Monday, December 27, 2010

:: a hectic weekend ::

it was a super duper hectic weekend. to me, at least.

i was in the mood of cooking, that my mind plans a menu for both saturday and sunday. we were supposed to attend some kenduris so that was included in the plan as well. pagi tuh beria masak breakfast. (mood rajin la katakan)

but, little did we know that kids have better plans. lepas siap semua, aidin merengek nak tidur. terpaksa la mommy masak sikit utk abang2 for very late lunch, and early night all three dozed off! pukul 8 aircond dah on and lights off. phew!

ahad pun mengalami nasib yang sama. kenduri tak dapat nak pegi, tapi mommy had her cooking day. (kekadang, rasa cam therapy bila masak nih, tapi bab mess tuh, harap sangat ada kuasa magic, tetiba tersusun jek segala pots, mixer, plates, etc. :P)

breakfast was simple. mommy tak masak apa pun. anak² decided they want plain bread with nutella. mommy and daddy makan cereal. aidin pun sama makan his cereal.

lepas breakie, afiq is pesting me to make some cupcakes for him. dah 2 minggu dah dia request nak makan cupcake mommy buat. so akhirnya, buat la semalam untuk dia. he and adib tunggu i mix the batter sampaila ke part yang paling diorang suka, tabur choc chips dalam cake. udah lerr jadi lagi banyak choc chip dari cake!

lepas masak cake, buat lunch. made some baked pasta. sent some to nieces, nephew and brothers. rasa sgt bersalah makan baked pasta. veryyyyy cheesy and oooh, there goes my healthy diet! adeh.

petang tuh, ada visitors datang rumah. husband's friend and uncle dtg. i tetiba masuk mode panic sebab tau dalam fridge agak kering kontang. tgk2 material, yang boleh dimasak is sizzling mee. so, masak la sizzling mee 2 kali sebab visitors datang at different time with no warning. hehe. kira surprise visit la nih.

malam dah flat. sempat jugak la gosok baju beberapa helai, before i finally gave ini, sebab aidin asyik merengek saje. didn't get good sleep tho as aidin didn't sleep well.

nasib pagi nih tak mengantuk sangat. masih boleh drive and on time sampai office, tho terlewat bangun. thanx to school holiday sebab bila school hols tarak jam. :)

kay la people. take care. bye!




Thursday, December 23, 2010

:: It's all about aidin ::

aidin is a little boy who's easy to please. sangat senang senyum walaupun ngantuk tahap gaban.

sangat suka makan apa yang mommy masak. so every week, i akan masak 3-4 different food, puree it and freeze it untuk 1 week stock. that's the best that i can do for him.

he likes to eat bayam + potato + carrot + rice + meat. that's his top favourite.

suka jugak makan pumpkin + potato + rice + ikan goreng (i tried salmon, n dia makan menjilat jari)

i've tried sweet potato on him too, and he likes it too.

the other day, i bought (emergency case) fruity oat from baby ambrosia @ the curve masa jalan² kat sana. and he ate A LOT!

mommy is running out of idea apa lagi nak masak untuk lil' dindin this week. kesian pulak kat dia dok makan benda sama..

i think i'll go for:-

- oats + banana + mango + apple + cinnamon
- potato + rice + spinach + carrot + meat
- brocolli + potato + rice + carrot + fish
- pumpkin + sweet potato + carrrot

4 types cukup rasanya untuk 4 meals a day. yep aidin makan up to 4 times a day.. tapi badan dindin kecik sajekkkkk. aidin is 8.5 months but baru 7.4kg. aidin lasak teramat lasak, compared to his twin brothers. twin brothers dulu, mommy boleh baring² sambil jaga, but aidin?? no way!

it took me roughly 2 hours to complete preparing aidin food (prepare-cook-puree-pack). but it's all worth it. so, sabtu pagi, while preparing for aidin's food, masa tuh jugak la prepare breakfast. the mess? jangan tanya. :P

rindunya aidin yang ada kat umah!

Tuesday, December 21, 2010

:: Break ::

Kita break sekejap dari cerita haji.

dah lama tak cerita pasal the kids, my buah hati pengarang jantung. :D

2 weeks time, kids will start schooling. yep, u read it right, SCHOOL!!! gosh i feel old. and suddenly terasa, agagagagga sudah agak susah untuk pegi holiday sesuka hati kerana diorang pun ada activity tersendiri. huhuhuhuhu. diorang yang nak sekolah, mommy yang nervous lebih. ye la kan. my first born!!

tapi mind sangat serabut. maid masih belum ada replacement. life tak settle down dengan sebaiknya. masih hidup secara pagi hantar rumah mak, malam balik tido umah sendiri. tak rasa keadaan ini kondusif untuk anak² yang nak membesar dan belajar. cemana weh?? makin lama makin rasa nak berhenti, tapi masih sedar diri ekonomi keluarga memerlukan kedua-dua parents untuk bekerja. ke ada yang i apply sbg pHd under JPA scholar? get local uni. tapinya, i tau myself, it's not going to be easy! silap haribulan, lagi busy! (kalau sambung master by COURSE, no hal. hehe)

kids are SOOOOOOO talkative nowadays. in a good sense, actually. samada larat ngan tak larat nak layan jek.

meh share cerita adib..


:: cerita baju ::

i bought the twin new long sleeve tshirt, their choice (owh, they have their say too!), ada gambar big dump truck printed on it. (sila pergi FOS wangsa walk mall - sangat murah 2 pieces for RM16. :)) they loved it so much, that my brother mula menyakat nak pinjam baju baru tuh.

pak lang (my bro) : adib, pak lang nak pinjam baju adib. boleh tak?
adib : tak boleh. baju adib kecik. pak lang tak muat. baju afiq besar. pak lang muat.

intelligent kan menyelamatkan harta sendiri???

:: cerita seluar ::

adib sekarang sorry la nak pakai seluar 'katuk'. (katuk means seluar cotton pendek, yang selalu bebudak pakai kalau duduk kat rumah). to him, it's not cool & tak hensem. almost EVERYDAY pakai jeans kat rumah. dah la pakai jeans, tak nak yang 3/4! nak yang panjang saje. kunun² macam daddy ngan pak sedara dia semua gamaknya.

one day, he was wearing an army printed long pants kat rumah, yang to him 'cool'. sekali lagik la, pak lang dia menyakat nak pinjam seluar.

pak lang : adb, pak lang nak pinjam seluar askar adib boleh tak?
adib : tak boleh. pak lang tak muat.
pak lang : muat!
adib : tak muat!
pak lang : muat!
adib : tak muat! nanti nampak bird.

miahahahahahaha

:: cerita adib sound afiq :

afiq pulak on the other hand banyak tanya. teramat banyak, and bila dia dah habis tanya the sets of questions, dia akan repeat balik the first question yang dia tanya memula. sometimes, i get annoyed, but remembering what kak raja advised me before, layankan saje semangan inquisitive si afiq nih.

we were on our way back to our home sweet home. as usual, afiq tanya macam² soalan, that adib suddenly asked afiq..

"Afiq, kenapa Afiq nih cakap banyak sangat?"

guess what is afiq's reply??????

sengih kantoi!

cerita afiq pulak..

afiq sekarang sangat suka ikut my OH pegi surau. being parents, i memang suka dia ikut sebab boleh cuba tanam cintakan solat di surau dari kecik, but at the same time, i risau takut dia mengganggu jemaah solat. (only after i came back from hajj that i know, he followed my 2nd brother to solat jumaat!!!! nasib tak kacau orang!)

so, one fine day, my OH bawak la both afiq and adib to surau. sebelum solat tuh, macam² amanat dah my husband bagi.

jangan cakap kuat². jangan naughty. kena behave. jangan main². duduk elok². etc.

imam pun angkat takbir solat.

guess what happened?

afiq (dengan kuatnya) : Adib, semayang laaa!
adib : afiq, jangan cakap kuat².

kesimpulan : daddy tak khusyu' solat.

and what is up with my lil' aidin????


aidin is now actively crawling. sudah ada 6 batang gigi. sangat best bila bab makan. :D puas hati buatkan macam² puree untuk dia. (i masak sekali untuk 1 minggu punya makan for aidin. freezekan). habis aje makan! sangat jeles bila abang² bermanja² dengan mommy. cannot let me be out of his sight. suka main toy abang, tapi toy seniri tak suka.

okayla peeps. i miss my boys. wanna go home now! bye!

Monday, December 20, 2010

:: Haji : Madinah Al Munawwarah ::

:: The journey ::

Perjalanan ke Madinah Al Munawarrah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Syukur Alhamdulillah, perjalanan sangat smooth, despite air kat toilet habis half way through the journey. Food was okay. I wasn’t being choosy, but I memang hardly habis ‘flight food’.

