was supposed to start the week dengan bekerja di Kelang. Tapi Allah lebih tahu, yang terbaik untuk saya hari ini adalah untuk bekerja di office saje, sebab satu jam setengah sangkut kat MRR2 dari ampang ke pandan indah. sakit-sakit pinggang dibuatnya. dengar cerita ada accident near Taman Connought. Alhamdulillah, buat keputusan yang betul dengan telefon boss, cakap can't come, sebab dah 1.5 hr sangkut dlm traffic.
Hari ni dah masuk hari ketiga puasa. Alhamdulillah, puasa baik-baik sahaja. anak-anak pun tak meragam sangat, memudahkan mommy & daddy menjalani ibadah puasa. Cuba besederhana dalam berbuka dan bersahur. Cukup sekadar membangkitkan selera untuk menjamah dan memenuhi keperluan anak yang dikandung.
Cuma first day puasa tuh, terlebih benar minum air sejuk masa berbuka.. Baru haus puasa sha oiii dah tak tahan, haus di Padang Mahsyar esok????????
First day puasa, berazam untuk masak sendiri for both sahur dan iftar. Alhamdulillah, mission accomplished! :DDD (senyum lebar sampai telinga). Sahur masak sambal sardin, telur dadar + sayur goreng, makan dengan nasi putih & rendang daging yang mak bekalkan. Untuk iftar pulak, masak nasi hujan panas dengan ayam masak madu, makan dengan acar buah mak mertua masak. Iftar tu murah rezeki, mak bagi kuih sikit, mak mertua bagi kuih sikit. Bancuh sirap bandung soda + cincau + jagung. layannnnnn! hehe. lepas tu terus lemah-lemah badan nak solat. lain kali jangan minum air sejukkkk time bukak posa!
Semalam iftar di rumah mak saje. OH berbuka di surau sebab mertua buat kenduri buka puasa kat surau. sahur pagi tadi pun, masih berjaya makan air tangan sendiri. hehe. masak lala sweet sour + kailan ikan masin + lebihan sambal sardin. cukuplah tu, insya Allah.
harapnya, tahun nih dapat puasa penuh. 3 tahun lepas, masa mengandungkan aidin, berjaya puasa half month saje, sebab bleeding.
malam tadi, rasa tersentuh sangat hati dengan Adib. sebelum tido, dia tegakkan kepala (dia tido atas tilam, mommy atas katil ngan aidin), sambil cakap, "Mommy, I love you too much!"
walaupun grammar kamu tunggang langgang, Mommy rasa so touchedddd! aduh nak, andai kamu tahu betapa besarnya kasih mommy pada semuaaaaaa anak mommy.
kay la readers. sepanjang puasa nih, ofis habis kul 4. jangan jeles. rumah 5 minit jek dari opis. so boleh ambil peluang untuk tadarus.
take care people, kurangkan juadah, banyakkan ibadah! Daa!