Sunday, November 27, 2011

tak pe la. jimat duit.

sudah lewat malam. ikutkan hati, mata mahu sahaja berlabuh. badan letih, stressed mind, heart ada broken sikit. adeh. 1 bulan dah plan nak cuti bulan 12. dah susun siap jadual kerja. siap stay up plan merangka plan holiday, skali....... cancel.

tak pe la. jimat duit. hujung tahun pun banyak nak pakai duit. nak bayar skolah anak 2 orang. nak renew insurance ngan road tax kereta. nak kena repair atap rumah bocor.

lagipun kerja tu penting. cuti sekolah bukannya takde lagi. tahun depan bulan 6 ada lagi. boleh plan lagi skali.

to make up holiday yang kena cancel nih, kena la cari plan alternatif. yang kids friendly with only a mother and maid to handle. rezeki maid, dapat holiday free.

ada sesapa mau join?

sekian.

Thursday, November 24, 2011

Fatimah, roomate di UTM

i'm a bit settle down this week, after submitting the tender docs for printing. alhamdulillah. despite having another 16 tender docs to prepare within the next 6 months, i just want to take deep breath and tackle it one at a time. buat keja rushing-rushing nih selalunya akan ada banyak silly mistakes yang menyusahkan later on.

hari nih, i just want to share a piece of my mind, that has been lingering in my head all day long.

how shall i begin?

communication is a basic skill that we master since birth, and it progresses along the way as we grow older and mature. the quality of communication, in logic, should improve along the way, as the old saying says, practice makes perfect.

but, dalam hidup hari nih, manusia kadang-kadang memilih untuk berkomunikasi dengan memilih perkataan yang kurang enak, kononnya, pemilihan perkataan yang vulgar, statement-statement yang sinis mampu menyentapkan akal manusia.

i used to be someone who's very vocal in life. and i regret it. alangkah lebih baik jika saya berfikir sebelum berkata-kata. biarlah kata-kata yang keluar dari mulut ini sedap didengar dan mencapai tujuan tanpa melukakan hati sesiapa.

dilahirkan sebagai Muslimah, sewajarnya saya mendalami akhlak Rasulullah yang cukup mulia pekertinya. saya harus sedar bahawa setiap tingkah laku dan akhlak yang baik itu juga merupakan satu dakwah.

masyarakat bukan Islam hari ini tidak suka dengan Islam bukan kerana agamanya, tetapi kerana kita sendiri orang Islam yang tidak mencerminkan keindahan agama itu sendiri. teringat kata-kata seorang pendakwah - Hamidah Ng Mei Kee yang menyimpulkan, jangan lihat orang Islam, tetapi lihatlah Islam itu sendiri kerana Islam itu cukup indah, tetapi akhlak orang Islam telah mencemar identiti Islam itu sendiri.

adakah tujuan menghalalkan cara? adakah perjuangan poltik membenarkan segalanya?

adakalanya yang lelaki bersongkok, berkopiah bagai, tapi yang keluar dari mulut adalah cerca nista.

adakalanya yang wanita aurat sempurna terpelihara, tapi yang keluar dari mulut sungguh berbisa.

tidak bolehkah kita berbicara dengan hemah? bukankah itu lebih mulia?

wallahualam.

ps - teringat kat roomate masa first year di UTM. fatimah namanya. Budak SPI. (Sarjana Pendidikan Islam) sangat cantik. bukan cantik, but GORGEOUS! saya kagum dengan dia. dia tidak pernah menegur, tetapi setiap satu perbuatannya cukup untuk menimbulkan rasa malu, yang akhirnya membuatkan minda mampu berfikir kesilapan diri dan keperluan untuk memperbaiki. itulah contoh kekuatan akhlak yang baik dalam menganjak paradigma manusia. semoga saya jadi macam imah jugak.

Wednesday, November 23, 2011

SAHM for a day.

MC hari ni. selepas 2 minggu kerja yang sangat busy. badan pun surrender mintak rest sekejap. semalam dekat office, after lunch, dah mula rasa sejuk-sejuk badan. balik kerja pun tido saje dalam kereta, OH drive. malam semalam, surrender myself dekat klinik. telan ubat terus zzzzzz.

hari nih rasa ok sket. kena kuatkan badan biar keluar peluh. tapi dari pagi dok mengadap pc ngan aidin. layan budak aidin tgk youtube lagu barney.

since on leave hari nih, masak lunch yang simple saje. anak-anak pun baru nak kebah demam, mommy pun separa sihat, so masak macaroni soup saje. biar terbukak sikit selera nak makan. lagi pun dah lama tak buat.

cream cheese dalam peti ais tuh pun menghampiri 'ajal'. so, sebelum terkorban tanpa berbakti, maybe petang nih nak buat cheesecake. dengan syarat utama, kalau rajin. :P

kay la people. nak bersiap amek anak kat school n off to giant to buy some diapers.

ps - i wish to be a WAHM.