We arrived in Madinah few minutes before Subuh. A colleague of mine advised me to take wudhu’ before touching down, but then keadaan dalam flight tak mengizinkan. Turun saja dari flight terus rush ke toilet (before it gets crowded) to take wudhu’. Solat subuh secara berjemaah at a corner (they don’t have proper surau like Malaysia).

Our patience was first tested here. A simple immigration procedure took almost 4 hours to clear. Syukur we brought some food as bekal. Terlentok² tertidur sambil duduk dalam queue line kat immigration. Thanks to TM for sponsoring the mat. Ngee! We made use of the mat to the max till the day we depart back to KL.

:: The Hotel ::

After clearing the immigration, we then were transferred to our hotel. On our way to hotel, we were introduced to Jabal Uhud, yang dari jauh dah nampak warnanya kemerah-merahan, bekas simbahan darah para syuhada’. Subhanallah!

Our hotel (Dallah Taibah) dekat dengan Masjid Nabawi, roughly 50m walking. Keluar saja lobi hotel dah boleh nampak dataran masjid, and terus masuk ladies punya area. Alhamdulillah. Dekat jek. First day sampai, we were shown our way to the masjid supaya tak tersesat.

:: Madinah & Masjid Nabawi ::

Masjid Nabawi has developed a lot. The last time I datang, (which is 10 years ago), masjid belum dibesarkan lagi. Masa dulu, antara masjid dengan perkuburan Baqi’ ada jalan. Sekarang antara masjid dengan perkuburan Baqi’ is dataran masjid! Dulu nak masuk Raudhah, pintu Raudhah dekat luar masjid. Sekarang nak masuk Raudhah, it is jauh dalam masjid.

Masjid Nabawi segregates jemaah muslimin dengan muslimat unlike Masjidil Haram. Walaupun masjid dekat, tapi kalau berhajat untuk solat di dalam masjid (untuk Muslimat), u have to make your way to the masjid early (at least an hour before waktu masuk). Masjid Nabawi is carpeted, but not fully. Saf² depan takde carpet, and this Masjid is air conditioned. Saf² depan nih selalu kosong, so take the advantage by bringing your own prayer mat (lebih selesa kalau bawak yang tebal sikit, sebab aircond ducts bawah lantai, sangat sejuk and can cause discomfort to your pinggang).
Untuk jemaah Muslimat, the security untuk masuk ke dalam masjid adalah agak tight. Security guard ada kat setiap pintu untuk check our bags. The guards also jadi macam penunjuk arah, tunjuk kawasan mana yang masih kosong untuk solat. Untuk jemaah Muslimat, phone yang ada camera tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. If you’re caught bringing one, you have to surrender your phone @ counters yang disediakan and claim it when you’re leaving the masjid.

Itu cerita dalam masjid.

Let’s share cerita di sekitar kawasan masjid.

Urusan keluar masuk masjid Nabawi (especially keluar) agak sukar. Sukar in the sense of ‘kepadatan’ manusia. Jalan keluar daripada masjid selalu clogged up dengan Muslimin crowds yang menunggu partner mereka keluar dari kawasan muslimat. Selain tu, the way out selalu constricted dengan peniaga² yang banyak menjual (hampar kain/tolak carts) betul² luar pintu masjid selepas waktu solat. Kalau yang membawa orang tua tuh, kena banyak bersabar and hati².

Sekarang Madinah dah modernized. Pengaruh western in terms of economic sudah mula mempamer wajah. Stall Starbucks dibuka betul² sebelah pintu masuk masjid Nabawi. Not to mention Mothercare, & H&M. On our way to ziarah, (I’m not sure whether the outlets are in Tanah Haram/Halal), I saw McD, Pizza Hut, Subway etc.
Kata ustaz Rosli (mantan imam Negara) yang mengetuai bimbingan agama pakej yang I ambil, tanah Madinah adalah tanah yang termahal di dunia. Saya terfikir, mungkinkah kerana tersemadinya jasad manusia yang paling mulia di sisi Islam di sini? Wallahu’alam.

Ketenangan di bumi Madinah sukar saya gambarkan. Badan saya naik la duduk Madinah. Makan sedap, masjid dekat and hati tenang, formula yang cukup baik untuk menambah berat badan. Boleh kata every lunch and dinner, saya akan melantak desserts yang best². BLISS!

