Monday, April 29, 2013

My Lovely Weekend

How was your weekend people? Mine was great, minus incident with the maid. Alahai.Dah rezeki macam gitu. Redha saje.

Hari Sabtu, merewang-rewang @ KLCC dengan kids. Lalu depan TGV mula la si Afiq dok mengenen nak tengok ironman 3. Bukan Mommy tak nak bawak Afiq, Mommy takut nak bawak. sebab Mommy takut ada scene yang mengarut, puas la aku nak explain kang. So sapa readers kat sini dah tengok? Pass ke Lembaga Penapisan Keluarga nak bagi budak kecik tengok? 

Hari Ahad, lepak rumah saje. Masak simple-simple. Tiba-tiba husband ajak berjalan. Rasa pelik, sebab selama ni dia yang suka duduk rumah, aku yang merengek-rengek nak berjalan. Tak pegi jauh pun. Pergi KL Festival City saje, pegi minum caramel macchiato kat Dr Cafe. Nyumss. Nyaman di tekak. 

This is what I cooked for Sunday's dinner. Low in sodium. Express meal gitu. Crispy prawn, makan dengan tartar sauce + chilli sauce. Kalau nak sedap lagi, perah lemon sket. Makan nih ngan mushroom soup, homemade jugak. Tapi takde gambar la mushroom soup. Tak sempat nak amek, Marissa nangis kuat dah by the time siap.


Recipe refer kat sini yea --> shazaharin.

Kay readers, sapa dah nengok ironman 3, sila review sket!

Friday, April 26, 2013

Sheikh Salah Al Budair - Imam Masjid Nabawi di Masjid Negara

Kaum Muslimat yang bersolat di Masjid Negara pada hari ini berpeluang mendengar khutbah dan solat berimamkan Sheikh Salah Al Budair, imam Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah.

Got to know this semasa dengar dalam radio last week, and terus bagitau OH sebab offfice dia dekat ngan Masjid Negara. Tadi dia baru jek upload gambar kat facebook.


Mesti melayang-layang jiwa masa solat. Terkenang indahnya perasaan semasa berada di tanah haram Madinah.

Semoga anak-anakku juga dikurnia hati yang terang, lidah yang lembut dan suara yang merdu untuk membacakan kalam suci Allah SWT.

#DoaMommy

Whole Body Massage

It's Friday! Yeayy. Looking forward for weekend. Tapi mood spoilt sangat semalam sebab OH bagitau next week kena pergi offshore lagi time labour day plak tuh. I is MENYAMPAH. Penat seminggu lepas tak habis lagi. baru je janji ngan afiq & adib nak pergi titiwangsa. alamatnya, kena cancel la. Apa la asyik kena kerja time cuti? Boring tau tak?

Sorry la readers. Tumpang lepas geram kat sini. Aku tak kisah OH kena keja ouststation, tapi aku cukup pantang kalau langgar weekend/public holiday. Memang la boleh dapat cuti ganti, tapi kalau nak cuti sesama, aku pulak la kan kena amek cuti? *Emoji sekejap.

Weekend nih takde plan apa-apa. Aku ingat nak stay rumah, main masak-masak. Orang lain lama dah buat RVC, aku tak buat-buat lagi, padahal Adib suka sangat makan red velvet cake nih. Resepi dah salin dah. Nak kata renyah, tak la. sama je macam kek lain, cuma bahan dia ada sikit mahal. Harap-harap sedap la.

Semalam petang, lepas merempan sekejap OH kena gi offshore, terus dapat treatment hantar gi spa, buat whole body massage. Aku kalau buat whole body massage, suka amek yang traditional, sebab dia main urat. Dulu aku selalu panggil ada akak ni, datang rumah urut. Tapi sejak pregnant hari tu dah tak panggil dah. Sekarang nih aku pergi kedai jek kalau nak berurut. Aku suka pergi kat Arowana Spa, Taman Melawati. Semalam ada offer package, Buy 5 free 1, Normal price urut traditional is RM68, so, yang nih jadi RM56. Okay la kan? Pastu kalau urut, aku suka pakai ginger oil, kasi panas sket badan.

