Minggu ini minggu anak-anak akan menghadapi peperiksaan hujung tahun. Anak-anak yang nak exam, mak pak yang stress. Stress sebab tengok silibus BM pun mak pak tak boleh nak mengajar. Terpaksa guna bantuan google nak bagi anak-anak paham.
Dalam guna google tu, aku jumpa satu blog ni yang aku rasa sangat membantu untuk mengajar anak-anak BM kat rumah. Cuba tengok blog Cikgu Hijau
Terus aku kenal dan faham diftong tu apa, konsonan bergabung tu apa, vokal berganding tu apa. *flip hair.
Diftong tu kan - perkataan yang bunyi dia macam meluncur gitu..
e.g surAU , gulAI, bOIkot
Vokal berganding tu pulak - perkataan yang vowel dia (a,e,i,o,u) duduk sebelah-sebalah, tapi bunyi dia terasing
e.g kAIn, bUAya, kUIh
Konsonan bergabung - huruf konsonan dok sebelah-sebelah, tapi bila ko baca bunyi dia terpisah gitu
e.g aisKRim, STesen, BRek
Digraf - huruf konsonan dok sebelah-sebelah, tapi bunyi dia mewakili satu bunyi saje
e.g. NYaNYi, belaNGa, KHamis
So atas ni silibus darjah 2. Aku anak murid lahir tahun 1980. (eh terus tau umur kita. eh) Dulu aku tak belajar pun ni semua. Tapi aku rasa, penggunaan BM aku masih ok la. Aku macam tak paham kenapa kena belajar ni, sedangkan yang lebih penting untuk anak-anak darjah 2 ini adalah penguasaan penggunaan/aplikasi bahasa. Tapi aku bukan pakar dalam bidang ni, so I can't comment much.
Yang pasti, aku rasa benda kat atas tu boleh bantu korang ajar anak-anak yang nak peksa minggu ni. Ni belum Ayat Majmuk la, Ayat tunggal la. :)
Hehe. Selamat ulangkaji pelajaran dengan anak-anak ok. Good luck you all.
No comments:
Post a Comment