bila tengok weather forecast, terus tukar plan. And I think that was the best decision made ever! Puas mata memandang cantiknya Mt Fuji ni.




Sampai-sampai je Lake Kawaguchiko, kitorang piknik seround..

Abaikan muka tuan tanah. Dah elok masak kuah spaghetti untuk anak, terlupa nak bawak. Sabooo jek ler

 Ni model kecik

 My small family

 Pemandangan dari tempat picnic

 Lagi pemandangan dari tempat picnic

The ladies of 4 generations. Yang kat depan tu uwan saya.. Sebelah tu mak. Saya happy gila!

Lepas settle picnic, kena la tunai janji ngan anak-anak yang nak naik boat. Pinar bijik mata tengok harga tiket. Last-last pakcik tu kasi kitorang naik speed boat, 7 adults and 5 kids at the price of 7000yen. 

 It was breathtaking

 The twins

Fuji san

Dekat area lake ni,ada banyak park. Tak ingat la pulak nama park yang kitoran pergi ni. Kat sini,boleh turun sampai kat gigi air. The twin amek wudhu and solat. Solat duduk tapinya..


Nice kan?

Lepas jalan-jalan kat park, pekena ice cream tepi jalan. Sejuk-sejuk makan ice cream.



Dah pekena ice creamseround.. kitorang pun pergi ke vacation home untuk check in. Tu sambung next time pulak la. Panjang dah ni..