Thursday, April 25, 2013

Entry Tertunggak Part 2 : Entry Aqiqah Bergambar

Hari ni kita update cerita aqiqah Marissa secara bergambar. Ok?

Ini gambar baby yang diraikan.. ARFA MARISSA BINTI AHMAD RIZAL (kena jugak tempias nama pemain bola.. BEN ARFA)


Memula, gambar hiasan katil aqiqah atau nama mudahnya cot cantik. haha. cot tuh dah berusia enam tahun, turun temurun dari anak yang sulung. aku beli bunga kat kedai perhiasan pengantin, recycle anak buah aku punya kain aqiqah & guna pakai aku punya teddy bear yang dah berusia belasan tahun. Ini namanya plagiarism berhemah perbelanjaan berhemah.


Meh intai arfa dalam cot..


Ini teddy bear aku masa zaman belasan tahun.dulu-dulu murah jek beli teddy bear. sekarang???????

Sebelum majlis mula, sempatla amek gambar family. Tapi sayang masa nih, family mertua belum sampai lagi. dan sampai kesudah kitorang tak sempat bergambar one big happy family.

Gambar family nukleus.


Gambar dengan atok & nenek Afiq, Adib, Aidin &Arfa.


Gambar dengan moyang Afiq, Adib, Aidin & Arfa. Inilah nenek aku yang pergi haji sama ngan aku dulu. Nampak muda kan? But she's 85 kot this year (tak sure). Alhamdulillah, masih sihat walafiat, and sometimes, masih mampu panjat pokok langsat. Cukup sayang dengan kucing, sampai kat padang arafah pun kucing datang kat dia. :)

Gambar nih aku tak puas hati. Apsal photographer lupa nak edit double chin haku? Susah sangat pakai jek apps Perfect 365. *tetiba emo!

Ok.. Marhaban pun mula. Part yang selalu buat aku sebak sayu gitu.

Ni. adik aku and adik ipar aku.

Lepas marhabban, distribute door gift. Dalam tu ada towel mandi ngan bunga telur isi coklat.

MAKAN TIME!
kambing bakar. buat dua ekor walaupun anak pompuan. Dilebihkan portion sebab menjemput Non Muslims sekali. Dah rujuk dengan ustaz. That's the way.

Kitorang order nasi putih & lauk kampung jek. Based on experience, set-set nasi beriani nih kurang laku sket, sebab kebanyakan jemputan dah berumur. order daging salai masak lemak cili api, sambal ikan, sayur campur & ayam goreng berempah. ada add on char kuey teow masak on the spot, pavlova makcikku buat plus kuih serimuka & lompang.

Ni gambar dengan sedara side husband. Yang pakai baju kurung hijau sebelah aku tu anak buah paling tua. 14 tahun sama tinggi ngan aku. Apakan daya, aku gen bonsai.

Ni gambar dengan side aku. Yang hujung sekali tu sebelah kiri, sepupu yang sebaya dengan aku. Dulu masa kecik-kecik, aku memang look forward nak balik raya sebab nak main keliling kampung. Masa zaman remaja plak, tak sabar nak jumpa sebab nak bergossip bagai. Dah beranak pinak dah masing-masing. Aku suka tudung dia pakai. tudung Pearl Haya. *tetiba.

Ni kita up gambar of the day.
SMILE!

penat aku mengedit entry nih. Nard masak kuih tepung pelita, neeja ko terus tambah 2 cheesecake strawberry untuk aku.

2 comments:

Rosnizawati Zawawi said...

waaa...nk ank pompuan gak..boleh berpink kaler

Ibu Adam said...

Cantik cot marissa ittuew. Confirm cik puan engineer takat tolong letak teddy bear jek kan? kannn??? Mihihihihihi...