Friday, February 14, 2014

Sweet Surrender

Hari ni hari Jumaat. Bersempena hari Jumaat, jom tazkirah sikit.

Perasan tak kita ni sebagai manusia selalu ada 'rasa'. 'Rasa' kecik hati ngan orang. 'Rasa' happy. 'Rasa' riak. Masa rasa happy tu biasanya kita abaikan je perasaan happy, sebab tengah happy kan? Takde la kita fikir bagai.

Tapi, kalau time rasa kecik hati, rasa sedih, kita mesti selalu fikir pasal rasa tu. Sebab rasa tu tak best. Betul tak?

Padahal, rasa happy ke, rasa sedih ke, rasa kecik hati ke, semua tuh masuk kategori UJIAN Allah jugak.

Masa happy, Allah duga kita samada ingat ke tak pada Allah.

Masa sedih, Allah duga kita samada redha ke tak.

So, I am reminding myself, to surrender my soul to Allah, supaya hidup sentiasa serene and peaceful. It's not easy to do, but jom la kita try sesama. Let's not give up hope!

Plus tidak mengamalkan apa yang diajar pun dapat balasan. So jangan cakap tak serupa bikin. Challenge untuk diri sendiri yang selalu over sensitif!


Wednesday, February 12, 2014

Risau

Satu bulan satu entry. Ok la kan? Rindu tak kat i? Rindu tak?

Lempang satu

Nak kata busy.. Ada la sikit. Lebihnya, memang aku malas. Malas nak bercerita. Padahal banyak je cerita.

Hari ni aku nak share pasal 'KERISAUAN' aku. Harapnya adalah yang sudi share experience korang ek.

Anak bongsu (so far la) aku.. aka Arfa Marissa dah pun masuk setahun sebulan. In fact, lagi 10 hari genap 1 tahun 2 bulan.

Progress dia all this while, ok, on track.

Tapi.. sampai sekarang tak berjalan lagi anakku yang manja sorang nih.

Dia hanya akan jalan kalau aku pegang dia. Or tempat yang dia pijak tu lembut, e.g. karpet, tilam. Tapi still jatuh-jatuh. Macam bersepah jalan.

Memula tu aku rasa macam ok jek. Biasa la, lain budak lain progress. Merangkak lama pun bagus sebab orang kata merangkak lama ni kreatif.

Last weekend, kitorang attend birthday party my cousin's daughetr who hit 1 year old. Dekat rumah cousin aku tuh, Arfa action ok. Tak nak sesapa pegang bila dia jalan walaupun terhuyung hayang.

Tapi bila balik rumah, back to square one. Nak Mommy pegang baru jalan.

 Adakah dia rasa 'tercabar' sebab baby lain dah berjalan? Or adakah dia low self confidence? Or adakah dia sesaja jek nak suruh Mommy exercise lebih kat rumah?

Arfa oooo Arfa.. Lain sungguh kamu dengan abang-abang.. :)




Monday, January 20, 2014

Delayed Post : First Day School

It is day 20 of 2014, and yet no post from me. :) Busy as a bee. Yeah right.

Lots of changes take place this year. Kids entering primary one, hence marking huge changes in daily routines, etc. Kids are in morning session, so morning is chaotic. Dengan mommy berkejar nak masuk opis kul 7.30, dengan Arfa yang sekarang pukul 6++ je dah celik, dengan bersilat dekat dapur siapkan bekal & breakfast (I made a point that the kids have breakfast before pergi sekolah.. Don't want them to have gastritis like me). Bila dah terbiasa macam tu, weekend pun bangun awal jugak. Bagus la. Ada perubahan positif to start of my 2014. 

Afiq and Adib punya schedule pun dah ubah banyak.. Sekolah kebangsaan (pronounce kena sengau sikit.. style Afiq), 3x a week kelas agama.. Awal-awal ni bagi 2 nih dulu je, tengok macamana diorang coop. Kalau dah ok, then I planned nak hantar pergi Kumon. I don't want them to miss their childhood, and at the same time, I also want them to develop in many ways.. Fuh.. Impian.

Aidin pun dah start sekolah. First two days je nangis.. Skang ok dah. Like he said, "Din big boy. Din nangis sikittttt saje" :P Baru 2 minggu sekolah, tapi we're happy to see his development. Macam sponge. Cakap omputih saje skang. ;)

Arfa on the other hand dah setahun. Yeay! Gigi dah banyak. Jalan belum lagi.. Still takut2 nak jalan. Tapi lepas 2-3 weekend husband suruh dia jalan atas rumput barefoot (petua orang tua-tua) she seems to get better in walking. Agaknya rumput-rumput tu activate nerve dia kot? 

I on the other hand, masih ada azam 2013 yang tidak tercapai, career wise. HOPEFULLY  tahun ni momentum tu besar sket nak kasik gerak. Amin!

Okayla.. kita akhiri entry ni dengan gambar first day sekolah walaupun dah nak kat 3 minggu dah sekolah.. ;)

 Gambar masa placement test. Bila dah habis, Afiq terus confident cakap.. "Mommy, I got 100"


Aidin on first day schooling. I was rushing here and there that day. What a day!





Friday, December 27, 2013

It's time to set the butterflies fly high in the sky

Hujung tahun makin dekat. Esok my grown up preemie babies will be attending their primary one orientation day. For past week, mula ajar diorang rasa responsibility buat homework, tapi masih belum berjaya. Hari ni macam menampakkan hasil sebab umpan suruh tulis surat dekat mommy and daddy cakap your wishlist for birthday next year. Hoih.

Perjalanan membesarkan dua anak kembar ini banyak suka dukanya. Lahir dalam keadaan tidak cukup bulan, cuma rezeki aku Allah beri untuk mendapat doktor yang telah dari awal meletakkan diri aku dalam risiko tinggi bersalin awal. So ubat matangkan lungs dah siap-siap amek as early at 24 weeks pregnancy.

Delivered them at 32 weeks old pregnancy. They fought for life and were placed in NICU for 3 weeks. The three weeks that test my patience and strength as a mother to manage the pain post csect while attending them daily at hospital ward. Nevertheless, it is a beautiful moment of life, as my husband and I have waited for their arrival after almost 4 years of married life. 

 Twin 1 : Afiq Hazman, born at 1.67kg

Twin 2 : Adib Hazim, born at 1.99kg

Macam-macam pengalaman aku face nak besarkan anak dua orang ni. Dari perkahwinan jarak jauh dengan husband (KL-Pasir Gudang, KL-Russia), Afiq patah tulang bahu at 6 months old, Adib contract H1N1, left them for 45 days for hajj at 3 years old, kes panjat pagar sekolah nak ikut wan (my mom) balik rumah.. (haha, that's funny!) and many more. Syukur Allah, syukur, diberi peluang merasa nikmat menjadi ibu, walaupun ada masanya ia begitu melelahkan.

And now that they have grow big, it's time to let go these little butterflies fly high in the sky to see the world. Tomorrow will be a big day for you and as Mommy type this para, there's a tickle and tear in my heart. My dream and hope for you is very big. I want and pray that both of you will become an excellent muslim, a good khalifah, a successful person in life and hereafter, to be the children that pray for their parents after every solat. 

 
I love you both with all my heart. And when you're big enough to understand, I'll tell you how Allah send you to us. It was a special and meaningful journey.

#post lap air mata

Tuesday, December 24, 2013

Happy Birthday Arfa!


My one and only baby girl has turned one.
Happy Birthday Arfa Marissa!

Thursday, December 19, 2013

Big Bad Wolf Sale : RM270 Investment

Aku memang suka buku dari zaman budak-budak lagi. Kalau masa kecik-kecik dulu, antara favourite buku aku buku Enid Blyton ngan buku pasal twins yang pergi sekolah asrama tu, siri Malory Towers. 

Semakin usia meningkat, pembacaan pun makin berubah. Masa zaman muda belia, aku suka baca novel. Masa memula, baca buku level-level Ahadiat Akashah. Lepas tu upgrade sikit kepada Sharifah Abu Salem, Aishah Sofea. Tapi novel-novel Melayu ni banyak mainkan perasaan. Letih tau baca sebab emosi terganggu. :P Pastu bila dah masuk alam kerja, dan dunia semakin complicated, aku mula la baca buku yang level dia sangat santai. Aku suka baca novel Sophie Kinsella sebab sangatlah santainya dan boleh buat aku senyum dan gelak sorang-sorang.

Sejajar dengan pertambahan usia, (ewah) corak pembacaan pun semakin matang. (Matang la sangat). Aku makin minat buku masak. Beli berpuluh biji buku masak. Aku suka belek buku masak sebab dia buat aku berangan. haha. 

Oleh sebab itu, aku serang Big Bad Wolf Sale. Tiga tahun aku tunggu nak pegi sale ni. First year, aku operate buang cyst. Tahun lepas aku tengah sarat tunggu time nak bersalin. This year baru tercapai hajat, itupun lepas puas pujuk suami tolong hantar pergi sana. Sukanyala hati dapat pergi. Aku layan dua category aisle je.. Children books & Cookery. 

Perjalanan ke BBW sangat mudah. Alhamdulillah. Jam sikit saje. Parking senang. And yang mengejutkan, takde queue masa bayar. Nampak sangat suruh aku balik cepat kan? Hihi.

 Tak ramai orang kan? Heaven la. 

So what's the damage? Ada la dalam RM270. Wohoo! tapi tengok banyak mana aku dapat. Sangat best! Ni pun ada yang missing dalam gambar.



Next year, hopefully Rachael Ray ada keluar buku masak. Tahun lepas, kat BBW adik aku tolong borong buku Nigella Lawson & Jamie Oliver. This year, takde pulak buku personality chef yang menarik minat. In fact some of the Cookery book tu husband yang pilih. dah selamat dah masak satu dish. Meh share gambar..