Tuesday, November 22, 2011

penalti post

sakit jantung rasa tengok bola sekarang nih. tinggal 5 minit jek lagi masa tambahan nak habis. ngan anak-anak semua dapat terlepas dari tido. :p si adib muka masam jek sebab tak dapat tengok channel 613. sorry darlings, malam nih tv daddy yang punya.

haha. penalti dah pun.

aidin is not well at the moment. demam on and off. rasa nak cuti but work does not permit me. sabar jek la.

seeing my kids growing up, rasa macam cepat naaaa masa berlalu. time passed can't be claimed, so i have to ensure that i raise them up right. there's no undo button in life.

kay la people. penalti nak start dah. GO GO GO HARIMAU MUDA!

Sunday, November 20, 2011

school hols begin (but not for my kids, yet)

aku taip 2-3 para, aku delete. idea nak mengarang sungguh ke laut. 2-3 minggu ni super busy. work wise is hectic. documents on table piling up nak kena review. belum sempat habis review dapat lagi 2-3 dateline baru. 2-3 yek, bukan 1. (terkenang idea mengurangkan jumlah penjawat awam kepada separuh, mungkin institusi keluarga juga akan turut tinggal separuh. adeh)

penat sangat mental. tapi jiwa kena kental. kalau ikut rasa amarah, habis anak-anak tak terlayan. that's why saya perlu maid, walaupun di surat khabar ramai yang mengatakan rakyat malaysia ini sangat manja, basuh baju pun perlukan helper. kata orang, dobi kan ada.

kesian anak-anak. both daddy and mommy are very occupied with work at the moment. i've promised myself that i'll take 2 days off next month to spend the time with kids during school hols. (my kids start cuti skolah disember). dah ada 2-3 idea mana nak bawak ke mana. rasa macam nak buat cousins' day out. hangkut these kids with their cousins pegi jalan-jalan.

so people, what's your plan for school hols? jom share.

Wednesday, November 16, 2011

New fabrics at Cotton 24-7

Syukur, Alhamdulillah, the responses to Cotton 24-7 is great. Thank you so much for supporting us.

petang tadi sempat beli stock baru untuk sales dekat Cotton 24-7. so dear readers, hope korang sudi-sudikanlah menjenguk dan mengorder kain yang ada. kain yang dioofer adalah kain cotton grade A. ramai dah tanya awat mahai sikit. so tu la jawapan saya, good cotton, insya Allah.

kita peekaboo sikit la.. ala trailer gitu






skang kita tengok pulak what you've missed at cotton 24-7..









have fun browsing.. wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

Assessment

my eldest son, Afiq (eldest sebab keluar dari perut mommy dulu, followed by Adib 4 mins later), asked me a question last sunday.

Afiq : Mommy, tomorrow is what day? (pardon him, he's trying very hard to converse in English)

Mommy : Monday.

Afiq : Ooo. I've got assessment.

perghhhhhh. ASSESSMENT UOLS! ASSESSMENT!!!!!

Cuteness

hari nih rasa cute walau hati dan otak dilanda tsunami.

cute kan banner saya? haha.

thanks to emila yusof yang sudi melayan karenah saya.

owh, i feel cute..

Friday, November 11, 2011

Pencarian Hidayah.. Part 2

sambungan dari entry lepas.

another analogy given by hamidah ng..

story:-
ada satu maid, dibayar gaji untuk membuat 5 pekerjaan yang khusus iaitu membasuh baju, menggosok baju, melipat baju, mencuci toilet dan mengemas rumah. pada suatu hari, majikannya menyuruhnya menjaga anak kecilnya kerana majikan nak keluar. budak kecil itu dibiarkan sahaja bermain berhampiran kolam ikan, dan dia dibuk melangsaikan kerja-kerja yang telah digajikan. dia terdengar bunyi anak kecil itu terjatuh ke dalam kolam. tapi dia kata, biarlah, aku tak digajikan untuk jaga dia, aku kena buat kerja-kerja cuci nih.

bila majikan balik, majikan tanya, "mana anak saya?"

maid jawab,"ada dekat kolam ikan kot."

majikan pun cari anak dia, and mendapati anak dah meninggal dunia.

majikan datang tanya maid,"kenapa u biarkan anak i jatuh? kenapa u tak jaga dia?"

maid jawab,"itu bukan kerja saya. kerja saya cuma yang 5 itu."

imagine how the majikan feel??

relation.....

dalam kehidupan kita seharian, kita diwajibkan melaksanakan rukun Islam. tetapi dalam masa yang sama kita turut ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk menegur, membimbing dan membetulkan sebarang kepincangan yang ada tanpa rasa culas. selemah-lemah iman, adalah dengan tidak meredhakan di dalam hati perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah, sekiranya tidak mampu menegur atau bertindak secara fizikal. adakah kita bersedia untuk menghadap Allah dengan jawapan,"tanggungjawab saya hanyalah rukun Islam sahaja?"

