Wednesday, August 6, 2014

Beraya di Disneyland, Tokyo

Dari awal, masa tah kena pindah Jepun, dah berangan-angan nak pegi Disneyland Tokyo. Alang-alang dah duduk sini kan? Kalau semata-mata nak gi sini dari KL, mahal. So, masa raya kedua, kitorang decide utk beraya kat Disneyland & Disney Sea, Tokyo.

Balik dari berjalan masa raya pertama, berkuntang la I kat dapur, menyiapkan bekal apa yang patut. Berjalan dengan anak-anak kecik, memang kena ada makanan standby dalam beg. I masak makaroni goreng, sausages, jagung rebus & roti. Korang boleh bayang betapa beratnya bag pack laki I maskuk theme park. :)

Oleh kerana nak menjimatkan masa, we decided to put a night in Disney Ambassador Hotel. Sebab nak pergi park 2 hari. Takkan nak ulan alik Yokohama-Tokyo. Mau tak bangun pagi. :)

Ada member husband advise jangan pergi sekarang, sebab sekarang tengah panas and super ramai. But we have no choice sebab anak-anak masih belum start sekolah. Kang dah mula sekolah, payah nak merayap kan? Gamble jek la.

Sampai-sampai area Disneyland tu, kitorang check in hotel dulu. Kat sini, boleh pre check in. Pre check in starts as early as 7am, and korang boleh tinggalkan luggage kat situ. Check in time hotel starts at 3pm. tapi kalau buat pre check in macam kitorang, kul 4.30pm baru boleh dapat kunci bilik. Tak kisah la. Sebab sure nak kat kul 6pm baru keluar dari park.

 This is where we stayed.

 Greeted with this at the ceiling. Nice

With kids sementara tunggu Daddy parking kereta.

Nanti la I up satu entry hotel saje.

Dari hotel, kitorang gerak gi Disneyland. Untuk yang tinggal di Disney Resorts, ada free shuttle bus diorang provide. Bas dia cute! :)

 Ni la bus cute tu.


Dari lubang aircond sampai ke hand rail, semua Mickey associated.

Masuk Disneyland, macam mana-mana park lain, dia akan buat screening bag, etc. Ok jek bawak bekal masuk. Ada port disediakan untuk sesapa yang nak piknik. Tapi nan hado la I nak gi tempat piknik semata-mata nak makan kan? Main makan jek, sampai kena tegur. :P Setakat light meal, macam jagung makan kat dalam. Yang kena sound tu sebab makan macaroni goreng kat baby centre,  hihi.

Memang la ramai gila umat dalam Disneyland ni. On average, beratur untuk naik rides no less than 30 mins. Ada fast pass. Tapi first time masuk, tak pandai strategise kan. So banyak la rides yang kitorag fore go, sebabtak sanggup nak beratur. Aku heran dari mana sabar tu datang kat org2 Jepun ni. Sanggup diorang beratur nak kat 2 jam semata-mata nak naik rides? Idok lerr teman.......




Food kat dalam ni, harga dia boleh tahan sedapppppppp. Ada 3 kategori, satu below 1000yen, up to 2k and above 2k. Kalau level below 1k tu, dapatla pizza, ke calzone ke.. So masa kitorang gi hari tu, bila food dah takde, belilah calzone seafood. Boleh ler buat lapik perut. Nak kata sedap tu, tak la. Boleh la untuk dimakan buat lapik perut. Aku expect, ada la fish & chips ke. Tak ada! But I believe ada la kedai-kedai yang jual tempura, cuma time perut lapar u kitorang tak jumpa dah. Sebat je  apa ada.

Kalau theme parks kat Oz, e.g. Movieworld & Seaworld, ada tempat khusus untuk solat. So mudah sangat-sangat. Tapi kat Disneyland tak ada. Nak cari area yang secluded sikit pun tak ada. So aku tibai solat dalam nursing room. Tapi area tu for ladies only. Husband solat selamba je kat one corner. 

Kitorang stay sampai petang, and return to hotel untuk solat asar. Lepas solat asar & maghrib, masuk balik Disneyland. Dah bayo mahal-mahal, lenjan sungguh-sungguh. Malam ada lighting show kat castle. Arfa takut la plak sebab ada api besar-besar ngan fireworks. Ditibainya melalak. But it was a beautiful show.

 Cantik kan? Boleh fefeeling romantik. :P

Sebab masuk without proper planning, so we miss all the parades etc. Kejar rides semata. Tak dapat bergambar dengan characters. So agak kurang lengkap di situ.

So tips masuk Disneyland Tokyo, time summer panas lit-lit ni:-
1. Wear comfy cloth.
2. Bawak air mineral banyak-banyak. Kitorang anak beranak juices + air more than 2 litres tak cukup!
3. Yang Muslimah, dan tidak uzur, pakailah pakaian yang ready solat. Memudahkan.
4. Skip the shops. Shops tu boleh pergi lambat-lambat.
5. Plan your fast pass, if you are into rides.
6. Spare duit untuk toys. Sebab tactic aku gi kedai masa anak dah penat tidak menghalang mereka untuk membeli toys. Erk.
7. Kalau stay kat Disney Resort, you are allowed to enter the park 15 mins earlier than others. So gunakanlah kelebihan tu dengan bangun pagi. Jangan jadi macam kitorang masa second day. 

Tu jek la. Penat taip ni.

Nah amek lagi setepek gambar.

Aku rasa ni je sekeping gambar family kitorang ada. Itupun sebabjumpa Msians mintak amekkan gambar. 

Harus repeat lagi ini trip. Moga dimurahkan rezeki. :)

Kay korang..nanti update Disney Sea pulak. Bye!






No comments: