sambungan dari entry lepas.
another analogy given by hamidah ng..
story:-
ada satu maid, dibayar gaji untuk membuat 5 pekerjaan yang khusus iaitu membasuh baju, menggosok baju, melipat baju, mencuci toilet dan mengemas rumah. pada suatu hari, majikannya menyuruhnya menjaga anak kecilnya kerana majikan nak keluar. budak kecil itu dibiarkan sahaja bermain berhampiran kolam ikan, dan dia dibuk melangsaikan kerja-kerja yang telah digajikan. dia terdengar bunyi anak kecil itu terjatuh ke dalam kolam. tapi dia kata, biarlah, aku tak digajikan untuk jaga dia, aku kena buat kerja-kerja cuci nih.
bila majikan balik, majikan tanya, "mana anak saya?"
maid jawab,"ada dekat kolam ikan kot."
majikan pun cari anak dia, and mendapati anak dah meninggal dunia.
majikan datang tanya maid,"kenapa u biarkan anak i jatuh? kenapa u tak jaga dia?"
maid jawab,"itu bukan kerja saya. kerja saya cuma yang 5 itu."
imagine how the majikan feel??
relation.....
dalam kehidupan kita seharian, kita diwajibkan melaksanakan rukun Islam. tetapi dalam masa yang sama kita turut ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk menegur, membimbing dan membetulkan sebarang kepincangan yang ada tanpa rasa culas. selemah-lemah iman, adalah dengan tidak meredhakan di dalam hati perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah, sekiranya tidak mampu menegur atau bertindak secara fizikal. adakah kita bersedia untuk menghadap Allah dengan jawapan,"tanggungjawab saya hanyalah rukun Islam sahaja?"
Astaghfirullahhhhh.
moga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan sebagai hambaNya. insya Allah
No comments:
Post a Comment