Thursday, August 21, 2014

Jauh Dalam Hati

Aku memang anak manja. Manja yang tidak terzahir di mata.

Ada orang suka hidup di perantauan. Aku.. entah.

Datang merantau jauh untuk bersama suami tercinta. Melengkapkan kehidupan sebagai keluarga bersama permata-permata hati. 

Tapi jauh di sudut hati, aku rindu pada ayah dan bonda. Sesekali, rindu juga pada pusara anakanda yang sudah terlalu lama tidak kuziarah.

Duduk di tanahair, rindu suami. Duduk bersama suami, rindu ayah dan bonda. Terseksanya jiwa raga. 

Tabahlah hati. Kamu bukan anak kecil lagi. Kamu kini seorang ibu, yang punya amanah terhadap khalifah-khalifah Allah yang sedang membesar.

Moga segalanya dipermudahkan.

Moga hati disabarkan.

Moga rindu ditenangkan.



1 comment:

Nurul Abdullah said...

Subhanallah' besar ganjaran pahala untuk tanggungjawab serta niat kak Aishah dalam membentuk bakal-bakal khalifah umat.. makbruk!