Lepas kena urut semalam, memang terus cari katil la bila balik. Letih gila. Isyak pun awal pagi. Terlelap punya pasal. Memang la kan. umur dah cenggini, tetiap bulan badan kena service. sebulan sekali mesti nak urut, kalau tak rasa sakit-sakit badan.

nih aku tengah risau. Sebab aku dah sakit tekak tiga minggu berturut-turut. Antibiotik dah tak tertelan dah. Kena pulak baca press release dari Kementerian Kesihatan pasal Legionellosis . Baca sini --> Press Release dari KKM. Aku ni kekadang paranoid sket. Tapi paranoid aku tu aku rasa berasas sebab dah 2 kali anak aku kena h1n1. tu la pasal guqa risau. Petang nih, lepas opis, rasanya nak singgah klinik and check balik. Mungkin jugak tonsil aku bengkak. huhu. Tape, sakit itu kifarah dosa. tapi kita juga kena usaha mencari penawar. Semoga Allah mengurniakan shifa'.

Okayla kengkawan. Hari ni entry tak bergambar. Aku rasa semalam dah cukup banyak gambar aku letak. Da!

Thursday, April 25, 2013

Entry Tertunggak Part 2 : Entry Aqiqah Bergambar

Hari ni kita update cerita aqiqah Marissa secara bergambar. Ok?

Ini gambar baby yang diraikan.. ARFA MARISSA BINTI AHMAD RIZAL (kena jugak tempias nama pemain bola.. BEN ARFA)


Memula, gambar hiasan katil aqiqah atau nama mudahnya cot cantik. haha. cot tuh dah berusia enam tahun, turun temurun dari anak yang sulung. aku beli bunga kat kedai perhiasan pengantin, recycle anak buah aku punya kain aqiqah & guna pakai aku punya teddy bear yang dah berusia belasan tahun. Ini namanya plagiarism berhemah perbelanjaan berhemah.


Meh intai arfa dalam cot..


Ini teddy bear aku masa zaman belasan tahun.dulu-dulu murah jek beli teddy bear. sekarang???????

Sebelum majlis mula, sempatla amek gambar family. Tapi sayang masa nih, family mertua belum sampai lagi. dan sampai kesudah kitorang tak sempat bergambar one big happy family.

Gambar family nukleus.


Gambar dengan atok & nenek Afiq, Adib, Aidin &Arfa.


Gambar dengan moyang Afiq, Adib, Aidin & Arfa. Inilah nenek aku yang pergi haji sama ngan aku dulu. Nampak muda kan? But she's 85 kot this year (tak sure). Alhamdulillah, masih sihat walafiat, and sometimes, masih mampu panjat pokok langsat. Cukup sayang dengan kucing, sampai kat padang arafah pun kucing datang kat dia. :)

Gambar nih aku tak puas hati. Apsal photographer lupa nak edit double chin haku? Susah sangat pakai jek apps Perfect 365. *tetiba emo!

Ok.. Marhaban pun mula. Part yang selalu buat aku sebak sayu gitu.

Ni. adik aku and adik ipar aku.

Lepas marhabban, distribute door gift. Dalam tu ada towel mandi ngan bunga telur isi coklat.

MAKAN TIME!
kambing bakar. buat dua ekor walaupun anak pompuan. Dilebihkan portion sebab menjemput Non Muslims sekali. Dah rujuk dengan ustaz. That's the way.

Kitorang order nasi putih & lauk kampung jek. Based on experience, set-set nasi beriani nih kurang laku sket, sebab kebanyakan jemputan dah berumur. order daging salai masak lemak cili api, sambal ikan, sayur campur & ayam goreng berempah. ada add on char kuey teow masak on the spot, pavlova makcikku buat plus kuih serimuka & lompang.

Ni gambar dengan sedara side husband. Yang pakai baju kurung hijau sebelah aku tu anak buah paling tua. 14 tahun sama tinggi ngan aku. Apakan daya, aku gen bonsai.