Asean Infused Oven Steamed Salmon

Puas hati tengok plate kosong lepas penat masak. Alter sana sikit sini sikit, jadi la meal nih.

Kay la people. Tu je nak share. Bye!


Tuesday, December 17, 2013

Outstation ke Macao katanya..

I was away in Macao last two weeks, hence why my blog is silent. Balik-balik dari Macao, kena go through endoscopy, pastu minggu ni agak sibuk dengan macam-macam hal.

It was a short trip to Macao, on work matters. In short, Macao adalah cantik, kalau baling batu, akan kemungkinan besar jatuh atas tanah casino. Punya la banyak casino kat sana.

Aku bertolak pergi Macao on 1/12 naik Air Asia. Was so worried to leave Arfa sebab Arfa and susu formula tak jive. Dia sanggup minum susu formula cukup-cukup sekadar melepas haus. Bila Mommy balik rumah dari kerja, siap la dia melekat. Masa tinggalkan Arfa tu, stok susu sangat menyedihkan. Tawakal saje tinggalkan Arfa.

Sampai kat Macao, terus tahan cab and gerak ke hotel. Cabaran pertama : Nak bagitau duduk hotel mana pun susah gila. Last-last bawak keluar surat organizer and suruh dia baca sendiri. Lawak! 

Kat sana aku duduk Hotel Royal. Superb hospitality. First thing yang aku check : Peti Ais. Dengggg! Tak cukup sejuk! Mula la kepala otak memikir cemana nak simpan EBM Arfa. Tu entry lain. Travelling and Breastfeeding : Challenges and Solution. Gitu tajukkkk!

2/12 - 6/12 tu tetiap hari aku ulang alik hotel - Macao National Science Centre. 


Nih la Macao National Science Centre. Malangnya aku hanya sempat berconference, tak sempat nak gi lawat exhibition kat situ. Very nice area, sangat bersih. Untuk lunch time, tetiap hari kena jalan kaki dalam 10 mins pergi Macao Fishermen Wharf. Makan chinese cuisine. Kalau nak tengok aku terer pakai chopstick.. masa tu je la pun. :P

Selain berconference, the committee ada jugak organize local tour, which was very nice! Aku dibawak pergi round heritage areas in Macao, among others St Paul's ruin, Senado Square, Taipa Village.. (Bab berjalan je la aku share.. bab kerja tak payah ler)

Ni gambar masa gi jalan-jalan kat sana ngan participants..


 Korang tengok tak Amazing Race Asia? One of the challenges is bungee jumping kat Macao Tower. Committe bawak aku gi sana. Ticket nak naik rasanya MOP 135 (dalam RM 40). Aku naik tingkat 61 rasanya ni.. tak ingat.. ada glass floor. Gila gayat tengok bawah.


Kalau ikutkan plan asal, aku nak angkut semua anak-anak sebab kasik chance la bercuti. Sekali lepas tambah tolak darab pengamiran kuasa dua.. Cancel.. Bapak budak jek datang.. tu pun redeem point MAS. Tolong angkut EBM Arfa. 

Masa husband datang Macao baru la aku terhegeh-hegeh carik souvenier bebudak opis, kids' gifts, melawat tapak-tapak shopping mall (hehe). sampai la jugak aku kat Venetian Mall, yang diagung-agungkan sebagai Venice Asia. 



Interior Venetian sangat cantik. Siling dia lukis macam awan. So rasa siang sentiasa.

Toilet dalam Venetian. Sangat cun

Sempat jugak singgah Hard Rock Cafe Macao. Beli tshirt untuk husband yang sanggup bersusah payah datang Macao pick up bini tercinta. Auw..


Next day sebelum balik, sempat merayap sekitar Macao. Pergi Senado Square untuk borong souveniers..

 Ni la Senado Square. Kalau nak beli souvenier yang harga terlebih murah, beli kat gerai-gerai yang macam pasar in between lorong-lorong tuh. Almost separuh harga. Tapi tak banyak choice la.. Janji ada..

 Portuguese influenced. Nama jalan pun ada in Portuguese.

 Aku dah malas nak susun gambar. Ni gambar dekat depan hotel. Pagi-pagi tengok makcik-makcik berusia bersenam joget-joget. Sangat cute.

 Belakang tu Grand Lisboa Casino. Malam-malam cantik sebab banyak lampu.

 Small Starbucks Coffee Cafe kat Senado Square

Suamiku yang gagah perkasa, jemput balik bawak EBM Arfa.. Tima kaseyy

Tu la serba sikit pasal one week stay di Macao. By the way, kat Macao ni urus niaga boleh dibuat in MOP (Macao Pataca), HKD (Hong kong Dollar) and RMB (Yuan, China). Nak mudah, guna HKD jek. 

Free shuttle bus is almost everywhere. Pergi je mana-mana big casino akan adala free shuttle bus. So jimat belanja di situ.

Rasanya tu jek la nak share. Trip ni seminggu jek. Tapi mendera perasaannya la kalau teringat Arfa. :)

ps - entry ustad Don tertunda lagi.. Buku nota kat umah la plak