Wednesday, February 16, 2011

:: Aidin Nasri ::

of late, aidin didn't have good appetite. normally, he could finish a decent amount of his food, but now, his normal amount is equivalent to two servings. kenapa ek? nak kata teething, sebelum nih teething ok saje. or aidin dah masuk fasa tak nak makan bubur lenyek?? nak makan benda real solid? hmm. confuse.

he's teething his no. 8. sangat cepat budak kecik yang nih. umur baru 10.5 months dah ada 8 btg gigi. laju betul naik. alhamdulillah.

tuan rumah dilanda masalah block syndrome.

kita babai dulu la.


Sunday, February 13, 2011

:: Doa Munajat di Arafah ::

Sekadar berkongsi doa munajat di Arafah yang ditulis oleh seorang ustaz di dalam buku panduan ibadah yang saya terima masa pergi haji last year.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan maafkanlah kami, zahir dan batin.

Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami dan dosa semua umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah ya Tuhan kami,
kami pohonkan apa yang telah dipohon oleh Rasulullah SAW,
dan kami meminta perlindungan sepertimana yang telah diminta Rasulullah SAW.

Ya Allah,
kami pohon syurga tanpa hisab,
dan berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa ke syurga,
selamatkanlah kami ya Allah,
dari sebab-sebab yang membawa ke neraka.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin,
berilah kekuatan taudik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami ya Allah.
Tambahkan ya Allah kepada kami, ilmu, iman dan amal. hidupkan kami di dalam Islam dan matikan kami di dalam Islam.

Ya Allah, kami pohonkan kepadaMu,
iman yang sempurna,
ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
anak yang soleh,
rumahtangga yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar,
serta keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di dalam hati kami ini,
hidupkan hati ini dan sampaikan hati ini kepadaMu ya Allah.
Sembuhkan segala penyakit yang ada di hati kami,
selamatkan hati kami dari sifat-sifat keji,
dan jauhi kami perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya Allah,
jadikanlah kami ini hambaMu yang hanya mengabdikan diri kepadaMu dengan sebaik-baiknya

Ya Allah,
berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami,
supaya dapat kami lakukan segala apa yang diperintahkan Engkau,
dan meninggalkan segala yang dilarang olehMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti,
dan jadikanlah kami, hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.

Ya Allah ya Tuhan kami,
hidupkan kami dalam iman,
dan matikanlah kami dalam iman,
Selamatkanlah iman kami dari gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti

Ya Allah ya Tuhan kami,
selamatkanlah kami semasa berada di alam kubur.
jadikanlah kubur kami sebagai salah satu dari taman syurgaMu ya Allah.

Ya Allah,
selamatkanlah kami dari segala azab kubur.
janganlah Engkau jadikan kubur kami sebagai salah satu dari lubang nerakaMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar.
selamatkanlah kami ya Allah semasa di padang Mahsyar
dan masukkanlah kami ke dalam 7 golongan orang yang mendapat bayangan naungan ArysMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab,
hisabkanlah kami degan hisab yang sedikit dan berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Muhammad SAW.

Ya Allah ya Tuhan kami,
jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini
dan berjaya menerima suratan amalan daripada tangan kanan

Ya Allah ya Tuhan kami,
berilah kami kesempatan untuk meminum air kolam nabi kami, Al-Kauthar.
selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian SiratalMustaqim,
dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu bersama-sama dengan orang yang mulia di sisiMu, ya Allah.

(Haqaulah)

Ya Allah ya Tuhan kami,
apalah kiranya akan Engkau lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina,
yang mengaku berdosa dan bersalah,
yang merayu kepadaMu ya Allah di atas segala kejahatannya,
yang bertaubat kepadaMu kerana kedosaannya,
yang memohon keampunanMu kerana kezalimannya,
yang mengharapkan kemaafanMu ya Allah di atas segala kesilapannya,
yang merayu kepadaMu supaya tercapai segala hajatnya,
yang mengharapkan kelimpahan rahmatMu pada tempat wukuf ini, walaupun dengan dosa yang sebegitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah,
kami sekalian keluar menuju kepadaMu dan berhenti di perkarangan rumahMu,
kepadaMulah kami meletakkan segala harapan kami,
kepadaMulah kami memohon kemurahan rahmat,
kami takut kepada dosa-dosa kami,
oleh itu kepadaMulah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon.

Ya Allah, Tuhan yang tiada Tuhan lain yang wajar ditakuti dan digeruni, wahai Tuhan yang tiada menteri untuk dijumpai, yang tiada pengawal untuk dirasuahkan, wahai Tuhan yang semakin pemurah apabila semakin banyak dipohon.

Ya Allah, Engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekalian adalah tetamu kepadaMu, oleh itu, kurniakanlah syurga sebagai sajianMu kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami,
setiap rombongan dikurniakan hadiah,
setiap pelawat dikurniakan cenderamata,
setiap pemohon dikurnia pemberian,
setiap yang berharap dikurnia habuan,
setiap yang memohon rahmat mendapat rahmatMu,
maka kami sekalian datang berkunjung ke rumahMu yang mulia ini,
dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanMu,
oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah,
perkenankanlah permohonan kami ini,
mustajabkan doa kami ini ya Allah,
dengan berkat nabi Muhammad SAW,
dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu ya Allah.