Astaghfirullahhhhh.

moga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan sebagai hambaNya. insya Allah

Pencarian Hidayah

Ilmu yang baik wajar dikongsikan..

yesterday evening, on my way back from office, i (well, me n husband) was listening to radio IKIm.fm. slot petang khamis, yang menemubual para muallaf yang menceritakan pengalaman masing-masing.

yang ditemubual, baru berusia 28 tahun. sebelum ini sangat membenci Islam, kerana mempunyai pandangan negatif tersendiri dan kini merupakan salah seorang pendakwah. Subhanallah. i don't want to dwell long on her journey in arriving to Islam, but what i really want to share is her 'wrap up' when concluding her interview yesterday.

she said, imagine this:-
ada seorang kawan kita nih ada sebatang pen. pen tu dia guna sampai dah nak habis. bila ink dah nak habis, baru dia bagi dekat kita sebagai hadiah. how do you feel?

she relates this with pencarian hidayah. adakah kita hendak menunggu penghujung usia barulah kita hendak hidup di jalan yang benar? apakah Allah suka dengan cara yang sebegini?

simple. short. precise.

fikir-fikirkan.

ps - ada banyak lagi analogi yang dikongsi semalam. insya Allah, akan saya usahakan entry lain.


Live from Kuching, Sarawak

Life has been very hectic lately that I find it hard to update my blog. Work is piling high, yet at the moment, I'm here in Kuching for a function, leaving the kids behind under the care of my husband.

i find the city of Kuching, nice and calming. macam ada rasa tenang di sini, maybe sebab hari ni tak payah nak mengadap tender dokumen kot?? :P

tadi baru je selesai settlekan hal-hal booth pameran, which in my team's case, konsep minimalist. haha. dah habis tuh cemana?? travel dari kl, takkan nak mengangkut macam-macam barang. so, we keep it very simple. selesai jek settle hal pameran, terus amek bot cross the river pergi kampung boyan.

sampai kampung boyan, rambang mata betul tengok kek lapis! semua sedap-sedap! beli 4 biji kek lapis kat dayang salhah, and another 2 dekat mira cakehouse. yang dekat mira cakehouse tuh sedap la kek dia. beli gak terubuk masin, tapi beli sikit jek, sebab abah kan BP, so tak boleh makan masin-masin sangat. ikan terubuk nih pulak bukak selera, kesian kat abah kalau beli banyak.

lama tak kongsi cerita pasal aidin. dah 1 tahunhttp://www.blogger.com/img/blank.gif 7 bulan dah anak mommy yang bongsu (at the moment) nih. he's one cheerful boy. sangat manja dengan mommy, kuat jeles, but at the same time, charming in his own way. skang dah boleh kata fully on formula milk. sedih jugak la at first tak dapat complete kan 2 years of breadtfeeding, but i must believe that Allah has a better plan for me and him. insya Allah.

owh, as mentioned before, i sekarang tengah buat mini scale business, selling cotton fabric at Cotton 24-7 . alhamdulillah, selling adalah memberansangkan. syukur atas rezeki ni. harapnya, yang membeli puas hati, sebab puas jugakla i membelek kain dekat kedai supaya kain nampak exclusive.

kay la readers. penat sangat rasa badan nih. nak berlabuh kejap. nak ring anak-anak kejap. harap-harap en suami dah balik rumah sebab nak cakap ngan afiq, adib & aidin. owh, i miss them dearly!



Tuesday, November 1, 2011

English at home

Ayat 1
Adib : Afiq, you don't come here when I have.

Translation
Adib : Afiq, jangan datang sini kalau Adib ada

Ayat 2
Mommy : We are going to send daddy.
Afiq : At where?

Translation
Mommy : Kita nak pergi hantar daddy.
Afiq : Kat mana?


Ayat 3
Adib : Mommy, Afiq fall down the food.

Translation : Mommy, Afiq jatuhkan makanan

caca marba english anak aku. :)

Owh, latest word..

Afiq : Mommy, you have to energise!