Sunday, October 25, 2015

G-shock Malaysia at Zalora


Time is so precious. Masa itu amat berharga.

Sekarang, sejak masuk alam dewasa, jam tangan adalah aksesori wajib yang memang aku pakai tiap-tiap hari. Tanggal pun biasanya masa mandi jek. 

Sebagai seorang perempuan, you will definitely have a range of watch yang boleh kita pilih untuk pakai mengikut kesesuaian aktiviti. So, this can be very costly for oneself.

G-shock, is one of the watch that is available in market. It hails from Japan, and knowing Japan products, they are all in tip top design.

G-shock ni comes from the same group like Baby-G. Gen Y mesti tau jam ni sebab masa zaman sekolah dulu, jam ni sangat hipster and fofular gitu.

Being a lady, physical look of any accessories is very important. What I like about G-shock watches is the versatility of the design. Nampak sangat ranggi untuk dibawa ke outdoor tetapi masih manis dan ayu untuk dipakai bersama baju tradisi. Design offered caters a large group of customers. 

Hangpa tak caya ke apa yg cheq cakap? Cuba hangpa tgk gambar kat bawah ni:-


Lawakan?

Other than design, the colours offered pun sangat banyak. Biasanya jam cenggini, colour yang ada balik2 hitam.. tapi G-shock offer you wide spectrum of choice. For example, macam saya yang suka colour pink, that colour pun ada tau depa offer. 

Yang tak suka kaler pink, kalau naknlain dari yg lain, boleh gak amek kaler yang macam gold gold sket. Nampak elegant gitu. Kalau nak rasa macam k-pop, amek la kaler putih. Menawan!

This G-shock watch is designed untuk tahan lasak. So jam ni sangatlah sesuai kalau nak bawak pergi hiking ke, or any outdoor activity.

So, why not purchase yours one or one for your loved ones at  G-shock watch Malaysia!  

ps : kaler putih itu sangat menggoda iman!


Monday, October 19, 2015

Diftong, Vokal Berganding, Konsonan Bergabung, Digraf

Minggu ini minggu anak-anak akan menghadapi peperiksaan hujung tahun. Anak-anak yang nak exam, mak pak yang stress. Stress sebab tengok silibus BM pun mak pak tak boleh nak mengajar. Terpaksa guna bantuan google nak bagi anak-anak paham. 

Dalam guna google tu, aku jumpa satu blog ni yang aku rasa sangat membantu untuk mengajar anak-anak BM kat rumah. Cuba tengok blog Cikgu Hijau

Terus aku kenal dan faham diftong tu apa, konsonan bergabung tu apa, vokal berganding tu apa. *flip hair.

Diftong tu kan - perkataan yang bunyi dia macam meluncur gitu..

e.g surAU , gulAI, bOIkot

Vokal berganding tu pulak - perkataan yang vowel dia (a,e,i,o,u) duduk sebelah-sebalah, tapi bunyi dia terasing

e.g kAIn, bUAya, kUIh

Konsonan bergabung - huruf konsonan dok sebelah-sebelah, tapi bila ko baca bunyi dia terpisah gitu

e.g aisKRim, STesen, BRek

Digraf - huruf konsonan dok sebelah-sebelah, tapi bunyi dia mewakili satu bunyi saje

e.g. NYaNYi, belaNGa, KHamis

So atas ni silibus darjah 2. Aku anak murid lahir tahun 1980. (eh terus tau umur kita. eh) Dulu aku tak belajar pun ni semua. Tapi aku rasa, penggunaan BM aku masih ok la. Aku macam tak paham kenapa kena belajar ni, sedangkan yang lebih penting untuk anak-anak darjah 2 ini adalah penguasaan penggunaan/aplikasi bahasa. Tapi aku bukan pakar dalam bidang ni, so I can't comment much. 

Yang pasti, aku rasa benda kat atas tu boleh bantu korang ajar anak-anak yang nak peksa minggu ni. Ni belum Ayat Majmuk la, Ayat tunggal la. :) 

Hehe. Selamat ulangkaji pelajaran dengan anak-anak ok. Good luck you all.

Saturday, October 17, 2015

Progress Anak-anak Bersekolah di Malaysia

Boring kan..Balik-balik cakap rindu Jepun. :P

Hari ni hari anak-anak sedunia. Pagi attend annual concert Aidin. Alhamdulillah, he can already read, though masih merangkak. It's a huge leap for him. Maklumlah, masa kat Japan, sesi pembelajaran sangat santai. Masa balik hari tu, at the age of 5, dia baru kenal bunyi letters. Belum lagi mula membaca. But today, he can already at least read the simple-simple words, though dia still confuse when it comes to the letter sound e.g. u, bila dalam bahasa melayu.

Afiq and Adib is doing pretty well. I mean, adjusting well. Next week exam, lepas exam baru boleh gauge how far they understand at school. In former school, memang ada test, tapi tak ada placing. Maksudnya, bagi guru-guru dan sekolah, yang penting anak murid progress (mencatat kemajuan) berbanding mula-mula sekolah, sebab mereka berpandangan pelajar datang dari latarbelakang yang berbeza, so does their ability.

Arfa will be schooling next year, insya Allah. Kejap nau rasa. Rasa macam baru sangat berhenti breastfeeding. :)

Oklah korang. Tak ada idea nak tulis apa. Dulu banyak la celotehnya, sebab banyak benda baru. Ni skarang dah kembali ke alam nyata la kiranya. :P 

Bye!

Saturday, October 10, 2015

It has been almost 3 months since we return to Malaysia. Kids are back to school, I have started working, in short, we are back to reality.

Life was a bit tough in the beginning. Mana taknya.. dah sedap cuti lama. Anak-anak pun dah seronok (ke tak seronok..) mommy tiap-tiap hari kat rumah. Hari-hari masak. Hari-hari jadi chauffer. Boleh kata hari-hari layan frozen. :P Tiba-tiba life tukar. Arfa kena tinggal kat mom's house, budak-budak kena pergi sekolah yang berbeza sangat sistem dia, yang paling haru.. Mommy kena redah jam semula nak pergi kerja. 

As time flies, we manage, we adapt. Alhamdulillah, life is getting smooth and easier. Syukur maid jugak dah sampai after 2 months struggle. 

Cooking activities dah slow down banyak since kerja. Masak pun weekend saje.

Arfa masih jugak tanya sekali sekala pasal Japan house dia. She miss Japan agaknya. 

Miss this sight. Moga ada rezeki ke sana lagi

Monday, October 5, 2015

Rindu Jepun

Rindu sangat pada kehidupan di Jepun.

But this is home.

And it's not only me. Arfa too miss Japan. :)