Amin, ya Rabbal 'Alamin.


Moga ada yang beroleh manfaat dari perkongsian ini.

Mintalah dari Allah. Kerana Allah Tuhan kita.

Mintalah dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan bauk di tepi tangga.

Friday, February 11, 2011

:: Aidin : Growing Up ::

weekend datang lagi. mula balik sesi nak pikir apa nak masak, apa kena beli. kan best kalau ada auto organizer. mak malas wehh nak pikir apa nak masak.tapi kena pikir jugak la kan, kalau tak, kebulur la sengsorang kat rumah. hmm.

aidin dah 10 months. dah mula nak bercakap ala 'german'. :P tunjuk lampu, sebut, "phuhh". (siap sembur² air liur, punya bersungguh nak cakap). he got a very good appetite compared to his brothers, alhamdulillah. he's not too picky, cuma kalau kena yang dia tak suka tuh, sorry nak masuk mulut.

sekarang nih, aidin dah mula berjalan² sambil pegang sofa. dah mula lepas² tangan berdiri. sangat suka tengok big lorries. sangat suka nak main apa yang abang dia main. sangat tidak boleh mommy hilang dari mata. mata dah makin sepet. entah gene sapa la kan? :P

both afiq and adib pun ok dengan aidin (except bila aidin dok kacau diorang main). both of them bahasakan diri diorang 'abang'. :) afiq paling suka layan aidin. suka geletek² aidin kasik aidin gelak. syukur alhamdulillah. sangat suka tengok diorang macam tuh.

kay la people. till then. bye.

Thursday, February 10, 2011

:: What's Your Name? ::

cerita adib pulak.

my mom will pick my kids up from school daily. yesterday, lepas balik sekolah, my mom singgah kedai nak beli ribbons, tagging my kids along.

adib terjumpa seorang budak perempuan kecik (maybe 1.5 years of age) kat kedai tu. mak kata budak tuh cantik, typical malay feature.

guess apa adib buat..

pegi kat budak tuh yang sedang pegang tangan mak dia n asked,

"what's your name?"

gentleman hokay!

Wednesday, February 9, 2011

:: random babbles ::

i'm supposed to look for CNY outfit for my kids. anyone knows where can i get cheap good ones? (dasar mommy kedekut belanja dengan berhemah) hehe.

kids have started to enjoy school. mak said, sekarang kalau dah sampai sekolah, dah tak pandang dah wan dia. masuk menonong jek borak ngan teachers. alhamdulillah. FINALLY!

2 months time, aidin will turn one. big milestone tuh. alhamdulillah, he's one easy boy to please. syukur.

kepala agak serabut sebab kerja bertaburan di sana sini. tapi nak membuatnya teramatlah menyeksa perasaan. :P

okay la people. sorry for sucha not so worthy update. i'm out of ideas.

Tuesday, February 8, 2011

:: cerita afiq lagi ::

lagi cerita afiq

OH : Afiq, dady rasa, daddy nak beli kereta baru la. afiq nak beli kereta apa?
Afiq : afiq nak keta MA-CEDES (read : mercedes)
OH : ala, daddy nak beli kereta KIA jek.
Afiq : ala, kereta KIA tak laju. kereta PORSCHE laju.

hoih! high taste nya anak mommy!

Sunday, February 6, 2011

:: afiq and adib : growing up ::

:: dinner story ::

sometimes, (well, most of the time!) the boys will give me hard time when it comes to meal. they simply refuse to eat, sampai kena marah gila2 baru la nak bukak mulut and makan. itu pun kena dok remind, "gigit", "telan!" at the highest pitch of my voice.

just now, OH was taking his own sweet time, to finish his dinner. afiq pun, konon2 marah daddy suruh makan, and OH plays in.

after dinner, OH had his dessert. i made some trifle as requested.

suddenly, afiq said from OH's back...

"ooooo.. makan jelly pandai telan!"

and the way he said it sebijik macamana OH cakap when afiq is enjoying his dessert.

lawak.

:: pinching story ::

the twin can get very cheeky and 'challenging' at time, especially in the car, that i simply lost my sabar and cubit both boys.

afiq and adib terus dok cakap2 at the back seat on the cubit and punishment matter, that suddenly afiq said, "nasib baik tak patah tangan"

kejamnya mommy kalau sampai patah tangan!

:: labelling story ::

kat rumah i, i normally labelled out the containers with our names sebab i'm a heavy user of container.

adib took a container filled with raisins, and told OH, "daddy, tengok nih. dah tulis nama"

OH pun tanya, "nama sapa?"

adib innocently jawab,"pi-mish" (kismis)

adoi.

:: the whistle blower story ::


i came home from office and was greeted by my two elder sons.

adib told me, "mommy, kawan afiq girl!"

haha. kantoi di situ.

:: boys will be boys ::

i noticed afiq has the tendency to 'look' at cute girls, especially those mat salleh and anak arab.

one day, we were walking around jusco when i saw a little girl in hijab that looks so cute. i told my husband, "comelnya!"

and guess what is afiq's reaction?? memandang gadis kecik itu sampai toleh ke belakang.

and it happened again today when we were having a lunch picnic in titiwangsa when 2 mat salleh girls came and sat near us. his eyes were fixed on the kids.

adoi afiq......