Ni gambar dengan side aku. Yang hujung sekali tu sebelah kiri, sepupu yang sebaya dengan aku. Dulu masa kecik-kecik, aku memang look forward nak balik raya sebab nak main keliling kampung. Masa zaman remaja plak, tak sabar nak jumpa sebab nak bergossip bagai. Dah beranak pinak dah masing-masing. Aku suka tudung dia pakai. tudung Pearl Haya. *tetiba.

Ni kita up gambar of the day.
SMILE!

penat aku mengedit entry nih. Nard masak kuih tepung pelita, neeja ko terus tambah 2 cheesecake strawberry untuk aku.

Entry Tertunggak : Aqiqah Arfa Marissa (Feb 2, 2013)

Ini serius kes entry tertunggak stok lebih kurang 2 bulan. Dari sehari ke sehari aku nak update cerita nih, tapi nan hadooo!

Kenduri aqiqah Arfa Marissa kitorang buat after aku habis pantang 40 hari. Nak buat cepat sebab tak nak bertindih dengan CNY. Tau la CNY, ramai amek peluang cuti panjang. Aqiqah ni kitorang combine sekali dengan kenduri kesyukuran masuk rumah baru. And kitorang masuk rumah tu betul-betul sehari sebelum kenduri. Gila penat mengemas.

Apsal boleh jadi cenggini? Aku salahkan kontraktor. Bukan kitorang tak monitor progress, memang monitor closely, sampai keluar la ayat.. "Tolong janji macam orang Islam dan kerja macam orang Islam."  Ye, masa tu aku dah bengang sangat-sangat triple sangatttt.

Eh.. aku nak cerita pasal aqiqah kan? Hikhik. Lari tajuk pulak.

Since kenduri ni 2 in 1, aku pun baru la ada perasaan nak hias-hias sikit katil anak aku. Kalau ikut anak-anak yang dulu, memang sempoi jek. Memang aku letak katil dengan alas tilam tengah rumah, that's it. Ada door gift sikit-sikit and makan lunch.

Tapi, aku sedar diri, aku keras tangan walaupun aku dapat A2 pendidikan seni masa SPM (dengan bantuan mak sedara aku yang buatkan projek seni). Aku cuma beli bunga sket-sket, cari harta teddy bear aku yang dah berusia belasan tahun. Kebetulan, maid mak aku ada simpan perkakas-perkakas hiasan aqiqah anak adik aku 2 tahun dulu, aku recycle saje. Aku memang tak buat apa, maid mak aku ngan adik ipar aku saje yang mengerjakan cot marissa. Hasilnya, yeay! cantik di mata aku. :D

Door gift, aku serah jek kat mak. Mak pegi GM plaza and borong towel sama teddy bear kecik-kecik. towel tu aku bagi kat orang yang Marhabban kat rumah + sedara mara yang datang. teddy bear tuh aku gi sangkut kat lollipop ngan bunga telur (yang aku isik ngan coklat).

Makan, kitorang cater saje. Tempah kambing 2 ekor (dilebihkan portion kerana jemputan dipanjangkan kepada Non Muslims as well). Kambing tu OH decide untuk bakar saje. Pastu order lauk-lauk kampung i.e. daging salai masak lemak cili api, sambal ikan goreng, sayur campur & ayam goreng rempah. Makcik aku bawak pavlova, kejap jek lesap ngan kakak ipar bawak kuih serimuka dengan lompang. Alhamdulillah, lauk ngam-ngam, ada balance pun sikit saje untuk distribute pada yang dekat.

Photographer aku amek photographer yang sama masa aqiqah anak-anak yang lain. korang boleh tengok Arunamaya. Aku guna servis dia untuk semua aqiqah anak aku. price dia dalam 500++ bergantung kepada apa korang nak.

Aku cuma beli baju baru untuk Marissa jek masa aqiqah. Tidak mahu membazir. Untuk diri sendiri, husband and anak-anak yang lain, recycle saje baju yang sediada. Sebab masuk rumah baru, wang mengalir macam air sungai! Pergh. Boleh gugur air mata tengok akaun susut. Tak de major renovation pun rumah. Buat benda basic macam repaint wall, plaster ceiling ngan electrical works. Yang major aku buat cuma dapur, sebab dapur tuan rumah yang dulu sangat old school, plus hood & hob yang ada tuh dah berkarat, kena ganti baru.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Aku kan, tiap kali masa marhaban, bila husband dukung anak pusing keliling, mesti rasa sayu. Ni baru aqiqah weh, esok-esok, kalau panjang umur, ada jodoh, anak aku nikah, cemana la air mata aku bercucuran? Panjangkanlah umur suamiku ya Allah, untuk dia menikahkan sendiri Marissa nanti.

Selesai kenduri aqiqah, the next day, Abah & Mak aku datang rumah. tolong botakkan kepala Marissa. Anak-anak aku memang semua abah yang botakkan, except Aidin, sebab dia ada hal. Aidin, aku ngan husband yang botakkan dua orang lepas kenduri. Abah aku memang jenis camtu, sayang cucu.

All in all, seronok sangat rasa kenduri. Aku dapat kumpul sedara mara yang dah lama tak jumpa kat rumah. Kira jadi short reunion la untuk semua orang, baik pihak aku, mahupun pihak husband.

Panjang cerita qadha' aku hari nih. Tu la serba sedikit pasal aqiqah Arfa Marissa. Arfa pun dah 4 bulan dah. Macam-macam nama orang panggil dia. Atok & Wan dia panggil Marissa, so do Afiq & Adib. Aidin still pelat, panggil dia Bi-Sha. Kadang-kadang Bi-Ca. Mommy & Daddy panggil Arfa. Kadang-kadang nak panggil manja, Fafa ShaSha (bukan Fasha Sandha ok). Apapun, all of us love her to bits!






Tuesday, April 23, 2013

Sushi King - not bad afterall

Lama betul tak pegi Midvalley. Sejak kena pindah office kat Ampang nih, memang jimat belanja aku sebab aku malas nak keluar jenjalan time lunch panjang hari Jumaat. Kalau masa kerja kat KL dulu, itu la hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk makan sedap dan mahal serta hari untuk ibu-ibu muda dan juga member-member yang masih single menguruskan poket masing-masing. 

Memandangkan OH dah balik dari Japan Jumaat lepas, maka sebagai upah aku dah jaga anak selama 10 hari, kitorang pun dibawa pergi MV. Tujuan gi sana nak shopping-shopping sket plus nak gi makan makanan jepun. Me and Japanese food never jive one. Tapi hati tu nak gak cuba.

So, bagi nak melayan anak tekak nih, OH pun bawak la aku pegi makan sushi king. sepanjang 32 tahun hidup nih, aku baru makan sushi king sekali. itupun sebab kena belanja adik aku makan sebelum dia fly ke UK or was it before dia masuk MCKK. gitu la. Makna kata, ini kali kedua aku masuk sushi king. Sian OH yang suka makan makanan jepun kan?

Aku order food yang aku yakin aku boleh telan jek. well, lepas try makan, i think, it's not bad after all. tapi tidak boleh terpedaya tengok saiz yang kecik, konon tak kenyang makan. But still, I can't bring myself makan yang raw-raw bagai. masih belum mampu tekak aku nak telan. Dan OH pun sengjaa bawak makan gi sushi king saje sebab harga dia affordable. maknanya, kalau aku tak termakan pun, tak lah terasa benar ruginya kan? :P

Lepas makan, kitorang gi shopping sket. akhirnya yang shopping sket tu semua hasil tangkapan untuk arfa marissa. amek kau. 4 helai baju dia sorang. Orang lain tengok saje. Beli murah jek kat brands outlet MV. Baju tido baru rm15 sepasang, dress dalam 33 hengget. 

Weh.. ngantuk benar mata nih, macam nak terlelap sudahh. Ok la people.. Bye!