:: Birthday & Raudhah ::

Saya adalah orang yang sangat treasure important dates of my loved ones, especially birthdays. Bila saya macam tuh, saya expect benda yang sama dari my OH. (I know I shouldn’t, but I can’t help it!) Dah 3 tahun saya tak celebrate birthday saya dalam keadaan riang ria. Selalu berduka lara sebab OH commited pada kerja.
Tapi tahun ini, Allah beri saya sesuatu yang cukup istimewa, yang insya Allah, akan saya kenang sampai akhir hayat saya.

21/10/2010 - pakej haji yang saya ambil telah arrangekan satu lawatan ke Raudhah yang akan diketuai oleh Ustazah Hamidah, leader Muslimat pakej kami. Waktu menziarah Raudhah untuk Muslimat telah ditambah, dari sekali sehari ke 3 kali sehari. Ustazah menyusun waktu agar kami cuba menziarah Raudhah pada waktu malam, around 10pm mula berkumpul di lobi hotel.

Berdasarkan pengalaman umrah yang lalu, nak masuk Raudhah bukanlah perkara yang mudah. Dulu saya pergi dengan mak. Mak ibarat sumber kekuatan saya, kali nih saya sendiri ditemani ibu saudara dan nenek yang pastinya aura semangatnya tidak sama dengan ibu sendiri.

Setelah diberi taklimat, kami bergerak ke masjid dengan harapan mahu masuk ke dalam Raudhah dan bersolat serta berdoa kepadaNya. Untuk musim haji, jemaah Muslimat disusun mengikut ‘region’ untuk masuk ke dalam Raudhah. South East Asia, China, Pakistan, India, Arab etc semuanya diasing²kan mengikut region untuk masuk ke dalam Raudhah. Kami diarah queue untuk masuk. Sementara menunggu giliran masuk, Ustazah menyarankan agar kami melaksanakan solat sunat hajat agar segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Setelah menunggu lebih kurang half an hour, our turn masuk ke dalam Raudhah pun sampai. Saya dan nenek mendapat ruang solat yang agak sempit. Dapat menunaikan solat sunat sebanyak 4 rakaat. Usai solat, ustazah memanggil saya & nenek ke hadapan Raudhah untuk kawasan solat yang lebih selesa. Syukur yang tidak terkira, pada malam saya berusia 30 tahun, saya diberi keizinan olehNya untuk bersolat di Raudhah sebanyak 6 rakaat, sesuatu yang tidak pernah saya fikir akan saya dapat sepanjang hidup saya. Terima kasih Ya Rabb! Tears dropped tanda syukur. Cumanya sekarang, dari kawasan Raudhah (Muslimat side) dah tak nampak makam Nabi.

Dan sebagai belated birthday treat, OH brought me to KFC the very next day for dinner. KFC pun KFC la……

:: Ziarah Sekitar Madinah ::

Kami dibawa ziarah di sekitar Madinah to learn more about the history of Islam.
Among the places that we visited was Saqifah Bani Sa’idah, tempat di mana Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Kawasan ni macam satu garden kecik, a green garden in a desert. Ustaz kata, once masuk jek dalam taman nih, u can feel the difference. Rasa sejuk dan nyaman, and subhanallah! It’s so true! Masuk jek dalam garden nih, sejuk jek rasa, though sebelum masuk tadi rasa agak panas.

Kami juga dibawa melawat Jabal Uhud, ziarah makam para syuhada’ yang shahid dan ziarah masjid para sahabat Nabi. Sepanjang ziarah, kami diperkenalkan dengan sejarah kawasan-kawasan yang dilawat yang membuatkan diri rasa terlalu kerdil dari aspek keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Macamana kita nak menghadap Pencipta kita di akhirat nanti dengan keimanan yang terlalu sedikit????? Astaghfirullah..

:: Ziarah Wada’ dan Selamat Tinggal Madinah ::

29/10/2010 - we were scheduled to leave Madinah for Makkah, after Subuh. Selepas solat subuh, me, OH and nenek menziarah makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal. Perasaan sangat² bercampur baur. Rasa sedih, sayu, pilu semua ada. Memang meleleh² air mata, memohon agar ziarah ini bukanlah ziarah yang terakhir untuk diri ini. Moga diberi umur yang panjang, rezeki yang halal, kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk kembali ke bumi yang penuh dengan ketenangan ini dengan keluarga tercinta.

Dan perjalanan ke Makkah Al Mukarramah pun bermula dengan linangan air mata. Labbaikallahummalabayk!


