Thursday, November 24, 2011

Fatimah, roomate di UTM

i'm a bit settle down this week, after submitting the tender docs for printing. alhamdulillah. despite having another 16 tender docs to prepare within the next 6 months, i just want to take deep breath and tackle it one at a time. buat keja rushing-rushing nih selalunya akan ada banyak silly mistakes yang menyusahkan later on.

hari nih, i just want to share a piece of my mind, that has been lingering in my head all day long.

how shall i begin?

communication is a basic skill that we master since birth, and it progresses along the way as we grow older and mature. the quality of communication, in logic, should improve along the way, as the old saying says, practice makes perfect.

but, dalam hidup hari nih, manusia kadang-kadang memilih untuk berkomunikasi dengan memilih perkataan yang kurang enak, kononnya, pemilihan perkataan yang vulgar, statement-statement yang sinis mampu menyentapkan akal manusia.

i used to be someone who's very vocal in life. and i regret it. alangkah lebih baik jika saya berfikir sebelum berkata-kata. biarlah kata-kata yang keluar dari mulut ini sedap didengar dan mencapai tujuan tanpa melukakan hati sesiapa.

dilahirkan sebagai Muslimah, sewajarnya saya mendalami akhlak Rasulullah yang cukup mulia pekertinya. saya harus sedar bahawa setiap tingkah laku dan akhlak yang baik itu juga merupakan satu dakwah.

masyarakat bukan Islam hari ini tidak suka dengan Islam bukan kerana agamanya, tetapi kerana kita sendiri orang Islam yang tidak mencerminkan keindahan agama itu sendiri. teringat kata-kata seorang pendakwah - Hamidah Ng Mei Kee yang menyimpulkan, jangan lihat orang Islam, tetapi lihatlah Islam itu sendiri kerana Islam itu cukup indah, tetapi akhlak orang Islam telah mencemar identiti Islam itu sendiri.

adakah tujuan menghalalkan cara? adakah perjuangan poltik membenarkan segalanya?

adakalanya yang lelaki bersongkok, berkopiah bagai, tapi yang keluar dari mulut adalah cerca nista.

adakalanya yang wanita aurat sempurna terpelihara, tapi yang keluar dari mulut sungguh berbisa.

tidak bolehkah kita berbicara dengan hemah? bukankah itu lebih mulia?

wallahualam.

ps - teringat kat roomate masa first year di UTM. fatimah namanya. Budak SPI. (Sarjana Pendidikan Islam) sangat cantik. bukan cantik, but GORGEOUS! saya kagum dengan dia. dia tidak pernah menegur, tetapi setiap satu perbuatannya cukup untuk menimbulkan rasa malu, yang akhirnya membuatkan minda mampu berfikir kesilapan diri dan keperluan untuk memperbaiki. itulah contoh kekuatan akhlak yang baik dalam menganjak paradigma manusia. semoga saya jadi macam imah jugak.

No comments: