Payahnya nau nak sambung entry kan?Janji sambung.
Ok. Lepas satu hari spend masa kat Lake Kawaguchiko, esoknya tu kitorang check out dari umah and pergi melawat tapak lain pulak. :D
We brought the family pergi the famous premium outlet - Gotemba Premium Outlet. Masa nak pergi sana, bila nak masuk parkig, husband divert ikut jalan lain (atas nasihat member to avoid traffic) and memang la itu satu keputusan bijak. :) Bagus..
Niat datang sini, memang takde nak shopping (ecceh). Memang sikit pun aku shopping. Nak kata murah, tak la murah sangat. Boleh la.
Stamp passport dulu bukti dah sampai Gotemba
Kat sini, kalau nak makan yang ada pun cafe-cafe coffee saje la. So, as usual, memang bawak la serba sikit bekal especially untuk budak-budak makan. Tapi last-last surrender gak beli McD untuk dinner sebab takut lapar sangat bila balik Yokohama. And yes, it was a good move sebab masa balik Yokohama kitorang sangkut dalam jam super lama. Nasib baik takde yang nak terkucil.
Antarakedai yang ada kat sini - Ferragamo, Furla, Kors, Coach, Disney Store, Sanrio (Hello Kitty), Follies Follies, Swatch, Anna Sui, Body Shop, Adidas, Nike, etc. Memang banyak la outlet kat sini. Kalau tak salah dalam 300+ kedai.
Yang bestnya Gotemba ni is, kau tak yah risau pasal mana nak solat. Sebab kat sini ada disediakan surau. Yes! Tempat wudhu' pun ada. Cuma tempat wudhu tu kongsi untuk muslimin dan muslimat. Cumanya, kena hati-hati jaga aurat sebab bukak pintu jek, terus taraaaaa.. nampak kamu di situ. Location surau dekat ngan kedai Swarovski. Untuk muslimat, sila bawa telekung or best is, pakaila pakaian yang solat ready.
Pintu masuk surau kat Gotemba Premium Outlet
Nak kata aku recommend gi sini..tak kot.. sebab satu, dia jauh.. pastu kalau setakat nak window shopping, cam serius buang masa, unless kau memang niat nak shopping. kata husband, kalau pergi weekdays, macam dia pernah pergi dulu, the offer was far better. So, kalau nak gi, pergi la masa weekdays. Kalau dari Yokohama, ada shuttle bus service dari Yokahama Cat (YCat). Rasanya harga tiket dalam 3,000Y per person (return ticket).
Kalau yang bawak anak kecik, memang la tak berapa enjoy nak shopping. Budak kan.. lain la kalau gi kedai mainan. Kat sini, ada jugakla playground kecik. So parents boleh take turn utk shopping. :)
This is the best spot to take picture kat Gotemba. Aku rasa sebab belakang tu suppose nampak Fuji San. Tapi hari tu awan mendung berarak kelabu. So, ni jek la yg nampak. :)
Budak-budak tengah kemaruk amek gambar sambil lompat.Tinggi Aidin lompat kan? Thanks to Mommy tolong jadi prop dukung dari belakang.
Kay la korang. Hope boleh jadi panduan pada kaki shopping. I kaki window shopping je. :)
No comments:
Post a Comment