Wednesday, December 15, 2010

:: Hajj - The Day We Left ::

it was a busy 19th october 2010.

spent the day at home, nak finalize packing plus repair rumah plus mengemas rumah, so that balik nanti tak la teruk sangat nak mengemas.

afiq felt uneasy, as he can see there're 2 big bags. dia tau dia akan kena tinggal, and he felt so uneasy.

lunch time, we went out to JJ. (sempat lagi) pegi makan McD melayankan anak bujang 2 orang itu, and sempat di'pow' oleh afiq and adib beli toy. mengenangkan nak tinggal diorang lama (or more importantly, we ran out of time!), layankan saja.

lepas lunch, balik rumah mak. the original plan was to bersiap at my in law's place, but kids changed the plan. (nasib baik in law's house 2-3 mnit drive jek from mom's place). adib felt asleep, and kitorang pun terus la bersiap kat umah mak. lepas mandi segala mala, we pushed off to my in law's place, sbb dah arrange dengan orang surau untuk bertolak dari rumah my in law's.

bila sampai rumah my in law's, it's almost maghrib. grabbed some dinner.

masuk waktu maghrib, solat maghrib & musafir. afiq cried like crazy when we were out of his sight. lepas solat semua, terus get ready untuk bertolak ke kelana jaya.

sementara tunggu orang surau sampai, sempat menyusukan aidin & put him to sleep. tak lama pun.

bila orang surau dah sampai, i was ushered out from the room. ustaz mula bacakan doa musafir, dan airmata sudah mula mengalir. ya Allah, hari itu benar-benar sudah tiba. saya akan meninggalkan anak² saya yang tercinta.

usai berdoa, mula bersalaman dengan saudara mara. paling sayu bila saya bersalaman dengan ibu sendiri, dan belum sempat saya memohon ampun, mak cakap, "mak ampunkan semua dosa along." ya Allah, ya Tuhanku.. rahmatilah ibuku!

lepas salam² semua, kami (me, OH and all my three kids naik kereta my FIL bertolak ke kelana jaya). otw, masih bf aidin. saya mmg gamble tinggalkan aidin without training him with formula milk. berserah dan benar² tawakkal kepada Allah pasal urusan menyusu aidin. i left him with roughly 240oz of milk.

sampai jek kat kelana jaya, orang dah start masuk departure hall. waited for my uncle and aunties yang akan pergi sekali. masa nih belum sayu lagi. tapi i dah start menjauhkan diri dari aidin, afiq and adib. mmg berdoa banyak² agar kami tidak terbeban dengan rasa rindu kepada anak². naluri ibu muda, anak masih kecil, normal la kan?

when the time to depart arrive, again, salam dengan semua org, and i can't help it bila bersalam dengan mak, abah, mama n papa. mmg saya nangis sungguh² masa nak tinggalkan semua orang, especially anak² saya yang masih terlalu kecil. saya patut berterima kasih kepada family dan anak² yang berkorban untuk saya bagi membolehkan saya menjalankan rukun islam yang kelima.

nasihat mak menyentuh hati saya,"along kena tabah.. mak dulu pun tinggalkan anak² kecik lagi masa pegi haji." dan itulah yang saya bawa bersama sebagai bekal semangat ke tanah suci.

kissed my kids, all three & terus pull luggage masuk departure hall. saya tak mahu toleh² mencari bayang wajah anak² lagi pada saat itu, takut hati terganggu lagi. kids helped a lot, as they didn't shed a tear pun masa i pegi, sbb sebelum tuh i dok tunjuk kat afiq the surrounding yang takde budak kecik ikut the parents to haji.

and the 8 hour journey to madinah al munawarrah begins. and husband bisik to me dalam flight, 1 out of 45 days begin.

"Labbaikallahummalabayk!"

Thursday, December 9, 2010

:: i'm back!! ::

alhamdulillah, safely arrived in kl last sunday after 4 hours delay, without luggage though. :P luggage sangkut di jeddah.

wait for my coming entries on hajj. sekarang nih there's not much time, sebab i, myself is unwell, husband is unwell, aidin high fever.. so nanti2 i hapdet panjang2. it feels good to be home though i definitely miss the holy land of makkah and madinah.

salam peeps.

Thursday, November 11, 2010

salam from holy city, makkah almukarramah

salam from makkah almukarramah

just a short update from me.

insya Allah, my husband & i will push off for wukuf this sunday.

please forgive us for all our wrongdoings n spare us a little prayer after solat. please make doa for our safety, patience n success in attaining haji mabrur.

wassalam

ps - excited and at the same time nervous waiting for wukuf.